April lalu penyanyi popular era 80an yang juga juara Bintang RTM 1980, Rohana Jalil dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke unit Rawatan Rapi (ICU) akibat kebocoran usus.
Terkini, keadaan kesihatannya dilaporkan terlalu lemah dan masih memerlukan pemantauan pakar. Rohana sedang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor sejak April lalu.
Kredit Foto: IG Rohana Jalil.
Memetik perkongsian Mstar, pengurusnya yang mahu dikenali sebagai Jepun memaklumkan Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil yang kini berusia 68 tahun berada dalam keadaan stabil namun keadaan tubuhnya dilaporkan terlalu lemah.
“Keadaan dia sangat lemah tetapi masih stabil. Kebocoran usus yang dialaminya masih belum sembuh lagi.
“Sekarang ini doktor tidak boleh buat apa-apa kerana keadaannya terlalu lemah dan kalau nak buat prosedur rawatan seterusnya pun agak susah.
“Rohana tak boleh makan atau minum. Hanya bergantung kepada antibiotik untuk sembuhkan usus yang bocor itu,” katanya.
Ads
Kredit Foto: Mstar
Dalam pada itu, Jepun mendedahkan Rohana tidak lagi menerima rawatan di unit Rawatan Rapi (ICU) kerana penggunaan mesin rawatan sudah tidak mampu merawat Rohana.
Tambah Jepun, kuman akibat kebocoran usus itu telah merebak ke beberapa organ utama seperti paru-paru dan buah pinggang.
“Dia sudah tidak boleh dirawat di ICU kerana penggunaan mesin-mesin rawatan semuanya tidak lagi memberi kesan terhadapnya.
“Disebabkan usus telah bocor, kuman-kuman semua telah menyerang ke organ-organ seperti paru-paru dan buah pinggang.
Ads
Kredit Foto: IG Rohana Jalil.
“Apabila kuman dah merebak ke organ utama, doktor berkata ada potensi untuk jantungnya berhenti pada bila-bila masa kerana dia pun sudah tidak kuat untuk melawan penyakitnya itu,” ujarnya yang turut mendedahkan punca sebenar masalah kesihatan yang dialami penyanyi lagu Rayuanku itu adalah kerana pernah menjalani pembedahan bariatrik dua tahun lalu bagi merawat masalah gastrik.
Rawatan itu dibuat susulan mendapat khidmat nasihat doktor, namun semuanya bertukar menjadi lebih rumit akibat kesan yang dialami pada usus.
Sementara itu, Jepun memberitahu sebelum ini pihak hospital menyarankan agar Rohana tidak menerima pelawat selain ahli keluarga bagi mengelakkan terkena jangkitan kuman.
Ads
Kredit Foto: IG Rohana Jalil.
Bagaimanapun, melihatkan keadaan Rohana yang semakin tenat, penyanyi itu dibenarkan untuk menerima pelawat.
“Kami memang menghadkan pelawat untuk datang menziarah Rohana atas nasihat doktor juga kerana bimbang dijangkiti kuman.
“Tapi melihatkan keadaannya sekarang, saya sudah mula meminta rakan-rakan baiknya untuk datang melawat.
“Cuma saya mohon maaf kerana tidak boleh beri izin semua datang melawat kerana terlalu ramai. Jadi, mana-mana rakan artis yang baik dengan Rohana, mereka boleh datang melawat,” katanya.
Bersama anak tersayang, Kilafairy (Kredit Foto: IG Rohana Jalil).
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat melakukan kunjungan hormat ke atas Baginda Raja United Kingdom, Raja Charles III, di Istana Buckingham, London, United Kingdom semalam (12 Oktober 2022). Kunjungan hormat itu bersempena lawatan khas Seri Paduka Baginda berdua ke London, dari 10 Oktober hingga 16 Oktober 2022.
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, pada sesi kunjungan hormat itu yang berlangsung selama 40 minit bermula pada jam 3.00 petang waktu tempatan, Baginda Raja Charles III berkenan menyantuni dan beramah mesra dengan Seri Paduka Baginda berdua.
Baginda Raja Charles III dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut menyentuh isu-isu hubungan dua hala antara Malaysia dan UK termasuk isu alam sekitar dan pelancaran Battersea Power Station, sebuah projek hartanah ikonik pelaburan Malaysia di London, yang akan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda selepas sesi kunjungan hormat itu.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua melakukan kunjungan hormat itu mencerminkan keakraban Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan Baginda Raja Charles III. Kedua-dua pemimpin telah menjalinkan persahabatan sejak lebih empat dekad, bermula dengan bersukan polo bersama-sama ketika remaja di pelbagai peringkat kejohanan antarabangsa.
Kunjungan hormat ini, yang juga pertemuan kali kedua antara kedua-dua pemimpin pada tahun ini, turut mencerminkan hubungan dua hala yang rapat antara Malaysia dan United Kingdom sejak kemerdekaan 65 tahun lalu.
Pada 18 September 2022 lalu, Seri Paduka Baginda berdua berkenan berangkat menghadiri Majlis Resepsi Bersama Baginda Raja Charles III yang telah dihoskan oleh Baginda di Istana Buckingham.
Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan berangkat menghadiri istiadat pemakaman negara Baginda Ratu Elizabeth II di Westminster Abbey pada 19 September 2022 lalu.
Tiada apa yang dapat menghalang seorang remaja perempuan yang baru sahaja berusia 18 tahun, Chiara Bordi untuk meneruskan kehidupannya dan mengejar impian walaupun beliau kehilangan kaki kirinya dalam kemalangan basikal ketika berusia 13 tahun. Bahkan, kekurangannya itu turut memberi tuah buat dirinya apabila berjaya ke pertandingan akhir Miss Italy 2018 baru-baru ini.
Ya, pertandingan ratu cantik cukup sinonim dengan penampilan wanita yang cantik dan bijak. Namun bagi wanita kelahiran Itali ini, kekurangan pada dirinya bukanlah penghalang untuk dia menyertai pertandingan ratu cantik tersebut dan membuktikan dirinya mampu bersaing dengan wanita-wanita sempurna di luar sana.
Akibat kemalangan itu, Bordi yang berasal daripada Wilayah Tarquinia meneruskan hidup dengan status OKU dengan hanya mempunyai satu kaki.
Selain itu, kejayaan Bordi ini juga membuktikan walaupun terdiri dalam golongan OKU, orang seperti mereka tidak seharusnya dipandang rendah dan berhak mendapat layanan seperti insan biasa yang lain.
Walau bagaimanapun, sesetengah netizen menganggap ia sebagai satu pencapaian membanggakan dan memecahkan rekod dalam pertandingan berprestij itu namun ada sesetengah tidak berpuas hati dengan perkara ini. Beberapa hari sebelum pusingan akhir, penyokong dan penentang Bordi saling berbalah.
Menurut Bordi, dia tidak berminat dengan kemenangan tetapi menunjukkan kepada dunia, kehidupan masih indah apabila dilahirkan semula selepas kejadian dramatik.
Kredit foto: Instagram Chiara Bordi
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kejayaan anak kelahiran Ipoh Perak ini mencipta sejarah menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Oscar nyata mengujakan dan membanggakan keseluruhan rakyat Malaysia!
Dan khabar baru yang baru diterima, Tan Sri Michelle Yeoh dijadualkan akan bertemu dengan peminat di Malaysia tidak lama lagi di mana beliau dijadualkan akan hadir dalam sebuah acara, Pride of Malaysia Michelle Yeoh Homecoming Public Fan Meet pada 18 April di Pavilion Kuala Lumpur pukul 4 petang.
Michelle Yeoh 60, mencipta sejarah apabila memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi ke-95 di Los Angeles bulan lalu sekali gus menjadi pelakon dari Asia pertama yang berjaya dinobatkan gelaran tersebut.
Ketika berucap, Michelle Yeoh mendedikasikan kemenangannya kepada semua orang yang pernah punya impian untuk mencapai sesuatu kejayaan untuk terus berharap dan berusaha, nyata menjadi pembakar semangat di seluruh dunia terutama rakyat Malaysia.
“Untuk anda semua yang kelihatan seperti saya dan pada menonton malam ini, anda semua jangan pernah berhenti berharap. Ini adalah bukti, impian besar, dan impian menjadi kenyataan.
“Saya perlu mendedikasikan (anugerah) ini kepada ibu saya, semua ibu di dunia kerana mereka benar-benar wira-wira, dan tanpa mereka, tiada seorang pun daripada kita akan berada di sini malam ini.
“Saya bawa pulang ini kepadanya. Dia sedang menonton sekarang di Malaysia, KL, bersama keluarga dan rakan-rakan saya. Saya sayang kamu semua. Saya bawa pulang ini kepada kamu,” katanya di atas pentas pada malam tersebut selepas menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik.
Untuk rekod, Michelle memenangi anugerah terbabit menerusi filem Everything Everywhere All at Once, dan filem itu menggungguli anugerah Oscar edisi ke 95 tahun dengan merangkul 7 anugerah termasuk filem terbaik dan pengarah terbaik.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!