Makin besar keluarga jutawan Mark Zuckerberg lepas ini. Mana tidaknya, isteri Mark iaitu Priscilla Chan kini sarat hamil anak ketiga! Terbuka berkongsi berita gembira itu, pasangan dermawan ini mengumumkan berita kehamilan tersebut kepada umum sekitar September 2022.

IKLAN

Mendirikan rumah tangga pada Mei 2012, Mark dan Priscilla dikatakan bertemu di sebuah parti di Harvard pada tahun 2003. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Maxima Chan Zuckerberg dan August Chan Zuckeberg.

Menurut laporan PEOPLE, Priscilla dikhabarkan akan lahir seorang lagi anak perempuan! Graduan perubatan dalam bidang pediatrik dari University of California ini bagaimanapun dilaporkan pernah mengalami dua kali keguguran.

Bekas Pakar Pediatrik & Keturunan Cina, PRISCILLA CHAN Isteri MARK ZUCKERBERG Hamil Anak Ketiga!
Priscilla Chan
Bekas Pakar Pediatrik & Keturunan Cina, PRISCILLA CHAN Isteri MARK ZUCKERBERG Hamil Anak Ketiga!
Kredit Instagram @zuck

Priscilla yang bakal berusia 38 tahun pada 24 Februari depan merupakan bekas doktor pediatrik yang bersara daripada kerjaya tersebut untuk menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Chan Zuckerberg Initiative yang ditubuhkan pada Disember 2015.

Meskipun bergelar isteri kepada jutawan teknologi yang juga Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Meta Platforms, Priscilla bukanlah wanita yang terlalu mengejar kemewahan dan barangan berjenama.

Sebaliknya, dia yang merupakan antara wanita terkaya dunia kerana kekayaan suami dianggarkan mencecah USD115.9 bilion itu selesa tidak mengenakan sebarang aksesori mahupun perhiasan diri, hanya bersolek nipis dan memiliki sebentuk cincin emas biasa.

IKLAN
Bekas Pakar Pediatrik & Keturunan Cina, PRISCILLA CHAN Isteri MARK ZUCKERBERG Hamil Anak Ketiga!
Kredit Instagram @zuck
Bekas Pakar Pediatrik & Keturunan Cina, PRISCILLA CHAN Isteri MARK ZUCKERBERG Hamil Anak Ketiga!
Kredit Instagram @zuck
Bekas Pakar Pediatrik & Keturunan Cina, PRISCILLA CHAN Isteri MARK ZUCKERBERG Hamil Anak Ketiga!
Kredit Instagram @zuck

Mark dan Priscilla lebih mementingkan soal kebajikan khususnya bidang pendidikan dan kesihatan global. Tidak hairanlah mereka sanggup menderma sejumlah besar kekayaan yang dimiliki untuk usaha berkenaan.

IKLAN

Menelusuri latar belakang Priscilla, wanita ini berketurunan Amerika-China. Berdasarkan laporan South China Morning Post, dia dibesarkan di Quincy dan kedua-dua ibu bapa Priscilla tidak begitu fasih berbahasa Inggeris selain melakukan pelbagai jenis pekerjaan demi kelangsungan hidup.

Bekas Pakar Pediatrik & Keturunan Cina, PRISCILLA CHAN Isteri MARK ZUCKERBERG Hamil Anak Ketiga!
Kredit Instagram @zuck
Bekas Pakar Pediatrik & Keturunan Cina, PRISCILLA CHAN Isteri MARK ZUCKERBERG Hamil Anak Ketiga!
Kredit Instagram @zuck
Bekas Pakar Pediatrik & Keturunan Cina, PRISCILLA CHAN Isteri MARK ZUCKERBERG Hamil Anak Ketiga!
Kredit Instagram @zuck

Bapanya, Dennis mengumpul wang yang diterima dan berjaya membuka restoran Cina di Boston. Sementara ibunya, Yvonne dikatakan bekerja 18 jam sehari. Disebabkan itu, Priscilla lebih banyak dibesarkan oleh neneknya.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI