
Laungan azan antara perkara dilakukan pendaki negara, Mohd Khafiz Bachok sebaik sahaja beliau berjaya menawan puncak Gunung Manaslu, Nepal yang berketinggian lebih 8,000 meter dari paras laut.
Berdasarkan satu rakaman video dirakam sendiri Mohd Khafiz, beliau dengan penuh rasa penghargaan terhadap kekuasaan Allah SWT, melaungkan azan ketika berada di puncak gunung bersama beberapa lagi pendaki lain.
Kejayaan Mohd Khafiz dan seorang lagi pendaki negara RJ Nagarajan mendaki Gunung Manaslu pada 30 September lalu, menjadi mereka rakyat Malaysia pertama menawan gunung kelapan tertinggi di dunia itu.
Mohd Khafiz menggerakkan misi ‘ZEROTO8000’ dengan hasrat meletakkan bendera Malaysia di peta dunia pendakian setaraf dengan pendaki-pendaki daripada negara luar.
Misi itu digerakkan beliau menggunakan dana sendiri dalam usaha membawa Malaysia di pentas dunia.
Beliau yang lahir di Pontian, Johor telah berkecimpung dalam dunia pendakian di dalam dan luar negara sejak dari tahun 1995 dan telah berjaya menawan gunung-gunung di Malaysia dan Indonesia serta puncak gunung di Taiwan, China, Tanzania, Papua, Iran, Argentina dan Nepal.
Teras inspirasi projek ‘ZEROTO8000’ adalah untuk membakar semangat seluruh lapisan rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama dan taraf sosial kehidupan mereka, untuk berani mengejar impian dan cita-cita mereka meskipun berhadapan dengan halangan dan keterbatasan hidup.
Meninjau ruangan komen di laman Instagram @era.je, ramai warga waya yang terharu serta gembira dengan pencapaian Khafiz dan pasukannya. Tahniah sekali lagi NONA ucapkan!
Sumber: AlHijrah Online
Bila Tiba Musim Bayar Cukai, Baru Nak Gelabah. Panduan Sistematik Urus Kewangan Mudahkan Kawal Kewangan!

Akibat kesuntukan masa, kita sering kali terlepas pandang untuk menyusun atur program kewangan hidup dengan sebaik-baiknya. Berpandukan sumber kewangan yang terhad, wang yang tinggal itulah untuk menyimpan, melabur, malah membayar hutang-piutang, insurans serta cukai. Setiap perkara ini pula memiliki deadline serta mengundang stres yang bukan kepalang. Lalu kerana itu, ramai yang mengabaikan saja hasrat merancang kewangan secara teratur.
Menurut pakar pengurusan masa dan penulis buku 168 Hours, Laura Vanderkam, “Tiada siapa yang mahu meluangkan banyak masa untuk menguruskan wang. Lalu panduan terbaik ialah dengan mencipta sebuah sistem untuk menjadikan urusan ini dilaksanakan dengan cepat. Ia juga memberi peluang untuk anda fokus pada perkara lain seperti cara menambah lebih wang dan menggunakannya ke arah yang lebih baik.”
Nasihat beliau lagi, cara terbaik untuk menyelesaikan urusan kewangan dalam masa yang singkat ialah dengan mencipta sistem harian, mingguan, bulanan dan tahunan sebagai sebuah jadual yang lengkap. Ikuti panduan berikut agar program kewangan anda berlangsung dengan sistematik.
HARIAN
- Setiap bulan, buat satu log harian tentang tabiat berbelanja anda dan kesan sebanyak mana yang dibayar untuk sarapan, makan tengah hari dan petang, surat khabar, kosmetik atau sebagainya. Selepas beberapa minggu meneliti tabiat ini, anda akan sedar tentang apa yang dibeli dan belajar untuk membuat pilihan dengan lebih bijak. Tanpa disedari, turut membantu anda untuk mengawal diri daripada pembelian mengikut nafsu.
- Wujudkan sebuah sistem pemfailan yang menyimpan rekod segala bil mengikut tarikh akhir pembayaran.
MINGGUAN
Pilih satu waktu yang sama pada satu hari yang spesifik pada setiap minggu untuk:
- Semak sistem pemfailan anda dan buat bayaran bil yang sepatutnya. Pindahkan resit pembayaran ke dalam satu lagi fail ‘berbayar’.
- Wujudkan pelan perbelanjaan mingguan berasaskan belanja harian anda, kemudian semak perbelanjaan mengikut pelan tersebut. Kata Timbalan Presiden kepada agensi kaunseling kredit Money Management International, Cate Williams, “Apabila anda tahu apa yang akan masuk dan keluar, anda pasti dapat berbelanja dengan lebih bijak dari minggu ke minggu.”
BULANAN
Tandakan tarikh yang sama pada setiap bulan di kalendar anda sebagai Hari Duit, khas untuk:
- Periksa penyata kad kredit anda. “Kesilapan boleh berlaku dan andalah satu-satunya gatekeeper untuk wang sendiri,” jelas Presiden Yayasan Charles Schwab, Carrie Schwab Pomerantz.
- Jelaskan segala hutang-piutang bulanan, bayaran ansuran kereta dan rumah serta apa sahaja yang berkaitan dengan bank. Seperti biasa, simpan resit pembayaran ke dalam fail ‘berbayar’ anda.
SUKU TAHUN
Semak dengan penasihat kewangan anda tentang pencapaian sistem setakat ini. Caranya:
- Hubungi penasihat kewangan anda sekurang-kurangnya setiap tiga bulan sekali. Dengan kaedah ini, anda dapat mengesan jika jumlah pendapatan keluar dan masuk tidak seimbang. Penasihat anda pasti dapat menerangkan bagaimana cara untuk mengimbanginya dan panduan untuk kembali menguruskan wang dengan teratur.
TAHUNAN
Setiap kali tibanya penghujung tahun, pastikan anda melakukan perkara di bawah:
- Hapuskan fail ‘berbayar’ untuk enam bulan ke belakang.
- Temui pegawai cukai atau akauntan anda untuk mengemas kini jumlah bayaran cukai dan berbincang tentang strategi menjimatkan cukai.
- Teliti laporan bayaran bil kad kredit anda dan lihat jika ia boleh dipertingkatkan atau dijimatkan. Kad kredit boleh menjadi senjata yang memusnahkan diri sendiri tapi jika bijak digunakan boleh menjadi alat pengurusan wang dalam masyarakat moden kita.
- Semak dengan bank atau agen mereka tentang status terkini akaun kereta, rumah dan insurans hayat anda.
- Semak dengan penasihat kewangan tentang portfolio persaraan anda untuk memastikan ia sentiasa mengikut landasan sebenar.
Lebih Setahun Jadi Isteri Tengku Mahkota Kelantan, CHE PUAN SOFIE Dah Ada Lesen Memandu!

19 April lalu, genap setahun usia perkahwinan Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia (YTM) Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra di samping isteri tercinta, Yang Amat Mulia (YAM) Che Puan Sofie Louise Johansson. Mengimbas kembali detik bersejarah tersebut, pasangan diraja ini melangsungkan majlis pernikahan pada Jumaat malam, 19 April 2019 dalam suasana ringkas tetapi meriah secara tertutup di Istana Balai Besar Kota Bahru, Kelantan.
Sepanjang bergelar isteri, penampilan Che Puan Sofie sentiasa mencuri tumpuan. Bukan sahaja kerana beliau memiliki rupa paras cantik menawan bahkan personaliti Che Puan Sofie yang cuba menyesuaikan diri dengan budaya dan adat masyarakat Melayu cukup menyenangkan. Malah, sejak berkahwin, Che Puan Sofie juga dilihat selesa mengenakan selendang dan berbaju tradisi Melayu. Cantik dan anggun sangat!
Selain aktif menyertai aktiviti kebajikan, terbaharu Che Puan Sofie dikhabarkan sudah boleh memandu kenderaan di Malaysia. Ini selepas beliau berjaya memperoleh lesen memandu negara ini pada pertengahan November lepas. Tahniah!
Berita gembira itu dikongsikan Che Puan Sofie menerusi Instagram miliknya pada 17 November lalu. Ujarnya, “Today felt very blessed to receive my Malaysian driving license. Many thanks to YBrs. Tuan Hanif Yusabra bin Yusuf; Director of Road Transport Department (JPJ) Negeri Kelantan, the Deputy Director of Kelantan State Road Transport Department; Tuan Haji Nik Azhan bin Ab Hadi, Assistant Director of Driving Licensing Division Puan Wan Norina binti Wan Ismail, Assistant Director of Vehicle Licensing Division Tuan Mohd Apandi bin Jusoh and colleagues for contributing their precious time.”
Apa yang pasti, Che Puan Sofie bukan hanya dikurniakan raut wajah cantik semata-mata. Sebaliknya, beliau juga seorang wanita yang tidak kekok bertemu masyarakat, aktif dengan aktiviti kemasyarakatan, ligat di dapur, gemar berbasikal dan pandai menjahit. Wah, memang beruntung Tengku Mahkota Kelantan!
Menerusi perkongsian Che Puan Sofie di laman media sosial miliknya, terserlah bakat menjahit beliau. Istimewanya, mesin jahit yang digunakan adalah pemberian Raja Perempuan Kelantan, YMM Tengku Anis Almarhum Tengku Abdul Hamid.
Pada bulan Ramadan lalu pula, Che Puan Sofie menyantuni orang ramai semasa jualan amal ‘meat ball’ dan ‘cinnamon bun’ hasil air tangannya sendiri di bazar Ramadan di Kota Bharu. Difahamkan beliau menggunakan sebanyak 7 kilogram daging untuk jualan ‘meat ball’ berkenaan selain tidak melepaskan peluang menyediakan juadah berbuka buat suami tercinta.
Semoga Allah SWT memelihara rumah tangga YTM Tengku Mahkota Kelantan dan Che Puan Sofie.
Kredit foto: Instagram Che Puan Sofie Louise Johansson
Jangan Pandang Remeh Kuasa Wanita Abad Ke-21! Dr Azizan Osman Kongsi WOW FACTOR Wanita

Walaupun tahun baharu 2019 sudah memasuki angka 15 hari, tetapi masih belum terlambat untuk berkongsi resolusi tahun baharu yang boleh dijadikan panduan untuk wanita berjaya.
Tahun 2018, untuk pertama kali dalam sejarah Malaysia, kita mempunyai Timbalan Perdana Menteri dari kalangan wanita iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Selain itu, Tan Sri Dato’ Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, bekas Gabenor ke-7 Bank Negara Malaysia merupakan wanita pertama dalam kedudukannya selama 16 tahun, mentadbir perihal kewangan dan ekonominegara dan kini menjadi ahli Majlis Penasihat Elit Kabinet Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut The Economist’s Women in Leadership, satu penyelidikan Asia, wanita Malaysia kini lebih aktif berbanding sebelum ini dalam bidang komersial dan politik serta terdiri lebih
daripada 10.2% jawatan lembaga pengarah dalam 100 syarikat teratas di Malaysia.
Senarai jutawan Forbes 2018, jutawan wanita sahaja berjumlah 256 daripada 2208 penyertaan dengan nilai kolektif melebihi $ 1 trilion.
Angela Merkel, Canselor Jerman, Melinda Gates, Pengasas Yayasan Bill & Melinda Gates,
Sheryl Sandberg, COO dari Facebook, Mary Barra, Ketua Pegawai Eksekutif General Motors,
Abigail Johnson, Presiden-Ketua Pegawai Eksekutif Fidelity Investments, Christine Lagarde,
Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa, dan Ginni Rometty, Ketua Pegawai
Eksekutif IBM semuanya wanita paling berpengaruh dalam senarai Forbes dari 100 Wanita
Paling Berkuasa di Dunia 2017.
Ini mungkin satu pencapaian yang amat tidak disangka-sangka suatu masa dulu tapi perkara sebegini akan lebih kerap berlaku dalam dunia VUCA – volatility (turun naik), uncertainty (ketidakpastian), complexity (kerumitan), dan ambiguity (kekaburan). Kebangkitan wanita akan lebih ketara di seluruh dunia dalam semua aspek dan bidang yang melibatkan ekonomi, pendidikan dan kehidupan – the basic necessities.
Dr Azizan Osman, pengasas RichWorks International sebagai peneraju program
bimbingan, latihan dan pembangunan ke program keusahawanan berkongsi fakta menarik tentang wanita yang banyak mendapat bimbingan untuk bergelar USAHAWAN.
Pernah dengar semua jenama ini dari pelbagai industri, Nurraysa Beauty, iFlawles, ichantique, Charms, Eskayvie, Zawara, Che Ta – Jus Goyang Rapat by RCW, Belle Beautyspells, Lesanda,Adelia, Dnars, Jamu Susuk Dara, Soap Lab Malaysia, SeraiMas, De’Xandra, Telekung AlKhautar, Siti Khadijah, Sabrina Bakery, Rempah Mak Siti, Ayaq Mangga By Bonda, eHati, CorNadi Wellness, Dr Kavi – Mommies Wellness Centre, SuperMom, Dewi Pet Shop, Jasmin7, Securido, Andalusia, Ayam Bismi dan banyak lagi yang pengasasnya atau pengurusan teratasnya semuanya wanita yang merupakan anak didikNYA.
Mengapa kebangkitan wanita ini semakin ketara?
Wanita bila ditekan terlalu lama, mereka akan pilih untuk bangkit dan wanita prihatin tentang masa depan keluarga dan anak-anak. Selain itu, cabaran wanita dalam pengurusan manusia, dalam pematuhan berhemah (prudent compliance) serta pelbagai lagi tekanan yang menyebabkan wanita mula nak kuasai dunia pada abad ke-21 ini.
Tekanan demi tekanan kepada wanita dalam aspek kehidupan ini menyebabkan mereka ingin perbaiki kehidupan demi keluarga. Semua faktor ini menjadi sebab penting kebangkitan wanita di dalam menerajui dunia keusahawanan, sosial, politik, ekonomi, pekerjaan dan korporat dengan lebih agresif. Tiada lagi istilah wanita di ceruk dapur, wanita tidak boleh bekerja, tak pandai berniaga dan tak boleh memimpin dunia korporat!
Wanita hari ini mudah dibentuk, mudah mengharungi perubahan dan berdaya saing.
Dan apa lagi yang akan berlaku untuk beberapa tahun akan datang?
Di Asia dan terutamanya di Malaysia, pembangunan sosial wanita dalam bentuk pendidikan, pendedahan media dan peluang untuk bekerja di luar rumah memberikan mereka akses kepada ilmu dan idea-idea baru dan ini akan transformasikan nilai dan budaya wanita Asia di masa akan datang. Dan trend dunia digital akan memudahkan semakin ramai suri rumah yang berjaya membina perniagaan hanya dari rumah.
Peningkatan jangka hayat wanita pada saat lahir, pengurangkan jurang jantina dalam
persekolahan, tahap pendidikan yang bertambah baik dan peluang pekerjaan yang lebih banyak juga meningkatkan kuasa ekonomi wanita.
Dari segi kepimpinan, tugasan kerja yang lebih teknikal dan berorientasikan teknologi,
kepemimpinan wanita akan lebih menyerlah kerana wanita lebih prihatin dan menjaga hubung dengan pekerja, faktor empati.
Bagaimana wanita boleh mempersiapkan diri untuk menunggang gelombang perubahan ini?
Kebangkitan wanita akan lebih ketara di seluruh dunia dalam semua aspek dan bidang jika
mereka bijak menyesuaikan diri mereka dalam dunia VUCA. Bagi usahawan dan peniaga wanita, sasarkan produk dan servis anda untuk pengguna wanita kerana potensi terbesar terletak pada enam industri ini; makanan (food), kecergasan (fitness),
kecantikan (beauty), pakaian (apparel), penjagaan kesihatan (health care) dan perkhidmatan kewangan (financial services).
Fikirkan cara bagaimana anda boleh bantu selesaikan masalah wanita di luar sana dengan lebih mudah, cekap dan pantas.Dan sentiasa menuntut ilmu. Belajar dan jangan berhenti mencari ilmu kerana sudah terbukti kebangkitan wanita hari ini dalam semua aspek kehidupan adalah kerana ilmu yang mereka ada dan bagaimana mereka memaksimakan potensi wanita.