Siapa yang tak kenal dengan penyanyi lagu Girl On Fire ini. Walaupun lagu ini diterbitkan pada tahun 2012 namun sehingga kini masih menjadi siulan. Alicia Keys merupakan penyanyi R&B Amerika Syarikat dan mula bermain muzik terutama piano sejak usia 7 tahun lagi. Kebolehannya bermain piano klasikal begitu mengagumkan. Malah Alicia telah mula mengubah lagu ketika usianya 12 tahun.

IKLAN
Foto: Instagram @aliciakeys
Foto: Instagram @aliciakeys

Nama Alicia begitu sukses dalam bidang muzik antarabangsa dan mula menjadi artis rakaman ketika usianya 15 tahun. Tidak perlu menunggu lama untuk berjaya, Alicia berjaya menggondol 5 anugerah di acara Grammy Awards 2002; Song of The Year, Best R&B Song, Best R&B Performance, Best R&B Album dan Best New Artist menerusi album pertamanya, Song In A Minor. Alicia kembali mengulangi kejayaannya melalui album kedua dan seterusnya.

Foto: Instagram @aliciakeys
Foto: Instagram @aliciakeys

Kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh ibu kepada dua orang anak lelaki ini, Egypt Daoud Dean dan Genesis Ali Dean melayakkannya memiliki aset terbaik di Amerika Syarikat. Alicia telah membeli hartanah yang bernilai RM85 juta (USD20 juta). Kediaman mewah yang berlokasi di utara San Diego, California ini dibina di tepi tebing bukit bersaksikan panorama indah Lautan Pasifik.

IKLAN
IKLAN
Foto: Instagram @therealswizzz
Foto: Instagram @aliciakeys
Foto: Instagram @aliciakeys
Foto: Instagram @aliciakeys
Foto: Instagram @aliciakeys

Indahnya kediaman mewah milik wanita berusia 39 tahun ini. Indah sungguh lokasi bilik tidurnya, sebaik bangun daripada tidur mata menyaksikan keindahan lautan biru yang luas terbentang. Kediaman yang terkenal dengan nama Razor House dan memiliki 6 bilik tidur dan 2 master suite. Kediaman ini telah direka oleh artikel tekenal, Wallace E Cunningham. Lihat saja foto kediaman mewah isteri kepada Swizz Beatz ini.

Foto: Instagram @therealswizzz
Foto: Instagram @aliciakeys
Foto: Instagram @therealswizzz