USTAZAH DATUK DR NORHAFIZAH MUSA

Tahniah buat Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa dan suami, Ustaz Dr Azahar Yaakub yang selamat menerima menantu pada 2 Februari lepas. Diam tak diam, dah dua orang menantu penceramah motivasi kesayangan ramai ini. Alhamdulillah!

Kira-kira lima bulan melangsungkan pertunangan akhirnya anak lelaki Ustazah Norhafizah dan Ustaz Azahar, Asyraf Murtadha sah bergelar suami kepada Aisyah Zafirah. Terdahulu, kakak kepada Asyraf iaitu Nur Nadratun Naeemah mendirikan rumah tangga pada awal September 2020.

IKLAN

Majlis perkahwinan Asyraf dan Aisyah menarik perhatian followers Ustazah Norhafizah kerana disambut dalam suasana penuh indah dan tenang walau pun situasi pandemik Covid-19 masih belum berpenghujung.

Hanya menjemput tetamu dalam jumlah terhad, perkongsian majlis pernikahan pasangan mempelai di platform media sosial Ustazah Norhafizah meraih pujian ramai.

Majlis Kahwin Indah & Penampilan Pengantin Dipuji, Cantiknya Menantu USTAZAH NORHAFIZAH MUSA! Majlis Kahwin Indah & Penampilan Pengantin Dipuji, Cantiknya Menantu USTAZAH NORHAFIZAH MUSA!

Majlis Kahwin Indah & Penampilan Pengantin Dipuji, Cantiknya Menantu USTAZAH NORHAFIZAH MUSA! Majlis Kahwin Indah & Penampilan Pengantin Dipuji, Cantiknya Menantu USTAZAH NORHAFIZAH MUSA!

Majlis Kahwin Indah & Penampilan Pengantin Dipuji, Cantiknya Menantu USTAZAH NORHAFIZAH MUSA!

Antara yang mencuri tumpuan ialah penampilan pengantin perempuan, Aisyah Zafirah. Bukan hanya dikurniakan raut wajah cantik dan sedap mata memandang, penampilan Aisyah yang sopan dan melambangkan ciri muslimah sejati membuatkan ramai yang terpesona.

Tidak kurang juga pengantin lelaki yang memiliki rupa paras menarik. Pendek kata, pasangan pengantin ini memang sama cantik, sama padan!

Usai majlis pernikahan pada 2 Februari, pasangan diraikan dalam majlis kenduri kesyukuran menyambut menantu pada 5 Februari lalu di Dewan Tan Sri Ainudin Wahid UTM Kuala Lumpur.

IKLAN

Dalam nada penuh syukur, Ustazah Norhafizah terbuka berkongsi hari bahagia anakanda tersayang bersama warga maya. Kongsi Ustazah, “Anak teruna umi, Asyraf Murtadha telah sah menjadi suami kepada puteri impian umi, Aisyah Zafirah.

Gugusan doa dari umi dan abi bahkan seluruh keluarga besar kedua-dua belah pihak untuk kalian melayari bahtera rumah tangga dengan penuh Sakinah Mawaddah Wa Rahmah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aisyah Zafirah (@sazafieraa)


Majlis Kahwin Indah & Penampilan Pengantin Dipuji, Cantiknya Menantu USTAZAH NORHAFIZAH MUSA! Majlis Kahwin Indah & Penampilan Pengantin Dipuji, Cantiknya Menantu USTAZAH NORHAFIZAH MUSA! Majlis Kahwin Indah & Penampilan Pengantin Dipuji, Cantiknya Menantu USTAZAH NORHAFIZAH MUSA! Majlis Kahwin Indah & Penampilan Pengantin Dipuji, Cantiknya Menantu USTAZAH NORHAFIZAH MUSA!

Kami sayangkan pasangan mempelai kerana Allah. Dengan rendah hati ustazah memohon doa kebaikan dari seluruh sahabat-sahabat, tuan puan budiman untuk raja sehari ini.

IKLAN

Kami memohon maaf kerana tidak dapat menjemput semua kenalan dan guru atas keterbatasan yang harus dijaga. InshaAllah mudah-mudahan pada kenduri yang akan datang boleh dibesarkan lagi skala jemputan.

Sejujurnya kami tidak berbelanja besar. Allah mudahkan dan semuanya berjalan lancar dengan belanja yang sederhana. Semoga tuan puan sahabat semua sudi mendoakan pasangan pengantin dengan doa kebaikan dunia akhirat untuk mereka.”

Moga perkahwinan Asyraf dan Aisyah diberkati dunia akhirat dan berbahagia hingga ke syurga.

 

Kredit foto: Instagram Ustazah Norhafizah Musa

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI