Syukur ke hadrat Ilahi, bagi yang sedang membaca perkongsian ini, kita sebagai hamba-Nya sempat merasa malam nisfu Syaaban, malam dosa-dosa diampunkan selagi tidak syirik dan bermusuhan.

Bulan ini laporan amalan kita akan diangkat oleh Allah SWT. Oleh yang demikian, adalah lebih baik kita mengakhiri laporan amalan tahunan kita dengan memperbanyakkan ibadah dan memohon keampunan kepada-Nya.

IKLAN

Bermaksud malam pertengahan bulan Syaaban, terdapat kelebihan yang dikhabarkan oleh Baginda Rasulullah pada malam nisfu Syaaban (nisf bermakna separuh dalam bahasa Arab).

Malam Mustajab Doa, Carilah Rahmat Keampunan Pada Malam Nisfu Syaaban

 

Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang agung dalam syarak. Rasulullah SAW memperbanyakkan ibadah pada bulan ini dan disunatkan bagi kita untuk mempertingkatkan amalan dan ibadah kita sebagaimana yang disebut di dalam hadis yang sahih.

Di samping itu, terdapat beberapa hadis yang menceritakan akan kelebihan malam nisfu Syaaban. Antaranya daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam nisfu Syaaban kemudian mengampunkan sebanyak bilangan bulu kambing pengawal.” (Riwayat al-Tirmizi)

 

CARILAH RAHMAT

(1) Allah mengampuni dosa hambanya

Pada malam nisfu Syaaban, Allah akan mengampuni dosa hamba-hambanya kecuali mereka yang bertelingkah dan bermusuhan antara satu sama yang lain.

Ini berdasarkan hadis Baginda Rasulullah: Sesungguhnya Allah melihat pada malam Nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhlukNya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan. – [HR Ibn Majah 1380].

Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempunyai sifat dengki dan Allah akan membiarkan mereka ini sehingga mereka meninggal sifat tersebut.

Sifat dengki ini juga boleh digolongkan dalam golongan orang yang bermusuhan. Terdapat sebuah hadis yang melarang kita daripada sifat dengki ini.

Daripada Anas bin Malik, bahawa Baginda Nabi bersabda maksudnya: Janganlah saling memarahi, saling mendengki, saling membelakangi. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. – [HR Bukhari 5612].

Malam Mustajab Doa, Carilah Rahmat Keampunan Pada Malam Nisfu Syaaban

IKLAN

 

(2) Doa akan dimakbulkan Allah

Sememangnya seseorang itu pasti tercari-cari bilakah waktu yang mustajab apabila seseorang itu berdoa. Ini kerana, apabila kita berdoa kita mahukan apa yang kita mohon itu dimakbulkan Allah.

Tahukah kita bahawa pada malam Nisfu Syaaban doa akan dimakbulkan Allah? Rasulullah bersabda: Apabila malam Nisfu Syaaban (pertengahan bulan Syaaban), maka solatlah di malam harinya dan berpuasalah di siang harinya. Sesungguhnya Allah turun ke langit bumi pada saat itu ketika matahari terbenam, kemudian Dia berfirman: “Adakah orang yang meminta ampun kepada-Ku, maka Aku akan mengampuninya? Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku akan memberinya rezeki? Adakah orang yang mendapat ujian maka Aku akan menyembuhkannya? Adakah yang begini, dan adakah yang begini… hingga terbit fajar. – [HR Ibn Majah 1378].

Telah berkata Imam al-Syafie: Doa mustajab adalah pada 5 malam, iaitu malam Jumaat, malam al-Adha (hari raya korban), malam al-Fitri (hari raya puasa), malam awal bulan Rejab, dan malam Nisfu Syaaban. – (al-Um, 1/264).

Rugilah mereka yang sudah berada pada malam Nisfu Syaaban tetapi masih lagi alpa dan sibuk dengan urusan dunia sehingga melupai akan kelebihan ini.

IKLAN

Ditambah pula bagi mereka yang sentiasa bermusuhan di antara satu sama lain sehinggakan orang yang bermusuhan bukan sahaja rugi pada malam nisfu Syaaban bahkan mereka akan sentiasa rugi.

Ini berdasarkan hadis Baginda Rasulullah: Sesungguhnya pintu-pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis maka diampunkan setiap hamba yang tidak syirik kepada Allah dengan sesuatu kecuali bagi orang yang antara dia dan saudaranya saling bermusuhan. Lalu dikatakan: Tangguhkanlah dua orang ini sehingga mereka berdamai, tangguhkanlah dua orang ini sehingga mereka berdamai, tangguhkanlah dua orang ini sehingga mereka berdamai. – [HR Muslim 4652].

Malam Mustajab Doa, Carilah Rahmat Keampunan Pada Malam Nisfu Syaaban

 

Menghidupkan bulan Syaaban termasuk Nisfu Syaaban yang jatuh pada 7 Mac 2023 dengan ibadat seperti memperbanyakkan zikir, istighfar kepada Allah SWT, solat-solat sunat, berdoa, bersedekah dan lain-lain lagi.

Mudah-mudahan kita semua bersatu dan meningkatkan amal ibadah, meningkatkan ketakwaan dan melakukan amalan-amalan yang dituntut.

 

FIQAH HADIS

Antara fiqah hadis yang boleh diambil dan difahami:

  1. Terdapat hadis lain yang menyatakan bahawa Allah SWT turun pada setiap satu pertiga malam. Namun, di dalam hadis ini menunjukkan bahawa Allah SWT turun pada malam nisfu Syaaban sepanjang malam sebagaimana dikhabarkan oleh Nabi SAW. Malam bermula selepas terbenamnya matahari.
  2. Kita dituntut pada malam ini untuk memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT. Untuk itu, tidak dinafikan bahawa pada malam tersebut mempunyai kelebihan dan padanya terdapat keampunan serta penerimaan yang khusus bagi yang memohon ampun dan yang berdoa kepada-Nya. Disebabkan itu, Imam al-Syafie mengatakan sesungguhnya berdoa padanya iaitu pada malam nisfu Syaaban adalah mustajab.
  3. Di dalam hadis ini juga menunjukkan keampunan Allah SWT amat luas. Antaranya firman Allah SWT yang menceritakan akan Allah SWT itu bersifat dengan pengampun. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun”. (Nuh:10)

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI