Siapa tidak kenal dengan aktres jelita Bollywood, Aishwarya Rai. Pelakon cantik yang juga ratu cantik India ini sudah lama tak terlihat di layar kaca tv. Setelah berkahwin dengan anak Amitabh Bachchan, Abhishek Bachchan kini lebih memilih untuk memberi fokus penuh buat keluarganya yang tercinta.
Tambahan pula, pada tahun 2011 lalu, pasangan sama cantik dan sama padan ini telah dikurniakan cahaya mata yang diberi nama Aaradhya Bachchan. Setelah kelahiran si kecil ini, dia lebih menumpukan kepada keluarganya.
Meskipun berstatus sebagai public figure, ia tidak menghalang Aishwarya Rai daripada menguruskan si permata hati. Sedar tak sedar, kini sudah 9 tahun berlalu. Aaradhya Bachchan pun sudah semakin besar. Aaradhya Bachchan baru-baru ini pun merayakan ulang tahunnya yang ke-8.
Tentu netizen pun ingin tahu wajah terbaru Aaradhya Bachchan. Dia membesar menjadi gadis yang sangat cantik. Dia kelihatan sangat mirip dengan wajah ibunya. Hal tersebut dibuktikan dengan wajah Aaradhya Bachchan seiras dengan Aishwarya Rai sewaktu kecil.
Nah, buat anda yang ingin melihat wajah terbaru Aaradhya Bachchan. Nona kumpulkan beberapa potret Aaradhya Bachchan yang diambil dari akaun Instagram peribadi Aishwarya Rai @aishwaryaraibachchan_arb.
Ads
Ads
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Happy birthday Jlo! Isteri kepada pelakon Ben Affleck dan penyanyi dan pelakon terkenal dunia, Jennifer Lopez sememangnya beruntung. Selain dianugerahkan bakat dan kekayaan, dari dahulu lagi Jennifer Lopez atau lebih mesra dipanggil Jlo menawan dunia dengan kecantikan semulajadinya.
Lihatlah saja pada kemunculan terbaru Jlo bersama Ben pada Anugerah Grammy 2023 baru-baru ini, nyata ramai yang tak keruan melihat kecantikan Jlo yang tetap nampak awet muda pada usia 54 tahun.
Jadi apa agak rahsianya? Yang pasti, ramai berspekulasi yang Jlo menggunakan jalan singkat mendapatkan seri wajah idaman dengan menyuntik botoks dan pembedahan plastik namun ia dinafikan sekeras-kerasnya oleh tuan punya badan.
Ini turut disokong oleh Dr Andrea Suarez atau lebih dikenali sebagai Dr Dray yang mendedahkan rahsia awet muda penyanyi lagu Lets Get Loud, menepis segala dakwaan nakal berhubung kejelitaan Jlo menerusi perkongsian di akaun Youtube nya. Yang pasti, Dr Andrea menjelaskan Jlo berupaya mendapat wajah muda remaja selepas mengambil langkah berjaga-jaga sejak muda.
Rupanya Jlo sangat ‘particular’ dan menjaga disiplin mencegah kulit wajahnya dari terkena sinaran UV. Jelas Dr Day,
“Banyak faktor menyumbang kepada pembentukan kedutan pada kulit kita. Salah satu faktor penyumbang ini adalah pendedahan kepada sinaran UV dari matahari. Dan JLo sendiri telah mengambil langkah berjaga-jaga sejak muda. JLo cukup berhati-hati mencegahnya sejak umur 22 tahun, dia benar-benar komited menggunakan pelindung matahari ketika di luar rumah,” jelasnya.
Selain itu, Dr Dray mengakui diet yang teratur dan sihat bagus untuk kesihatan kulit termasuk lemak yang sihat, mendapatkan protein, vitamin dan mineral yang mencukupi, dan vitamin C bagi membina kolagen.
Selain itu JLo juga terkenal dengan rutin senaman yang konsisten, ketat dan tarian tanpa henti. Bila badan aktif, kulit akan kelihatan lebih segar, bertenaga dan sihat. Ia juga dapat melancarkan peredaran dan mengurangkan keradangan dalam badan.
Dr Dray turut menambah bahawa terdapat satu lagi faktor yang memainkan peranan besar dalam penampilan kulit, yang kita tidak mempunyai sebarang kawalan terhadapnya, dan itu adalah genetik.
“Tidak dinafikan genetik memainkan peranan dalam berapa cepat kulit dan jumlah badan akan menua. Malah persekitaran kita yang menyumbang kepada penuaan kulit. Kita mempunyai enzim berbeza dalam kulit yang membantu memerangi radikal bebas. Sesetengah genetik menjadikan enzim mereka lebih baik daripada orang lain.”
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meski bergelar selebriti popular tapi Zara Zya seorang yang mesra dan ‘humble’. Memang mudah bekerjasama dengan Zara kerana selain menepati masa, berdisiplin dan juga berbakat besar.
Pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian Anugerah Skrin ini berani mengembang potensi diri sebagai usahawan.
Di samping meminati dunia seni dan lakonan, Zara juga sebenarnya pandai masak serta suka menghabiskan masa di dapur. Bagi sesetengan orang, masak ni terapi.
Buktinya, Zara selesa menggunakan platform media sosial miliknya untuk menjual pelbagai juadah air tangan. Malah pernah mengusahakan restoran sendiri sebelum ini.
Bagaimana pun restoran Zara Zya Cooks terpaksa ditutup kerana kekangan masa dan penularan Covid-19.
Terbiasa dengan dunia masakan, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin ketika ditemu bual Nona memberitahu, “Bila saya nampak barang-barang basah dekat pasar, saya mesti hendak beli dan balik rumah masak.
Memang masak ni terapi bagi saya. Yang penting bila nak masak jangan waktu kita stres. Mood kena tenang dan confirm makanan yang dimasak nanti sedap.”
Selain boleh masak lauk-pauk tradisional seperti Masak Lemak, Zara juga mempelajari bidang pastri dan membuat aneka jenis kek hasil mengikuti kelas pastri secara personal bersama Chef Liza Zainol.
Tidak berhenti di situ, Zara berkongsi video pelbagai menu dan resipi masakan air tangannya bersama peminat di Zara Zya Cooks Hq. Antara hidangan yang dikongsikan ialah Ayam Masak Halia, Sweet Sour Potato Sausage, Tom Yam Ikan Kelapa dan Bebola Ayam Enoki.
Bercerita mengenai rejim kecantikan, dia berkata ibu tersayang gemar berkongsi petua kecantikan. “Mama saya rajin kongsi petua tradisi. Jadi saya amalkan apa yang mama ajar.
Tak perlu susah-susah pun sebab guna barang seperti buah-buahan dan beras saja. Salah satu petua mama ialah kisar buah tomato dan letak yogurt asli.
Bila muka nampak kusam dan badan penat sangat, sapu kisaran tomato dan yogurt ini dekat muka untuk dijadikan sebagai mask.”
Tak hairanlah Zara sentiasa nampak berseri-seri. Bahkan orangnya memang ceria dan ‘murah’ dengan senyuman!
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Baru-baru ini Putera William dan Kate Middleton mengadakan pertemuan istimewa dengan Putera Mahkota Jordan, Putera Hussein dan isterinya, Puteri Rajwa di Istana Windsor.
Pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana mesra apabila kedua-dua pasangan diraja itu dirakam tersenyum sambil bergambar bersama di salah satu ruang megah kediaman rasmi keluarga diraja Britain itu.
Kunjungan pasangan diraja Jordan ke United Kingdom ini merupakan sebahagian daripada lawatan singkat mereka ke negara tersebut.
Pertemuan Putera William dan Kate Middleton dengan Putera Hussein dan Puteri Rajwa ini menandakan hubungan dua hala yang semakin erat antara monarki Britain dan Jordan.
Pertemuan yang diadakan di kediaman diraja di Berkshirew tidak jauh dari rumah keluarga Wales di Adelaide Cottage turut diselubungi suasana akrab serta penuh persahabatan.
Dalam video yang dikongsi oleh Istana Kensington dan Putera Al Hussein, kedua-dua pasangan diraja itu dilihat berbual santai serta tertawa bersama memperlihatkan hubungan mesra yang terjalin di antara mereka.
Hubungan erat antara keluarga diraja Britain dan Jordan bukanlah sesuatu yang baharu. Kate Middleton diketahui pernah tinggal di Jordan semasa kecil, manakala William dan Kate turut menjadi tetamu kehormatan pada majlis perkahwinan Putera Hussein dan Puteri Rajwa pada tahun 2023.
Pertemuan Putera William dan Kate Middleton bersama pasangan diraja Jordan kali ini menjadi simbol kepada ikatan rapat antara dua keluarga diraja tersebut di mana masing-masing bakal memimpin negara mereka.
Ia melambangkan masa depan monarki Britain dan Jordan yang berteraskan persahabatan dan keharmonian.
Dalam momen bersejarah itu, Puteri Kate dan Puteri Rajwa tampil sepadan dengan gaya business chic yang menyerlahkan aura elegan serta profesional.
Kate tampil anggun mengenakan sut berwarna camel rekaan Roland Mouret, dengan potongan seluar lebar yang pernah digayakannya ketika mengunjungi sebuah yayasan belia pada 2023.
Baginda memadankannya dengan blaus putih berleher pussy-bow serta sepasang anting-anting emas bersaiz besar yang menambahkan sentuhan manis pada penampilannya.
Sementara itu, Puteri Rajwa yang merupakan ibu kepada seorang bayi perempuan bernama Puteri Iman tampil memukau dengan padanan bustier hitam di atas kemeja putih berleher kolar serta seluar panjang hitam berpotongan lebar.
Rambut hitamnya ditata kemas dalam gaya poni ekor kuda tinggi, dan baginda melengkapkan penampilannya dengan tas hitam yang ringkas namun tampak elegan.
Penampilan kedua-dua puteri itu memperkukuh imej diraja moden yang berkeyakinan dan berkarisma, menjadikan pertemuan Putera William dan Kate Middleton bersama Putera Hussein serta Puteri Rajwa sebagai simbol hubungan diraja penuh gaya serta harmoni.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.