Semakin menjadi-jadi perang dingin suami isteri, hingga dibawa ke Mahkamah. Kalau boleh cuba selesaikan dengan cara baik terlebih dahulu. Jangan ikutkan perasaan dan emosi itu.

Kehidupan berumah tangga sememangnya tidak dapat dielakkan daripada dilanda masalah perang dingin yang mana ia merupakan lumrah bagi pasangan berkahwin.

IKLAN

Perang dingin yang melanda pasangan suami isteri ini kebiasaannya berpunca daripada masalah persefahaman. Suami dan isteri yang mendambakan rumah tangga yang bahagia seharusnya mengetahui cara mengatasi setiap masalah yang berlaku.

Ia juga merupakan proses bagi mendapatkan persefahaman selain dapat mempelajari atas kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan demi membentuk rumah tangga yang bahagia.

10 Tip Atasi Perang Dingin

(1) KENAL PASTI PUNCA MASALAH

Perkara pertama yang harus dilakukan apabila berhadapan dengan perang dingin ialah anda seharusnya mengenal pasti punca masalah tersebut terlebih dahulu dan setelah mengenal pasti punca masalah, cari jalan penyelesaiannya dan berjanji kepada pasangan bahawa anda tidak akan melakukannya lagi pada masa hadapan dan jangan mungkiri janji tersebut.

(2) BUANG SIFAT EGO

Sifat ego yang terdapat dalam jiwa manusia sememangnya tidak dapat dibuang dan tidak dinafikan bahawa sesetengah pasangan cenderung untuk menunjukkan ego terhadap pasangannya dan mengelak dari mencuba untuk menyelesaikan masalah.

Sifat ego amat membahayakan keharmonian rumah tangga dan sekiranya terlalu mengikut sifat ego maka masalah yang dihadapi tidak akan selesai malah bertambah buruk.

(3) JANGAN MENCARI SALAH

Ketika berhadapan situasi tegang bersama pasangan, jauhi daripada mencari kesalahan pasangan kerana ini akan menyebabkan keadaan bertambah buruk. Jalan yang terbaik bagi anda yang telah melakukan kesalahan terhadap pasangan ialah anda seharusnya mengaku mengenai kesalahan tersebut dan bukannya cuba mencari kesalahan pasangan pula bagi mengelakkan diri dari masalah tersebut.

(4) JANGAN MENGHUKUM

Jauhi dari sifat yang suka menghukum pasangan dengan apa jua cara ketika di saat anda terlalu marah dengan pasangan kerana bukan sahaja pasangan akan hilang rasa hormat terhadap anda malah akan menghakis keharmonian rumah tangga anda.

Oleh itu dinasihatkan jangan menghukum apabila timbul konflik sebaliknya selesaikan cara baik dengan segera. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, sama ada ia kecil ataupun besar, hukuman hanya menyukarkan proses perdamaian. Jadi, kalau benar masih ada niat mahu berdamai, jangan menghukum.

(5) MENGALAH

IKLAN

Seringkali berlaku di kalangan pasangan berumah tangga ialah ketika berhadapan dengan perang dingin bersama pasangan, mereka tidak mahu mengalah malah mereka lebih cenderung untuk mempertahankan diri masing-masing.

Perkara sebegini yang kebiasaannya akan menyebabkan situasi bertambah buruk. Sesekali cuba mengalah walaupun kesalahan tersebut ternyata bukan disebabkan oleh anda demi menjaga hubungan bersama pasangan dan menjaga keharmonian rumah tangga.

(6) ELAKKAN BAHASA NEGATIF

Bahasa negatif bukan sahaja akan menyebabkan situasi bertambah buruk malah akan menyebabkan perasaan kasih sayang antara pasangan terhakis ini kerana bahasa negatif ternyata akan mengguris hati dan perasaan pasangan.

Cuba gunakan bahasa yang lembut yang lebih bersifat penghargaan dan pujian untuk memujuk hati yang sedang marah. Pastinya pasangan akan sejuk hati dan bersedia untuk berdamai.

(7) BERDEPAN DENGAN PASANGAN

IKLAN

Di dalam dunia yang serba moden ini pelbagai jenis komunikasi boleh digunakan untuk berhubung dan teknologi sebegini yang menghakis keharmonian dan kasih sayang antara pasangan.

Ini kerana terdapat sesetengah individu menggunakan teknologi sebegini untuk menyalurkan rasa tidak puas hati dan kemarahan terhadap pasangan yang mana akan menyebabkan situasi tegang akan berlanjutan berpanjangan kerana saling tidak bersua muka.

Oleh itu, apabila menghadapi konflik, bawa pasangan untuk bersua muka dan berbincang mengenai masalah yang dihadapi dan cari jalan penyelesaian kerana ia merupakan jalan yang terbaik kerana apabila anda saling bersua muka maka akan timbul rasa rendah hati kerana perasaan kasih sayang yang timbul terhadap pasangan.

(8) JANGAN MENGUNGKIT

Elakkan sama sekali daripada mengungkit kisah lalu kerana ia akan menyebabkan pasangan anda merasa sensitif mungkin kerana kenangan pahit yang dilalui. Mengungkit kisah lalu bukan sahaja membuatkan hubungan anda menjadi tegang bersama pasangan malah boleh mengundang situasi yang lebih buruk.

(9) SENTIASA MEMAAFKAN

Sentiasa memaafkan pasangan anda dan memaafkan kesalahannya kerana ia merupakan jalan yang terbaik untuk mengatasi perang dingin. Ini adalah kerana setelah anda memaafkan pasangan dan melupakan kesalahannya, anda akan tidak lagi merasa tidak berpuas hati atau marah terhadap pasangan sebaliknya hubungan anda akan berjalan seperti sedia kala tanpa masalah. Amalkan untuk saling bermaafan antara satu sama lain.

(10) BERDAMAI

Akhir sekali cuba untuk berdamai bersama pasangan dan tidak dapat dinafikan bahawa terdapat di antara pasangan yang tidak mahu atau tidak tahu untuk memulakan proses ini dan tidak salah untuk anda yang memulakannya terlebih dahulu demi kesejahteraan bersama. KR