Makeup Tebal-Tebal Musim Panas Ni Nak Pergi Mana? Ini 10 Cara Pilih Bedak Asas, Lebih Natural & Flawless

Musim solekan tebal seinci sudah tidak relevan lagi. Sekarang ini ramai yang suka wajah tampak semula jadi tetapi tetap flawless! Tambah-tambah musim panas ni, rimas dibuatnya.

Dalam solekan, bedas asas antara step paling asas. Ikut tips di bawah agar solekan anda lebih cantik dan natural.

WARNA DASAR KULIT
Jika anda kurang pasti jenis warna dasar, cuba bandingkan kulit wajah anda dengan selebriti atau model yang memiliki jenis kulit seperti anda.

Lihat bagaimana mereka describe kulit wajah mereka.

JENIS KULIT
Sebelum membuat pembelian bedak asas, penting untuk anda tahu jenis kulit.

Jika jenis berminyak, pilih bedak asas BUKAN oil-based

dan sebaliknya.

SEMAK KANDUNGAN PRODUK
Anda perlu rajin membaca label kandungan pada pek bedak asas. Bimbang juga jika ada di antara kandungannya sensitif untuk kulit anda.

Elakkan bahan kimia dan pilih produk menggunakan bahan semula jadi kerana ia lebih selamat untuk kulit.

MENCUBA DI TEMPAT TERANG
Pilih di kedai dan sekiranya anda sudah selesa dengan jenama tertentu, barulah anda boleh membeli secara online.

Paling penting, cari tempat yang mempunyai pencahayaan terang kerana bimbang anda mungkin akan tersalah pilih.

KESAN IRITASI PADA KULIT
Elakkan membeli produk atau jenama yang boleh memberi iritasi pada kulit, walaupun sedikit.

Ramai wanita yang menyedari rasa tak selesa apabila menggunakan sesetengah produk tetapi masih meneruskan pemakaian kerana ia kelihatan cantik pada wajah. Kulit wajah yang rosak mengambil masa untuk kembali kepada asal.

SAPUAN PADA RAHANG
Anda boleh mencuba pelbagai jenis warna bedak asas dengan menyapu sedikit pada bahagian rahang, bukan di pergelangan tangan atau belakang tapak tangan.

Biarkan beberapa saat untuk melihat pilihan warna yang sebati dengan kulit. Elakkan warna yang lebih cerah kerana anda mungkin nampak seperti memakai topeng!

BEDAK ASAS YANG MELEMBAP
Sekiranya anda memiliki kulit wajah kering, pilih bedak asas yang mempunyai pelembap sekaligus.

Selain mencantikkan solekan wajah, ia juga boleh melindungi kulit daripada kekeringan.

LITUPAN TEPAT
Bedak asas menjadi keutamaan dalam setiap solekan wajah kerana ia berupaya menyembunyikan cela dan noda pada wajah lebih-lebih lagi si jeragat.

Kredit Foto: IG Preity Zinta

Jika anda inginkan full coverage, gunakan bedak asas cair atau berkrim. Untuk kegunaan harian pula, disyorkan untuk anda menggunakan BB Cream atau CC Cream yang boleh meratakan kulit dan menutup cela pada wajah.

IKUT BAJET
Walaupun ada bedak asas yang sangat sesuai dengan kulit wajah anda, selak dahulu bajet yang diperuntukkan. Jangan kerana ingin kelihatan cantik, anda terpaksa menanggung hutang di kemudian hari!

TARIKH LUPUT
Amat penting untuk anda tahu tarikh luput produk pembelian kerana jika anda bukan seorang yang suka bersolek, pek bedak asas yang kecil sudah memadai. Takut nanti bila dah tamat tempoh, anda masih terus menggunakannya kerana dikatakan tidak alert dengan tarikh luput!

Kredit Foto: www.pexels.com

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

IKLAN
Share