Selepas beberapa rangkaian perniagaan diusahakan, pendakwah bebas dan selebriti Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz melangkah setapak lagi dalam perniagaan kecantikan. Tidak menjual produk kosmetik, tapi PU Riz bersama rakan perniagaannya Dr Aizul Hafizi membuka pusat rawatan estetik iaitu Airiz Aesthetic Center.
Menariknya, pusat itu kombinasi antara perubatan estetik dan tradisional Islam apabila menawarkan rawatan akupuntur dan bekam. Riz berkata, perancangan untuk meneroka perniagaan berasaskan rawatan kecantikan itu sudah lama iaitu sebelum berkahwin lagi.
“Perancangannya sudah lama iaitu sebelum kahwin dan ketika saya masih belajar, tapi masa itu ada kekangan. Alhamdulillah sekarang ini ada waktu untuk meneruskannya.
“Saya lihat ia adalah bahagian perniagaan yang baik kerana orang akan sentiasa berulang kali ke sini. Bila ada pengulangan maksudnya bisnes itu bagus. Dalam masa sama, saya minat bekam dan rawatan Islam, jadi kami akan sekalikan nanti. Pusat ini bukan untuk perempuan sahaja dan lelaki juga perlukannya.
Ads
“Saya memilih Dr Aizul sebab, satunya disebabkan kawan lama. Awal-awal dulu saya selalu bantu dia untuk buat ulasan tempat dia secara percuma. Jadi, saya rasa selepas itu apa salahnya untuk jalankan bisnes bersama-sama. Doakan supaya kami dapat buka satu cawangan di setiap negeri. Kita lihat bagaimana rezeki yang dapat,” katanya.
Menurutnya, Airiz Aesthetic Center menawarkan harga yang berpatutan dengan pakej yang ditawarkan.
Ads
“Kalau lihat mereka yang datang adalah dalam kalangan pekerja kerajaan yang sudab stabil. Jadi, kami sasarkan mereka yang berada dalam lingkungan 30 kilometer dari klinik ini. Bagaimanapun, kami menyasarkan seramai mungkin untuk mendapatkan rawatan di sini.
“Harga kami galakkan untuk ambil secara pakej sebab biasanya ia lebih murah dan lama. Saya mahu pastikan rawatan itu dilakukan baru ada hasil yang betul-betul cantik dan bersih. Secara kasarnya, harga rawatan antara RM200 hingga RM250 untuk sebulan,” katanya. Sementara itu, Dr Aizul berkata, dia amat menggalakkan kaum lelaki untuk turut mendapatkan rawatan.
Ads
“Kita ada beberapa staf lelaki yang membuat rawatan untuk lelaki. Macam saya ada klinik sendiri juga ada staf lelaki dan perempuan. Biasanya peratusan pelanggan lelaki dan perempuan yang datang boleh dikatakan sama sahaja.
“Setakat ini kami mahu fokus cawangan ini dahulu dan lihat bagaimana perjalanannya kerana cawangan ini juga sangat besar. Di sini kami ada lapan bilik rawatan, satu bilik ‘treatment’ termasuk beberapa petugas perubatan. Rawatan sebenarnya sama sahaja, tapi bila Riz sertai kami, dia tambah beberapa perkara seperti rawatan akupuntur dan bekam. Ia kombinasi antara perubatan estetik dan tradisional Islam,” katanya.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim nama yang tidak asing lagi dalam dunia penyiaran suatu ketika dahulu. Umum mengetahui Azrinaz pernah mendirikan rumahtangga dengan KDYMM Sultan Brunei Darussalam dan dikurniakan seorang puteri dan seorang putera. Kedua-dua cahaya mata Azrinaz bersama KDYMM Sultan Brunei ialah YTM Paduka Seri Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Dan baru-baru ini, meninjau laman Instagram Azrinaz beliau telah berkongsikan sekeping gambar terbaru puteranya Pengiran Muda Abdul Wakeel atau dipanggil Putera Wakeel yang dilihat semakin meningkat remaja malah terserlah ketampanan wajah anak teruna Azrinaz ini.
Azrinaz juga turut menulis kepsyen ‘Son Of My Life’ menandakan betapa bersyukurnya dia dikurniakan anak lelaki yang disayangi ramai yang cukup menyejukkan mata. Warga maya juga teruja melihat Putera Wakeel ini dan ramai mengatakan yang wajahnya saling tak tumpah seperti wajah Azrinaz. Ketampanannya menyerlahkan air mukanya, malah kelihatan cukup matang buat ramai yang tertarik.
Walaupun terpisah dan jarang berjumpa, acap kali Azrinaz akan mengingati dan mendoakan anak-anaknya dengan memuatnaik gambar mereka. Azrinaz juga seringkali menulis ucapan Azrinaz buat putera setiap kali tiba hari keputeraan Putera Wakeel.
Kini berumur 16 tahun, Pengiran Abdul Wakeel kini merupakan pelajar di Sekolah Antarabangsa Jerudong. Sekolah ini menawarkan pendidikan yang berasaskan kurikulum pembelajaran British. Gelaran rasmi untuk baginda ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Azrinaz kini merupakan isteri Fairos Khan Abdul Hamid dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Areesya Malaykha dan Atheera Medinah.
Meninjau ke hantaran tersebut kelihatan ramai yang memuji ketampanan putera Azrinaz ini. Semoga ikatan kekeluargaan ini dirahmati olehNya.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Majlis perkahwinan ala bangsawan pelakon tampan Sidharth Malhotra dengan aktres Kiara Advani yang diadakan di Suryagarh Palace, Jaisalmer seakan belum lagi reda walaupun sudah mengikat tali perkahwinan pada 8 Februari lepas.
Memandangkan tiada telefon bimbit dibenarkan dibawa masuk ke dalam majlis perkahwinan tersebut, maka tiada sebarang gambar perkahwinan mereka yang dapat dilihat oleh netizen sewaktu itu. Namun, pasangan yang sudah pun bergelar Mr dan Mrs Shershaah ini akhirnya berkongsi gambar perkahwinan mereka menerusi media sosial masing-masing.
Mereka kelihatan cukup segak mengenakan baju pengantin di majlis perkahwinan ala Diraja Rajasthan yang dilangsungkan dengan cukup sempurna itu. Kiara Advani kelihatan cantik dalam lehenga merah jambu yang direka oleh Manish Malhotra. Manakala Sidharth Malhotra pula tampak segak mengenakan sherwani gading.
Menerusi sebuah video perkahwinan yang dikongsikan oleh kedua-dua pengantin, majlis perkahwinan mereka yang bertemakan merah jambu cair itu telah dilengkapi dengan band muzik yang dibawakan khas dari Delhi.
Sidharth Malhotra dan Kiara Advani juga telah melalui beberapa upacara perkahwinan yang penting dan ia turut diakhiri dengan majlis tarian Bollywood. Hanya dihadiri oleh teman dekat, anggota keluarga, dan pemai industri, beberapa selebriti juga dilihat turut hadir meraikan pasangan pengantin termasuk Shahid Kapoor dan Mira Rajput, Karan Johar, Isha Ambani dan Anand Piramal, serta Juhi Chawla bersama suaminya Jay Mehta.
Untuk rekap, Kiara Advani dan Sidharth Malhotra bertemu buat pertama kali dan jatuh cinta di set filem Shershaah pada 2021. Dalam film tersebut, Sidharth memegang watak tokoh tentera bernama Vikram Batra dan Kiara Advani menjadi kekasihnya yang benama Dimple Cheema.
Tahniah NONA ucapkan buat kedua-duanya, semoga perkahwinan dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak puas menatap wajah anggun Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. Ke mana saja pergi, kemunculan baginda pasti mencuri perhatian ramai. Sememangnya Tengku Permaisuri Norashikin punya aura luar biasa yang mampu membuatkan semua mata tertarik dengan pesona yang dimiliki.
Sabtu lalu, Tengku Permaisuri Selangor telah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Diraja sempena Sambutan Ulang Tahun yang ke-50 Sekolah Seri Puteri (SSP) di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Lengkap berbusana tradisi songket rona biru firus, ketibaan baginda disambut dengan penuh mesra. Melihat penampilan Tengku Permaisuri Norashikin… baginda persis seorang puteri kayangan yang sarat dengan nilai ketimuran yang tinggi, sopan dan elegan dalam kelas tersendiri.
Selain dikurniakan raut wajah jelita dan perwatakan lemah-lembut, Tengku Permaisuri Norashikin juga dilihat tidak lekang menguntum senyuman kepada tetamu yang hadir pada majlis berkenaan.
Pada majlis tersebut, Baginda yang juga Penaung Diraja SSP turut berkenan menyaksikan penyerahan cek sumbangan daripada Persatuan Alumni Sekolah Seri Puteri (PUTERI) kepada SSP.
Dengan mengangkat tema ‘Hikayat Puteri’.. majlis dimeriahkan dengan kehadiran 700 tetamu terdiri daripada alumni SSP, guru dan bekas guru SSP dari seluruh Malaysia.
Untuk makluman, Sekolah Seri Puteri yang ditubuhkan pada 6 Mei 1968 pada mulanya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Jalan Kolam Ayer, Kuala Lumpur. Namun pada tahun 2003, sekolah itu dipindahkan ke premis baharu di Persiaran Tasik Cyberjaya.
Sumber: Instagram Selangor Royal Official
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.