Baru-baru ini Putera William dan Kate Middleton mengadakan pertemuan istimewa dengan Putera Mahkota Jordan, Putera Hussein dan isterinya, Puteri Rajwa di Istana Windsor.
Pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana mesra apabila kedua-dua pasangan diraja itu dirakam tersenyum sambil bergambar bersama di salah satu ruang megah kediaman rasmi keluarga diraja Britain itu.
Kunjungan pasangan diraja Jordan ke United Kingdom ini merupakan sebahagian daripada lawatan singkat mereka ke negara tersebut.
Pertemuan Putera William dan Kate Middleton dengan Putera Hussein dan Puteri Rajwa ini menandakan hubungan dua hala yang semakin erat antara monarki Britain dan Jordan.
Suasana Akrab di Istana Windsor
Pertemuan yang diadakan di kediaman diraja di Berkshirew tidak jauh dari rumah keluarga Wales di Adelaide Cottage turut diselubungi suasana akrab serta penuh persahabatan.
Dalam video yang dikongsi oleh Istana Kensington dan Putera Al Hussein, kedua-dua pasangan diraja itu dilihat berbual santai serta tertawa bersama memperlihatkan hubungan mesra yang terjalin di antara mereka.
Hubungan erat antara keluarga diraja Britain dan Jordan bukanlah sesuatu yang baharu. Kate Middleton diketahui pernah tinggal di Jordan semasa kecil, manakala William dan Kate turut menjadi tetamu kehormatan pada majlis perkahwinan Putera Hussein dan Puteri Rajwa pada tahun 2023.
Pertemuan Putera William dan Kate Middleton bersama pasangan diraja Jordan kali ini menjadi simbol kepada ikatan rapat antara dua keluarga diraja tersebut di mana masing-masing bakal memimpin negara mereka.
Ia melambangkan masa depan monarki Britain dan Jordan yang berteraskan persahabatan dan keharmonian.
Dalam momen bersejarah itu, Puteri Kate dan Puteri Rajwa tampil sepadan dengan gaya business chic yang menyerlahkan aura elegan serta profesional.
Kate tampil anggun mengenakan sut berwarna camel rekaan Roland Mouret, dengan potongan seluar lebar yang pernah digayakannya ketika mengunjungi sebuah yayasan belia pada 2023.
Ads
Baginda memadankannya dengan blaus putih berleher pussy-bow serta sepasang anting-anting emas bersaiz besar yang menambahkan sentuhan manis pada penampilannya.
Sementara itu, Puteri Rajwa yang merupakan ibu kepada seorang bayi perempuan bernama Puteri Iman tampil memukau dengan padanan bustier hitam di atas kemeja putih berleher kolar serta seluar panjang hitam berpotongan lebar.
Rambut hitamnya ditata kemas dalam gaya poni ekor kuda tinggi, dan baginda melengkapkan penampilannya dengan tas hitam yang ringkas namun tampak elegan.
Penampilan kedua-dua puteri itu memperkukuh imej diraja moden yang berkeyakinan dan berkarisma, menjadikan pertemuan Putera William dan Kate Middleton bersama Putera Hussein serta Puteri Rajwa sebagai simbol hubungan diraja penuh gaya serta harmoni.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Umum mengetahui Dato’ Sri Siti Nurhaliza sememangnya cukup akrab dengan anak-anak tirinya, lebih-lebih lagi dengan dua menantunya pelakon dari seberang isteri kepada Ashraf, Tya Arifin serta Izara Aishah, isteri kepada Adib.
Baru- baru ini, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti ada berkongsikan foto bersama dengan kedua-dua menantunya di laman Instagram sewaktu keluar bersama ahli keluarga berjaya undang perhatian ramai.
Manakan tidaknya, menerusi hantaran berkenaan, difahamkan mereka berada di sebuah restoran mewah terletak di ibu negara bagi meraikan ulang tahun kelahiran anak tiri kepada Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalif. Dan, majlis berkenaan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.
Namun yang mencuri perhatian adalah penampilan Tokti di mana netizen tidak dapat menyembunyikan keterujaan melihat keayuan penyanyi 44 tahun itu malah kelihatan awet muda dan sebaya apabila bergambar bersama kedua-dua menantu tirinya iaitu Tya Arifin dan Izara Aishah.
Mereka mengatakan ketiga-tiga wanita di dalam gambar berkenaan seakan di lingkungan umur yang sama meskipun usia TokTi jauh lebih berusia. Di ruangan komen, ramai yang mula membanjiri komen dengan memuji keanggunan Tokto serta kedua-dua manantu tirinya.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tampil dengan gaya santai berbaju kurung hijau, menggalas beg tangan jenama Longchamp dan membawa mangkuk tingkat, ramai yang terpesona dengan keanggunan Tengku Permaisuri Norashikin dan sisi ‘humble’ Baginda.
Biarpun tanpa solekan tebal di wajah, kejelitaan Tengku Permaisuri Selangor tetap terserlah dan memukau pandangan!
Baginda juga berkunjung ke beberapa gerai jualan dan membeli juadah berbuka puasa daripada peniaga di bazar Ramadan berkenaan.
Malah berkenan meluangkan masa dengan para pengunjung yang mahu bergambar bersama Baginda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rasanya satu kebiasaan apabila dilahirkan dalam keluarga selebriti yang popular, dari kecil lagi pasti cepat dikenali ramai. Samalah juga dengan Mahikaa Rampal, salah seorang anak dara pelakon tampan Bollywood, Arjun Rampal yang mulai mendapat perhatian lensa dan media Bollywood dek kejelitaannya.
Baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 21 baru-baru ini, Mahikaa merupakan anak sulung perempuan pelakon tampan itu hasil perkongsian hidup Arjun bersama bekas isterinya Mehr Jesia. Kedua-duanya berkahwin pada 1998 dan berpisah 20 tahun kemudian pada 2018. Arjun Rampal juga mempunyai seorang anak lelaki bersama Gabriella Demetriades, teman wanitanya yang terkini diberinama Arik.
Baru-baru ini, Mahikaa Rampal mula curi tumpuan selepas gambarnya di sebuah parti tular di media sosial, apatah lagi Mahikaa dilihat berseronok dengan anak-anak selebriti lain seperti Ibrahim Ali Khan, anak kepada pelakon Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor.
Menurut sumber, Arjun Rampal turut memberikan sokongan penuh kepada Mahikaa untuk terjun dalam bidang seni dan menjadi pelakon Bollywood. Malah Mahikaa juga seorang yang bijak apabila sudah mula memasuki kolej untuk menyambung pelajaran, malah Mahikaa juga berbakat dalam bermain instrumen muzik seperti piano.
Malah Arjun Rampal juga seringkali memuatnaik gambar wajah anak-anak daranya, Mahikaa dan seorang lagi anak Arjun, Myra dan menyatakan rasa bangga melihat kedua-dua anak daranya kini semakin membesar dan semakin cantik seiring dengan usia.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.