Malaysian Bumiputra Designer Association (MBDA) hari ini secara rasmi melancarkan MY Gaya Month 2023 buat tahun ketiga dengan matlamat untuk mengetengahkan dan mempromosi barangan Malaysia menerusi produk- produk fesyen, gaya hidup dan teknologi; sekaligus melahirkan usahawan- usahawan baharu sambil melatih graduan fesyen dari akademi- akademi tempatan dalam industri fesyen. Kempen yang akan berlangsung selama sebulan ini dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Yang Berbahagia Datuk Azman bin Mohd Yusof, bersempena Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2023 anjuran KPDN.

IKLAN

Malaysian Bumiputra Designer Association Lancarkan MY Gaya Month, Meraikan Pemain Industri Fesyen & Kreatif Tempatan

KBBM dilaksanakan bagi mencapai objektifnya iaitu untuk meningkatkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia terhadap barangan dan perkhidmatan buatan Malaysia; merangsang pertumbuhan ekonomi domestik dengan meningkatkan pembelian barangan tempatan; meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kualiti produk serta perkhidmatan buatan Malaysia yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa; dan membantu pengusaha tempatan dalam memasarkan produk dan perkhidmatan mereka. Menurut YBhg. Datuk Azman, penganjuran My Gaya Month merupakan salah satu inisiatif strategik KBBM di mana objektifnya adalah bagi menggangkat segmen atau industri lain untuk diketengahkan dalam membantu usahawan tempatan memasarkan produk Barangan Malaysia.

Malaysian Bumiputra Designer Association Lancarkan MY Gaya Month, Meraikan Pemain Industri Fesyen & Kreatif Tempatan

Inisiatif ini menampilkan 31 orang pereka, usahawan gaya hidup dan akademi fesyen tempatan bersama koleksi- koleksi dan produk terbaru mereka yang direka/dihasilkan khas bagi kempen ini yang berkisar sekitar tema fabrik berelemen “heritage/warisan”. Acara selama sebulan ini akan menyorot kepelbagaian wawasan dan kreativiti pereka-pereka fesyen tempatan di Malaysia, di samping memberikan peluang kepada masyarakat dan pengunjung dari luar negara untuk menghayati kecantikan dan keindahan yang lahir daripada industri fesyen dan gaya hidup tempatan. Selain memberi fokus kepada produk jualan, My Gaya Month juga merupakan inisiatif untuk memupuk ilmu dalam bidang fesyen dan gaya hidup yang menjadi topik perbincangan relevan di kalangan pengamal dan peminat industri melalui forum perbincangan. Forum ini akan menampilkan pakar- pakar, ilmiawan dan juga penggiat industri:

Malaysian Bumiputra Designer Association Lancarkan MY Gaya Month, Meraikan Pemain Industri Fesyen & Kreatif Tempatan

Forum Panel 1: Fashion in Malaysia- Prospects & Issues

Ahli Panel: En Faizal Hamid (UITM); Puan Suraya Sharifuddin (Artful Brains/ Maslea); Cik Nurul Zulkifli (Mimpi Kita)
Forum Panel 2: AI, Technology & Sustainability in Fashion
Ahli Panel: En Nik Faiz Nik Amin (Ruzz Gahara); Puan Nina Faressa (Bejute); Dr Thomas Ong (Nanotextile)
Forum Panel 3: Cross Branding & Collaboration in Fashion
Ahli Panel: Dato’ Lewre Lew (Lewre); Datin Azrene Ahmad (Three Little Ahmads); Encik Leslie Variyan (Variante)
Forum Panel 4: Business in Fashion & Academies
Ahli Panel: Encik David Liew (UNITAR); Puan Amizah Amir (KVERT Setapak); Izree Kai Hafiz (FiziWoo)

MY Gaya Month 2023 akan melabuhkan tirainya secara gah dengan sebuah pertunjukkan fesyen pada 10 September 2023 di Farenheit88 yang juga akan disiarkan secara langsung oleh RTM dan di alam maya menerusi pelbagai platform seperti Facebook, Youtube, Instagram dan pelbagai lagi. Setiap pereka turut menampilkan koleksi mereka dalam platform- platform e-dagaing seperti Shopee, Lazada, Zalora dan juga laman web pereka itu sendiri. Koleksi dan produk- produk ini boleh dibeli di Farenheit88 sepanjang bulan ini dan juga di platform- platform yang telah disebut dengan harga antara RM15 sehingga RM1500. Terdapat juga pelbagai promosi seperti Merdeka Day Sale dan juga Malaysia Day Special jika pelanggan mengunjung dan membeli produk- produk di Farenheit88. MBDA juga meramalkan penjualan produk sekitar RM1,000,000.00 sepanjang bulan kempen MY Gaya Month 2023.

IKLAN

Antara barisan pereka, usahawan dan akademi yang akan memperagakan jenama mereka sempena MY Gaya Month 2023 adalah Fizi Woo, Ghadeez, Nusantara, Thalia, Jay K, Batek by Rasta Rashid, Curve by HHM, Bon Zainal dan ramai lagi.

Malaysian Bumiputra Designer Association Lancarkan MY Gaya Month, Meraikan Pemain Industri Fesyen & Kreatif Tempatan

My Gaya Month bermatlamat untuk mempromosikan jenama-jenama dan produk buatan tempatan Malaysia menerusi sokongan kepada para penggiat industri fesyen dan gaya hidup tempatan. Ia sekaligus akan turut merangsang ekonomi dan mencipta peluang pertumbuhan dalam industri fesyen dan gaya hidup.

IKLAN

Setiap pereka akan memperagakan rekaan mereka dengan 8 barangan daripada setiap koleksi pakaian lelaki, pakaian “streetwear”, busana sopan, busana “ready to wear”, busana karpet merah dan couture. Para usahawan aksesori dan juga gaya hidup seperti mekap akan berkolaborasi bersama para pereka juga.

Untuk maklumat lanjut mengenai My Gaya Month 2023, pereka- pereka yang terlibat serta koleksi- koleksi yang diperagakan, sila layari www.mbdamalaysia.com atau laman web khas setiap pereka.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI