Lama tak dengar khabar penyanyi bersuara lunak, Datuk Nora Ariffin. Menjengah laman Instagram selebriti tersebut, Datuk Nora baru saja membuat persembahan di Majlis Perasmian Minggu TVET Negara (MTN) di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah baru-baru ini.

IKLAN

Lebih istimewa, majlis berkenaan turut dihadiri Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Makin Jelita & Bahagia Jadi Nenek, DATUK NORA ARIFFIN Mahu Hidup Sederhana & Tenang!
Credit Instagram @itsnoraariffin

Meniti usia 49 tahun pada Julai nanti, penampilan pelantun lagu popular Hanya Satu ini kekal mempersona. Walau bakal menghampiri umur 50 tahun tapi aura dan keanggunan Datuk Nora masih terserlah.

Apatah lagi, beliau juga sebenarnya sudah pun bergelar nenek.

Kehidupan Datuk Nora yang juga terkenal dengan dendangan lagu Di Persimpangan Dilema menjadi lebih bermakna sejak kehadiran cucu sulungnya, Ayden Johan. Diam tak diam, Ayden bakal menginjak usia dua tahun pada 26 Ogos depan.

Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan jelas terserlah wajah comel Ayden tatkala berada di samping nenda tersayang. Sweet!

Makin Jelita & Bahagia Jadi Nenek, DATUK NORA ARIFFIN Mahu Hidup Sederhana & Tenang!
Credit Instagram @itsnoraariffin
Makin Jelita & Bahagia Jadi Nenek, DATUK NORA ARIFFIN Mahu Hidup Sederhana & Tenang!
Credit Instagram @itsnoraariffin
Makin Jelita & Bahagia Jadi Nenek, DATUK NORA ARIFFIN Mahu Hidup Sederhana & Tenang!
Credit Instagram @itsnoraariffin
Makin Jelita & Bahagia Jadi Nenek, DATUK NORA ARIFFIN Mahu Hidup Sederhana & Tenang!
Credit Instagram @itsnoraariffin
Makin Jelita & Bahagia Jadi Nenek, DATUK NORA ARIFFIN Mahu Hidup Sederhana & Tenang!
Credit Instagram @itsnoraariffin
Makin Jelita & Bahagia Jadi Nenek, DATUK NORA ARIFFIN Mahu Hidup Sederhana & Tenang!
Credit Instagram @itsnoraariffin

Selesa dengan kehidupannya hari ini, Datuk Nora menerusi perkongsian di media sosial memberitahu dia kini mahu hidup tenang dan bersederhana.

“Alhamdulilah syukur kepada Allah SWT di atas segala kurniaannya. Tenang, biar sederhana tapi sempurna. Ada masa beribadah, masa dengan anak-anak cucu, masa untuk kerja dan dalam waktu yang sama syukur maruah dan kebajikan dijaga.

IKLAN

Jangan cari kesempurnaan kerana tiada yang sempurna. Kita sendiri pun banyak kelemahan dan kekurangan. Buat segala kebaikan, tinggal segala keburukan. Ajar diri, didik hati bersangka baik dalam apa situasi sekalipun.

Makin Jelita & Bahagia Jadi Nenek, DATUK NORA ARIFFIN Mahu Hidup Sederhana & Tenang!
Credit Instagram @itsnoraariffin
Makin Jelita & Bahagia Jadi Nenek, DATUK NORA ARIFFIN Mahu Hidup Sederhana & Tenang!
Credit Instagram @itsnoraariffin
Makin Jelita & Bahagia Jadi Nenek, DATUK NORA ARIFFIN Mahu Hidup Sederhana & Tenang!
Credit Instagram @itsnoraariffin
Makin Jelita & Bahagia Jadi Nenek, DATUK NORA ARIFFIN Mahu Hidup Sederhana & Tenang!
Credit Instagram @itsnoraariffin

Jangan campuri urusan hidup orang lain. Jangan berharap pada manusia, kebergantungan kita hanya pada Allah semata-mata. Jaga diri kita dan keluarga kita.

IKLAN

InshaAllah, bila hati bersih, hidup akan lebih tenang. Sentiasa doakan kebaikan untuk semua ummah especially kepada orang yang memburukkan kita. Yakin segala yang berlaku pasti ada HIKMAH. Allah works in a mysterious ways.”

Moga Datuk Nora terus kuat mendepani hari-hari mendatang dan menjadi sumber kekuatan buat ramai wanita.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI