
Macam baru saja dengar Maria Sharapova selamat melahirkan anak sulung. Pejam celik, cahaya mata lelaki yang diberi nama Theodore sudah pun menginjak usia tiga tahun. Meskipun figura ini sudah bersara daripada arena sukan tenis kira-kira enam tahun lalu namun nama bekas atlet kelahiran Rusia tersebut masih menjadi bualan sampai sekarang.
Pernah mendapat julukan pemain tenis tercantik di dunia, Maria atau nama sebenarnya Maria Yuryevna Sharapova menginjak usia 39 tahun pada April 2026.
Seiring pertambahan usia dan status bergelar ibu, Maria Sharapova dipuji peminat kerana kesungguhannya menjaga penampilan dan mampu mengekalkan susuk tubuh langsing.
Maria Sharapova Maintain Langsing
View this post on Instagram

Ini kerana Juara Glam Slam lima kali tersebut cukup mementingkan pemakanan dan aktif bersenam. Maria dilapor selamat melahirkan anak sulung yang juga bayi lelaki pada Julai 2022.
Walau permata hati kesayangan sudah mencecah usia tiga tahun namun Maria dan suami sepakat untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka kepada umum.
Sempena ulang tahun kelahiran Thedore yang ketiga, Maria Sharapova tidak ketinggalan memuat naik gambar buah hati tersayang.
Tulisnya, “This is 3!!! It’s really true. It goes so so fast.”
Maria dan suami yang merupakan pengasas Paddle8 mengumumkan kehadiran cahaya mata sulung di media sosial masing-masing pada pertengahan Julai 2022.
Sebelum ini usahawan Sugarpova tersebut turut memuat naik gambar keluarga kecil mereka.

Kehidupan Bahagia Maria Sharapova
Berita kehamilan Maria mendapat perhatian peminat dunia tenis apabila jelitawan ini mendedahkan kehamilannya ketika ulang tahun kelahiran ke-35.
Malah dia turut berkongsi kapsyen menggunakan nombor Roman Vll.l.MMXXll dalam foto anaknya seolah-olah memberi bayangan mengenai tarikh lahir bayi tersebut pada 1 Julai 2022.

Maria bersara daripada profesion tenis pada Februari 2020 selepas berjaya mencatatkan 36 kejuaraan Hologic WTA Tour, Roland Garros sebanyak dua kali selain memenangi acara besar lain seperti Australian Open, Wimbledon dan US Open.
Dia dikhabarkan bertunang dengan Alexander Gilkes pada Disember 2020 selepas dua tahun bercinta.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!





