Lahirkan rasa kasih dalam diri anak-anak melalui sifat ibu bapanya yang penyayang. Cara itu perlu dilatih sebaik anak lahir ke dunia dan merasai deria sentuhan ibu ayahnya.

IKLAN

Amalkan saranan yang dikongsikan oleh Datuk Dr. Abdul Basit Abdul Rahman, Pensyarah Jabatan Syariah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra dan Mursyif di Pondok Sungai Durian, tentang tempat kawasan tubuh anak yang perlu ibu bapa cium setiap hari. Dalam masa yang sama berikan sentuhan dan gosokan pada 5 lagi tempat pada anggota tubuh anak.

Terdapat empat titik yang mesti rajin diusap, disentuh dan dicium oleh seorang ayah terhadap anaknya.

(1) Ubun-ubun kepala

Bahagian ini mesti selalu dielus dan dicium oleh seorang ayah terhadap anak kecilnya. Ia juga sebagai menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya (sambil mendoakan agar si anak jadi anak soleh), insyaAllah.

(2) Dahi & Kening

Ciuman di dahi menandakan kita reda terhadap anak kita. Rasulullah SAW pernah mencium anaknya, Fatimah R.A di dahi beliau. Kalau seorang ayah mencium kening si anak pula, dia seolah-olah mengatakan bahawa, “Ayah bangga dengan kamu.”

IKLAN

(3) Kedua pipi

Ciuman kasih sayang dan sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) terhadap si anak.

(4) Belakang tapak tangan

IKLAN

Tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang) sebagaimana Rasulullah SAW juga selalu mencium tangan anakandanya Fatimah R.A. Kita selalu menghulurkan tangan untuk dicium oleh anak-anak kita. Tapi Nabi dan para sahabat tidak. Sesekali mereka yang akan mencium tangan anak-anak mereka.

Perhatian: Ciuman di mulut hanya khas untuk isteri sahaja.

5 Sentuhan Terhadap Anak

  1. Gosok belakang kepala anak, sebagai tanda belas kasihan dan anak akan merasai dikasihani dan terlindung.
  2. Gosok atas kepala atau ubun-ubun, ini untuk menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya.
  3. Gosok atas dahi anak, sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) kita terhadap anak.
  4. Kedua pipi, juga tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang).
  5. Pegang kedua tangannya, untuk menenangkan anak ketika nampak perasaannya kacau atau keliru.

Sementara itu, kalau nampak anak-anak menunjukkan kecenderungan membuat sesuatu yang tidak baik atau sedang marah, gosoklah dadanya untuk menenangkannya.