Terpikat dengan pesona yang dimiliki jelitawan tenis, Emma Raducanu. Mana tidaknya, atlet kebanggaan Britain ini bukan hanya bertuah kerana dikurniakan rupa paras cantik menawan. Malah seorang yang mesra dan sentiasa menguntum senyuman. Tidak hairanlah setiap kali masuk gelanggang, penampilannya sering menarik perhatian penonton.
Menelusuri kehidupan Emma Raducanu, dia sudah pun bergelar jutawan pada usia 18 tahun. Ini selepas dia berjaya menjadi Juara Kejohanan Tenis US Open 2021.
Hasil kemenangan US Open tersebut, dia membawa pulang wang kemenangan bernilai USD2.5 juta atau kira-kira RM10.2 juta.
Rentetan kejayaan luar biasa pada usia muda, dia menjadi pemain tenis wanita termuda menggantikan rekod Maria Sharapova yang memegang gelaran itu pada tahun 2015.
Emma Raducanu Atlet Tenis Berjaya & Cantik
Bukan itu saja, Emma Raducanu turut menerima pingat Member of the British Empire (MBE) daripada Raja Charles lll pada November 2022.
Ads
Bagaimana pun, dia berdepan saat sukar apabila mengalami kecederaan di bahagia kedua-dua pergelangan tangan dan buku lali kiri hingga terpaksa menjalani pembedahan. Rentetan itu, kedudukan ranking Emma turut terjejas.
Tidak sekadar bergelar atlet berjaya, atlet berusia 22 tahun ini juga seorang pelajar pintar. Pada April 2021 dia menamatkan pengajian di Newstead Wood School dan meraih keputusan cemerlang di peringkat A Levels. Khabarnya Emma Raducanu meraih keputusan A bagi subjek Matematik dan Ekonomi.
Atlet cantik ini dilahirkan pada 13 November 2002 di Toronto, Canada. Memetik laporan Express UK, bapa Emma iaitu Ian Raducanu berasal dari Bucharest, Romania.
Sementara ibunya, Meizhai Dong atau dikenali sebagai Renee ialah wanita keturunan Shenyang, China. Kedua-dua ibu bapa atlet ini bekerja dalam bidang kewangan.
Emma berhijrah ke United Kingdom ketika berusia dua tahun. Dia juga merupakan anak tunggal kepada pasangan tersebut.
Portal Tatler mendedahkan sejak kecil Emma sudah menunjukkan minat dalam pelbagai bidang sukan termasuklah menunggang kuda, berenang, luncur ski, go-kart, motor cross dan ping pong.
Tidak cukup itu, Emma juga pernah mengikuti kelas tarian balet. Bagaimana pun minat Emma dalam sukan tenis mula bercambah selepas ibu bapanya memperkenal sukan tersebut seawal umur Emma lima tahun.
Meskipun menyokong penuh kerjaya sukan anak tersayang, namun ibu bapa Emma tidak pernah memberi tekanan kepada anak tunggal mereka ini untuk menyertai pelbagai kejohanan terutamanya ketika musim Covid-19.
Berjiwa aktif dan lasak, dia merupakan peminat sukan Formula One. Selain mempunyai dua kerakyatan iaitu British dan Kanada. Selain itu, Emma juga boleh berbahasa Mandarin, menonton rancangan TV Taiwan dan menggemari sajian Romania.
Pada 22 Oktober 2021, jenama fesyen mewah Dior mengumumkan Emma Raducanu sebagai duta mereka.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Itu perumpamaan yang tepat bagi menggambarkan kecantikan milik pasangan ibu anak ini. Selain mewarisi kejelitaan ibu tersayang, Aaradhya Bachchan turut berkongsi bulan kelahiran yang sama seperti bekas ratu cantik tersebut iaitu November. Aishwarya dilahirkan pada tanggal 1 November 1973 manakala Aaradhya lahir pada 16 November 2011.
Bakal meniti usia 8 tahun tidak lama lagi, anak tunggal kepada pasangan selebriti ternama India ini sememangnya seorang kanak-kanak yang bertuah. Dia bukan hanya dikurniakan rupa paras cantik seperti ibunya malah dilahirkan dalam keluarga berada dan terkenal. Malah, kelibat Aaradhya juga sering kelihatan ketika menemani Aishwarya ke majlis-majlis fesyen.
Biarpun masih kecil namun isteri aktor Abhishek Bachchan ini bijak mengenakan pakaian yang stailo dan sesuai untuk anak tersayang. Apatah lagi, sejak kacil lagi cucu Amitabh Bachchan ini juga sudah sering dibawa ke acara-acara hiburan.
Dek kerana sering melihat ibunya beraksi di depan lensa kamera, Aaradhya tidak kekok memberikan pose yang pelbagai. Dah namanya pun anak bekas ratu cantik, pasti ‘darah seni’ ibu dan ayah sudah sebati mengalir dalam diri anak kecil berkenaan.
Julai lalu, seluruh keluarga Bachchan dikejutkan dengan kes jangkitan Covid-19. Sehari selepas Abhishek dan bapanya disahkan positif Covid-19, Aishwarya turut dilaporkan dijangkiti virus sama. Tidak terkecuali, Aaradhya yang dilaporkan positif jangkitan Covid-19. Bagaimanapun, kesemua mereka kini bebas daripada jangkitan tersebut dan semakin pulih.
12 Oktober lepas, Aishwarya memuatnaik gambar terbaharunya di samping Aaradhya dan mentua, Amitabh Bachchan sempena ulang tahun kelahiran pelakon lagenda Bollywood itu yang ke-78 pada 11 Oktober. Ketiga-tiga mereka dilihat ceria dan sihat.
Mengintai Instagram Aishwarya, jelas menunjukkan aktres jelita ini bukan seorang selebriti yang obsess berkongsi rutin harian bersama peminat. Mula membuka akaun media sosial sejak tahun 2018, Aishwarya hanya membuat 237 posts namun popularitinya masih utuh dengan jumlah followers mencecah 9 juta! Pun begitu, dia hanya mengikuti seorang personaliti sahaja di IG iaitu suaminya sendiri, Abhishek Bachchan.
Kredit: Instagram Aishwarya Rai
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpikat dengan keanggunan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. 20 Mei lalu, Baginda berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-96 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.
Dalam titah Baginda yang juga Pro-Canselor UiTM pada hari pertama istiadat, Baginda mahu agar kualiti pengajaran dan pembelajaran di universiti dipertingkatkan dalam memastikan kakitangan serta pelajar mempunyai kepakaran yang cukup dan akses kepada sumber pembelajaran terkini.
Kredit Facebook @selangorroyalofficeKredit Facebook @selangorroyaloffice
Baginda bertitah, peningkatan kualiti tersebut bertujuan untuk memastikan pelajar khususnya, diberikan sokongan untuk memahami kandungan pengajaran dengan baik.
Universiti juga perlu melaksanakan program persediaan agar pelajar dapat bersaing di peringkat global, antaranya program persediaan yang mencakupi aspek bahasa, kebudayaan dan kepakaran teknikal.
Titah Baginda lagi, dengan lambakan maklumat yang ada pada hari ini dari pelbagai saluran media, kemampuan dan kemahiran menganalisis data dengan menggunakan aplikasi serta sebarang tindakan dalam membuat keputusan malah menyelesaikan masalah, merupakan ‘sharp skills’ yang perlu dikuasai warga universiti.
Kredit Facebook @selangorroyalofficeKredit Facebook @selangorroyalofficeKredit Facebook @selangorroyalofficeKredit Facebook @selangorroyaloffice
Dalam pada itu, Tengku Permaisuri Norashikin turut bertitah bahawa kurikulum UiTM harus digubal selaras dengan keadaan serta permintaan semasa dan ia perlu datang daripada pemegang taruh dalam konteks bagi meningkatkan ketampakan modal insan negara.
Istiadat konvokesyen selama 15 hari sehingga 3 Jun ini menyaksikan seramai 24,713 graduan menerima ijazah kedoktoran, sarjana, sarjana muda, diploma dan sijil profesional dalam bidang masing-masing.
Kredit Facebook @selangorroyalofficeKredit Facebook @selangorroyalofficeKredit Facebook @selangorroyaloffice
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cantik atau pelik? Ini persoalan peminat apabila melihat penampilan terbaru Madonna sempena acara Grammy Awards 2023 baru-baru ini.
Muncul dalam persalinan sut hitam dan kemeja putih, ‘wajah baru’ Madonna hampir membuatkan penyanyi legenda ini sukar dikenali. Jauh berbeza daripada wajah aslinya yang cantik jelita! Barangkali mungkin tak menjadi rawatan yang dibuat… Too over!
Berbeza daripada hantaran gambar-gambar beliau di media sosial, wajah airbrush terbentuk cantik hingga kelihatan persis Kim Kardashian nampaknya mengejutkan ramai apabila Madonna naik ke atas pentas bagi Grammy Awards.
LOS ANGELES, CALIFORNIA – FEBRUARY 05: Madonna speaks onstage during the 65th GRAMMY Awards at Crypto.com Arena on February 05, 2023 in Los Angeles, California. (Photo by Kevin Mazur/Getty Images for The Recording Academy)
AWET MUDA
Sebelum ni penampilan baru Ratu Pop Madonna mengejutkan peminat. Bayangkan pada usia emas, beliau masih kelihatan remaja malah digelar jelmaan Kim Kardashian kerana kecantikannya.
Jika wanita lain seusia Madonna sudah ‘berdamai’ dengan kedutan, berbeza pula halnya dengan superstar yang bakal mencecah usia 64 tahun itu.
Meraikan ulang tahun ke-40 beliau dalam kerjaya muzik, Madonna dikhabarkan kembali membuat ‘comeback’ ke dalam industri.
Pastinya kemunculan semula ini menjadi asbab ‘perubahan’ wajah baru Madonna, atau Madge.
Rupa terkini Madonna
Madonna bersama sahabat-sahabat karibnya
Bagi peminat empunya nama Madonna Louise Ciccone dan ibu kepada 6 anak itu, ia bukanlah sesuatu yang asing kerana rupanya memang selalu berubah mengikut peredaran masa!
Meskipun berdepan pelbagai cemuhan haters di media sosial, Madonna mengambil langkah tidak peduli dengan kata-kata orang yang kurang senang dengan rupa parasnya sekarang.
Biarpun sering dikatakan membuat fillers, pembedahan plastik dan menggunakan teknik suntingan Photoshop yang keterlaluan, beliau jarang membalas balik sebaliknya membuktikan diri dengan pelbagai kejayaan luar biasa.
Semangat Madonna seharusnya menjadi contoh kepada wanita moden. Berani dan menjadi diri sendiri!
Rahsia muda Madonna sebenarnya terletak pada sifat positif beliau dan penataan gaya yang mengikut peredaran zaman. Jom intai perubahan lain pada wanita ini!
Imej rambut lurus dan blonde menjadi pilihan Madonna sekarang
Gaya rockstar, aksesori topi, jaket dan sarung tangan memberi aura muda
Madonna masih mengekalkan sifatnya yang periang dan easy going
Perubahan dirinya menjadikan nama Madonna sentiasa relevan dengan zaman
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!