Alamak, kalau cantik macam ni boleh hilang fokus peminat hendak tengok perlawanan bola tampar. Pasti banyak mata-mata yang tertumpu kepada kejelitaan wajah gadis Kazakhstan ini.

IKLAN

Bermata bundar, hidung mancung, bibir mungil, tubuh tinggi lampai dan rambut hitam pekatnya telah berjaya mencuri perhatian peminat sukan berkenaan hingga ke luar negara.

Tatyana Demyanova… atlet bola tampar yang mewakili negara Kazakhstan ini baru berusia 23 tahun. Memetik laporan media antarabangsa, Tatyana yang berketinggian 180 sentimeter mula didedahkan dengan sukan bola tampar oleh ibunya sendiri yang juga merupakan jurulatih sukan berkenaan.

Macam ‘Barbie Doll’ Main Bola Tampar, Gadis Kazakhstan Ini Dinobat ATLET TERCANTIK DUNIA! Macam ‘Barbie Doll’ Main Bola Tampar, Gadis Kazakhstan Ini Dinobat ATLET TERCANTIK DUNIA! Macam ‘Barbie Doll’ Main Bola Tampar, Gadis Kazakhstan Ini Dinobat ATLET TERCANTIK DUNIA! Macam ‘Barbie Doll’ Main Bola Tampar, Gadis Kazakhstan Ini Dinobat ATLET TERCANTIK DUNIA!

Waktu itu, dia hanya berusia sembilan tahun dan meraih pingat pertamanya ketika mencecah umur 11 tahun. Jelas terbukti gadis cantik ini berbakat dalam arena sukan berkenaan dan mewarisi kemahiran ibu tersayang. Meskipun berwajah lembut dan perwatakan anggun, Tatyana sebenarnya seorang wanita berjiwa lasak.

Sebati dengan sukan dan sukakan cabaran… dia tidak melepaskan peluang menceburi bidang seni bela diri. Selain tinju, Tatyana turut menggemari Muay Thai dan mengagumi tokoh sukan tinju terkemuka iaitu Floyd Mayweather.

Macam ‘Barbie Doll’ Main Bola Tampar, Gadis Kazakhstan Ini Dinobat ATLET TERCANTIK DUNIA! Macam ‘Barbie Doll’ Main Bola Tampar, Gadis Kazakhstan Ini Dinobat ATLET TERCANTIK DUNIA!

Macam ‘Barbie Doll’ Main Bola Tampar, Gadis Kazakhstan Ini Dinobat ATLET TERCANTIK DUNIA!

Macam ‘Barbie Doll’ Main Bola Tampar, Gadis Kazakhstan Ini Dinobat ATLET TERCANTIK DUNIA!

IKLAN

Bukan calang-calang sukan tu. Hati-hati ya peminat lelaki Tatyana… silap langkah, takut anda pula yang jadi mangsa!

Mengintai laman Instagram Tatyana, atlet bualan ramai ini mempunyai lebih 100 ribu pengikut. Daripada posting yang dikongsikan, terserlah minat Tatyana terhadap kecantikan di samping berani bereksperimen dengan fesyen. Bersandarkan susuk tubuh montok yang dimiliki, tidak hairanlah dia sering tampil dengan gaya seksi.

Hasil kaji selidik yang dijalankan beberapa portal ternama dunia termasuk Express Sport dan Daily Star… mereka sebulat suara menyatakan Tatyana Demyanova merupakan atlet paling cantik di dunia.

IKLAN

 

Sumber: Liputan 6

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI