Dari mata kasar, mereka mungkin nampak cool dan selamba. Kadang bila kekurangan itu diusik, mangsa cuma berdiam menahan geram. Ah, Bedah Tong Gas lah, Leha Katik lah, Halimah Jongang lah. Tapi ramai tak tahu, penghinaan berbaur body shaming sebenarnya berkait dengan psikologi. Silap haribulan, ada yang cederakan diri!
“Ayu malulah Aunty. Kawan-kawan Ayu semua cantik,” luah anak buah saya di Tingkatan 3 sambil menangis. Ayu ni bukan tak lawa, cuma ‘berisi’ kalau dibandingkan kawan-kawan sekolahnya yang lain. Sudahlah diejek, timbul pula rendah diri melihat rakan sebaya yang popular serta dikelilingi peminat.
Bintang Tiktok Charli D’amelio
Ya, kita jarang sedar bagaimana pengaruh aplikasi sosial seperti TikTok, Snapchat, Twitter dan Instagram menambah lagi kemurungan mangsa khususnya di kalangan remaja. Pakar psikologi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Fauziah Mohd Saad berkata, depresi yang teruk itu akan menyebabkan mangsa terdorong mencederakan diri.
“Depresi akan mencetuskan rasa rendah diri. Dia malu nak ke hadapan dan bercakap dengan orang untuk menjalinkan hubungan yang positif. Lama-kelamaan dia mula menyendiri. Bermula daripada stres biasa akan menjadi SANGAT STRES. Sampailah ke tahap di luar kewarasan dan bun0h diri,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), kesan kepada mangsa termasuklah stres dan gangguan emosi, kehilangan keyakinan diri, kecelaruan pemakanan, kemurungan malah boleh membawa kepada kejadian bunuh diri.
Ads
Membahan secara berdepan, mangsa ada peluang membalasnya namun kini mereka semakin advance, mengejek melalui media sosial. Andainya mangsa membalas, hanya di alam maya dan pelaku terus bermaharajalela mencari mangsa baru pula.
Perbuatan memalukan fizikal seseorang atau body shaming kini semakin menjalar ke media sosial. Di Facebook atau Instagram selebriti umpamanya, ruangan komen pasti penuh dengan hinaan berbaur body shaming jika post yang dihantar tidak disenangi netizen.
Ads
Kini awas! Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengklasifikasikannya sebagai jenayah. Pensyarah Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Zuraini Ab Hamid berkata, mereka yang melakukan body shaming boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
Menurutnya, sekiranya disabitkan bersalah, mereka boleh dihukum penjara dalam tempoh tidak melebihi satu tahun, denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali dan sekiranya mahu membuat laporan, mangsa boleh ke balai polis atau laporkan kepada SKMM.
“Bagi aduan kepada SKMM, mangsa boleh membuat aduan secara atas talian. Sekiranya aduan hendak dibuat di balai polis, mangsa digalakkan hadir sendiri ke balai polis berdekatan. Kesedaran berhubung perkara ini masih terlalu rendah kerana masih ramai yang tidak tahu ia adalah satu jenayah sekiranya menghina orang lain menggunakan perkhidmatan aplikasi (secara dalam talian).
Ads
Peruntukan di bawah Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) sepatutnya mampu menakutkan sekali gus mendidik mereka yang melakukannya,” katanya ketika ditemu bual Sinar Ahad.
Bagi penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata, berdasarkan peruntukan undang-undang, pelaku juga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya kerana perkataan atau isyarat yang dimaksud mengaibkan kehormatan seseorang.
Menurut beliau, adalah penting bagi mangsa mengetahui hak mereka dengan membuat laporan polis sekiranya menjadi mangsa. “Mangsa body shaming yang berasa diri dimalukan boleh membuat laporan dan siasatan akan dijalankan. Sekiranya didapati benar-benar berlaku maka tindakan boleh diambil terhadap si pelaku,” katanya.
Rujukan: Laporan Khas Sinar Harian
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum menghabiskan bulan terakhir dalam tahun 2020 ini, apakata kita gembirakan hati insan tersayang dengan bingkisan istimewa. Sungguhpun 2020 menjadi tahun cabaran tetapi kasih sayang dan ingatan indah untuk mereka jangan dilupakan!
SATURDAY SKIN YUZU VITAMIN C SLEEPING MASK
Tidurlah dengan lena selepas ‘diselimutkan’ dengan segala kebaikan daripada Yuzu Vitamin C Sleeping Mask ini. Magisnya buah Yuzu yang begitu terkenal dengan kebaikan dalam perubatan, penjagaan kulit dan mandian yang dipraktikkan dalam budaya Asia. Sebaik anda bangun dari tidur, khasiat dari buah Yuzu akan memberikan kulit terasa segar, lembap dan mengurangkan garis halus dan kedutan pada wajah. Ini berita baik kan? Cepat klik sebelum terlambat!
BRIOGEO FAREWELL FRIZZ
Bayangkan haruman minyak rosehip, argan dan kelapa membaluti mahkota indah. Tentunya bahan-bahan ini menjadi rawatan terbaik untuk rambut anda. Ia melembap, memberi kelembutan serta mengelakkan dari berlakunya rambut menggerbang. Dengan syampu, perapi dan conditioning spray dalam satu kotak, kit istimewa ini bakal menjadi teman baik anda tidak lama lagi!
TATCHA PURE GLOWING TRIO
Dihasilkan daripada beras ungu Jepun yang mewah dengan antioksidan, set tiga beradik ini iaitu Dewy Skin Cream, The Rice Wash dan The Silk Peony, anda bakal melihat perubahan kulit yang ketara lebih cerah, bersih dan halus. Hanya dengan membersihkan muka dengan The Rice Wash, anda akan begitu teruja untuk meneruskan sesi rutin kecantikan seterusnya.
HUDA BEAUTY NEW LIMITED-EDITION OBSESSIONS EYESHADOW HAZE PALETTES
Siapa yang tidak mahu menonjol dengan solekan paling indah? Pembayang mata dengan tiga pilihan warna; Khaki Haze, Sand Haze dan Purple Haze memberi modern-twist pada ikonik smokey-eye yang terbaharu. Setiap palet kekal dengan kualiti pigmented dan memudahkan anda ‘berkarya’ dengan mudah pada bahagian mata. Lihatlah pilihan warnanya, sungguh memukau!
MARIO BADESCU MINI MIST COLLECTION
Jangan kata ketika bercuti, di rumah dan di pejabat pun kita perlukan face mist atau penyegar wajah. Semburan penyegar wajah empat sekawan ini sangat menepati setiap mood anda. Di datangkan dalam set travel-friendly, kesegaran dari aloe vera, herba, rosewater, timun, teh hijau, chamomile, lavender, sage dan orange blossom boleh membuatkan anda tenang dan lebih relax.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak kecil lagi, Yang Teramat Mulia Raja Nazira Safya Binti Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ini sudah pun menjadi perhatian umum.
Kredit: Facebook Perak Press
Memiliki raut wajah yang comel, kulit putih mulus dan senyuman yang menawan, sesiapa pun pasti akan terpesona.
Kini usia anakanda kedua yang juga puteri tunggal kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim ini sudah berusia 11 tahun. Begitu pantas masa berlalu, menghampiri usia remaja.
Kredit: Instagram @tuankuzarasalimKredit: Facebook Perak PressKredit: Instagram @perakdiraja
Raja Nazira Safiya memiliki seorang kekanda lelaki iaitu Raja Kechil Besar Perak Raja Azlan Muzzaffar Shah berusia 14 tahun.
Kredit: Instagram @tuankuzarasalim
Baru baru ini berlangsungnya acara Larian Hari Keputeraan Sultan Perak bertempat di Dataran Pavillion, Kuala Kangsar, Perak.
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah diiringi anakanda, Raja Nazira Safya dan adinda, Raja Yong Sofia Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang mencemar duli berangkat menghadiri acara larian tersebut.
Kredit: Facebook Perak PressKredit: Facebook Perak Press
Paling menarik perhatian ramai adalah kemunculan anakanda baginda, Raja Nazira Safya yang semakin membesar.
Momen tersebut turut dimuat naik di media sosial dan rata-rata warga maya teruja dengan penampilan terkini Raja Nazira Safya serta memuji kecomelan baginda.
3. Raja Nazira Safya sentiasa menjadi perhatian kerana mewarisi darah campuran daripada Bondanya, Tuanku Zara Salim iaitu Inggeris (bapa) serta Melayu, Arab dan Siam (ibu).
Jenama kecantikan, SKKN by Kim yang dimiliki oleh selebriti dan usahawan terkenal, Kim Kardashian diumumkan telah ditutup secara rasmi baru-baru ini. Produk penjagaan kulit dan solekan tersebut telah beroperasi selama tiga tahun.
“Dengan penuh rasa terima kasih, kami ingin memaklumkan bahawa SKKN by Kim akan menamatkan operasinya.”
“Meskipun begitu komitmen terhadap inovasi, penjagaan diri, dan keyakinan diri yang dibawa oleh SKKN akan terus hidup melalui cara-cara baharu yang lebih menarik.”
Keputusan ini sebenarnya tidak begitu mengejutkan.
Terdahulu, Kim Kardashian dilihat lebih konsisten menumpukan perhatiannya terhadap jenama pakaian dan shapewear.
Alami Kerugian
Jenama kecantikan milik Kim Kardashian menanggung kerugian sebanyak 71.1 juta dolar AS daripada penjualan produk kecantikan, selepas mereka membuat pelaburan dalam KKW Beauty.
Sejak awal, perkembangan produknya berhadapan masalah. Salah satunya kerana rangkaian produk penjagaan kulitnya dijual pada harga yang agak tinggi, iaitu lebih daripada 600 dolar AS atau sekitar RM10 ribu. Hal ini menyukarkan para peminat untuk memiliki produk kecantikan milik selebriti berusia 44 tahun ini.
Pada 2024, Kim Kardashian mengambil langkah baharu dengan melancarkan semula rangkaian produk kosmetiknya. Dalam pelancaran tersebut telah diperkenalkan produk-produk seperti lip liner, bedak serta palet eyeshadow.
Pun begitu, langkah tersebut tidak mampu memberikan hasil yang memuaskan.
Kim Kardashian tidak sepenuhnya berundur daripada dunia kecantikan. Menurut khabar angin yang tersebar, ibu kepada empat orang anak ini dikatakan bakal membuat kemunculan semula dalam industri kecantikan dengan pelancaran produk baharu pada 2026.
Jenama tersebut dijangka akan memperluaskan lagi empayar perniagaan Kim Kardashian dalam bidang fesyen dan kosmetik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.