Pejam celik, Tengku Muhammad Johan Petra yang merupakan putera kesayangan Yang Amat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan Yang Berbahagia Che Puan Sofie Louise Johansson Petra sudah pun menginjak usia dua tahun.
Kehadiran anak kecil ini pastinya menjadikan rumah tangga pasangan diraja Kelantan berkenaan lebih bermakna. Sekaligus menyerikan lagi alam perkahwinan Tengku Muhammad Fa-iz dan Che Puan Sofie.
Tengku Muhammad Johan Petra Buah Hati Che Puan Sofie
Menerusi perkongsian jelitawan berasal dari Sweden ini di media sosial, sejak melahirkan zuriat sulung dan bergelar ibu, kebanyakan posting Che Puan Sofie berkaitan perkembangan buah hati kesayangan, Tengku Muhammad Johan Petra. Memang terserlah betapa beliau bahagia menggalas tugas ibu dan berada di samping anak tersayang.
Tengku Muhammad Johan Petra genap meniti usia dua tahun pada 17 Julai lepas. Terhibur melihat telatah manja dan comel permata hati Tengku Muhammad Fa-iz dan Che Puan Sofie ini.
Ads
Bersempena ulang tahun kelahiran kedua Tengku Muhammad Johan Petra, Che Puan Sofie tidak ketinggalan menitip kesyukuran atas kurniaan anugerah terindah anak ini dalam hidup mereka sebagai suami isteri.
Tengku Muhammad Johan Petra Genap 2 Tahun
“Min älskling (My love) may only be 2, but the happiness you have given us is enough to last a lifetime. HAPPY BIRTHDAY! SELAMAT HARI JADI! GRATTIS!”
Che Puan Sofie Louise Johannson kini berusia 39 tahun. Beliau bergelar isteri kepada Yang Amat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra pada 19 April 2019 dan menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang keenam.
Terasa vibe keluarga diraja bila pakai selendang klasik. Beli sini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penulisan seorang pendidik bernama Cikgu Emmet sememangnya tak pernah gagal menzahirkan kecintaan beliau terhadap dunia perguruan yang diceburi. Cikgu Emmet merupakan seorang guru dari Perak, namun telah berkhidmat lebih dua dekad di Sarawak.
Terkesan dengan tragedi yang menimpa M Vasanthapiriya, seorang pelajar tingkatan dua yang menggantung diri akibat tertekan dengan tuduhan mencuri telefon pintar milik seorang guru, Cikgu Emmet tampil meluahkan perasaannya buat guru-guru seangkatan.
Salam takziah buat adik M Vasanthapiriya yang menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi.
Mendiang sebelum ini cuba membunuh diri setelah dituduh oleh gurunya mencuri telefon bimbit.
Dikhabarkan pelajar ini turut dimarahi dihadapan pelajar lain malah semasa berjumpa ibubapa mendiang pun mendiang dimalukan dihadapan ibubapanya.
Antara kandungan surat terakhirnya ialah: “I want to thank my parent for take care me. I love you so much and i am so sorry” demikianlah catatan Piriya dalam suratnya sebelum cuba menggantung diri.
Sahabat saya yang sangat dihormati terutama para komrad pendidik.
Benarlah kata-kata pujangga terdahulu bahasa LISAN ITU LEBIH TAJAM DARI MATA PISAU. Saya yakin kata-kata lah yang menjadi senjata membunuh Priya. Mungkin ada kata-kata yang diluahkan dengan emosi tak stabil dan amarah yang melampau hingga boleh meruntun jiwa anak 14 tahun ini.
Kalau sebelum ini SIFAT MALAS untuk membuang kerusi buruk milik seorang manusia telah membunuh seorang remaja india yang berjalan dibawah saat Si Pemalas menghumbankan kerusi dari tingkat tinggi hingga menimpa remaja yang sangat baik dan menjadi harapan ibunya telah terkorban. Hari ini seorang remaja mati kerana Sifat Bongkak Sombong dan Takbur seorang manusia yang menjawat jawatan sebagai pendidik.
Saya juga guru…dan guru bukan maksum. Kita sama seperti mana-mana penjawat lain yang mudah khilaf dan culas.
Maka sebagai pembina asas negara dengan mendidik jiwa-jiwa muda ini harus lah dilakukan dengan bersabar dan berhemah.
Kalau dahulu kita boleh bangga dengan tamparan cikgu disiplin mampu menjadikan kita berjaya. Kita bangga dengan pulasan telinga oleh ustaz menjadikan kita umat yang taat. Namun kini zaman sudah banyak berubah. Ada diantara kita gemar mengunakan sumpah seranah dalam mendidik. BODOH TOLOL BANGANG mungkin jadi kalimat yang kita zikirkan pada telinga pelajar pelajar bermasalah.
Bilamana ada kejadian kecurian maka ugutan,cacian dan bentakan bersilih ganti diujarkan pada tertuduh.
Sedarlah komrad yang dikasihi, kadang kala kata-kata ini mampu menghiris hati tanpa mengeluarkan darah tapi airmata. Kata-kata ini boleh melukai jiwa tanpa darah namun berparut. Kata-kata boleh menyentak henyak emosi hingga remuk redam.
Apalah cercaan yang diterima oleh adik Priya ini hingga sanggup menjadikan nyawa sebagai galang ganti.
Beringatlah wahai sahabat guru ku,
Luapan marah yang tercetus akibat karenah pelajar kita haruslah ditangani secara bijak dan berhemah. Jangan biarkan emosi hangat membuka pintu para iblis masuk menyiram minyak kemarahan dan kebencian hingga mulut kita menyemburkan api makian yang merentungkan jiwa anak-anak pelajar yang masih hijau.
Semoga peringatan ini juga menjadi panduan untuk saya agar tidak mengikut emosi dalam melaksanakan pengajaran.
Kita pendidik maka didiklah dengan penuh bijaksana kerana akhirnya yang kita inginkan ialah kemenjadian anak didik yang baik, cemerlang dan berjaya dimasa hadapan.
Vasanthapiriya, pelajar malang di SMK Methodist di Nibong Tebal, dipanggil untuk disoal siasat oleh 3 guru pada 2.00 petang Rabu lepas. Salah seorang guru wanita, menuduhnya mencuri telefon bimbit iPhone 6 miliknya. Setelah dia menafikannya, seorang lagi guru yang lain memukul belakang badannya di hadapan pelajar lain.
Masih tidak puas hati, Vasanthapiriya kemudian dikurung di sebuah bilik di kuarter pejabat guru selama 5 jam, tanpa makanan atau dibenarkan ke tandas. Pada 6.45 petang, suami guru yang hilang telefon bimbit itu tiba di sekolah. Pasangan itu mengancam akan membawanya ke polis tetapi kemudian membawa Vasanthapiriya ke rumahnya untuk bertemu ibu bapanya. Remaja itu kemudian lari ke biliknya, sementara ibu bapanya dan penuduhnya keluar rumah untuk menyelesaikan perkara itu.
Bapanya yang berusia 50-an, pulang sekitar 8.20 malam terpaksa memecah pintu bilik anaknya selepas panggilannya tidak disahut. Vasanthapiriya didapati tidak sedarkan diri dan tergantung pada sehelai selendang yang diikat pada paip pendingin hawa. Kakinya tersentuh di lantai dan dia masih hidup. Bapanya melakukan rawatan kecemasan dan membawanya ke hospital setelah gagal.
Tepat jam 3.30 pagi, 1 Februari 2018, selepas beberapa hari bertarung nyawa, pelajar itu menghembuskan nafas terakhirnya dan pergi buat selama-lamanya. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dari kenalan dalam bidang korporat dan perniagaan kini Dato’ Seri Azmin Ali merupakan besan dengan Dato’ Haris Onn Hussein yang juga adik kepada ahli politik terkenal, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein. Perkahwinan anak lelaki bongsu bekas Menteri Besar Selangor berkenaan baru-baru ini nyata mengeratkan lagi ukhwah yang terjalin dengan kedua-dua belah keluarga.
Menerusi perkongsian di media sosial, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali meluahkan rasa syukur dan bahagia apabila anakanda tersayang iaitu Mohamed Yusuf Al Sadiq selamat bergelar suami pada 23 Januari lalu.
Titipnya, “Alhamdulillah kami bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan segala kemudahan dan kesempurnaan dalam Majlis Akad Nikah Putera Bongsu kami, Mohamed Yusuf Al Sadiq dengan Sara Sabrina Dato’ Haris Onn.
Saya dan Shida serta keluarga bersyukur dapat menyaksikan Majlis Akad Nikah yang berlangsung dalam suasana yang cukup indah, meriah dan penuh barakah.”
Tambahnya lagi, “Saya dan Shida menzahirkan rasa syukur di atas ikatan pernikahan anakanda kami yang berlangsung malam Jumaat di Kuala Lumpur.
Dengan nada yang penuh keyakinan dan satu nafas, anakanda Mohamed Yusuf Al Sadiq melafazkan, “Saya terima nikah Sara Sabrina binti Haris dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai.” Alhamdulillah.
Moga putera bongsu kami, Mohamed Yusuf Al Sadiq dan isterinya, Sara Sabrina akan kekal dalam keluarga sakinah, mawaddah, warahmah serta dikurniakan dengan zuriat yang soleh dan solehah.”
Dalam majlis pernikahan itu, kedua-dua mempelai tampil segak dan memukau dalam persalinan tradisi indah rona putih.
Keluarga Dato’ Seri Azmin dan isteri, Datin Seri Shamshida kelihatan berbusana sedondon dalam pilihan warna mocha. Sementara, Dato’ Haris Onn dan Datin Shazlin Zain sekeluarga pula tampil dengan pilihan warna beige.
Pasangan pengantin kemudian diraikan oleh keluarga pengantin perempuan dalam sebuah majlis resepsi gilang-gemilang. Lebih istimewa, majlis diserikan dengan keberangkatan KDPM Tengku Mahkota Pahang dan DYTM Yang di-Pertuan Muda Terengganu.
Ratu Jazz tanah air, Datuk Sheila Majid turut diundang membuat persembahan kepada tetamu yang hadir.
“Tahniah kepada Dato’ Haris Onn Hussein dan Datin Shazlin Zain yang menerima menantu sulung dalam keluarga mereka. Moga hajat yang disulam dengan niat suci, disimpulkan dengan janji dan dimeteraikan dengan ikatan pernikahan yang suci akan diberkati Allah SWT dan kekal bahagia dan abadi selamanya.
Malam tadi, Sara Sabrina dan Mohamed Yusuf Al Sadiq diraikan dalam Majlis Resepsi oleh keluarga Dato’ Haris Onn Hussein dan Datin Shazlin Zain. Suasana yang cukup gemilang dan meriah dengan kehadiran para tetamu dan keluarga besar Dato’ Haris serta sahabat handai dari kedua-dua pihak.
Saya dan Shida juga mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Dato’ Haris Onn Hussein dan Datin Shazlin Zain sekeluarga senantiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat sejahtera.”
Tahun ini usia perkahwinan Dato’ Seri Azmin dan isteri mencecah 38 tahun. Hasil perkongsian hidup selama lebih 30 tahun itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Farah Shazliyana, Mohamed Ameer Shazrin, Farah Amira, Farah Afifah, Mohamed Basheer Noor Alhaq dan Mohamed Yusuf Al Sadiq.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Power-couple Bollywood terkenal, Ajay Devgan dan Kajol sememangnya digilai ramai. Kajol dan Ajay yang kedua-duanya merupakan pelakon berbakat besar dan popular di India berkahwin pada 24 Februari 1999 dan hasil perkahwinan selama hampir 25 tahun itu mereka telah dikurniakan dua orang anak iaitu Nysa Devgn dan seorang anak lelaki yang diberi nama Yug Devgn.
Kajol mula menjalinkan hubungan dengan Ajay sewaktu pengambaran filem Gundaraj pada tahun 1994. Selepas berkahwin kedua-duanya dilihat tetap setia menjalani kehidupan berumahtangga dan saling menyokong kerjaya masing-masing.
Apatah lagi ramai pasangan selebriti yang memandang tinggi dan menjadikan mereka berdua idola dalam perkahwinan. Seperti Shah Rukh Khan dan isterinya Gauri, Kajol dan Ajay juga dilihat cukup serasi malah jarang sekali gosip bertebaran melibatkan rumahtangga mereka.
Namun selepas hampir 25 tahun bersama, Ajay Devgan akhirnya terbuka berkongsi, mendedahkan salah satu sikap Kajol yang paling kurang digemarinya.
Ajay baru-baru ini menceritakan yang Kajol adalah seorang wanita yang terlalu banyak bercakap, tak ubah seperti mulut murai. Kata Ajay lagi, ketika di set penggambaran pun Kajol terlalu banyak bercakap sehingga kadangkala menyebabkan dia hilang tumpuan pada kerja.
Disebabkan Kajol terlalu banyak bercakap, apabila Kajol diminta memberi fokus dia pula dilihat sibuk dengan aktiviti lain. Kerana itu, Ajay tidak suka Kajol terlalu banyak bercakap. Malah Ajay sendiri sering mengingatkan Kajol supaya mengubah tabiat tersebut.
Namun apabila Kajol banyak berdiam diri, Ajay pula akan merasa sunyi dan susah hati, tertanya-tanya kenapa Kajol tidak seperti selalu. Apabila ini berlaku, dia akan bertanya kepada Kajol apa yang terjadi. Adakah Kajol tidak sihat atau ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.
“Oleh itu saya biarkan saja keadaan semula jadi isteri saya. Saya tidak berhasrat untuk memaksa atau meminta dia menukar sifat dirinya,” kata Ajay.