Bergelar seorang isteri dan ibu bukanlah halangan buat Staf Sarjan Saidatul Husna Kamarudin yang tular kerana keberanian dan kehebatannya melakukan aksi ‘stunt’ pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 baru-baru ini.
Sepanjang 13 tahun penglibatannya dalam pasukan akrobatik, wanita kelahiran Sungai Petani, Kedah ini melakar detik paling bersejarah apabila berjaya membuat aksi lompatan merentasi 66 buah motosikal Royal Enfield pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang diadakan di Dataran Putrajaya, Putrajaya.
Aksi tersebut turut disaksikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta pimpinan negara.
Lebih bermakna lagi apabila detik bersejarah itu terlakar pada hari kelahirannya yang ke-35 tahun. Rezeki ibu kepada seorang cahaya mata ini.
“Ia merupakan detik bersejarah apabila buat pertama kali sepanjang 13 tahun penglibatan dalam pasukan akrobatik, saya berpeluang membuat persembahan di hadapan pasangan diraja tersebut.
“Lebih bermakna, tarikh keramat ini turut merupakan hari kelahiran saya. Ia sesuatu yang tidak akan dilupakan selagi hayat dikandung badan,” ungkap Sarjan Saidatul Husna kepada Sinar Harian.
Menurut Sarjan Saidatul Husna, beliau sendiri tak menyangka mampu melakukan aksi tersebut di hadapan puluhan ribu penonton walaupun pada awalnya diselubungi perasaan gemuruh.
Namun begitu, Sarjan Saidatul Husna bersyukur kerana akhirnya beliau bersama pasukan berjaya melakukan aksi yang terbaik.
“Berbekalkan doa dan semangat, saya kuatkan hati dan meletakkan sepenuh pergantungan kepada ALLAH agar segalanya berjalan lancar.
Ads
PERNAH ALAMI KECEDERAAN SERIUS
Anggota tentera Kor Polis Tentera Diraja, Kem Genting Klang, Setapak ini turut berkongsi di mana sebelum ini beliau pernah hampir berputus asa akibat kecederaan lutut yang dihadapi ketika menjalani sesi latihan.
Ketika itu, Sarjan Saidatul Husna terpaksa membuat pembedahan kecil dan atas nasihat doktor beliau dimintaa berehat buat seketika.
“Semangat saya ketika itu hampir saja jatuh, namun berkat sokongan keluarga dan rakan-rakan, saya nekad bangun semula dan berazam untuk terus mencipta kejayaan,” katanya.
TERSENARAI DALAM MBOR
Kejayaan lain yang pernah diraih oleh Sarjan Saidatul Husna ialah berjaya menempa nama untuk Malaysia Books of Record (MBOR) sekitar Mac 2023.
Ads
Beliau mencatatkan rekod Lompatan Motosikal Terpanjang (Wanita) ketika persembahan TATU Tentera Darat (TDM) bersempena Hari Tentera Darat ke-90 di Port Dickson, Negeri Sembilan.
“Saya sering amalkan doa naik kenderaan sepanjang beraksi, dari situlah saya peroleh kekuatan.
“Selain itu, saya dan rakan sepasukan akan memberi semangat antara satu sama lain. Pada masa sama berserah kepada Allah SWT agar setiap aksi dipermudah,” kata Sarjan Saidatul Husna yang berkecimpung selama 15 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia.
Bagi beliau, segalanya tidak mustahil asalkan mempunyai tekad selain sokongan keluarga dan rakan.
“Wanita juga mampu melakukan pelbagai aksi sebagai mana lelaki. Ini yang mahu saya buktikan kepada semua wanita di luar sana.”
Semoga Sarjan Saidatul Husna terus sukses dan menjadi inspirasi buat seluruh wanita.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tan Sri Michelle Yeoh bukan suatu nama yang asing bagi peminat dunia seni tempatan dan antarabangsa. Anak kelahiran Ipoh, Perak ini telah mempertaruhkan bakat dalam bidang lakonan sehingga diterima oleh pengiat seni di Hollywood. Usaha wanita yang mempunyai ketinggian 163 sentimeter ini nyata berbaloi.
Filem lakonan Tan Sri Michelle Yeoh bukan calang-calang dan berjaya melakonkan watak sebagai ‘Gadis Bond’ yang diidamkan oleh pelakon wanita seluruh dunia. Bergandingan dengan pelakon terkenal, Pierce Brosnan dalam filem Tomorrow Never Dies yang ditayangkan pada tahun 1997 benar-benar mencipta namanya di persada dunia.
Walau bagaimanapun, dalam filem Crazy Rich Asian tan Sri Michelle Yeoh membawakan watak sebagai ibu kepada pelakon Hendry Golding benar-benar melekat di hati seluruh peminatnya. Hampir 30 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, nampaknya bakat wanita yang pernah mendapat gelaran Miss Malaysia Pageant 1983 ini masih diperlukan. Projek terbaharunya termasuk melakonkan watak adiwira terbaharu, Shang-Chi oleh Marvel Film.
Terbaharu, Tan Sri Michelle Yeoh telah mencipta sejarah, apabila telah dinobatkan sebagai salah seorang daripada 100 Most Inspiring and Influential Women 2020 oleh British Broadcasting Corporation (BBC). Segala usaha dan jerih perih wanita yang berusia 58 tahun ini nyata ‘terbayar’ dengan penghargaan sedemikian rupa.
Siapa yang tidak bangga melihat nama tersenarai begitu. Tan Sri Michelle Yeoh juga teruja apabila melihat namanya tersenarai. “Great honour to be part of the list along with all these amazing influential women,” tulisnya di laman media sosialnya.
Foto: Instagram @michelleyeoh_officialTan Sri Michelle Yeoh juga aktif aktiviti kemanusiaan. Foto: Instagram @michelleyeoh_official
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mengenali usahawan berjiwa besar ini sememangnya menyuntik inspirasi. Kisah rumahtangga wanita ini pernah jadi bualan dan kini Nur Amirah ‘all out‘ mengembangkan empayar bisnesnya demi masa depan anak-anak.
Seronok melihat kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh ibu kepada dua orang anak ini. Lantas terus bertanya khabar pengasas Kayra Health & Beauty.
Foto: Instagram @nuramirah11
“Kini saya makin bahagia, lebih terbuka, sentiasa pandang kehidupan dengan sudut pandang yang positif. Saya cuma nak kehidupan lebih tenang, mengejar kebahagiaan yang boleh saya dapat depan mata,” kata Nur Amirah atau lebih mesra disapa Mira ini.
Nampaknya Nur Amirah ‘all out‘ mengembangkan bisnes yang diterajuinya. “Ya, saya sekarang lebih fokus pada bisnes untuk kembangkan lagi sayap syarikat. Banyak benda yang saya nak buat untuk ke hadapan.
Foto: Instagram @nuramirah11
Jadi, buat masa sekarang bila orang tanya macam mana, saya memang tengah pulun untuk buat yang terbaik dalam hidup,” kata usahawan muda ini.
Kemelut rumahtangga wanita yang mudah mesra ini sudahpun selesai. Bercerita tentang cabaran sejak bergelar ibu tunggal, “Antara cabarannya adalah dari segi emosi.
Foto: Instagram @nuramirah11
Biasalah, dalam membesarkan anak-anak sendiri, kadang-kadang ada masa emosi tak stabil. Jadi, benda tu terkadang beri kesan ketika melayan anak-anak.
Dari segi kewangan, saya perlu kerja keras lebih lagi untuk bagi anak-anak hidup senang. Sebab itu saya agak ‘all out‘ untuk bisnes.
Selain itu, jika ada perkara berbangkit, kadang-kadang bila tinggal sendiri, kena jadi kreatif untuk fikir solusi masalah. Benda yang saya tak pernah buat, saya belajar untuk buat sendiri dan belajar tak memanjakan diri sangat,” kata ibu kepada Azkayra Malaiqa dan Asytar Malik ini.
Usahawan ini juga beruntung kerana telah meneroka dunia digital lebih awal sebagai platform melonjakkan bisnesnya. “Saya memang sejak awal lagi selalu kongsi apa yang dibuat di media sosial.
Jadi, saya dah ada orang yang follow secara dekat. Bila mula ada bisnes sendiri, saya akan selalu kongsi apa yang dijual, buat content menarik supaya orang lebih tertarik dengan apa yang kita sampaikan.
Saya akan pelbagaikan content dan cuba untuk ikut trending semasa. Saya akan usaha sehabis baik, selebihnya berserah dan yakin pada rezeki yang Tuhan nak beri,” kata Nur Amirah sambil tersenyum.
Selain bergiat aktif dalam dunia peragaan, figura cantik bernama Nurzulaikha Jamaludin, 25 tahun juga merupakan penata gaya hijab yang semakin dikenali ramai. Nurzulaikha atau lebih mesar disapa Eka berjinak-jinak dalam bidang ini secara tidak sengaja apabila penata gaya hijab terkenal, Didiyana Ehsan memberi kepercayaan kepada Eka untuk menata gaya hijab buat salah seorang pelanggannya. Dari situlah permulaan karier Eka sebagai penata gaya mula berkembang. Kini, anak kelahiran Pulau Pinang ini semakin menempa nama dalam bidang yang diceburinya sekaligus membawa satu lembaran baru dalam fesyen berhijab.
TREND HIJAB 2019
Trend hijab 2019 saya mengetengahkan hijab styling yang ringkas tetapi masih kelihatan signifikan. Contohnya ialah keunikkan pada gaya lilitan, lipatan mahupun hiasan pada hijab tersebut. namun begitu, saya tetap suai padankan gaya tersebut dengan pakaian serta personaliti pelanggan saya agar ia kelihatan tepat dan sempurna.
PEMILIHAN DAN PENGGAYAAN HIJAB
pemilihan tudung amat penting. Jika tudung yang dipilih tidak bersesuaian, ia akan menyebabkan anda berasa tidak selesa dan kurang yakin untuk melakukan aktiviti harian. Sekiranya ingin menjimatkan masa dan mahu pergi travel, anda boleh memilih hijab jenis cotton dan cotton lycra kerana material ini mudah dibentuk dan tidak mudah berkedut. Untuk penggayaan hijab, ia bermula daripada personaliti anda sendiri. Sebagai contoh, saya gemar memakai turban kerana saya rasa lebih yakin ia boleh dikatakan sebagai signature penampilan saya. tidak salah jika anda mahu cuba sesuatu yang baru asalkan anda tahu bagaimana untuk menggayakannya supaya tidak menjadi mangsa fesyen.
SUAI PADAN PAKAIAN
Jika pakaian yang dipilih mempunya perincian yg sarat, hijab yang sesuai dipadankan ialah jenis polos. Selain itu, kurangkan penggunaan perhiasan atau aksesori pada hijab seperti kerongsang, rantai, headpieces dan sebagainya. Anda juga boleh memilih material jenis chiffon silk kerana ia memberi efek berkilat sekaligus menjadikan penampilan lebih glamor. Sekiranya pakaian anda polos dan ringkas, anda boleh memakai hijab yg mempunyai corak atau warna-warna vibrant seperti fuschia pink, mustard, bellflower, ungu dan lain-lain lagi.
PENERIMAAN HIJAB STYLIST
Penerimaan masyarakat ada positif dan negatif. Dari sudut positif, mereka memahami harga yang saya kenakan setimpal dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Ia termasuk memberi idea, material mahupun gaya tudung yang sesuai dengan pelanggan. Negatifnya pula ialah apabila saya mengenakan gaya tudung yang tertentu pada pelanggan namun nampak tidak sempurna pada mata netizen. Sesungguhnya, saya berkerjasama degan banyak pihak seperti pereka dan saya harus faham dengan konsep dan tema yang diinginkan mereka. Jadi jika saya melakukan gaya tudung yang sedikit berbeza, ia mungkin permintaan dari pelanggan dan pereka itu sendiri. Selain itu hijab stylist juga dianggap individu yang penting selepas jurusolek dan jurugambar kerana rata-rata pelanggan saya adalah bakal pengantin dan menjadikan kerjaya ini semakin mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini.
TIP MEMAKAI HIJAB
1. Korean chiffon adalah material paling tepat untuk dijadikan pilihan ketika majlis perkahwinan.
2. Pilih inner tudung jenis cotton kerana ia selesa dipakai dan ia mengekalkan kedudukan hijab pada tempat yang sepatutnya.
3. pakai scrunchy (sanggul) jika mahu flow tudung cantik dan terletak.
4. Jika mahu kekalkan material seperti baru dibeli, jangan sesekali mencuci hijab menggunakan mesin basuh!
5. Boleh gunakan kerongsang magnet jika tidak mahu rosakkan tudung anda yang mahal.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!