Sudah terjawab! Kontroversi penggantungan Lionel Messi selama dua minggu oleh kelab Paris Saint-Germain (PSG) gara-gara berkunjung ke Arab Saudi tanpa kebenaran rupa-rupanya mengungkap keindahan negara padang pasir itu. Eksklusif dari Saudi Tourism Authority, Nona berkongsi foto-foto percutian ikon bola sepak dunia yang juga duta pelancongan Arab Saudi ini bersama keluarga tersayang.

Nama bintang Barcelona, Lionel Messi kini kembali diperkatakan. Berusia 35 tahun dan merupakan bapa kepada tiga cahaya mata, Messi yang diiktiraf sebagai pemain bola sepak lelaki terbaik dunia menjejakkan kaki ke Riyadh, Saudi buat kali kedua. Kali ini, beliau tidak bersendirian tetapi ditemani isteri serta anak-anak tersayang.

IKLAN

Merupakan rumah kepada 8 juta penduduk, Riyadh disenaraikan sebagai salah satu daripada 50 bandar paling selamat di dunia menurut Unit Perisikan Ekonomi. Selain berseronok di padang pasir, keluarga pemain bola sepak terkemuka dunia ini turut menikmati keindahan terumbu karang di Laut Merah dan menawan Gunung Asir!

Lionel Messi Jadi Duta Pelancongan Arab Saudi, Lumayan Tengok Percutian Keluarga Ini Di Padang Pasir!

LELAKI HEBAT

Selain kemahiran bermain bola sepaknya yang luar biasa, masyarakat dunia mengagumi Messi kerana sifat kebapaan dan setia kepada pasangan.

Dengan nilai kekayaan dianggarkan mencecah lebih RM2.5 billion sebagai pemain bola sepak profesional, duta produk, usahawan dan social media influencer, Messi memilih untuk berbahagia dengan kehidupan berkeluarga.

Pada saat kepercayaan wanita kian terhakis terhadap kesetiaan lelaki, Messi bangkit membuktikan bahawa suami yang hebat itu masih ada. Sentiasa disampingnya, sosok isteri Antonela Roccuzzo sering menjadi perhatian kamera kerana kejelitaan dan ‘kisah cinta’ pasangan hebat itu.

Melawat Saudi kini lebih mudah berbanding sebelum ini dengan lebih banyak penerbangan tersedia dari lebih banyak negara di seluruh dunia. Permohonan eVisa melalui portal dalam talian yang mudah digunakan tersedia untuk pelawat antarabangsa dari 49 negara yang layak.

Lionel Messi Jadi Duta Pelancongan Arab Saudi, Lumayan Tengok Percutian Keluarga Ini Di Padang Pasir!

Lionel Messi Jadi Duta Pelancongan Arab Saudi, Lumayan Tengok Percutian Keluarga Ini Di Padang Pasir!

Aktiviti keluarga Messi bermula dengan lawatan ke Diriyah, sebuah pusat tamadun bersejarah dianggarkan berusia 300 tahun yang turut tersenarai sebagai di antara enam Tapak Warisan Dunia UNESCO.

IKLAN

Di sana juga, Messi sempat berkunjung ke At-Turaif, sebuah bandar bersejarah di pinggir Riyadh yang merupakan salah satu penempatan batu lumpur yang wujud sejak abad ke-15.

Semasa lawatan itu, isteri Messi iaitu Antonella Roccuzzo memakai hama tradisional Saudi – tudung hiasan yang dipakai oleh wanita Arab Saudi dari wilayah Najdi.

Lionel Messi Jadi Duta Pelancongan Arab Saudi, Lumayan Tengok Percutian Keluarga Ini Di Padang Pasir!

Lionel Messi Jadi Duta Pelancongan Arab Saudi, Lumayan Tengok Percutian Keluarga Ini Di Padang Pasir!

Jadual perjalanan yang padat memberikan Messi dan keluarganya we time yang berkualiti. Mereka dilihat mengunjungi VIA Riyadh dan Boulevard Riyadh City, dua wilayah hiburan dan peruncitan ultra-moden di bandar itu.

IKLAN

VIA Riyadh merupakan salah satu destinasi mewah utama dunia, menampilkan jenama fesyen kelas atasan, restoran antarabangsa dan tempatan yang terkenal, serta tujuh pawagam bertema peribadi.

****************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)

****************

Lionel Messi Jadi Duta Pelancongan Arab Saudi, Lumayan Tengok Percutian Keluarga Ini Di Padang Pasir!

Lionel Messi Jadi Duta Pelancongan Arab Saudi, Lumayan Tengok Percutian Keluarga Ini Di Padang Pasir!

Walaupun Saudi terkenal dengan ikon padang pasir, namun negara ini juga mempunyai landskap yang pelbagai serta boleh dikunjungi sepanjang tahun. Daripada oasis Al-Ahsa yang disenaraikan oleh UNESCO hingga terumbu karang di pantai Laut Merah.

Saudi juga menawarkan tanah tinggi Asir yang sejuk dan hijau di mana penduduk tempatan bercuti pada musim panas. Bolehlah lepas ni rancang percutian ke sini, tentu seronok!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI