Nama Nooryana Najwa Mohammad Najib mungkin agak asing bagi segelintir masyarakat namun dalam kalangan ahli politik dan mengikut dunia politik tanah air, mereka pasti
mengenali wanita ini. Lebih dikenali sebagai Yana Najib, ibu kepada seorang cahaya mata ini merupakan anak perempuan kepada Perdana Menteri Keenam Datuk Seri Najib
Tun Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Meniti usia 32 tahun, Yana juga ialah kakak kepada Norashman Najib iaitu anak bongsu Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah.
Biarpun sibuk menguruskan keluarga kecilnya namun Yana tidak ketinggalan mengemaskini media sosial dan dilihat gemar berkongsi aktiviti bersama anak dan keluarga tersayang. Daripada perkongsian Yana, jelas membuktikan wanita ini sangat mementingkan nilai kekeluargaan dan cukup rapat dengan ahli keluarga.
Di samping keluarga tersayangYana bersama adiknya, Ashman dan anak tersayang
Misalnya, pada 3 April lalu dia bersama ibu tersayang serta beberapa pembantu rumah berpeluang menghulurkan bantuan berupa makanan untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan yang terlibat menangani wabak Covid-19 ketika ini. Kagum dengan keprihatinan Yana sekeluarga!
Kongsinya, “This morning my mom and our house staff prepared food for the frontliners and the poor. Sikit-sikit pun, we do what we can to help those who are vulnerable and risking their lives during this difficult time.” Jiwa Yana mudah rapuh dan tersentuh apabila melihat kesusahan hidup yang dialami masyarakat terutamanya melibatkan golongan kanak-kanak.
Awal tahun lalu juga dia bersama abangnya, Riza tampil menceriakan kanak-kanak dari Rumah Amal Ashraf Al Barakh dengan membawa mereka ke sebuah restoran makanan segera sebelum meluangkan masa menonton filem Star Wars bersama-sama. Meskipun ketika itu kedua-dua ibu bapanya berdepan dengan kes mahkamah namun Yana tetap menjalankan tanggungjawab membantu insan memerlukan. Sumbangannya mungkin nampak kecil tetapi ingatan Yana terhadap penghuni Rumah Amal Ashraf Al Barakh ini pastinya akan diingati kanak-kanak berkenaan sepanjang hidup mereka.
Ads
Bersama abangnya, Riza
Yang pasti, ia bukanlah kali pertama Yana menghargai kanak-kanak kurang bernasib baik dari rumah amal tersebut kerana pada sambutan ulang tahun kelahirannya, 29 November tahun lalu pun dia turut melakukan perkara sama. Menjamu mereka makan di restoran dan kemudian menikmati momen bersama-sama di pawagam sambil menonton filem animasi popular, Ejen Ali.
Ads
Dengan statusnya sebagai anak kepada bekas pemimpin negara, Yana enggan menjadikan ia halangan untuk beramah mesra dan mendekati kehidupan anak-anak ini.
Menelusuri sisi peribadinya, Yana bukan sekadar memiliki jiwa penyayang malah seorang pelajar yang cukup berdedikasi dan cemerlang dalam akademik kerana telah berjaya memperoleh pelbagai ijazah. Sebelum bergelar isteri, dia merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Perkhidmatan Asing dari Georgetown University pada 2011.
Ads
Dua tahun selepas berkahwin, Yana menggenggam Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Wharton, University of Pennsylvania pada tahun 2017 dan tahun lalu pada tanggal 31 Mei pula dia menerima Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Harvard University!
Nooryana selamat bergelar isteri kepada Daniyar Kessikbayev yang berasal dari Kazakhstan pada 19 Mac 2015. Hasil perkongsian hidup, Yana dan suami dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Adam Razak. Cucu sulung Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah tersebut kini berusia tiga tahun.
Kredit foto: Instagram Yana Najib
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau disebut nama negara Iceland pasti terbayang keindahan pemandangan lagu Gerua lakonan mantap pasangan pelakon serasi Bollywood, Shah Rukh Khan bersama Kajol dalam filem Dilwale. Sejak filem ini menjadi box-office ramai yang mula mahu mengenali negara ini dan merancang untuk menjejaki tempat-tempat indah dalam filem tersebut. Walaupun lokasi agak berjauhan di antara satu dengan lain namun tidak mematahkan semangat pengembara untuk merakamkan momen indah di sana.
Foto: Instagram @girltalkhq
Namun, di sebalik panorama indah ciptaan Sang Pencipta, Iceland juga telah melakar sejarah dalam arena politik apabila Katrín Jakobsdóttir dilantik menjadi Perdana Menteri keempat pada November 2017. Dilantik sebagai Perdana menteri pada usia 41 tahun sekali gus menjadikan Katrín menjadi antara Perdana Menteri Wanita dan Termuda Dunia.
Foto: Instagram @the_oecd
Katrín dilahirkan pada tahun 1976 dan merupakan graduan University of Iceland dengan bachelor degree with a major in Icelandic and minor in French. Ketua parti pembangkang Iceland ini melalui Gerakan Kiri-Hijau telah bertahun menceburkan diri dalam kancah politik. Sebelum menjawat jawatan Perdana menteri Katrín pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Pendidikan, Sains dan Kebudayaan dari tahun 2009 hingga 2013.
Foto: Instagram @eylemtuncaelli
Katrín merupakan isteri kepada Gunnar Örn Sigvaldason dan ibu kepada tiga orang anak lelaki. Boleh bayangkan bagaimana mencabarkan tugas Perdana Menteri Iceland ini bukan? Kejayaan Katrín ini menjadi inspirasi buat semua wanita yang boleh berjaya dalam semua bidang walau mempunyai tanggungjawab sebagai isteri dan juga ibu.
Foto: Instagram @bella.speaks.her.heart
Paling indah dalam hidup Katrín sebagai ahli politik selain menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri adalah telah dinobatkan sebagai Ahli Politik Yang Paling Dipercayai. Undian tersebut telah dijalankan di Iceland pada tahun 2016. Dengan undian sebanyak 59.2 peratus telah mempercayai Katrín sebagai ahli politik yang paling dipercayai mengatasi Presiden Iceland ketika itu, Olafur Grimsson dengan undian sebanyak 54.6 peratus. Hasil undian juga menunjukkan sokongan terhadap Katrín datang dari pengundi berusia di antara 18 hingga 29 tahun, yang kebanyakannya adalah wanita.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebut saja nama Dian Sastro pasti peminat mengingati lakonan menarik pelakon kelahiran Indonesia ini dalam filem ‘Ada Apa Dengan Cinta’. Meskipun sudah lebih dua dekad filem box office tersebut sudah berlalu namun impaknya masih dikenang peminat filem hingga kini. Pesona Dian Sastrowardoyo dan wajah cantiknya pernah menjadi kegilaan ramai jejaka di Malaysia.
Dian dilahirkan di Jakarta pada 16 Mac 1982 dan kini berusia 42 tahun. Walau sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak, namun Dian Sastro masih bergiat aktif sebagai anak seni. Yang pasti, pemilik nama Dian Paramita Sastrowardoyo ini bukan calang-calang wanita.
11 Jun lepas, Dian dilantik sebagai Duta Festival Film Indonesia (FFI) 2024 di samping empat lagi pelakon hebat Indonesia.
Pada tahun 2007 ketika kerjaya seni sedang berada di puncak, jelitawan ini dilaporkan berjaya menamatkan pengajian sarjana dalam bidang Falsafah dari Universiti Indonesia.
Biarpun waktu itu dia sudah pun mempunyai nama besar dalam industri seni Indonesia namun Dian tetap belum puas dengan pencapaian tersebut.
Lantas pada tahun 2014, dia meneruskan pengajian dalam bidang ekonomi dan menggenggam Master dalam lulusan berkenaan di universiti sama.
Isteri kepada usahawan berjaya Indonesia ini juga prihatin terhadap nasib pelajar perempuan yang ketinggalan dalam Pendidikan disebabkan kesempitan hidup.
Memetik laporan Antara News, Dian berkata dia terinspirasi untuk menjayakan usaha memberi pendidikan kepada pelajar perempuan daripada tokoh pejuang hak wanita Indonesia iaitu Raden Adjeng Kartini atau lebih dikenali sebagai Ibu Kartini.
“Saya percaya saat banyak perempuan menginginkan pendidikan tinggi, maka akan lahir generasi berikutnya yang jauh lebih cerdas. Kerana dengan mendidik perempuan maka sebenarnya secara tidak langsung sedang mendidik anak-anak dan cucu-cucu iaitu generasi berikutnya.”
Dian mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hati, Maulana Indraguna Sutowo pada tanggal 18 Mei 2010.
Hasil perkongsian hidup selama 14 tahun, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan iaitu Syailendra Naryama Sastraguna Sutowo berusia 13 tahun dan Ishana Ariandra Nariratana Sutowo, 11 tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cantiknya Dian Sastrowardoyo! Tak nampak macam umur 40 tahun je. Terserlah kecantikan sebenar seorang wanita Indonesia. Berkebaya lengkap bersanggul.
Bagi penulis penyanyi, model dan pelakon terkenal yang mula dikenali menerusi filem ‘Ada Apa Dengan Cinta’ ini adalah lambang kecantikan asli seorang wanita Indonesia.
Dian yang pernah membintangi filem epik Puteri Gunung Ledang ini merupakan selebriti wanita yang sering tampil berkebaya dan busana Jawa. Memang terserlah aura klasik pada isteri kesayangan kepada usahawan muda, Indraguna Sutowo ini.
Dian yang merupakan ibu kepada 2 anak dilihat bukan saja kerap tampil dengan kebaya bahkan gemar menggayakan busana Jawa ketika menghadiri majlis-majlis rasmi.
Terkini, Dian atau sebenarnya Diandra Paramitha Sastrowardoyo adaah salah seorang aktres yang menyokong gerakan kebaya sebagai warisan budaya dunia. Dalam perkongsiannya di laman Instagram, Dian mengajak masyarakat Indonesia untuk sama-sama menyokong kebaya.
Jom tengok beberapa gaya Dian Sastrowardoyo ketika menyarungkan kebaya klasik dan busana Jawa. Sangat anggun!
Kredit Foto: IG Dian Sastrowardoyo
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memiliki raut wajah persis ‘barbie’ bermata bundar serta pandai memasak dengan gaya bersahaja itulah keistimewaan dimiliki oleh pempengaruh dan Chef viral dari Lubnan, Abir El Saghir...