Pertama kali bertemu suri hati Dr Say Shazril ini adalah sekitar bulan September dua tahun lalu. Selain terpikat dengan peribadi menyenangkan dan raut wajah cantiknya, pertemuan bersama Dr Azura Abas sekali lagi membuatkan penulis kagum dengan doktor cantik ini. Mana tidaknya, sejak menjadi ibu… kulit wajah Dr Azura nampak makin gebu dan berseri-seri. Memang cantik!
Ditanya petua yang diamalkan hingga mampu memiliki kulit sihat, dengan nada rendah diri ibu Aezriel ini berkongsi rahsia. “Saya cuma guna skincare yang basic je. Basuh muka macam biasa dan sebagainya yang macam orang lain buat juga. Tapi, wajib pakai sunblock setiap hari. Sunblock ni fungsinya bukan untuk elakkan kulit kita gelap saja. Ia turut membantu melambatkan proses penuaan seperti kedutan, memperbaiki tekstur kulit dan macam-macam lagi.
Satu lagi kalau nak nampak cantik kenalah mekap. Maksudnya bukanlah mekap yang tebal. Cukup sekadar bibir dan pipi ada warna, pakai maskara sikit dan eyeliner. Tambahan pula sejak ada anak ni, kenalah cover sedikit eyebag. Jenis saya, mekap sekejap je. Dalam lima minit macam tu dah siap sebab saya tak pakai foundation. Alhamdulillah, lepas bersalin saya nampak kulit jadi lebih sihat dan bersih. Sebelum mengandung dulu tak pula macam ni,” ujarnya sambil ketawa.
Tambah Dr Azura lagi, “Selain tip itu, saya juga amalkan makanan yang seimbang. Tak boleh makan junk food banyak sangat. Sebenarnya tak ada petua spesifik pun yang saya
ikut, cuma saya akan pastikan semuanya dalam skala moderate. Makan dalam kuantiti sederhana, bersenam dan tidur yang cukup.
Bercerita tentang menu harian pula saya memang nasi setiap hari. Maklumlah, kita orang Melayu ni tak tinggal makan nasi dan dah jadi menu wajib. Apa-apa pun, portion nasi tu kena betul dan tak boleh melebih-lebih. Memadai portion nasi suku je tak kiralah sesedap mana pun lauk yang kita makan.
Ads
Nak nampak sihat dan segar selalu pun hidup kena less stress. Syukur, sekarang waktu kerja saya fleksibel dan bukan waktu pejabat dari pukul 9 pagi sampai 5 petang. Jadi, ada lebih masa dengan anak.”
Selamat melahirkan bayi lelaki comel secara pembedahan pada Mei tahun lalu, Dr Azura mengakui berdepan beberapa perubahan besar sejak cahaya mata yang dinanti-nanti hampir empat tahun itu dilahirkan. “Memang ada perubahan pun. Contohnya kalau dulu bolehlah saya mekap lebih sedikit dan buat rambut.
Ads
Kalau dulu saya dan suami rajin ke gym tapi sekarang semuanya terhad. Bukan je sebab keadaan saya yang lahirkan anak secara ceaserean tapi juga kekangan masa. Nak tak nak, kena juga buat senaman ringan to keep ourselves healthy.”
Sentiasa tersenyum dan melihat setiap dugaan serta cabaran hidup dari perspektif yang baik, Dr Azura turut mengakui dia seorang wanita yang berfikiran positif. “Saya memang seorang yang positif sebab nak tunggu dapat Ace ni agak lama. Jadi kalau timbul rasa negatif dengan kehadiran dia, tu nampak macam tak bersyukur lah pula. Yang penting kena sentiasa bersyukur dan tetapkan dalam diri untuk selalu fikir yang baik-baik termasuk bila Allah bagi rezeki anak ni. Kena bersyukur dan betul-betul jaga amanah ni.”
Dalam temu ramah bersama Nona dua tahun lepas, Dr Azura memaklumkan dia sah bergelar isteri kepada Dr Shazril Shaharuddin pada tanggal 30 Mac 2014 setelah lebih lima tahun mengenali hati budi. Malah, perkenalan mereka terbina ketika masing-masing menuntut dalam jurusan dan tempat pengajian yang sama.
Ads
“Kami mula berkenalan masa sedang belajar di India lagi. Kalau tak silap, pada tahun 2009. Waktu itu, saya dan Dr Say adalah pelajar perubatan di International Medical School di Bangalore. Dalam ramai-ramai pelajar Malaysia di sana, hanya dengan Dr Say saja saya boleh serasi. Mungkin sebab kami berkongsi minat yang sama kerana suka pergi ke gym.
Memang dekat India lagi dia sudah mula berjinak-jinak dengan seni bina badan dan kerap ke gimnasium. Begitu juga saya. Cuma bezanya, saya lebih kepada senaman dan tak terlalu ekstrem macam suami. Lepas saja habis belajar pada tahun 2013, dia masuk pertandingan bina badan dan terjun ke dunia modelling.
Sejak dia menang empat pertandingan bina badan itulah orang mula ambil tahu tentang dirinya. Kebetulan, kami baru berkahwin dan sedang buat housemanship selama dua tahun
di Hospital Serdang.”
Kredit foto: Instagram Dr Azura Abas
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kembali bergelar isteri, Deq Nor Feminin kini isteri kepada cucu Gabenor Sarawak pertama, akhirnya bahagia temui jodoh usia 47 tahun.
Lebih dua dekad rasanya tak dengar khabar terbaru anggota kumpulan Feminin, Deq Nor atau nama sebenarnya Noor Intan Zanariah Zaharin, 47 tahun.
Kelibat wanita ini tidak kelihatan sepanjang malam konsert terakhir GenKRU yang menampilkan kumpulan ikonik 90-an, Feminin, kerana sibuk dengan urusan keluarga.
Rupa-rupanya beliau berada di bumi Kenyalang untuk majlis persandingan dengan jejaka pilihan hati ditemani ahli keluarga dan anak-anak kesayangan.
Merupakan anak bongsu kepada veteran politik Dato’ Abdul Zaharin Mohd Yasin, 74 tahun, wanita jelita ini selamat mendirikan rumah tangga dengan Abang Lokman Abang Abdul Rahim hujung minggu lepas di Waterfront Hotel Kuching.
Majlis persandingan kedua mempelai berlangsung meriah dengan kehadiran Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Fadillah Yusof serta ramai lagi jemputan VVIP.
Sebelum ini, Deq Nor dan suami telah sah bergelar suami isteri pada Ogos 2024 dalam sebuah majlis akad nikah kecil-kecilan di Majestic Hotel, Kuching.
Sebagai sebahagian ahli all-girls group yang pernah popular pada tahun 90-an, kemunculan Feminin menjelang malam konsert terakhir GenKRU lepas amat ditunggu-tunggu.
Sayangnya hanya tiga orang sahaja yang membuat persembahan iaitu As, Watie dan Along manakala Deq Nor serta Yatie tidak dapat bersama.
Mengintai perkembangan terkini, Deq Nor yang merupakan anak kepada Dato’ Abdul Zaharin Mohd Yasin lincah menjalankan perniagaan suplemen yang diasaskan iaitu NinaBerry. Beliau memiliki tiga orang cahaya mata daripada perkahwinan terdahulu.
Kembali bergelar isteri, Deq Nor Feminin kini isteri kepada cucu Gabenor Sarawak pertama, akhirnya bahagia temui jodoh usia 47 tahun.
Masih langsing dan comel seperti dulu, penampilan Deq Nor yang kini manis berhijab buat mata sejuk memandang. Deq Nor memiliki dua anak lelaki dan seorang anak perempuan yang menginjak dewasa.
Perkahwinan kedua Deq Nor bersama jejaka Sarawak, Abang Lokman, mengisi hati yang kekosongan. Menerusi carian di Internet, suami Deq Nor kini merupakan anak saudara kepada Premier Sarawak dan juga cucu kepada Gabenor Sarawak pertama iaitu Allahyarham Tun Datuk Haji Abang Openg bin Abang Sapiee.
Lovely couple! Suka tengok kebahagiaan Deq Nor dan Abang Lokman. Selamat pengantin baru buat kedua mempelai. Semoga rumah tangga yang dibina berkekalan bahagia hingga ke Jannah.
Sebut sahaja nama Faizal Hussein pasti ramai yang terkenang filem-filem box office lakonannya. Penangan filem Gila-Gila Remaja pada tahun 1986 misalnya telah berjaya melonjakkan nama Faizal Hussein di persada seni tanah air. Bahkan sampai ke hari ini pun masih ramai yang boleh mengingati jalan cerita filem popular tersebut dan lebih mengenali dirinya dengan gelaran Roy.
Bagi peminat seni negara, bakat Faizal Hussein tidak perlu dipertikaikan lagi. Cukup berdisiplin di set penggambaran dan mampu membawa watak yang diberikan dengan sebaik mungkin antara faktor mengapa dirinya kekal relevan sampai sekarang.
Yang pasti, kehebatan anak seniman Allahyarham Hussein Abu Hassan dan Allahyarhamah Mahyon Ismail di pentas lakonan tetap teguh meskipun Faizal kini mencecah usia 54 tahun.
Di sebalik kejayaan Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia 2012 ini, pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai perkembangan terkini suri hati Faizal Hussein yang dahulunya turut pernah mewarnai dunia seni. Suhaila Sulaiman yang meniti usia 45 tahun pada 29 Jun lepas juga merupakan seorang pelakon.
Sebaik mendirikan rumah tangga bersama Faizal Hussein pada tahun 2004, nama Suhaila seakan sepi daripada industri seni. Dia dilihat lebih selesa memberi sepenuh tumpuan terhadap keluarga terutamanya selepas bergelar ibu. Hasil perkongsian hidup 17 tahun, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fazryn yang menyambut ulang tahun ke-16 pada 5 Jun lalu sementara anak lelaki mereka, Fazrick kini berusia 13 tahun.
Mengamati wajah kedua-dua cahaya mata ini, mereka berdua mewarisi kecantikan dan wajah tampan Faizal dan Suhaila. Fazrick misalnya cukup berbakat dalam bidang seni sama seperti ibu dan bapanya tidak kurang juga Fazryn yang cemerlang dalam akademik dan bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Lebih mengagumkan ialah cara Suhaila mendidik dan membentuk kedua-dua anaknya dengan penuh perhatian dan kasih sayang. Apa saja yang diminati mereka, baik Suhaila mahupun Faizal… mereka sepakat menyokong kehendak Fazryn dan Fazrick.
Disifatkan antara pasangan selebriti yang merendah diri dan saling melengkapi di antara satu sama lain, kemesraan Faizal Hussein dan isteri tersayang sentiasa dicemburui peminat. Walau sudah berbelas tahun menjadi suami isteri namun kedua-duanya seperti pasangan baru berkahwin. Ada saja masa terluang, pasti mereka meluangkan masa bersama.
Melihat raut wajah lembut dan peribadi menyenangkan Suhaila, pastinya kehidupan Faizal Hussein bertambah bahagia. Kagum dengan cara wanita ini menjaga keharmonian keluarga dan sentiasa menjadi tulang belakang suami tercinta.
Kredit foto: Instagram Suhaila Sulaiman
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bawal atau square scarf memang menjadi pilihan kebanyakan wanita muslimah masa kini. Tidak terkecuali, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Selain mudah dan cepat digayakan, pemakaian tudung bawal menyerlahkan lagi keanggunan wanita. Pendek kata, gaya hijab ini memang tengah in lah sekarang! Sampaikan golongan VVIP pun suka.
Tidak kira ketika menghadiri majlis rasmi mahupun santai, Tunku Azizah dilihat selesa memakai tudung bawal sebagai gaya harian. Daripada material cotton, chiffon, satin, bercorak mahupun polos.. semuanya ada dalam koleksi Tunku Azizah.
Mengenali peribadi Tunku Azizah.. baginda bukan hanya gemar memasak bahkan cukup prihatin dengan isu masyarakat terutamanya apabila melibatkan golongan susah dan kesuburan wanita. Disebabkan itu, Tunku Azizah berkenan menjadi Pengasas Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).
Tunku Azizah merupakan puteri ketiga kepada pasangan Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail bersama isterinya Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah. Kekanda lelakinya ialah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan isteri kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Pasangan Diraja ini juga dikurniakan empat orang putera dan lima orang puteri iaitu Tengku Amir Nasser; Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah; Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah; Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah; Tengku Puteri Ilyana; Tengku Puteri Iman Afzan; Tengku Puteri Ilisha Ameera; Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.
15 Januari lepas, Istiadat Pertabalan Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang keenam diadakan di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang. Dan esok… 30 Julai bukan hanya merupakan tarikh berlangsungnya Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 tetapi juga ia sebenarnya tanggal keputeraan baginda yang ke-60.
Kredit foto: Instagram Love Tengku Puan Pahang / Istana Negara / Malaysia Royal Family
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.