Dunia bergerak pantas. Alangkah baiknya kalau kita mampu menjimatkan banyak masa perjalanan di atas jalan raya. Naik kereta tapi cepat macam kapal terbang, ah… kalau boleh terbang, sanggup rasanya ulang-alik dari kampung ke pejabat setiap hari. Dulu mungkin mimpi, tapi kini kereta terbang betul-betul wujud tau!

IKLAN

Dengan harga setanding kereta mewah Rolls Royce, bayangan untuk melihat kereta meluncur di ruang trafik udara akhirnya menjelma apabila pembangun kereta elektrik, Xpeng Aeroht melancarkan penerbangan awam pertama X2 di Dubai.

X2 ialah kereta terbang generasi kelima yang dihasilkan oleh XPeng Aeroht. Ia direka untuk perjalanan bandar dengan altitud rendah seperti bersiar-siar serta sebagai pengangkutan perubatan.

Cuba tonton ni… Bayangkan kalau kita boleh ke mana-mana dengan X2, balik kampung di Perlis atau Kelantan secepat 30 minit, hantar ubat dan macam-macam lagi. Mudah sangat.

 

Sebenarnya kereta terbang ini boleh membawa pelancong mengelilingi bandar dengan kelajuan sehingga 80mph (~129 km/j) dalam masa beberapa tahun lagi.

Dengan kelajuan tertinggi 81mph, ia boleh terbang sehingga 35 minit dan mencapai ketinggian 3,200 kaki walaupun ia berkemungkinan akan melayari sekitar 300 kaki.

Pemilik dijangka hanya memerlukan lesen memandu kerana penerbangan awal mungkin perlu dilakukan secara autonomi.

Lalu Highway 4 Jam, Lalu Udara 20 Minit! Kereta Terbang X2 Sesuai Untuk Bersiar-Siar, Hal Kecemasan

IKLAN

 

Lalu Highway 4 Jam, Lalu Udara 20 Minit! Kereta Terbang X2 Sesuai Untuk Bersiar-Siar, Hal Kecemasan

 

IKLAN

Dengan masa penerbangan maksimum 35 minit, kereta terbang X2 hanya menyediakan dua tempat duduk dan setiap satunya dipasang dengan payung terjun sekiranya berlaku kemalangan.

Menurut Bloomberg, kereta terbang dengan dua tempat duduk itu mempunyai kokpit tertutup dan struktur gentian karbon. Ia juga menyokong kedua-dua mod terbang iaitu manual dan autonomi.

Di sisi yang lainnya, Xpeng turut menyatakan pihaknya merancang untuk mengumumkan perkembangan terkini bagi model generasi keenamnya yang boleh digunakan untuk pemanduan di jalan raya dan penerbangan, pada acara Xpeng Tech Day yang dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober nanti.

Gambar: Xpeng Aeroht

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI