Berbeza daripada personaliti ibu, Dato’ Seri Vida yang ‘gila-gila’ dan gemarkan perhatian, Nona tertarik mendekati anak bongsunya, Kacak yang hadir menemani ke acara The Enchanted Night baru-baru ini.
Rupanya di sebalik watak ceria Dato Seri Vida, banyak air mata yang tumpah untuk berjaya. Bercerita sendiri secara hati ke hati, Muhammad Eric Zecquan atau Kacak yang kini mencecah 16 tahun berkongsi perasaannya tentang Mama tersayang.
Isu tentang seorang wanita yang mengadu dirinya dikasari kekasihnya, seorang bekas pemain kebangsaan yang dipercayai membelasah dirinya sehingga cedera selepas berlaku pergaduhan antara mereka baru-baru ini cukup menggemparkan. Yang pasti, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.
Memandangkan kes ini sudah pun dalam perhatian pihak polis, NONA enggan memberikan sebarang pandangan serta komen yang lebih namun apa yang lebih menarik perhatian ialah perincian siapakah sebenarnya wanita tersebut, yang dikenali dengan nama Hana Rose.
Melihat pada hantaran di laman Instagamnya, boleh NONA simpulkan Dr Hana Rose ini bukanlah calang-calang juga orangnya. Dikurniakan wajah yang anggun, menawan serta bijak dan boleh dikira sukses, mungkin kisah kejayaan Dr Hana Rose boleh menjadi inspirasi buat wanita di luar sana.
Jadi, NONA menyelidiki siapakah sebenarnya Dr Hana Rose dan ini fakta yang dapat kami jumpa di laman Internet.
Menerusi perkongsian dari FB Malaysian Beauty Pageant Fan Club, Dr Hana Rose atau nama sebenarnya Hani Farhana Binti Hasrul Sani sebelum ini pernah dinobatkan sebagai Mrs Universe Borneo edisi 2019/2020 dan merupakan seorang usahawan yang cukup berjaya.
Malah Dr Hana Rose juga pernah menjadi Ketua Juri untuk pertandingan Ratu Agro Fest pada tahun 2019. Dr Hana Rose juga merupakan ibu kepada dua cahaya mata menurut perkongsian FB Malaysian Beauty Pageant Fan Club.
Juga merupakan seorang model, Dr Hana Rose dilahirkan di California, Amerika Syarikat dan dibesarkan di Kyoto, Jepun. Dan beliau dikhabarkan cukup fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris, Jepun dan Bahasa Malaysia.
Dr Hana Rose yang juga merupakan seorang doktor kulit dan estetik bertauliah malah turut memiliki kliniknya sendiri, iaitu Rose Bay Clinic yang berlokasi di Sutera Avenue, Kota Kinabalu Sabah.
Klinik Dr Hana Rose ini memfokuskan kepada penjagaan dan rawatan kulit, transplant rambut, pengurusan berat badan, dan laser pico. Malah Dr Hana Rose juga cukup aktif di laman Youtube di mana Dr Hana Rose banyak berkongsi tip-tip penjagaan wajah ‘Glow Up With Dr Hana’ termasuk di laman media sosial Tik Tok.
Apa-apa pun NONA mendoakan yang terbaik buat Dr Hana Rose dan semoga keadilan berpihak kepada pihak yang benar.
Memang tidak dapat dinafikan lagi akan kecantikan asli yang dimiliki oleh aktres Bollywood tersohor ini. Kecil-kecil lagi dah cantik dan lincah menari. Lihat saja koleksi gambar ‘throwback’ ini yang sering dikongsi oleh Karisma Kapoor di Instagram peribadinya. Sangat comel!
Berkulit putih mulus, berambut ikal dan yang ‘paling mahal’ adalah sepasang anak mata rona biru cerah natural yang sangat menawan. Unik dan seksi! Itulah keistimewaan Karisma Kapoor.
Karisma merupakan anak kepada pasangan aktor dan aktres terkenal, Randhir Kapoor dan Babita. Lumrah bergelar anak sulung pasti akan menjadi kesayangan ibu dan bapa. Sebelum lahirnya Kareena Kapoor, Karisma merupakan anak yang manja serta menjadi kesayangan bapanya.
KEKAL JELITA
Kini Karisma telah pun berusia 46 tahun. Bukan saja kelihatan awet muda bahkan semakin jelita. Aktiviti kecergasan menjadi salah satu rahsia awet muda Karisma. Maka sebab itulah Karisma berjaya mengekalkan bentuk tubuhnya sejak dulu sehingga kini malah dikatakan semakin menarik dari tahun ke tahun.
Kalau nak tahu, Karisma merupakan seorang pencinta yoga. Ia membantu dirinya untuk kekal fokus seterusnya dapat mengembalikan energi menjadi lebih baik. Seterusnya, Karisma turut menjaga pemakanan seimbang.
Bagi Karisma, usia bukanlah penghalang untuk dia mengekalkan bentuk badan yang ideal walaupun bergelar ibu tunggal kepada dua orang anak. Selain itu, Karisma juga sangat aktif dalam melakukan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
SISTER GOALS
Karisma Kapoor dan Kareena Kapoor merupakan pasangan adik beradik paling popular di Bollywood. Beza usia mereka ialah 6 tahun. Karisma dan Kareena sering dijadikan inspirasi oleh wanita-wanita di luar sana bukan saja dari segi karier bahkan keakraban mereka sebagai adik beradik. dianggap sebagai sister goals!
Karisma terlebih dulu memulakan karier sebagai pelakon dan model pada tahun 1996. Beberapa tahun kemudian, Kareena pula mengikut jejak langkah. Usahanya membuahkan hasil apabila nama Kareena melonjak naik melalui filem-filem terlaris seperti Dev (2004).
Selain itu, Karisma dan Kareena juga dikatakan antara aktres yang menerima bayaran termahal serta telah memenangi banyak anugerah dalam industri perfileman India. Karisma dan Kareena menjadikan ibu mereka, Babita sebagai sumber kekuatan dan inspirasi kerana telah membesarkan mereka seorang diri dengan baik. Ibu mereka, Babita kini berusia 73 tahun.
Antara filem popular lakonan Karisma ialah Dil To Pagal Hai sekitar era tahun 90an. Lakonannya itu antara yang terhebat di samping aktor Shahrukh Khan dan Madhuri Dixit.
Sudah lama Karisma tidak muncul di layar perak namun namanya sentiasa segar di hati para peminat khususnya filem Hindi. Pun begitu, Karisma dilihat sangat aktif di media sosial.
Kini Karisma lebih banyak tampil sebagai ikon designer untuk pelbagai jenama fesyen tempatan mahupun antarabangsa. Karisma juga aktif sebagai model iklan fesyen dan produk kecantikan.
Kredit Foto: Instagram @therealkarismakapoor
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beruntung Twinkle Khanna mewarisi gen cantik ibu yang juga seniwati kebanggaan India, Dimple Kapadia! Meniti usia 48 tahun, pesona bekas bintang Bollywood popular ini tetap menarik tumpuan ramai meskipun dia tidak lagi mewarnai dunia seni India.
Memetik laporan Times of India, Twinkle atau nama sebenarnya Tina Jatin Khanna memutuskan untuk berhenti berlakon selepas mendirikan rumah tangga dengan aktor kacak Bollywood, Akshay Kumar pada tahun 2001.
Sepanjang bergelar anak seni, Twinkle pernah membintangi beberapa filem popular antaranya Baadshaah, Barsaat dan banyak lagi.
Yang pasti, Twinkle cukup bertuah kerana mewarisi darah seni dan kejelitaan kedua-dua orang tuanya.
Dia merupakan anak perempuan kepada dua superstar Bollywood iaitu Rajesh Khanna dan Dimple Kapadia yang sememangnya terkenal dalam kalangan peminat Bollywood kerana memiliki rupa paras kacak dan cantik selain berbakat besar dalam industri lakonan.
Nama Dimple Kapadia misalnya masih menjadi bualan hingga ke hari ini kerana kecantikan wajah yang dimiliki. Walau sudah meniti usia 60an namun rupa paras pelakon filem terkemuka, Bobby ini kekal anggun.
Tidak hanya mewarisi gen cantik, Twinkle juga berkongsi tarikh lahir yang sama dengan bapa tersayang iaitu tanggal 29 Disember. Kelahiran Twinkle pada hari lahir ke-31
Rajesh Khanna benar-benar mengubah kehidupan lagenda Bollywood tersebut.
Selepas bersara daripada bidang lakonan, bekas aktres ini dikatakan mula berjinak-jinak dalam bidang penulisan. Selain aktif menulis di blog popularnya, Twinkle juga merupakan kolumnis, penerbit filem, hos dan penulis buku berjaya.
Dia turut dilaporkan melanjutkan pengajian Masters in Fiction Writing di University of London!
Kredit Instagram @
Sepanjang pembabitannya dalam bidang ini, Twinkle dikenali dengan gaya penulisan santai dan penuh jenaka.
Karya pertama Twinkle ‘Mrs Funnybones’ diterbitkan pada tahun 2015 dan ia mendapat sambutan luar biasa sehingga wanita berbakat besar ini mendapat pengiktirafan sebagai penulis wanita yang mencatat jualan buku paling tinggi di India pada tahun tersebut.
Bersandarkan kejayaan buku itu, dia kemudian menerbitkan buku keduanya iaitu The Legend of Lakshmi Prasad. Kini, Twinkle sedang dalam perancangan untuk menerbitkan
buku keempatnya!
Ternyata, Twinkle seorang wanita yang berani mengambil risiko dan mencari potensi diri. Mungkin ramai yang tidak mengetahui, pengarah filem blockbuster Kuch Kuch Hota Hai, Karan Johar mahu Twinkle menjayakan watak Tina dalam filem berkenaan namun pelawaan itu ditolak secara baik dan digantikan dengan Rani Mukerji.
Pengundurannya dalam dunia seni disifatkan berbaloi kerana selain bergelar penulis buku berjaya, Twinkle juga merupakan usahawan dan pereka hiasan dalaman.
Kredit Instagram @
Terlalu meminati bidang ini, portal Livspace melaporkan Twinkle telah membuka sebuah butik hiasan dalaman sendiri di Crawford Market, Mumbai yang diberi nama The White Window pada tahun 2002 bersama seorang rakan kongsi, Gurlein Manchanda. Butik tersebut turut menerima Elle Décor International Design Award.
Sudah 22 tahun Twinkle berkahwin dengan Akshay Kumar dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aarav Kumar berusia 20 tahun dan Nitara Kumar, 10 tahun.