Merafak Sembah Tahniah dan Ucap Selamat sempena Ulang Tahun Hari Kelahiran Yang Ke-50 Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan Allah serta hidup dengan penuh kebahagiaan, dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, fid-dunia wal-akhirat. Daulat Tuanku!
Tanggal 4 Jun merupakan hari ulang tahun kelahiran DYMM Tengku Permaisuri Norashikin. Menerusi perkongsian gambar di Selangor Royal Office, sememangnya ramai rakyat terpegun dengan keanggunan dan kejelitaan milik baginda.
Berita perkahwinan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin masih segar di ingatan rakyat meskipun sudah hampir lima tahun berlalu. Sebaik mengetahui khabar gembira itu pada tahun 2016, ramai yang tertanya-tanya siapakah wanita bertuah yang berjaya menawan hati Sultan Sharafuddin.
Dari hari pertama melihat wajah Permaisuri Selangor ini, ramai yang mengakui tertawan dengan kecantikan dan kelembutan yang dimiliki Tengku Permaisuri Norashikin yang juga
merupakan bekas penyampai berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan pernah memenangi Anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa.
Ads
Tengku Permaisuri Norashikin diijabkabulkan dengan Sultan Sharafuddin oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid pada 31 Ogos 2016 di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang. Majlis pernikahan baginda berdua berlangsung secara sederhana dan ringkas atas titah baginda.
Lima tahun bergelar Permaisuri Selangor, penampilan baginda ketika berada di khalayak sering mencuri perhatian. Malah, ramai wanita menjadikan Tengku Permaisuri Norashikin
sebagai sumber inspirasi bukan sahaja dari segi keperibadian baginda bahkan gaya dan cita rasa fesyen.
Ads
1 April lalu, bersempena sambutan Hari Ulang Tahun RTM ke-75, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar duli menerima undangan istimewa daripada Bilik Berita RTM untuk menyampaikan berita secara langsung dalam slot Berita Perdana di Studio Wisma Berita, Angkasapuri.
Ads
Ini adalah kemunculan julung-julung kali Baginda di saluran RTM sebagai penyampai berita setelah kali terakhir ke udara lima tahun lalu pada 31 Ogos 2016. Untuk rekod, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin pernah bertugas sebagai Penyampai Berita TV di RTM selama 2 dekad sejak tahun 1996.
Sepanjang tempoh itu, Baginda pernah diiktiraf sebagai Penyampai Berita TV Terbaik sebanyak dua kali di Anugerah Seri Angkasa iaitu pada tahun 2001 dan 2005.
Menerusi gambar-gambar Tengku Permaisuri Norashikin kelihatan baginda gemar mengenakan aksesori rantai dan subang mutiara. Malah, baginda juga cukup elegan menyarung busana tradisi seperti kurung dan kebaya.
Tahukah anda, lebih separuh populasi dewasa Malaysia iaitu satu daripada dua orang bersamaan 50.1 peratus mengalami masalah obesiti atau berat badan berlebihan berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS 2019) sekali gus menunjukkan peningkatan daripada 47.7 peratus (NHMS 2015).
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Harjeet Singh berkata, isu obesiti di Malaysia amat memerlukan perhatian dan tindakan berikutan golongan ini berisiko mendapat diabetes, hipertensi, dan penyakit jantung amat tinggi.
Statistik semasa juga menunjukkan, 1.7 juta rakyat Malaysia mempunyai ketiga-tiga risiko hipertensi, diabetes dan kolestrol tinggi manakala 3.4 juta pula mempunyai sekurang-kurangnya dua daripada risiko ini.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa budaya hidup yang tidak sihat seperti kurang aktiviti fizikal, cara hidup sedentari dan pemakanan tidak seimbang menjadi penyumbang kepada berat badan tidak sihat.
Bukan itu sahaja, kesibukan kerja, pengurusan rumah tangga, adaptasi norma baharu dan kesejahteraan mental juga antara faktor yang mencabar untuk kekal fokus dalam pengurusan berat badan dan penjagaan kesihatan.
Susulan daripada itu, Program Pengurusan Berat Badan Bersepadu Kebangsaan (MyVIFitEr) dibentuk bagi membantu menangani masalah berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan Keluarga Malaysia yang menunjukkan peningkatan ketara.
Beliau berkata, menerusi program itu, seramai 1,806 peserta berjaya membuktikan bahawa program berlangsung selama 10 minggu secara percuma sememangnya memberi impak besar kerana ada yang berjaya menurun berat badan sehingga 30 kilogram.
Katanya, kesemua peserta sama ada mengikuti secara fizikal atau maya perlu meneruskan usaha dalam pengurusan berat badan ini untuk mengekalkan kesihatan optimum.
“Malah, peserta yang tamat program ini merupakan agen atau suri teladan kepada rakan-rakan yang berminat untuk menguruskan pengurusan berat badan yang selamat dan betul.
“Program ini amat membantu peserta kerana kementerian mempunyai pakar-pakar kesihatan yang terlatih dan kompeten dalam bidang masing-masing yang mampu memberikan perkongsian ilmu kepada peserta untuk mengubah tingkah laku budaya hidup yang lebih sihat,” katanya.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpegun melihat kecantikan semula jadi Datin Seri Camelia! Sejak bergelar penyanyi era 1990an sampai sekarang macam tak berubah wajah figura ini. Makin meningkat usia, makin terserlah kejelitaan wanita kelahiran Sarawak berkenaan.
Biarpun tidak lagi bergiat aktif dalam industri seni tanah air selepas album Mysticasm pada tahun 2007, pelantun lagu Rindu Padanya ini sering menjadi bualan khalayak khususnya di media sosial kerana kecantikan yang dimiliki.
Foto figura ini yang ditata rias jurusolek ternama, Najeeb Azami baru-baru ini menjadi tular di media sosial. Mana tidaknya, pada usia sudah pun mencecah 50 tahun pemilik nama Datin Seri Dayang Nur Camelia Abang Khalid ini kelihatan anggun dan awet muda.
Wajah Cantik Datin Seri Camelia Usia 50an!
Tak dinafikan, selebriti ini mempunyai aura dan kecantikan dalam kelas tersendiri. Walau sekadar mengenakan solekan nipis dan aksesori minimalis pun tetap nampak mahal!
Selain mendapatkan khidmat solekan dengan Najeeb Azami, antara jurusolek terkenal yang sering menata rias raut wajah sempurna Datin Seri Camelia ialah Khir Khalid.
Walau jelitawan ini sudah pun meninggalkan dunia hiburan yang penuh glamor namun kelibatnya yang hadir di majlis sosialit sentiasa mencuri tumpuan.
Bakal menginjak usia 51 tahun pada 20 Jun depan, personaliti wanita ini pernah menerbitkan lima buah album sepanjang pembabitannya dalam industri seni. Antaranya album Camelia, Memori, Mimpi, Untukmu dan Mysticam.
Pasti ramai yang merindui alunan lembut suara penyanyi yang pernah bergelar duta produk antarabangsa seperti L’Oreal, Tag Heuer, Omega dan Pantene ini.
Tidak bersandar kepada wajah semata-mata, Penyanyi lagu Puteri Santubong ini membuktikan bakat yang mengalir dalam tubuhnya apabila dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) di Anugerah Industri Muzik (AIM) 1998.
Selain itu, dia juga berbakat sebagai penulis lagu dan mempunyai bakat dalam seni lukisan. Ternyata, darah seni mengalir deras dalam diri Datin Camelia.
Jelitawan ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce namun bercerai pada tahun 1999.
Datin Seri Camelia dilaporkan berkahwin dengan usahawan berjaya, Datuk Seri Akhbar Khan dan dikurniakan cahaya mata perempuan iaitu Aisha Asmara Khan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penampilan biduanita negara ini seringkali dinanti-nantikan oleh para peminatnya. Dari dahulu sehingga kini, ramai yang tidak sabar mendengar alunan suaranya yang begitu memukau. Malah, gaya fesyennya juga seringkali menjadi tumpuan ramai. Personalitinya yang ramah serta seringkali mengukir senyuman di bibir, membuatkan ramai yang terpesona dengan figura hebat ini. Maka, tidak hairanlah nama Datuk Seri Siti Nurhaliza sentiasa mekar di hati masyarakat Malaysia.
Baru-baru ini, penyanyi tersohor ini membuat penampilan khas di negara jiran, Indonesia. Teruja kerana berpeluang bertemu dengan peminat-peminat di sana, Siti meluahkan rasa gembiranya kerana dapat berkongsi pentas bersama peserta D’Academy 5.
Kesempatan saya kembali membuat persembahan di Indosiar khususnya D’Academy 5 sangat membahagiakan apabila saya dapat bertemu dengan bintang-bintang muda DA5 yang sangat berbakat dan juga peminat dan penonton di Indonesia.
“Alhamdulillah, dapat bersama-sama finalis Sridevi dan Eby serta berduet dengan Firdan adalah pengubat rindu saya kepada para peminat di Indonesia.
“Terima kasih Indosiar, terima kasih kepada semua yang menonton dan semoga ada rezeki saya dapat kembali ke negara ini”.
Kemunculan Siti dalam konsert akhir D’Academy 5 itu menyerikan lagi rancangan nyanyian muzik dangdut popular Indonesia itu. Malah, Siti juga berpeluang mengubati kerinduan peminatnya di Indonesia.
Apa yang menjadi bualan ramai saat Siti membuat persembahan di rancangan itu ialah keanggunannya yang memukau dengan gaya solekan yang cantik bersama dengan beberapa persalinan yang mempesonakan, penyanyi kesayangan ramai ini tampak begitu jelita berada di pentas.
Melihat di ruangan komen, penampilan Siti itu juga mendapat perhatian di kalangan peminat apabila rata-ratanya memuji kecantikan penyanyi nombor satu negara. Ada yang menyatakan Siti kelihatan lebih muda dari usianya. Ada juga yang menyifatkan Siti seperti anak patutng hidup yang cantik.
Kemunculan terakhir Siti Nurhaliza di Indonesia adalah ketika Konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta, pada Februari 2019.
Tanggal 25 Julai lalu genap 16 tahun pemergian Allahyarham Yasmin Ahmad. Seorang figura dan sutradara kebanggaan tanah air yang telah banyak menghasilkan filem berkualiti hingga meraih pengiktirafan di persada dunia. Pemergian tokoh seni ini pastinya ...