
Ketika muncul bersama aktres jelita, Rozita Che Wan pada malam Bollylove Nite anjuran FelleraSkin baru-baru ini, penampilan Elfira Loy mencuri tumpuan lensa.
Elfira yang baharu saja bergelar ibu kepada dua cahaya mata kelihatan semakin berseri-seri dan cantik persis anak dara!
Malah, busana berupa lehenga yang disarungnya menyerlahkan lagi kecantikan Elfira. Gabungan warna yang sangat sesuai dengan Elfira.
Sederhana, sopan dan tidak keterlaluan tetapi anggun, itulah ungkapan paling sesuai untuk mendefinisikan penampilan Elfira pada malam itu.
Elfira turut memuat naik posting di Instagram berkongsi perasaannya ketika menyarungkan busana bertemakan Bollywood yang pernah dipakai ketika malam berinainya dahulu.
“Kali terakhir saya pakai lehenga ini semasa malam berinai dulu. Akhirnya dapat pakai balik untuk majlis istimewa bersama @felleraskin_hq.
“Terima kasih tau sedikit sebanyak membantu El menjadi happy mommy dan dapat pakai baju sebelum kahwin”
“Berat gilaaa lehenga ni, campur dengan nak betulkan tudung sebab senget..”
Penampilannya itu dipuji cantik oleh para pengikut termasuk warga maya. Rata-rata mereka mereka meninggalkan komen positif di Instagram Elfira.
Elfira juga dipuji kerana pemakaiannya itu tidak berlebihan. Paling penting tidak ketat serta sesuai dengan imejnya sebagai seorang isteri dan ibu.
Perkongsiannya itu mendapat ribuan tanda suka.
Kredit Foto: Instagram Elfira Loy
Wanita Punggung Besar Dikatakan Lebih Pintar & Punya Ketahanan Badan Lawan Penyakit

Jika berbicara tentang saiz punggung di kalangan wanita ternyata subjek itu cukup sensitif dan kadang-kadang boleh mengundang rasa marah. Ada wanita yang tidak kisah tentang aset mereka yang satu ini dan tidak kurang juga yang berusaha memiliki bentuk punggung yang didamkan.
Ternyata saiz punggung wanita ini telah menarik sekumpulan pelajar dari Universiti Oxford, Amerika Syarikat untuk dijadikan bahan kajian mereka. Hasil kajian yang telah dijalankan pada tahun lalu begitu memeranjatkan. Mengikut kajian ini, analisis data daripada 16,000 wanita, mendapati mereka yang memiliki punggung besar rata-ratanya tidak hanya lebih pintar tetapi mempunyai ketahanan badan melawan pelbagai penyakit kronik.

Menurut Ketua Penyelidik Kajian, Prof Dr Konstantinos Manolopoulos, kajian mendapati lemak yang tersimpan di paha dan punggung dapat melindungi tubuh daripada penyakit kronik seperti jantung dan diabetes.
Malah apabila mempunyai punggung besar mampu merangsang pembentukan hormon leptin dalam badan wanita dan hormon bertanggungjawab untuk mengawal berat badan.
“Pada masa sama, hormon dinopectina bermanfaat menjadi ejen anti-radang, jantung dan anti-diabetes. Tisu adipose pula mampu memerangkap zarah lemak di punggung dan menghalang penyakit kardiovaskular.
Ini kerana lemak pada bahagian itu menyimpan asid lemak bagi menjaga kestabilan tubuh,” kata Prof Dr Konstantinos Manolopoulos.
Tambahnya lagi, lemak di bahagian punggung berbeza dengan lemak di bahagian perut. Lemak dalam tubuh mempengaruhi kesihatan dan tahap kecerdasan seseorang, manakala lemak pada perut meningkatkan risiko penyakit.
“Perlu diingat, lemak perut dan lemak badan dianggap tidak sihat dan boleh menyebabkan banyak masalah kepada kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi.
“Penemuan kajian ini menunjukkan wanita dengan postur tubuh lebih tinggi cenderung mempunyai kolesterol dan glukosa lebih rendah dan tahap lemak Omega 3 yang lebih tinggi bagi perkembangan otak,” katanya.
5 Teknik Squat Untuk Punggung Mantap
1 Lift Up
TEKNIK: Gayanya seperti menendang kaki ke belakang atau back flip.
Sambil mengangkat seluruh badan ke atas menggunakan tangan, regangkan otot paha dan betis. Bukan hanya kawasan punggung yang jadi sasaran, kawasan perut dan lengan juga bergerak.
2 Ball Slam
TEKNIK: Ball Slam ini umpama teknik lepaskan geram.
Pertama sekali, pastikan berdiri dengan jarak kaki melebihi lebar bahu. Kemudian, angkat bola ke atas kepala sambil kaki dijinjitkan. Lontar bola dengan tenaga badan ke lantai dan rendahkan diri hingga menjadi posisi squat. Tahan bola tersebut. Bangun dan ulang semula langkah Slam Ball sebanyak 30 kali.
3 Plie Jump Squats
TEKNIK: Dapatkan kedudukan yang stabil di satu poin dan lompat secara sederhana. Semasa landing, terus lakukan posisi squat.
4 Plie Jump Squat
TEKNIK: Flex-kan bahagian perut kamu (abs) dan pastikan bahagian bahu dan dada ke depan. Apabila kamu melompat sambil mengangkat bebenan pada bahu, pastikan lompatan kamu konsisten selama 15-20 kali. Tak perlu lompat terlalu tinggi.
Ulang Plie Jump Squats sebanyak 3 set.
5 Gliding Plank
TEKNIK: Dengan menggunakan cushion glider, tuala atau pinggang kertas sekalipun, gerakkan badan ke hadapan sambil menolak punggung ke arah atas.
Sumber: BERITA HARIAN & MAJALAH REMAJA
Bergelar Ibu Selebriti, MAMA SANDHA Lali Tempias Dunia Glamor & Kalis Kecaman!

Sebut saja nama Fasha Sandha atau Elisya Sandha pasti ramai yang mengenali figura popular ini. Punya nama besar dalam industri seni, dua pelakon jelita ini merupakan anak kepada Hatijah Tehman atau lebih dikenali sebagai Mama Sandha.
Sepanjang pembabitan anak-anak dalam dunia glamor, jarang dengar kisah peribadi yang dikongsikan ibu enam anak ini kepada umum. Segala suka dan duka yang ditempuhnya sebagai ibu selebriti, disimpan kemas tanpa pengetahuan ramai.
Kesempatan bertemu dengan wanita cekal ini awal Jun lalu, Mama Sandha seorang yang mesra dan cukup merendah diri. Patutlah anak-anak pun berbudi bahasa, warisi sifat ibu tersayang rupa-rupanya.
Genap berusia 59 tahun pada 16 Mei lepas, dia terbuka berkongsi perkembangan diri yang kini aktif mengikuti aktiviti kemasyarakatan khususnya melibatkan golongan wanita.
“Buat masa ni saya belum ada lagi bisnes cuma terlibat dengan NGO Nation of Women Malaysia (NOW). Saya ialah pengerusi NOW untuk negeri Perlis. Waktu Covid-19 dulu, adalah meniaga kecil-kecilan Laksa Utara by Mamasandha.
Semua saya masak sendiri dan ada pembantu akan datang bila ada tempahan. Mula buat laksa ni masa pandemik hari tu sebab nak cari duit lebih duduk rumah. Laksa Perlis ini resipi turun-temurun keluarga yang saya jual di Food Panda,” ujarnya.
Mengulas perihal anak-anak sewaktu membesarkan mereka, Mama Sandha mengaku berdepan pelbagai dugaan namun bersyukur segalanya dipermudah.
“Nak menjaga mereka waktu kecil tu taklah susah mana. Memang saya yang mahu mereka jadi orang yang dikenali dan hantar gambar mereka untuk uji bakat dan sebagainya. Anak-anak pun ok je dan tak susah pun nak jaga Fasha dan Elisya.
Adalah waktu remaja dulu mereka nakal sedikit tapi biasalah anak muda. Fasha dan Elisya memang dari kecil dah nampak minat mereka ke arah dunia seni. Tapi Fasha minat dia pada mulanya lebih kepada sukan. Dalam masa sama, dia juga suka bergaya dan mahu jadi model.
Masa kecil dia pernah ambil dan bergaya dengan high heels saya. Boleh nampaklah kecenderungan dia dalam bidang macam tu. Masa mengandungkan mereka, saya pula suka tengok pertandingan ratu cantik macam Miss World dan America’s Next Top Model. Mungkin sebab pengaruh itu,” ceritanya sambil tertawa.
Ditanya bagaimana dia menangani kecaman daripada netizen, Mama Sandha dengan tenang melontar bicara. “Kalau nak ikutkan, susah tu memang susah. Tapi kena terimalah. Bila anak kita jadi selebriti, kena terima semua kritikan ini. Sekarang, saya selesa abai je kecaman tu.
Macam Sis Sheila Rusly pun, dia kata kalau ada cerita di media sosial tentang anak-anak, dia tak baca. Sekarang saya pun ikut macam tu.
Dulu memang saya susah terima. Lagi-lagi bila kawan-kawan bercerita dan sampaikan cerita. Sekarang saya dah tak ambil peduli sebab dah biasa. Anak-anak kita, hanya kita dan Allah tahu.
Orang cakap macam-macam. Kenapalah anak bongsu (Elisya) saya tak jaga sendiri bila berpantang lepas bersalin nanti. Bagi saya, saya dah nak dapat cucu kesembilan dan tak kisah siapa nak jaga.
Yang penting, kita tahu, anak tahu dan Allah tahu yang memang kita sayang anak. Bukan tak jaga tu kita tak sayang. Lagipun Sis Sheila Rusly excited nak dapat cucu sulung biarlah mereka yang lalui dan merasa semua tu.”
Video Mama Sandha menangis sebak!
Dalam pertemuan bersama Nona itu juga, Mama Sandha tak dapat menahan sebak apabila bercerita mengenai anaknya Fasha Sandha. “Mungkin ramai yang tahu Fasha Sandha sangat menjaga keluarga. Itu yang membuatkan saya bangga dengan dia dan sebak bila kenangkan balik.
Dari dulu sampai sekarang memang dia ingat family dan buat saya sentiasa tersentuh dengan kebaikan dia. Walau dah berjaya, sampai sekarang dia masih menjaga family. Hari ini pun dia yang sponsor baju saya. Nak mama dia nampak cantik. Elisya pula sponsor mekap.”
Beruntungnya Mama Sandha kerana dikurniakan anak-anak yang mengenang jasa dan sentiasa mahu membahagiakan ibu tersayang.
Villa Karisma Tersergam Indah Di Kawasan Perkampungan, Lambang Kegigihan Usahawan Kosmetik !

Negeri Kelantan Darul Naim sememangnya terkenal dengan sifat rajin golongan wanitanya mengusahakan perniagaan. Tidak kira sama ada perniagaan kosmetik, barangan runcit mahupun barangan eksklusif seperti barang kemas, kegigihan dan semangat wanita Kelantan dalam mengusahakan perniagaan sememangnya tidak boleh disangkal lagi.

Krew majalah NONA baru-baru ini berkunjung ke Kelantan dan bertemu lady boss Karisma Empayar Sdn Bhd dan Karisma Gold & Jewellery, Tinie Sulaiman di kediamannya yang terletak di sebuah Kawasan perkampungan di Gual Periuk, Rantau Panjang, Kelantan. Dari jauh villa seluas 11350 kaki persegi kelihatan megah berdiri, lambang kejayaan wanita ini yang gigih mengemudi perniagaan sambal dibantu oleh suami tersayang.

Kunjungan kami disambut mesra oleh Tinie yang turut memberi ruang eksklusif untuk kami meneroka segenap ruang villa yang mengetengahkan konsep modern English Glam Luxury.
“Saya memang menggemari konsep modern English Glam Luxury kerana ia nampak elegan dan bersesuaian dengan gaya hidup saya dan keluarga. Apatah lagi elemen warna keemasan sememangnya menyerlahkan gaya mewah dan eksklusif,” ujar Tinie yang menggemari konsep keemasan, bersesuaian dengan logo empayar perniagaannya yang menggunakan rona emas sebagai elemen utama.

Ditanya mengenai pemilihan perabot dan dekorasi keseluruhan kediaman, Tinie turut mendapatkan perkhidmatan pereka hiasan dalaman Idaman Deco yang bertanggungjawab memastikan dekorasi kediaman tersebut bersesuaian dengan gaya hidup Tinie sekeluarga.
Melangkah ke tingkat atas kediaman,penulis tertarik dengan ruang rehat keluarga yang terdapat di kediaman ini. Mana tidaknya, bagi ibu yang mementingkan keselesaan serta hubungan kekeluargaan, dia sanggup mengeluarkan bajet untuk menyediakan ruang anjung kediaman yang bukan sahaja menempatkan sebuah meja snooker, malah ia turut mempunyai mini golf untuk mereka sekeluarga bersantai.

“Ruang anjung ini sememangnya istimewa untuk saya dan keluarga kerana ruang ini agak unik dan tidak banyak kediaman mempunyai konsep ruang anjung seperti ini. Ruang anjung ini menjadi lokasi kami sekeluarga bersantai dan bermain snooker atau mini golf terutamanya di waktu malam kerana cuaca lebih nyaman berbanding waktu petang,” ujarnya yang memperuntukkan sejumlah bajet untuk merealisasikan ruang anjung yang lain dari yang lain.
Selain ruang anjung untuk keluarga bersantai, Villa Karisma turut dilengkapi kemudahan gimansium yang lengkap serta kolam renang untuk keluarga ini beriadah dan berkumpul terutamanya ketika hujung minggu. Kolam renang yang terletak di garaj yang menempatkan beberapa koleksi kereta mewah kesayangan Tinie dan suami dilengkapkan dengan dekorasi laman yang menghijau serta mendamaikan. Tidak dilupakan, Tinie turut membina sebuah bilik berhawa dingin untuk menempatkan dua ekor kucing kesayangannya.

Tambah Tinie lagi, sebagai empunya empayar perniagaan yang snetiasa sibuk dengan urusan perniagaan di dalam dan luar negara, kediaman yang selesa, tenang dan mengikut citarasanya amat penting untuk merehatkan minda selepas pulang dari urusan perniagaan.
“Saya amat mementingkan keselesaan terutamanya villa yang baharu diduduki ini. Saya ingin menjadi insporasi untuk wanita di luar sana Berjaya dalam bidang perniagaan, tidak kira apakah jenis perniagaan yang dijalankan kerana saya juga memulakan segalanya dari bawah. Jadi, Villa Karisma ini begitu istimewa kerana ia menjadi lambang kegigihan saya dalam usaha merubah kehidupan yang lebih baik,” ujar Tinie seraya mengakhiri perbualan.