Macam anak daralah! Lama tak nampak kemunculan Erin Malek dalam drama atau filem tempatan. Teringat lagi lakonan Erin sewaktu membintangi filem kanak-kanak Tentang Bulan. Rasanya masa tu dia baru berusia belasan tahun. Dari zaman anak dara, sampailah sudah berumah tangga nampak makin cantik berseri. Walau sudah berkahwin… body maintain langsing. Hakikatnya, Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek ini sudah empat tahun bergelar mak. Ada dua orang anak pula tu!
Berkahwin dengan jejaka pilihan yang juga anak kepada usahawan automobil ketika usia baru mencecah 20 tahun pada tanggal 10 Oktober 2014, isteri kepada Farriz Fauzy ini selamat melahirkan anak sulung mereka setahun kemudian pada 1 Oktober 2015.
Kelahiran bayi lelaki yang diberi nama Mohamed Faliq Mohamed Farriz tersebut nyata menyentuh emosi ibu muda ini kerana dia sepatutnya melahirkan sepasang kembar… namun takdir Allah, hanya Mohamed Faliq selamat dilahirkan.
Erin di samping Fatin Afeefa yang sama-sama membintangi filem Tentang Bulan
Difahamkan, seorang lagi anak mereka meninggal dunia akibat lebihan cecair di dalam perut sehingga badan membengkak.
Ads
Berkongsi momen indah itu di IG miliknya, “Bagaimanapun mungkin ramai tidak mengetahui adik kembar Faliq meninggal dunia ketika kandungan saya berusia 16 minggu. Perasaan saya bercampur baur apabila melihat wajah Faliq kerana dia mengingatkan saya kepada kembarnya. Saya dan suami sedih dengan kejadian itu namun kami percaya Allah mempunyai perancangan lebih baik untuk kami sekeluarga.”
Dua tahun kemudian, pasangan suami isteri ini kembali dikurniakan rezeki anak perempuan yang kini berusia dua tahun. Nur Aisha Mohamed Farriz dilahirkan pada 10 Februari 2017. Alhamdulillah, dah sepasang dah anak Erin dan Farriz.
Sejak berstatus isteri dan mak orang, Erin memperlahankan aktiviti seninya dan agak jarang muncul di majlis-majlis hiburan mahupun kaca TV. Fokusnya kini lebih tertumpu kepada keluarga dan menguruskan dua orang anak.
Ads
Pun begitu, kelibat Erin Malek tetap menjadi perhatian dan sumber inspirasi peminat khususnya kaum wanita kerana mampu sentiasa tampil cantik dan bergaya walaupun ada dua anak yang masih kecil.
Meskipun kedua-dua anak masih kecil, namun Erin dan suami akan tetap bawa anak-anak pergi bercuti bersama. Terbaru, Erin sekeluarga baru sahaja pulang melancong dari Australia. Seronok tengok anak-beranak ni pergi bercuti. Tak kisahlah macam mana struggle bawa anak bercuti, tapi Erin dan suami saling membantu menguruskan dua cahaya mata mereka dan sanggup angkut stroller sepanjang percutian.
Berbicara tentang penampilan wanita jelita ini pula… Erin mendedahkan dia ambil keputusan untuk berhijrah dan tampil berhijab pada tahun 2016 selepas hasrat ingin memakai tudung disokong suami tercinta dan keluarga tersayang. Memang terserlah keayuan Erin Malek sejak bertudung!
Happy birthday Bunga Citra Lestari! Tanggal 22 Mac lepas merupakan ulang tahun kelahiran penyanyi kelahiran Indonesia ini yang ke-40. Tampil muda remaja dan terpancar wajah penuh bahagia, ulang tahun kelahiran Bunga diraikan meriah di samping ahli keluarga dan kenalan rapat.
Daripada foto-foto yang dikongsikan di laman Instagram miliknya, kelihatan Bunga dikelilingi beberapa jambak bunga-bungaan segar dan hadiah berjenama mewah pemberian insan-insan tersayang.
Tidak cukup itu, pelantun lagu Cinta Sejati ini turut menerima beberapa biji kek hari lahir! Lebih bermakna, hari istimewa tersebut diraikan bersama anak tersayang, Noah.
Tampil dengan dress bercorak abstrak biru putih, gaya dan wajah Bunga nyata tidak makan dek usia. Tetap anggun dan awet muda persis anak dara.
Berkongsi rasa terharu dan gembira dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi daripada orang sekeliling, Bunga menerusi media sosial mengungkapkan terima kasih.
“Thank you for all of you who came and celebrated my 40th birthday. I feel so blessed and thankful for your wishes and joy for me.
Thank you for the love. And life might be full of ups and downs, but cheers to 40 wisdoms with 20 spirit!”
Kehidupan Bunga Citra Lestari menjadi perhatian peminat lebih-lebih lagi sejak suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari 2020.
Cekal mendepani hidup, Bunga yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon kelahiran Malaysia tersebut pada 9 November 2008 turut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Noah Sinclair yang bakal menginjak usia 13 tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suka tengok penampilan dan gaya sopan Farah Diana Anuar. Makin menginjak usia, makin terserlah keayuan figura ini dan tampil berseri-seri. Mula dikenali ramai sejak menyertai program realiti Akademi Fantasia musim kedua, Farah kini bahagia memegang status isteri dan ibu kepada tiga orang cahaya mata.
Genap berusia 39 tahun pada 25 Januari lalu, Farah atau lebih dikenali dengan gelaran Farah AF2 atau Farah Breep Breep merupakan seorang penyanyi dan pengacara. Ketika menyertai program realiti popular berkenaan, Farah berjaya menduduki tempat keempat.
Antara rakan artis yang ‘lahir’ daripada Akademi Fantasia musim kedua termasuklah Zahid, Zarina Zainoordin, Adam dan Linda Nanuwil.
Sepanjang pembabitannya dalam industri muzik, isteri Johan Johari ini sudah menghasilkan dua buah album solo dan dua album kompilasi iaitu Antara Dua pada tahun 2005, Fantasia 2009.
Manakala album kompilasi pula ialah Album Kompilasi Evo 01 AF dan The Best of Farah Breep Breep.
Farah Diana Anuar juga banyak menerima tawaran dalam bidang pengacaraan dan aktif mengendalikan pelbagai program di kaca televisyen mahupun majlis rasmi pihak swasta dan kerajaan.
Baru-baru ini, Farah turut menyerikan Salam Baitullah di TV1. Malah, dia juga diberi kepercayaan mengendalikan program Assalamualaikum, Nasi Lemak Kopi O dan Pendakwah Muslimah di TV AlHijrah.
Hasil perkongsian hidup selama 13 tahun, pasangan ini dikurniakan tiga anak perempuan iaitu Elsa Johan yang bakal berusia 12 tahun, Mya Johan umur lapan tahun dan Ara Johan berusia tiga tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wajah jelita ini masih menjadi perhatian peminat seni tanah air walaupun kelibatnya jarang muncul di media massa menyebabkan ramai yang kurang menyedari kehadirannya. Namun, namanya masih kekal relevan sehingga sekarang walaupun kali terakhir wanita kacukan Melayu-Inggeris ini dapat dilihat melalui filem Chermin pada tahun 2006.
Foto: Instagram @deannayusoff_official
Melihat wajahnya melalui platform media sosial milik peribadinya tidak sangka wanita Deanna Yusoff sudah menginjak ke usia 54 tahun. Namun begitu wanita yang mempunyai ketinggian 170cm ini juga telah berkongsi rahsia kejelitaannya melalui akaun Instagram miliknya. Menurut selebriti cantik ini, sejak berpindah ke Switzerland ketika usianya 12 tahun beliau sudah mula menjaga kecantikan kulit.
Walaupun ketika itu perubahan cuaca yang menyebabkan kulitnya menjadi kering tetapi rutin penjagaan wajah telah sebati dengan dirinya bermula dari detik itu. Apabila usia semakin remaja, Deanna mula menambah rutin penjagaan kulitnya dengan pembersih wajah dan penyegar. Patutlah kulitnya kelihatan sangat berseri walaupun sudah memasuki usia 50an. Tengok semua gambarnya pun tak gunakan filter tau!
Wanita yang masih single ini juga rupanya dalam diam telah memformulasikan produk penjagaan kulit yang digelar Edel Botanica. Sebelum ini Deanna menjalankan perniagaan coklat premiun dari Switzerland, Grandjean.
Deanna Yusoff pernah menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-10. Selain itu pelakon filem Selubong ini memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Perdagangan dari sebuah universiti luar negara. Deanna juga pernah menceburi bidang nyanyian dengan melancarkan dua buah album, Divide and Continue dan Fix.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap anak pasti menjadikan ibu mereka sebagai sosok inspirasi dalam kehidupan. Tidak terkecuali, Lisdawati Nazaruddin yang mengagumi dan menghargai jasa ratu hati kesayangan hingga ke saat ini ...