Kadang-kadang, tak boleh tidur malam nak memikirkan cara apa lagi yang harus dilakukan untuk turunkan berat badan. Dah macam-macam cara buat untuk bakar lemak tapi tak pernah jadi. Silap-silap, bertambah berat badan lagi ada lah. Mungkin ada yang tak kena dengan strategi anda nak turunkan berat badan tu. Nona kongsikan antara sebab kenapa strategi kurus anda tidak menjadi.

Macam-Macam Cara Dah Cuba Tapi Tak Kurus Juga, Ini Sebabnya!

IKLAN

1. GAYA HIDUP PASIF

Bersenam dua hingga tiga kali seminggu atau pada hujung minggu sememangnya rutin yang bagus. Tapi jika hari seterusnya anda hanya duduk diam di pejabat dan tidak membuat senaman ringan ia tidak akan memberi apa-apa perubahan pada tubuh badan anda. Banyakkan berjalan ketika berada di pejabat seperti menggunakan tangga dan berjalan ke meja rakan sekerja.

 

2. TERLEBIH MINUM AIR MANIS

Macam-Macam Cara Dah Cuba Tapi Tak Kurus Juga, Ini Sebabnya!

Lagi banyak gula dalam air minuman anda, lagi tinggi kalori yang anda ambil. Banyakkan minum jus buah-buahan tanpa gula. Nak senang, minum je air kosong.

 

3. STRESS

IKLAN

Macam-Macam Cara Dah Cuba Tapi Tak Kurus Juga, Ini Sebabnya!

Tahap stress yang tinggi boleh meningkatkan rasa lapar dan mahu makan makanan yang tidak sihat. Jadi, kurangkan tekanan dengan menarik nafas perlahan-lahan, tenangkan diri dan elakkan gangguang daripada media sosial seperti facebook dan instagram.

4. KURANG/ LEBIH PENGAMBILAN KARBOHIDRAT

IKLAN

Kemaruk sangat nak kurus, ada wanita yang mengamalkan diet extreme sampai tak makan langsung sesetengah makanan sedangkan badan anda memerlukan sumber nutrisi daripada makanan tersebut. Badan kita akan berfungsi dengan lebih baik jika mendapat nutrisi dan mineral yang secukupnya.

5. REHAT TIDAK CUKUP

Macam-Macam Cara Dah Cuba Tapi Tak Kurus Juga, Ini Sebabnya!

Kesibukan di tempat kerja dan ditambah pula dengan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri membuatkan kita tidak mendapatkan rehat atau tidur yang secukupnya.  Bila tak cukup tidur, kadar metabolisma dalam badan akan menurun dan seterusnya akan membuat selera makan meningkat, cepat rasa teringin nak makan dan mengidam macam-macam. Badan kita bila tak cukup tidur akan meningkatkan hormon Ghrelin yang meningkatkan selera makan, dan mengurangkan hormon Leptin yang membantu kita untuk rasa kenyang. Tidur yang tidak cukup juga akan membuatkan kita bertambah stress. Have a quality rest and enjoy your life okay!

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI