
Tahniah Datuk Lokman Teh dan Datin Atikah Suhaime atas kelahiran cahaya mata yang dinanti-nantikan. Tanggal 8 Mac 2025 menjadi detik indah buat pasangan romantis ini apabila aktres kelahiran Singapura berkenaan selamat bersalin anak sulung yang diberi nama Lyla Mulan Teh.
“Alhamdulillah. Anak mami yang cantik, Lyla Mulan Teh,” ucap Datin Atikah sebaik menerima kehadiran puteri sulung baru-baru ini.
Lyla Mulan Teh Buah Hati Datin Atikah Suhaime
Seindah nama diberi, Datin Atikah bagaimana pun belum mendedahkan wajah anak kesayangan kepada umum.
Berkongsi pengalaman pertama bersalin, figura ini memberitahu proses kelahiran yang dilalui berjalan lancar dan berseloroh ia umpama baru selesai membuat larian maraton.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Datin Atikah turut memuat naik video menjelang hari kelahiran Lyla Mulan Teh di sebuah hospital.
Ternyata momen tersebut membuatkan peminat dan followers setia di media sosial terkesima melihat layanan istimewa yang diberikan suami tercinta terhadap dirinya.
Datin Atikah Suhaime bersalin di sebuah hospital swasta ternama dan menginap di Executive Suite yang luas, mewah dan eksklusif bertaraf lima bintang!
Kelahiran Lyla Mulan Teh Disambut Penuh Syukur
Bukan hanya disajikan juadah berkhasiat dan menarik seperti hidangan di hotel, kelahiran cahaya mata selebriti berusia 34 tahun ini juga disambut pakar perubatan terkenal iaitu Prof. Dr Imelda Balchin.
“Alhamdulillah terima kasih for all the wishes. Minta maaf Tika tak sempat nak jawab satu-satu comment tapi Tika baca okay comment you all semua.
Maklumlah sekarang nak tengok muka baby je. Alhamdulillah ramai yang doakan baik-baik untuk Tika bila buka Instagram and TikTok. Thank you so much for all the well wishes.”
View this post on Instagram
Sejak mendirikan rumah tangga, tak dinafikan populariti Datin Atikah Suhaime kian melonjak naik dan meraih perhatian khususnya di media sosial. Apatah lagi apabila dia sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan bergelar Datuk.
Walau berstatus VIP namun keperibadian wanita cantik ini dipuji kerana mesra melayan peminat dan merendah diri.
Datin Atikah melangsungkan pernikahan dengan Datuk Lokman Teh pada 21 Januari 2024.