DATUK RAS ADIBA RADZI

Sekalung tahniah Nona ucapkan kepada Datuk Ras Adiba Radzi yang melangsungkan perkahwinan pada 2 Jun lepas. Difahamkan bekas personaliti televisyen tersebut kembali bergelar isteri ahli perniagaan, Mohamed Azam Ali yang juga bekas suaminya.

IKLAN

Datuk Ras menzahirkan rasa syukur kerana majlis pernikahan yang diadakan secara ringkas di Jabatan Agama Islam Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur berjalan lancar. Meskipun pernah bercerai, namun jodoh di antara mereka masih kuat.

“Ya benar. Saya berkahwin semula dengan orang yang sama. Kami pernah bercerai dan berkahwin semula. Alhamdulillah, jodoh antara saya dan suami sangat kuat.”

Pasangan ini dilaporkan mula berkenalan sejak 1986 ketika Datuk Ras masih bertugas di stesen TV3.

Majlis Resepsi Meriah! DATUK RAS ADIBA Temui Bahagia, Kahwin Semula Bekas Suami
Credit Instagram @rasadibaradzi

Datuk Ras yang merupakan Ahli Dewan Negara sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Mohamed Azam Ali pada 16 Mac 2019. Bagaimana pun enggan mendedahkan penceraian mereka kepada umum kerana menganggap ia perkara peribadi.

Datuk Ras juga pernah mendirikan rumah tangga dan mempunyai dua cahaya mata. Manakala suaminya pula dikurniakan enam orang anak hasil daripada perkahwinan terdahulu.

Memetik kenyataan Datuk Ras kepada Harian Metro, wanita hebat ini mengibaratkan perkahwinan umpama satu persahabatan dan perlu saling toleransi. “Kami kenal sangat satu sama lain. Banyak persamaan sungguh pun berbeza dari beberapa sudut.

IKLAN

Tidak ada orang yang sempurna. Justeru, kami sependapat untuk menghormati kekurangan dan saling bertoleransi. Kita tak boleh ubah sifat seseorang, kita sesuaikan diri dengan pasangan, sambil pastikan kita tidak hilang keunikan diri kita sendiri.”

Majlis Resepsi Meriah! DATUK RAS ADIBA Temui Bahagia, Kahwin Semula Bekas Suami
Credit Instagram @rasadibaradzi
Majlis Resepsi Meriah! DATUK RAS ADIBA Temui Bahagia, Kahwin Semula Bekas Suami
Credit foto BERNAMA
Majlis Resepsi Meriah! DATUK RAS ADIBA Temui Bahagia, Kahwin Semula Bekas Suami
Credit foto BERNAMA

2 Julai lalu, Datuk Ras Adiba dan suami tercinta mengadakan majlis resepsi yang berlangsung dalam suasana penuh meriah di Hotel Regency Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

IKLAN

Berkonsepkan serba putih, majlis berkenaan diadakan di luar perkarangan hotel berhampiran pantai dan dihadiri kira-kira 300 tetamu.

Majlis Resepsi Meriah! DATUK RAS ADIBA Temui Bahagia, Kahwin Semula Bekas Suami
Credit foto BERNAMA
Majlis Resepsi Meriah! DATUK RAS ADIBA Temui Bahagia, Kahwin Semula Bekas Suami
Credit foto BERNAMA
Majlis Resepsi Meriah! DATUK RAS ADIBA Temui Bahagia, Kahwin Semula Bekas Suami
Credit foto BERNAMA

Datuk Ras merupakan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Presiden Persatuan OKU Sentral iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuang hak Orang Kurang Upaya (OKU).

Moga rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI