Tasha Manshahar, penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Be Mine’ dan kini bergelar guru di sebuah sekolah rendah di Melaka menjadi tumpuan netizen baru-baru ini selepas dia memuatnaik foto dan video anak muridnya di laman Instagram @tashamanshahar pada sesi mula persekolahan lalu.
Mendedahkan realiti sebenar kerjaya seorang guru, Tasha atau nama sebenarnya Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar dilihat begitu akrab dengan pelajar Tahun 1 di sekolah berkenaan.
Salah satu status yang dikongsikan guru Bahasa Inggeris ini hingga menarik hampir 50 ribu likes adalah foto lucu pelajar sekolah terbabit yang mengenakan anak tudung terbalik. Malah, dia turut menulis kapsyen mencuit hati tentang gambar berkenaan.
Ads
“Girl, teacher tahu awak comel. Tapi setahu teacher tulang serkup ni patut dekat belakang, girl.” Aduhai, teringat zaman sekolah dulu-dulu. Mesti ada yang buat benda sama, bukan?
Memang tugas seorang guru kini jauh mencabar. Selain perlu berdepan karenah anak-anak murid yang bermacam ragam, silibus pembelajaran juga semakin menguji minda. Pastinya, mana-mana guru pun mengalami tekanan tersendiri.
Dan mungkin, ini salah satu cara Tasha Manshahar mencorak kerjaya mencabar tersebut agar lebih santai dan menyeronokkan.
Ads
Selain mendedahkan foto-foto menarik tentang para pelajar, guru berusia 26 tahun ini sempat memuatnaik beberapa video lain yang mencuit hati. Ada yang memberi sepucuk surat, menjawab soalan dengan jawapan lucu dan sebagainya.
Walau apa pun cabaran yang ditempuh Tasha termasuk guru sekolah yang lain, bersabarlah dengan perangai anak didik anda. Moga ilmu yang disampaikan oleh para guru mampu menjadikan mereka insan berguna kelak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini Datin Seri Maria Farida memuat naik video throwback dirinya dan anak lelaki di media sosial bersempena ulang tahun kelahiran anak tersayang. Tak dinafikan, anak terunanya iaitu Mizan Ashley makin meningkat usia dan tampan. Namun, wajah tak menua Datin Seri Maria Farida dalam video berkenaan pula yang menarik perhatian followers!
Figura yang genap berusia 55 tahun pada 28 Mac lepas ini memang sering menjadi tumpuan peminat industri kerana kecantikannya yang tidak mamah dek usia.
Menerusi video di media sosial Datin Seri Maria, ruangan komen dibanjiri dengan pujian peminat yang kagum dengan kejelitaan isteri Datuk Seri Rahman Shakur berkenaan.
Sempena hari lahir anak lelaki, jelitawan ini tidak ketinggalan menitipkan ucapan manis buat Mizan Ashley yang dikhabarkan sedang berhubungan rapat dengan anak Nourul Wahab dan Ajai iaitu Ayu.
Ujar Datin Seri Maria, “My little boy yesterday, My friend today, My son forever. Happy 27th birthday to my sonshine! Mizan Ashley.
I will always be proud of the man you have become always kind and considerate to everyone around you. Born with a good heart and always taking care of me. Wish I made 10 more of you and life would be a better place!
So today, I pray that you receive all the blessings in life and always stay happy. Because you make us all so happy just being you. Happy Birthday mama’s love. May Allah always protect you and keep you safe.”
Datin Seri Maria merupakan selebriti wanita berketurunan Melayu-Filipina. Wajah tak menua Datin Seri Maria Farida raih pandangan! Ibunya iaitu Mahani Maidin atau lebih dikenali sebagai Aunty Mahani merupakan bekas penari.
Ternyata, bintang filem Bisikan Cinta berkenaan bertuah kerana Datin Seri Maria Farida warisi gen cantik ibu tersayang. Difahamkan ibu Datin Seri Maria iaitu Mahani Maidin atau dikenali sebagai Aunty Mahani merupakan bekas penari.
Dalam temu bual bersama Datin Seri Maria bersama Nona sebelum ini, dia bersyukur atas kurniaan yang diterima hari ini.
“Memang tak ada petua tertentu untuk jaga kulit dan sebagainya. Bagi saya, apa yang saya dapat hari ini ialah gen dari nenek moyang. Lagi pula kulit saya jenis yang sensitif.
Saya hanya boleh guna skin care yang light saja dan bukan anti aging. Saya bersihkan muka pun dengan wet tissue saja sebab kulit saya alah dengan toner, serum dan anti aging. Kalau salah pakai boleh buat muka gatal-gatal dan naik merah.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penggunaan warna dapat mengubah suasana sesebuah ruang. Pemilihan warna yang tepat mampu menjadikannya lebih cantik dan selesa. Begitu jugalah yang berlaku pada kabinet dapur jika kita bijak memilih warna yang sesuai.
Terdapat beberapa warna yang seringkali menjadi pilihan dan popular untuk mengindahkan interior dapur. Anda boleh menjadikan tip yang dikongsikan ini bagi mendapatkan inspirasi pada kabinet dapur anda.
PUTIH
Putih merupakan warna yang paling popular untuk dekorasi interior kabinet dapur kerana ia bersifat neutral yang mudah serasi dengan berbagai gaya rekaan serta dekorasi ruang. Warna putih juga memiliki karakter lembut yang boleh menjadikan suasana dapur lebih tenang. Anda boleh memadukan warna putih dengan lantai kayu.
BIRU
Terdapat banyak pilihan tona biru yang boleh diterapkan pada kabinet dapur. Salah satunya ialah biru klasik lembut yang memberi kesan santai pada dekorasi dapur.
KELABU
Selain putih, warna kelabu juga dianggap sebagai salah satu pilihan warna popular yang cukup neutral untuk dekorasi dapur. Anda boleh memilih tona warna kelabu untuk dapur di rumah mengikut kesesuaian gaya rekaan yang diterapkan.
BEIGE
Lembut, kelam serta klasik merupakan karakter yang ditampilkan dari warna beige. Penggunaan warna ini menjadikan ruang dapur kelihatan lebih tenang serta klasik. Warna beige turut memberikan kesan elegan pada interior dapur.
MERAH
Bukan hanya warna neutral atau yang mempunyai tona lembut, warna-warna bold adalah warna yang cukup popular untuk kabiner dapur. Warna merah yang melambangkan keberanian dan ‘ghairah’ ini menjadikan suasana dapur lebih hidup. Warna merah dapat menjadikan lebih bersemangat untuk memasak di dapur!
KUNING
Kuning termasuk dalam kategori warna yang sangat menonjol. Penggunaan warna kuning pada kabinet dapur selain memberi kesan ceria, ia turut menjadikan kabinet dapur sebagai titik fokus dari dekorasi dapur. Penggunaan warna kuning pada kabinet dapur menjadikan suasana dapur lebih selesa dan tenang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak sia-sia Tya Arifin berkongsi pelbagai tip penyusuan badan selama ini. Dari sekadar hanya mahu berkongsi pengalaman dan petua menambah susu badan dalam kalangan kaum ibu selepas melahirkan anak… rupa-rupanya usaha isteri Asyraf Khalid ini telah menarik perhatian Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur.
Kagum dengan semangat dan komitmen Tya memberi susu badan secara eksklusif kepada anaknya, pihak terbabit berbesar hati mengiktiraf jasa ibu muda ini dengan melantik Tya sebagai Ikon Selebriti Penyusuan Susu Ibu 2019 baru-baru ini.
Tidak pernah menyangka niat murninya mendapat penghargaan sedemikian rupa, Tya menerima gelaran berkenaan dengan tangan terbuka. Kongsi Tya, “Terima kasih Hospital Kuala Lumpur telah menyematkan “Icon Breastfeeding 2019” (Ikon Selebriti Penyusuan Susu Ibu 2019) kepada Tya.
Suatu penghormatan dan kebanggan tersendiri untuk Tya. Dan juga suatu semangat yang berkobar lagi untuk Tya berbagi My Journey tentang breastfeeding and parenting kepada semua ibu-ibu muda semua di luar sana. This is for All of The Moms yang sudah berjuang memberikan susu ibu kepada anaknya dan bersama Journey With Tya. Breadfeeding is the best.”
Terkenal sebagai antara selebriti yang cukup disiplin dari segi penyusuan dan jadual masa konsisten untuk mengepam susu badan, Tya terdetik membuka akaun khas ‘Journey With Tya’ dengan tujuan bagi berkongsi pengalaman bersama para peminat dan ibu tentang ‘kemanisan’ penyusuan susu badan. Akaun berkenaan dibuat pada Januari lalu ketika Tya sedang hamil anak kedua, Azzahra Jiwa Asyraf.
Azzahra yang lahir pada 9 Mei lalu kini sudah pun berusia tiga bulan. Sementara abang Azzahra yang juga anak sulung Tya dan Asyraf iaitu Arif Jiwa Asyraf berumur dua tahun. Sebelum ini Tya pernah mendedahkan… dia amat bersyukur kerana mampu memberi susu badan kepada Arif Jiwa dalam tempoh penyusuan eksklusif yang disarankan. Dan kini, Tya turut menyimpan hasrat sama agar anak perempuannya mendapat ‘hak’ sama.
Sebelum ini, Tya pernah berkongsi pendapat peribadinya tentang amalan penyusuan terbaik yang diamalkan sepanjang bergelar ibu. “Air susu ibu itu hukumnya supply – demand. Semakin banyak permintaan, semakin banyak pembuatan. Jadi bagi ibu-ibu yang nak membuat banyak stock atau nak naikkan demand, please pumping.
Pumping yang Tya buat masa Arif adalah 12 kali sehari. Setiap 2 jam sekali selama 10 hingga 15 minit sahaja. Jangan pumping lebih dari 15 minit, takut nanti pedih pula puting. Seberapa pun hasilnya, kadang awal pun tak ada hasil. It’s okay! Tetap buat, commitment. Jangan menyerah. Dan Tya pumping dan direct breastfeeding (BF) juga.
Ingat, direct BF pun Tya sarankan. Kerana dengan direct BF boleh mengeluarkan hormon oxytocin yang merangsang susu keluar dan boleh mengosongkan breast kita secara maksimal. Pumping tak boleh kosongkan breast secara maksimal. So, stock susu tu Tya simpan bila Tya ada kerja yang tak bawa Arif, barulah susu perah tadi dipakai.”
Bila ditanya mengapa mula mengepam susu sebaik selepas bersalin, ini jawapan Tya. “Kerana masa emas breast untuk menghasilkan susu adalah 0-3 bulan. Jadi Tya tak nak hilang masa emas ini. Saat inilah breast tengah nak memulai kerjanya, jadi Tya biasakan awal-awal agar kedepannya breast sudah terbiasa.”
Melihat semangat dan sikap Tya yang sentiasa mengutamakan keperluan anak tidak kira dalam apa jua keadaan sekali pun pastinya mencetus inspirasi kepada ibu-ibu lain untuk memberikan yang terbaik kepada anak… sama seperti pengusaha Mutyara ini. Moga usaha murni Tya dapat menggalakkan lebih ramai kaum ibu mementingkan penyusuan badan.
Kredit: Instagram Tya Arifin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Titah Sultan Selangor tentang kewangan raya jadi peringatan penting buat wanita Malaysia agar lebih bijak urus duit dalam keadaan ekonomi tidak menentu.