Walaupun majlis cukur jambul permata hari Azrinaz Mazhar Hakim dan Fairos Khan ini sudah berlalu lebih dua bulan lalu namun kemewahan majlis tersebut masih diperkatakan hingga ke saat ini. Mana tidaknya, ia merupakan majlis cukur jambul pertama yang direalisasikan dengan pelamin carousel ala Disneyland bergerak! Untung Areesya Malaykha.
Mengulas kisah di sebalik tema fairytale, rupanya ia tercetus secara spontan. Ujar Azrinaz, “Awalnya saya tidaklah menekankan keajaiban dan tak terlintas langsung pun tema itu. Jadi dalam pada kami fikirkan tentang bentuk doorgifts yang sesuai, ternampak gambar carousel, maka saya dan pihak Glam terus mencadangkan carousel sebagai pelamin.
IKLAN
Dan untuk menambahkan lagi keajaibannya, kita buat pelamin itu mampu bergerak seolah-olah Disneyland. Pada mulanya tak terlintas yang pihak Glam mampu merealisasikan usikan saya, tapi rupanya mereka ini pantang dicabar. Sebut sahaja apa, mereka mampu buat.
Dan saya amat berpuas hati kerana tidak ada sesiapa lagi yang pernah menganjurkan majlis cukur jambul mahupun perkahwinan dengan pentas yang bergerak.”
Difahamkan sewaktu awal perbincangan bersama pihak Glam Weddings menerusi Whatsapp, ibu Areesya Malaykha ini mengakui tertarik dengan pelamin hot air balloon yang pernah dilakukan oleh Glam Weddings. Namun, disebabkan ia pernah dibuat oleh klien lain… mereka akur untuk tidak mengulangi idea sama.
Mengimbas kembali kemeriahan majlis berkenaan, Azrinaz dan suami sepakat untuk meraikan momen istimewa itu di ballroom Shangri-La Kuala Lumpur. Sebaik memasuki ruang dewan, tetamu dikejutkan dengan dekorasi fairytale yang digarap dengan sebegitu nyata. Sebuah carousel berkuda putih menunggu di ruang tengah, dikelilingi bunga-bunga segar, table centrepieces berkupu-kupu dan dua buah candy bars!
Ditanya tentang jemputan VVIP utama yang hadir, ibu berusia 40 tahun ini memanjatkan kesyukuran di atas kesudian mereka menyerikan majlis. “Kehadiran DYMM Tuanku Sultanah Terengganu dan Tun Dr Siti Hasmah amat saya hargai dan akan saya kenang sampai mati.
Seperti ibu bapa lain, semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Bagi saya selain kasih sayang, saya mahukan anak-anak saya membesar dalam keadaan selesa dan sempurna di samping mendapat pendidikan terbaik.
IKLAN
Akan saya didik amanah Allah SWT ini dengan sebaik mungkin, membesar menjadi hamba yang solehah dan saya berdoa agar suatu hari nanti, Areesya Malaykha dapat berjumpa dengan abang dan kakaknya. Janji Allah itu pasti, insyaAllah,” kongsi Azrinaz.
Areesya Malaykha dilahirkan pada 15 September 2019 secara normal dengan berat 2.75 kilogram. Genap seminggu dilahirkan, Azrinaz dan suami sepakat mengumumkan nama anak mereka iaitu Areesya Malaykha selepas bayi perempuan comel tersebut selesai bertahnik. Upacara tahnik disempurnakan Ustaz Muhamad bin Abdullah Al-Amin dan dibantu Ustaz Mohd Hafeez di kediaman mereka.
IKLAN
Menurut Azrinaz, nama Areesya dalam Bahasa Arab membawa maksud tinggi dan kuat. Manakala Malaykha pula bermakna bidadari atau malaikat.
Sebut saja Sheila Rusly perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah raut wajahnya yang tegas dan kepakarannya memasak. Terkenal dengan watak-watak antagonis ketika awal pembabitan dalam dunia lakonan, kini segala penat-lelah Sheila Rusly terbalas apabila dia mampu meletakkan pesona dirinya sebagai satu ‘branding’ dan mempunyai nama besar dalam industri seni tanah air.
Sepanjang 36 tahun menceburi bidang seni Sheila yang lahir pada 18 September 1971 tidak sekadar menjadi pelakon. Malah dia juga penerbit, pengarah, pemilik syarikat produksi JS Pictures Sdn Bhd dan usahawan yang disegani ramai. Tidak cukup itu Sheila turut dilantik duta produk Maggi selama beberapa tahun.
“Buat masa sekarang saya masih sibuk dengan program Maggi dan alhamdulillah dah tujuh tahun kami berkolaborasi. Maggi ni dah macam family saya, we are like partners yang bukan saja kongsi rezeki tapi juga kongsi resipi.
Dalam masa sama bila tak ada recording saya akan fokus balik dengan skrip untuk mega drama bertajuk Nikah Cerai Rujuk di Astro Ria. Tak tahu lagi bila mega drama ni akan disiarkan.
Kami akan mula shooting lepas Elisya bersalin dalam bulan Julai. Syukur, mega drama Ratu Tenpin 2 pun dah habis shooting,” ujar isteri Azman Haji Yahaya atau lebih dikenali sebagai Jinggo.
Enggan bermegah dan mendabik dada dengan kejayaan yang diraih, Sheila ketika ditemui sewaktu sesi fotografi penghias Nona Jun 2022 sebenarnya seorang personaliti yang mesra dan merendah diri. Meskipun masa penggambaran dia sedang berpuasa enam Syawal namun figura ini tetap komited memberikan yang terbaik.
Begitu juga menantu kesayangan, Elisya Sandha yang hadir menjayakan edisi Hari Ibu kali ini di samping ibu mentua. Tengah sarat mengandung pun masih ceria dan bersemangat memenuhi pelawaan. Patutlah dua anak seni ini mampu bertapak kukuh dalam industri sebab masing-masing berdisiplin dan profesional dalam kerjaya!
KEHADIRAN MENANTU Sheila yang selamat menerima menantu pada 21 Ogos tahun lalu tanpa berselindung mengakui kehidupannya lebih harmoni sejak kehadiran Elisya Sandha. Lebih manis, menantu Sheila ini bergelar anak seni dan berstatus selebriti.
Ditanya reaksi apabila bermenantukan artis, pengusaha The Dim Sum Place ini tidak menganggap ia satu masalah.
“Saya tak kisah dan tak pernah memilih nak menantu bukan selebriti atau selebriti popular level international. Saya tak meletakkan apa-apa harapan pun. Pada saya, yang penting anak-anak happy. Bukan saya yang happy tapi anak-anak yang happy. Bila itu pilihan Haq, saya terima sebab saya nak anak saya happy.
Anak takkan selama-lamanya dengan kita. Dia kena ada hidup dia sendiri dan kita kena hidup dengan orang yang dia sayang dan cinta. Bukan orang yang kita suka. Anak saya pernah cakap, dia takkan kahwin dengan perempuan lain kecuali Elisya Sandha.
Bila saya meredakan perkahwinan mereka, saya rasa itu satu benda besar yang saya buat sebab ini adalah titik permulaan kehidupan dia.
Jujurnya bila anak bawa Elisya ke rumah, saya macam tak percaya. Bila dengar nama belakangnya Sandha, saya tahu dia adik Fasha Sandha. Masa datang rumah Elisya masih sekolah dan tak berlakon lagi. Dia tunggu dalam kereta dalam sejam tak keluar-keluar sebab takut.
Saya yang dalam rumah dengar enjin kereta tapi pelik kenapa dia tak masuk. Dah agak mesti dia nervous. Iyalah saya dari umur 15 tahun banyak berlakon watak antagonis. Mungkin sebab aura tu, sampai orang sekeliling takut nak tegur termasuk Elisya.”
Bakal bergelar nenek tidak lama lagi, Sheila yang popular dengan program Ketuk-Ketuk Ramadan teruja timang cucu sulung kelak. “Saya tak pernah meletakkan bila sekian tahun Haq dan Elisya perlu ada anak. Memang tak pernah bincang pun. Cuma saya pernah cakap kalau Allah bagi, terima. Jangan kacau perancangan Allah.
Kalau Allah kata itu yang terbaik untuk dapat anak awal, just terima rezeki. Tak anggap ia seawal ini tapi bila berlaku, sudah tentu saya happy. Saya tak control hidup anak-anak. Apa yang saya buat ialah saya observed dan kalau ada rasa tak betul, saya tegur. Mereka lebih tahu perjalanan macam mana yang dipilih, saya terima dan saya mendoakan yang baik-baik.”
Ujar Sheila, dia bersyukur Allah kurnia seorang menantu yang bukan hanya cantik tetapi juga pandai mengambil hati. “Sekarang ni susah nak dapat menantu yang betul-betul rajin masuk dapur. Memang susah nak cari perempuan pada umur Elisya ni yang rajin untuk turun dapur masak. Masak ni tak boleh paksa, dia kena ada kemahuan sendiri.
Saya harap Elisya jadi anak menantu yang baik, isteri baik kepada suami, jadi ibu dan anak yang baik. Jangan lupa di mana kita bermula sebab di situ kita akan berakhir.”
IBU MENTUA Tertawa mengimbas detik pertemuan pertama dengan ibu mentua, Elisya berkata dia mula tahu Uzair Haqimy anak Sheila Rusly selepas sebulan mereka berkenalan dan berkongsi perkara tersebut dengan kakaknya, Fasha Sandha.
“Angah beritahu mama Sheila ni garang tapi hati dia baik. Memang nervous masa first time jumpa tapi saya tahu apa saya nak dan saya tahu kenapa saya ada di situ. Saya dan Haq kenal sejak zaman sekolah lagi.
Waktu tu saya baru 16 tahun dan Haq dah masuk kolej. Tapi kami belum masuk industri yang sama. Kami pertama kali jumpa di restoran dan tak tahu pun dia anak Sheila Rusly. Sampailah dah sebulan kenal each other baru tahu status dia.”
Bercerita keistimewaan suami tercinta di matanya, anak bongsu daripada enam beradik ini membongkar rahsia. “Di mata saya, dia seorang lelaki family oriented. Dia lelaki yang sangat jaga keluarga dan sayang mak dia. Dari situ, saya percaya Haq boleh jaga saya sampai bila-bila.”
Mengulas lanjut peribadi ibu mentua yang tidak diketahui ramai, aktres berusia 23 tahun ini mendedahkan sikap sebenar wanita bernama Sheila Rusly berkenaan.
Sheila di samping ibu Elisya Sandha
“Orang mungkin nampak mak mentua saya macam garang. Tapi sebenarnya dia sangat penyayang. Di luar dia nampak garang tapi dia sangat baik hati. Mama Sheila seorang yang straight forward dan cakap lepas.
Orang tak nampak sisi dia yang penyayang, suka masak dan pemurah sebab suka bawa makanan pergi set. Jadi benda-benda macam tu sebenarnya bagi saya sangat sweet. Dalam masa sama, saya terinspirasi dengan sikap ibu mentua tentang macam mana dia jaga family, suami dan didik anak-anak.
Semua tu saya tak boleh dapat di luar sana tapi boleh dapat daripada mak mentua sebab dialah yang banyak mengajar saya. Mama ni sangat tenang. Apa yang orang nak cakap pasal dia, dia tak kisah. Itu juga antara yang saya kagum dengan sikap mama.”
Solekan : Tiar Zainal (Sheila Rusly) / Jijie Zainal (Elisya Sandha) Dandanan Rambut : Emma Mustafa Busana : Larney Lokasi : The Ascott Kuala Lumpur @discoverasrmalaysia
Wanita suka bekerja dengan perasaan dan tujuan yang salah. Berpagi-pagi dengan ingatan negatif, tergesa-gesa takut dimarahi ketua, terlalu lalai dengan kesibukan tugas, lupa sedang beribadah serta bermacam-macam lagi kesalahan kecil mahupun besar dilakukan dari saat kaki melangkah keluar ke pejabat…
Kenapa wanita bekerja perlu membetulkan niat? Semoga perkongsian Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad ini dapat mengembalikan niat kita yang tersimpang jauh, seterusnya menyedarkan betapa pentingnya niat bekerja untuk ibadah dan kerana Allah.
=================
Semuanya bermula dari langkah pertama. Dalam perjalanan kita ke tempat kerja, sentiasalah dalam zikrullah. InsyaAllah akan diberi bimbingan dan kecukupan. Tetapkan niat nak jaga aurat, jaga solat, jaga pergaulan dan jaga amanah bahawa kita dibayar gaji serta tak berlaku syubhah.
Kita sering lupa rezeki yang syubhah ini akan membuatkan hati kita kotor dan kita susah nak menjaga anggota badan kita daripada melakukan maksiat.
Macam dari ceramah yang saya dengar, ada seorang ulama zaman dulu yang hidupnya sampai 160 tahun. Bila ditanya apakah rahsia beliau sampai sihat macam tu, sebab masa mudanya dia menjaga semua anggota badan daripada membuat maksiat. Jadi Allah pelihara tubuh badannya sebab jauh daripada maksiat.
Itu salah satu sebabnya kita mesti jaga anggota badan supaya jangan buat perkara yang tidak disukai. Tapi bila kita bekerja, apa caranya untuk selalu kuat menghadapi ujian?
(1) Jaga Allah
Pertama sekali, jagalah Allah. Jaga diri kita supaya jalankan semua suruhan Allah dan tinggalkan semua larangan-Nya. Bila kita jaga takwa, segala urusan dunia ini Allah akan pelihara… anak, keluarga dan harta.
Kita kadang-kadang takut sangat dengan harta kita, kita takut jadi papa. Sebenarnya kunci segala-galanya adalah jaga Allah. Jaga suruhan-Nya, buat suruhan-Nya, Allah akan pelihara kita.
Apabila dilanda ujian, jangan pernah merasa semua yang berlaku kerana makhluk. Makhluk ni asbab jer. Semua tu dari Allah. Bila kita ada keyakinan dan tauhid bahawa semua daripada Allah, maka kita takkan jadi orang yang reaktif.
Memang kita disuruh usaha, tetapi jangan bergantung atau terperangkap dengan usaha kita. Ikhtiar kita asbab saja. Ikhtiar kita cuma amalan soleh tapi hasilnya hanya Allah yang mengizinkan.
Apa berlaku kita ambil iktibar. Kalau benda yang baik, kita bersyukur. Kalau tak baik, kita bersabar. Maknanya reaksi kita patutnya dua saja, SABAR dan SYUKUR.
Cara kita berfikir waktu diuji adalah ketauhidan. Sebab tu fardu ain kita yang utama adalah akidah kita. Doa kita adalah akidah dan tauhid kita.
Tauhid ni ada dua iaitu Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah. Rububiyyah ni semua agama percaya. Dia percaya Allah yang memberi keperluan dan menjaga langit tapi Uluhiyyah pula adalah cara kita mentauhidkan Allah dengan ibadah.
Sebab itu penting kita jangan menyembah makhluk. Memanglah kita tak sujud depan dia tapi jika kita terlampau takut dengan bos atau majikan MELEBIHI takut kita pada Allah, itu tak boleh. Jangan benarkan otak kita berfikir macam ni.
(2) Tindakan
Jangan bertindak ikut suasana, jadilah orang yang boleh menerima keadaan. Ingat, cara kita melihat sesuatu adalah cerminan dalaman kita. Kalau kita seorang yang reaktif, apa yang berlaku di luar akan mempengaruhi jiwa kita. Tapi kalau kita seorang yang proaktif, kita akan bertindak dengan rasional serta dengan cara yang diredai Allah.
Suasana yang suka kita syukur dan kalau sebaliknya, kita sabar. Tuhan nak tengok kita ni nak menambah amal soleh atau amal salah. Nak taat ke maksiat. Nak ikutkan iman ke nafsu. Nak buat dosa ke pahala. Dalam setiap saat, kita suruh badan kita buat perkara yang Allah reda. Jangan ada ketirisan tenaga.
(3) Hindari Dosa
Jaga mata kita daripada tengok kisah-kisah yang membuka keaiban orang, telinga dengar umpatan orang, mulut kritik orang, sakit hati dengan orang, tangan menaip yang tak betul, tangan pukul anak, kaki pergi tempat maksiat, kalau orang perempuan selalu pakai kasut dengan tapak bunyi ‘tap-tap-tap’ sampai menarik perhatian. Ini yang anggota kita mesti hindari.
(4) Makan Benda Yang Halal
Selalu niat dalam hati, ‘Ya Allah, kalau boleh hari ni aku nak jaga anggotaku, nak mulakan menjaga hatiku’. Tapi hati kita ni tak boleh bersih kalau kita makan benda yang haram atau syubhah. Sumber rezeki tu mesti halal.
Jangan cakap kita nak pergi kerja sebab nak cari sesuap nasi. Tapi cakap kita nak pergi kerja dengan amalan soleh dan menjemput rahmat Allah.
(5) Berpakaian
Saya nak menyerulah pada wanita, terutamanya yang sudah 40 tahun ke atas, kalau masih pakai tudung yang singkat, baju ikut bentuk badan, garang pada suami, suka menunjuk dengan kawan-kawan, masih sombong dengan mak mertua lagi, malas solat sunat, tak tahajud atau dhuha, tak baca Al-Quran… cubalah bertaubat. Doa diberi kekuatan.
PESANAN
Orang yang paling bijak ialah orang yang ingat mati. Segala aktiviti kita, ingatlah mati. Fikir macam mana diri kita di Padang Mahsyar nanti. Fikir juga pasal anak cucu kita, mereka syirik ke tidak, bagaimana aurat mereka, dosa pahala mereka. Sentiasalah berdoa.
Kita ni setiap kali bila dengar sesuatu yang tak baik pasal seseorang, kita jangan umpat orang tu. Jangan hukum dia. Berdoa supaya dia dapat hidayah. Berdoa supaya ujian dia tak tertimpa pada keluarga kita sebab takut keluarga kita tak terdaya.
Nampak orang terima rasuah, kita doakan dia. Doa supaya dia sempat mohon ampun dan masuk syurga. Minta anak cucu kita tak ditimpa ujian yang sama.
Hentikan mencari berita tapi carilah ilmu. Hentikan mencari perhatian tapi berilah perhatian pada anak-anak.
Kurangkan Whatsapp dan Facebook kecuali untuk benda yang mendekatkan kita pada Allah.
Jangan kita senyum kerana budaya tapi senyumlah kerana sunnah.
Amalkan selawat tafrijiyah untuk menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT.
Niat jumpa orang jangan harapkan sesuatu tapi niatlah kerana Allah. Nanti akan sia-sia.
Kalau ada rakan Facebook yang membawa kita ke jalan lagha, berhentilah.
Jangan cakap benda tak baik pada diri sendiri. Sebut benda-benda baik sebab Allah jadikan kita hamba yang mulia. Norzalina Mohd Alias
Biasanya ketika seorang isteri berada jauh dari keluarga, contohnya outstation kerana bertugas, berkursus dan sebagainya apa yang ada di benaknya ialah kebimbangan.
“Bagaimana keadaan suami dan anak-anak ya?”, “Suami aku tu boleh ke handle kerja-kerja rumah semua?”, “Anak-anak sihat ke?” dan bermacam-macam lagi persoalan yang muncul.
Walaupun sang isteri mungkin sedang bergembira bersama rakan-rakan sekerjanya tetapi tetap menaruh harapan pada suami agar dirinya disambut dengan penuh membahagiakan. 5 perkara berikut yang sering diharapkan oleh isteri ketika kepulangannya setelah terpaksa berjauhan daripada suami dan anak-anak.
(1) SUAMI SAMBUT DENGAN SENYUMAN
Bukan suami saja yang akan rasa bahagia kalau disambut mesra oleh isteri setiap kali pulang dari kerja, begitu juga isteri yang mengharapkan suami menyambutnya dengan senyuman dan pelukan. Ia sebagai ekspresi gembira dengan kepulangan isteri.
(2) SUAMI LEBIH MESRA
Lama tidak berjumpa tentu ada perasaan rindu. Isteri pasti mengharapkan perasaan rindu itu lebih lagi berbanding kebiasaan. Sebagai ekspresi rasa rindu, peluk dan ciumlah isteri anda.
(3) SALING MENDENGAR DAN BERKONGSI CERITA
Sudah tentu banyak cerita dan kenangan yang isteri ingin kongsikan bersama suami. Kalau boleh semuanya hendak diceritakan. Sama ada ceritanya menarik atau membosankan sang isteri tetap mahu suami mendengarnya dengan penuh kesabaran. Begitu juga sebaliknya, pasti sang isteri ingin mengetahui apa yang terjadi di rumah sepanjang ketiadaannya.
(4) SUAMI MENJAGA ANAK-ANAK DENGAN BAIK
Biasanya para isteri paling bimbang tentang anak-anak ketika meninggalkan mereka dalam jangka masa yang panjang. Bukannya tidak percayakan suami tetapi naluri seorang ibu memang begitu. Lebih-lebih lagi jika suami jarang terlibat dalam hal menguruskan anak-anak kerana bekerja.
(5) SUAMI MENJAGA RUMAH AGAR SENTIASA BERSIH DAN KEMAS
Ketiadaan isteri dalam tempoh beberapa hari kadangkala boleh menyebabkan rumah kelihatan seperti tongkang pecah. Lebih-lebih lagi jika suami seorang yang sangat bergantung kepada isteri melakukan semua kerja rumah. Sudah tentu para isteri mahu suaminya menjaga kebersihan rumah dengan baik.