“Nak tengok dulu, nak tunggu dulu…” begitu luahan Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pensyarah Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Safiya Amaran ketika bercakap tentang vaksin dengan warga emas.

Mampukan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencapai sasaran jika masih ramai yang mengambil pendekatan tunggu dan lihat?

IKLAN

Sasaran negara yang menjangkakan bulan Jun, Julai dan Ogos sebagai kemuncak kepada pemberian vaksin COVID-19 pasti sukar tercapai jika rakyat tidak memberi kerjasama sewajarnya.

Perkongsian Dr Safiya ini antara alasan biasa yang diberikan oleh warga emas. Semoga galakan beliau agar orang muda tampil menjadi contoh masyarakat diterima ramai!

Mak Ayah Teragak-Agak Nak Cucuk Vaksin, Dr Safiya Galakkan Orang Muda Jadi Contoh
Dr Safiya Amaran

Mak Ayah Teragak-Agak Nak Cucuk Vaksin, Dr Safiya Galakkan Orang Muda Jadi Contoh

 

Semalam ada seorang kawan yang berumur lebih 60 tahun call nak tanya pasal vaksin.

Dia beritahu dia dah daftar dan nak ambil vaksin cuma saja nak tanya lagi pasal vaksin supaya hati jadi lebih yakin.

Kami berbual pasal jenis vaksin dan kesan sampingan lepas vaksin. Dia rasa risau nak ambil vaksin sebab fikir dah berusia takut ada kesan buruk.

Saya beritahu dia, “Vaksin ni memang dibuat khas supaya boleh beri kepada orang tua atau orang yang ada penyakit, sebab dari awal penyakit COVID-19 ni nampak lebih bahaya untuk orang tua, kajian klinikal yang buat pun libatkan mereka.

Sebab tu golongan ni dapat keutamaan untuk vaksin berbanding orang lain di seluruh dunia.”

Maklumat daripada doktor yang uruskan pusat vaksin pun, dalam fasa 2 memang nampak beza.

Masa fasa 1 untuk frontliners ramai juga orang muda jadi masa tu memang ada pelbagai perkara yang berlaku.

Ada yang pengsan lepas cucuk sebab takut sangat dengan vaksin.

Ada yang jadi alahan teruk lepas cucuk tapi dengan rawatan terus recover.

IKLAN

Ada yang demam sangat tinggi dan sakit badan yang kuat sangat sampai kena masuk wad lepas vaksin.

Tapi masa fasa 2 ni bila cucuk orang lebih tua dan yang ada penyakit tiada pula insiden kesan pengsan lepas cucuk ke, alahan teruk ke, kebanyakannya nampak steady je jadi memang rasa legalah.

Kes kena masuk wad lepas vaksin memang jarang-jarang berlaku dah. Seolah olah vaksin ni lebih ngam dengan golongan ni.

Dengar tu dia sedikit lega.

Pastu saya tanya, “Gi cucuk sekali dengan suami ke? Kakak tak cucuk sekali?”

IKLAN

Suami dia tak mahu cucuk lagi rupanya, nak tengok dulu, nak tunggu dulu…

Kakak pun belum dapat.

Masa tu baru saya sedar yang kawan ni memberanikan diri untuk ambil vaksin walaupun keluarga sekeliling tidak ambil lagi.

Terharu dengan keberanian dia, saya puji dan harap dia jadi contoh buat ahli keluarga dan jiran sekeliling yang lain.

Semoga dipermudahkan segala urusan vaksin nanti insyaAllah.

Tetapi lepas tu saya terfikir mungkin ramai orang tua rasa teragak-agak nak cucuk sebab tengok anak-anak diorang belum cucuk dan nak tengok dulu anak anak mereka cucuk..

Kalau ok baru nak cucuk.

Akhiri Dr Safiya, jika beginilah keadaannya, tak salahlah kalau beri laluan pada orang lebih muda. Mungkin ia boleh jadi satu dorongan untuk orang tua tergerak hati nak cucuk vaksin.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI