Sememangnya pandemik COVID-19 mempengaruhi kehidupan manusia sejagat. Atas dasar keprihatinan terhadap rakyat, Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulong Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Ahmad Nazim Azlan Shah berkenan menyampaikan kurniaan Yayasan Sultan Azlan Shah kepada 48 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan 1,038 keluarga yang kurang berkemampuan di negeri Perak.
Foto: Instagram @sukperak
Sumbangan ini diharapkan dapat membantu mengurangkan bebanan kewangan rakyat yang terjejas susulan penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia khususnya di negeri Perak ketika ini.
Sumbangan dalam bentuk barangan asas untuk 1,038 keluarga yang telah dikenal pasti akan disalurkan menerusi Orang Besar Jajahan di 8 daerah yang terlibat iaitu, Daerah Kuala Kangsar, Daerah Hilir Perak, Daerah Kinta, Daerah Kampar, Daerah Muallim, Daerah Bagan Datuk, Daerah Batang Padang dan Daerah Hulu Perak.
Raja Dato’ Seri Ahmad Nazim Azlan Shah merupakan putera tunggal kepada Yang Amat Mulia Raja Dato Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah dan Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Noraini Jane. Mempunyai adik-beradik lain iaitu Yang Mulia Raja Eminah Elliyah binti Raja Ashman Shah dan Yang Mulia Raja Bainunnisa Safiah Binti Raja Ashman Shah.
Raja Dato’ Seri Ahmad Nazim Azlan Shah dilahirkan pada 10 Mac 1994 dan melanjutkan pelajaran ke salah satu universiti tertua dan terkenal dunia iaitu Universiti Cambridge, United Kingdom.
Ads
Foto: Instagram @perakdirajaFoto: Instagram @malaysia.royalfamily, kredit @jojo_assabil
Nampaknya industri hijab di Malaysia semakin berkembang dengan kemunculan pelbagai jenama hijab yang menjadi pilihan hijabi masakini. Walapun masih baharu dalam industri hijab di Malaysia, Roos Scarves semakin dikenali dan mendapat tempat di hati para hijabi Malaysia.
Keunikan jenama Roos Scarves terletak pada namanya yang mempunyai kisah menarik bagaimana jenama ini tercetus. Menurut Pemilik Roos Scarves, Safiudin Nordin, idea untuk membina jenama tudung Roos Scarves ini terlintas selepas pandemik pada hujung tahun 2021. Ketika itu, isterinya, Siti Afiqah Hamzah banyak menghabiskan masa menanam bunga Ros dari pelbagai jenis dan rupa.
“Dalam tempoh lebih setahun mendekati dan mengamati bunga ros yang berkembang dengan pelbagai warna, rupa dan jenis itu membuatkan kami terfikir kenapa tidak diadaptasikan kecantikan ros itu ke atas sehelai tudung. Perkataan Roos itu diambil dari bahasa Dutch yang pastinya membawa maksud bunga mawar,” ujar Safiudin ketika ditemui di majlis eksklusif Roos Scarves baru-baru ini.
Roos Scarves diperkenalkan secara rasminya dalam sebuah majlis eksklusif yang dihadiri lebih 100 pempengaruh, selebriti, rakan media serta pelanggan setia mereka. Setelah yakin dengan pengukuhan jenama mereka di pasaran, mereka menetapkan inilah detik paling sesuai untuk jenama ini dilancarkan secara gilang-gemilang.
”Kami sudah menjalankan kajian kebolehpasaran hijab selama setahun bermula Mac 2022. Dari situ, kami yakin walaupun pelbagai jenama hijab sudah membanjiri pasaran negara, Roos Scarves masih ada tempat di hati Wanita yang bertudung. Keistimewaan Roos Scarves adalah setiap corak yang berinspirasikan ros sebenar itu akan dilukis terlebih dahulu sebelum diolah dan dicetak pada skarf.
Kesan monogram dan detailing corak dan warna dipilih berdasarkan pantone terkini yang kemudiannya diadun bersama dengan rekaan menjadikan corak yang terhasil sangat eksklusif dan tiada di pasaran lainnya,” ujar Encik Safiudin.
Tambah beliau lagi, tagline “Bloom of beauty” adalah semangat yang mereka bawa untuk setiap rekaan tudung yang dihasilkan. Koleksi terawal yang mereka hasilkan ialah Lady Series, inspirasi daripada Lady Emma Hamilton Rose dan Freedom Series yang diinspirasikan daripada spirit of freedom rose.
Pada majlis pelancaran juga, Roos Scarves turut memperkenalkan dua koleksi baru iaitu Fairy dan Popcorn Series. Ia adalah koleksi yang diilhamkan daripada The Fairy Rose dan juga Gourmet Popcorn Rose. Kedua-dua hijab ini dari potongan shawl yang mempunyai aura dan stail unik yang pasti diminati hijabi negara ini. Setiap satunya dijual pada harga antara RM93 – RM105.
Roos Scarves juga dalam perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan di empat bandar utama berdasarkan koridor utara, selatan, timur dan juga sentral. Namun, fokus mereka adalah di pusat membeli-belah utama utama bagi mengekalkan nilai eksklusif pada produk dan kesemua outlet yang dimiliki oleh pengedar terpilih daripada pihak syarikat.
Tambah Safiudin lagi, mereka mengharapkan lebih ramai pelanggan dapat menikmati kualiti skarf yang mereka tawarkan dengan pengalaman bertudung yang mengujakan. Dan, impian mereka untuk mengenengahkan jenama ini ke negara-negara eropah dan Timur Tengah dapat direalisasikan tidak lama lagi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri kelihatan anggun menggayakan sepasang baju kurung rona emas ketika menghadiri majlis penganugerahan Bintang Ahli Mahkota Wilayah (AMW) yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Tiga atlet lain yang turut menerima anugerah sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019 di Istana Negara kelmarin termasuklah Jabriella Teo Samuel, Muhammad Erry Hidayat Muhammad Hidayat dan Nur Ain Nabilah Tarmizi yang dianugerahkan Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).
Menurut gadis berusia 20 tahun ini, penganugerahan ini menjadi pembakar semangat buat dirinya untuk terus melakar pencapaian yang lebih baik di dalam arena sukan yang amat dicintainya. Malah Dhabitah bertekad memberi lebih banyak sumbangan untuk negara serta beraksi cemerlang dalam setiap pertandingan yang bakal disertainya.
Gadis yang dilahirkan pada 12 Julai 1999 di Kuala Lumpur ini merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik. Pada mulanya, Dhabitah memulakan pendedahan akuatiknya melalui kelab-kelab renang. Selepas terlibat dalam beberapa pertandingan, bapanya membuat keputusan untuk menukarnya ke sukan menyelam kerana bentuk fizikalnya yang kecil.
Malah Dhabitah belajar berenang dan menyelam bersama abang sulungnya, Muhammad Danial di mana kedua-duanya pernah merancang untuk membuat kemunculan sulung di peringkat antarabangsa bersama-sama tetapi tidak dapat kerana kecederaan fizikal traumatik Danial yang dikekalkan sebelum kemunculannya.
Foto: www.remaja.my
Dalam sibuk menjalani latihan untuk bertanding dalam Kejohanan Terjun Siri Dunia 2019 yang akan berlangsung tidak lama lagi gadis manis ini sebenarnya amat meminati drama Korea seperti The Running Man dan peminat tegar kumpulan K-Pop seperti Big Bang, 2NE1 dan Black Pink. Jangan tak tahu, dalam pada masa yang sama Dhabitah gemar mengkaji mengenai sukan ekstrem seperti Parkour dan Trampolin sebagai hobi serta menjadikan roti canai sebagai makanan kegemarannya.
Apapun, tahniah buat Dhabitah di atas penganugerahan Bintang Ahli Mahkota Wilayah (AMW). Semoga ia menjadi pemangkin semangat untuk dirinya terus mengharumkan nama negara di mata dunia.
Sumber: BERNAMA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak mengenali pelakon jelita dan berbakat besar, Hannah Delisha yang mulai popular menerusi drama Mencintaimu Mr Photographer bersama Syafiq Kyle yang berjaya meledakkan namanya suatu ketika dahulu, seterusnya menjadikan Hannah salah seorang dramatis dambaan penerbit dan pengarah tempatan. Dan pada tahun 2020, Hannah mengumumkan yang dia mula memakai tudung dan berkongsi berita penghijrahan dalam laman sosial Instagram miliknya.
Namun menerusi tembual eksklusif Hannah bersama Hlive semalam, Hannah mengakui bukan mudah untuk dirinya menepis godaan-godaan tertentu selepas dirinya membuat keputusan untuk bertudung, malah banyak cabaran yang harus ditempuhi sebagai seorang wanita seperti Hannah yang cuba untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Malah Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch mengambil keputusan untuk tidak menghakimi selebriti wanita yang membuka tudung atau tidak lagi berhijab.
“I think at the end of the day kita semua manusia biasa. Ada masanya kita akan rasa macam iman kita kuat, ada masa macam kurang. Bagi I, ada juga rasa bila I shooting outdoors kemudian tengok bestnya tengok mereka pakai dress, dengan rambut merebang, tak panas semua. Tapi bagi saya, ini adalah keputusan yang saya buat jadi just go along with it.”
Malah Hannah sentiasa berfikiran positif dan menganggap ini satu pelajaran baru dalam kehidupannya. “Saya juga cuba untuk tidak memikirkan sangat, tapi its normal lah dan saya percaya ramai yang berhijab pasti akan rasa kan best kan kalau dapat free hair balik macam dulu.
Masa I berhijab, I ada baca komen netizen meminta I agar kekal istiqamah tapi senang untuk cakap, tapi bila you dah bertudung, nak fahami maksud istiqamah itu sangat mendalam maksudnya. You tak kan faham until you berhijab baru you akan faham..owh sebab itulah netizen komen seperti itu, kerana istiqamah itu bukannya mudah”.
Untuk rekap Hannah sudah berkahwin dengan pelakon, Imam Shah pada 18 Februari 2021 setelah 5 tahun mereka menjalin hubungan bersama.
NONA mendoakan semoga Hannah terus kuat melayari kehidupan dan kekal istiqamah dalam penampilannya. You can do this Hannah!
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.