Nama Muhammad Shah Firdaus Sahrom hangat diperkata warga maya sejak semalam selepas berakhirnya acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024. Prestasi dan semangat juang tinggi yang dipamerkan anak kelahiran Johor ini di pentas temasya sukan dunia berkenaan membuatkan peminat sukan tanah air bangga!
Biarpun tidak mendapat tempat di podium namun sekalung tahniah diucapkan buat Shah Firdaus kerana berjuang habis-habisan meraih pingat untuk negara di final keirin lelaki Olimpik Paris.
Ternyata kayuhan memukaunya untuk berada di kedudukan gangsa tidak kesampaian apabila terjatuh pada 250 meter terakhir bersama dua pelumba dari Jepun dan Great Britain iaitu Shinji Nakano dan Jack Carlin.
Pun begitu, seluruh rakyat Malaysia tetap menghargai usaha keras, pengorbanan dan perjuangan atlet berusia 28 tahun ini.
Dia yang dilahirkan pada 26 November 1995 menerusi temu bual bersama Astro Arena semalam menzahirkan rasa kecewa kerana selain tidak berpeluang membawa pingat untuk Malaysia, Shah Firdaus juga sedih kerana sudah berjanji membawa ibunya menunaikan umrah sekiranya meraih kemenangan pada acara keirin itu.
Meninjau media sosial Shah Firdaus yang kini memiliki lebih 130 ribu followers, rakan sepasukan Datuk Azizulhasni Awang ini pernah meluahkan rasa sedih apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga tersayang demi kerjaya.
“Perkongsian kisah berjauhan daripada ibu ayah bukanlah cerita janggal. Tapi ini kisah saya untuk dikongsi. Berkelana di bumi Australia sejak 2013 telah melatih saya untuk hidup sendiri, jauh dari belaian dan sedapnya masakan ibu, tenangnya mengeteh sambil berkongsi kisah dengan ayah, cerianya melayari hari dengan tawa adik beradik.
Untuk edisi Tokyo 2020 kali ini, hampir 2 tahun tidak berjumpa keluarga. Beratnya hati hanya Allah sahaja yang tahu.”
Dia juga menyifatkan kejayaan hari ini adalah berkat doa ibu ayah. Selain menghargai sokongan mereka selama ini.
Ads
“Terlalu banyak cerita jalan hidup keluarga yang saya terlepas. Tak dapat tengok adik-adik membesar depan mata.
Tapi itulah ‘mahal’nya harga yang perlu dibayar saat memutuskan nekad menjadi atlet. Saya yang anda lihat hari ini bukan hanya hasil latihan, penyelidikan dan perlumbaan.
Tetapi juga dari tiap jalur doa ibu ayah dan keluarga, pengorbanan yang tak pernah berkira, kerana mereka faham benar dengan hati, besarnya tugas saya untuk negara. Terima kasih ibu ayah dan keluarga, Terima kasih Allah untuk segala nikmat.”
Ads
Selain Shah Firdaus, adiknya iaitu Ridwan Sahrom turut mengikut jejak langkahnya sebagai pelumba basikal.
Februari lalu, jaguh berbasikal trek ini menerima Anugerah Olahragawan Negeri Johor.
Laksana sekuntum bunga yang mekar berkembang, manisnya menjadi pujaan sang kumbang.
Merafakkan syukur ke hadrat Ilahi, Nona turut bahagia menyaksikan temasya majlis pertunangan penyanyi terkenal, Shila Amzah dengan jejaka pilihannya, Haris Idraki, malam tadi.
Mengenakan persalinan dress merah jambu rekaan Azura Couture, riak wajah Shila yang dirias Arra Mazlan tampak berseri-seri ketika cincin pertunangan disarungkan ke jari manis.
Dijangkakan bakal memeterai ikatan nikah pada tahun depan, para peminat Shila turut berpeluang melihat bakal suaminya apabila mereka sempat merakamkan foto kenangan bersama.
Haris Idraki Elias, 28, kini dikhabarkan bertugas dalam di London dan pernah bergelar wartawan di sebuah syarikat akhbar berbahasa Inggeris, The Star, pada tahun 2015.
Selain tumpuan buat si dara perawan, perhatian Nona turut terusik dengan keindahan dekorasi pelamin bertemakan ‘Secret Garden’, hasil jemari kreatif Adidecor (Instagram @adiputra_decor). Gandingan orkid dan hydrangea menerbitkan momen romantis, oh indahnya bagai dalam taman!
Kalau tak percaya, jom tengok sendiri beberapa rakaman dekorasi yang cukup cantik ni. Menginspirasikan!
Akhir kata, tahniah jua buat kedua-dua belah ibu bapa yang bekerja keras untuk menjayakan majlis bersejarah ini. Semoga ukhuwah dan ikatan silaturahim yang terjalin kekal selamanya. Norzalina Mohd Alias
Pelopor pakaian ibadah, Siti Khadijah melakar sejarah baharu apabila melancarkan telekung reka bentuk muka terbaharu yang diberi nama Maharani. Selepas sedekad sejak pengenalan terakhir reka bentuk muka bagi koleksi telekung, Maharani hadir sebagai symbol evolusi dan penghormatan buat wanita yang menyokong keanggunan, keteguhan dan warisan, nilai yang menjadi tunjang jenama Siti Khadijah.
Istimewanya, Maharani bukan sekadar reka bentuk muka terbaharu. Bahkan kesinambungan dua reka bentuk muka ikonik yang terdahulu iaitu Original pada tahun 2009 yang menonjolkan ‘awning’ keras yang popular dengan pemakaian hijab wanita ketika itu.
Sementara Harmoni pada tahun 2016 iaitu reka bentuk muka yang menyerupai tudung atau inner terutamanya pada bahagian dahi, menjadikannya lembut dan ringan untuk keselesaan sepanjang hari.
Maharani Inovasi Siti Khadijah
Sebagai reka bentuk muka telekung yang keenam, Maharani menjadi bukti inovasi berterusan Siti Khadijah dalam menitipkan ketenangan pada setiap ciptaan produk. Nama Maharani terinspirasi daripada penggunaan “awning” yang membawa simbolik seolah-olah memakai tiara pada kepala.
Selain itu, “awning” merupakan elemen yang paling penting dalam kemenjadian penampilan berhijab. Elemen itu menjadikan Maharani sebagai reka muka yang praktikal pada fungsi dan anggun pada rupa.
“Maharani bukan sekadar wajah baharu, ia adalah cerminan perjalanan panjang kami dalam meneliti dan memahami keperluan sebenar wanita. Prosesnya memakan masa, namun setiap langkah diiringi dengan ketelitian dan penuh makna,” ujar Pengasas dan Pengarah Siti Khadijah, Padzilah Enda.
Majlis pelancaran ini turut menyaksikan kehadiran #FamiliSK, rakan industri dan wakil media dalam suasana penuh elegan dengan tema warna Kuning Mustard & Putih. Sebagai pelengkap kepada pelancaran reka bentuk muka baharu ini, Siti Khadijah turut memperkenalkan tiga koleksi telekung terbaharu yang menampilkan reka bentuk muka Maharani sebagai identiti utama.
Tiga koleksi ini ialah Broderie Zahara, dengan perincian sulaman klasik penuh keanggunan; Flair Sabira, yang mengetengahkan potongan flowy moden bertekstur ringan; serta Modish Maira Midi dengan ukuran kelabuhan yang sangat sesuai untuk kegunaan di tanah suci.
Koleksi telekung reka bentuk muka Maharani ini mula tersedia di platform dalam talian dan di butik-butik Siti Khadijah terpilih bermula 26 Jun 2025.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dunia bola sepak seluruh dunia berdukacita di atas pemergian Legenda bola sepak Brazil, Pele yang merupakan salah seorang pemain terhebat sepanjang zaman meninggal dunia pada usia 82 tahun pada Khamis menurut laporan CNN.
Bekas penyerang sensasi dunia itu mengalami masalah pernafasan dan komplikasi yang berkaitan dengan kanser kolon. Pada minggu lalu, pihak hospital berkata, kesihatannya semakin teruk apabila kansernya semakin merebak.
Dia meninggal dunia akibat kegagalan beberapa organ berikutan madalah kanser kolon, menurut kenyataan dari Hospital Albert.
“Kami sayang anda tak terhingga. Rehat dengan tenang,” kata seorang anak perempuannya, Kely Nascimento di catatan Instagram miliknya.
Kapten Argentina yang memenangi Piala Dunia 2022, Lionel Messi turut mengucapkan selamat tinggal kepada wira bola sepak Brazil Pele itu di Instagram. Messi turut menyiarkan foto dirinya dan ‘Raja’ yang diambil ketika detik gembira mereka.
“Rehat dengan tenang, Pele,” tulis Messi selepas pengumuman bahawa Pele telah meninggal dunia di hospital pada usia 82 tahun oleh anak perempuannya.
Bintang bola sepak lain seperti Ronaldo dan Mbappe turut memuat naik foto kenangan bersama Raja Pele dan menitipkan ucapan takziah buat keluarganya.
Pele bersama Ronaldo
Menurut Sky Sports, satu mesej daripada akaun Twitter rasmi Pele menyatakan: “Inspirasi dan cinta menandakan perjalanan Raja Pelé yang meninggal dunia dengan aman hari ini. Cinta, cinta dan cinta, selama-lamanya.
Berikut Info mengenai Pele:
1.Pele merupakan penjaring terbanyak sepanjang masa dengan 77 gol dalam 92 perlawanan menjadi ikon permainan selepas memenangi Piala Dunia pada tahun 1958 ketika berusia 17 tahun.
2. Beliau menjaringkan dua gol pada perlawanan akhir untuk menewaskan tuan rumah Sweden.
3. Pele atau nama sebenarnya, Edson Arantes do Nascimento berasal dari keluarga miskin di Sao Paulo memenangi Piala Duni pada tahun 1958, 1962 dan 1970 bersama Brazil.
4. Kecederaannya menyekat sumbangannya kepada kejayaan Brazil pada Piala Dunia pada tahun 1962 di Chile.
5. Pele menjadi pemain kejohanan itu lapan tahun kemudian ketika Brazil menjadi salah satu pasukan terhebat sepanjang masa dan menjulang trofi Piala Dunia di Mexico hasil kemenangan 4-1 ke atas Itali yang mana Pele menjaringkan gol pembukaan.
Sumber: Agensi
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.