Bulan yang paling mulia di antara semua bulan datang lagi. Keberkatan yang menjadi hadiah utama pada Ramadan ini perlu direbut. Dalam keghairahan itu, jangan lupa untuk memberi perhatian kepada penjagaan kulit tubuh juga.
Hidrasi adalah masalah utama yang sering berlaku pada bulan Ramadan. Untuk atasinya, banyakkan minum air putih. Di samping itu, perhatikan juga penampilan anda kerana bulan Ramadan bukan alasan untuk bermalas-malas.
Rutin kecantikan perlu diteruskan. Walaupun anda sibuk dengan menguruskan rumah tangga, tentunya anda tidak mahu kelihatan terabai di hadapan suami dan untuk ke tempat kerja. Beberapa tip di bawah boleh dijadikan panduan.
Kelembapan Kulit
Memandangkan kadar pengambilan air berkurangan, melembapkan diri di bahagian luaran adalah lebih penting. Gunakan buih pembersih badan yang mempunyai kadar lembapan tinggi dan usai itu, gunakan losen badan.
Produk yang menggunakan minyak semula jadi dan mentega seperti minyak kelapa dan shea butter memberi impak sempurna berbanding losen biasa. Gunakannya pada tubuh dan kaki untuk mendapatkan kulit yang halus dan lembut.
Bebas Bau Badan
Ads
Apa kata anda gunakan pewangi semula jadi untuk tubuh? Selain menggunakan deodoran, penggunaan jus lemon juga boleh mengelakkan daripada timbulnya bau badan. Lemon mempunyai antiseptik terbaik, antibakteria dan anti-odor. Ia mengurangkan bau peluh dan meninggalkan haruman lemon yang segar pada tubuh.
Kulit Halus
Jika anda ingin bebas dari bulu halus, waxing adalah jalan terbaik.
Biarpun ia menyakitkan tetapi ia berbaloi kerana anda tidak perlu mencukurnya setiap tiga hari kerana waxing akan memperlahankan pertumbuhan bulu-bulu halus.
Face Mask dan Pengelupasan
Ads
Yogurt asli adalah helah terbaik untuk perawatan wajah. Yogurt terkenal dengan kelembapan yang ada padanya, malah ia juga memberi kelegaan pada kulit, menegang dan cara terbaik untuk pengelupasan.
Solekan
Warnai wajah dengan solekan biarpun minimalis.
Secara asasnya, gunakan bedak asas, pemerah pipi, maskara dan pengilat bibir untuk tampil sederhana tetapi masih menawan.
Ads
Rehatkan Rambut
Hampir setiap hari rambut menjadi ‘mangsa’ pencemaran dan bahan kimia. Sesekali, rehatkan rambut daripada sebarang produk.
Masker rambut seminggu sekali untuk mengekalkan kesihatan rambut. Anda juga boleh menggunakan masker dari tanah liat agar minyak berlebihan dan kotoran pada rambut boleh dibersihkan.
Rias Kuku
Pada waktu siang, banyak kerja-kerja rumah boleh diselesaikan sehingga boleh menyebabkan tangan menjadi kasar. Pada waktu malam, rawatan lebih tertumpu pada bahagian tangan.
Tidak perlu krim atau peralatan merias, cukup sekadar losen yang memberi lembapan secukupnya. Palitkan setompok kecil losen pada kuku dan kutikel. Keesokan harinya, ketika anda bangun untuk sahur, kulit tangan dirasakan lebih lembut dan halus.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak cantik tak semestinya buatan luar negara, produk lokal juga boleh menjadikan wanita cantik dan berkeyakinan tinggi. Namun, apa yang penting setiap produk yang kita guna, biar sesuai sama ada jenis kulit atau hormon dalam tubuh.
GUMASH NOURISHING HAIR COLOR
Ramai wanita Muslimah yang masih ragu-ragu untuk menggunakan pewarna rambut kerana bimbang untuk dibawa solat. Kini Gumash Nourishing Hair Color yang dibawakan oleh Rangkaian Mercu Health & Beauty berkongsi manfaat pewarna rambut berkonsepkan inai yang patuh syariah. Gumash Nourishing Hair Color menggunakan bahan-bahan yang tidak bercanggah dengan syarak dan telah diteliti. Dirumuskan khas untuk rambut orang Asia, memberi pilihan tiga warna menarik iaitu Black, Dark Brown dan Dark Red. Gumash Nourising Hair Colour didatangi dengan kit lengkap mengandungi Gumash Color Cream, Gumash Hair Developer Lotion, Gumash Hair Shampoo, Gumash Hair Conditioner dan Gumash Hair Serum.
NITA COSMETICS
Sebuah solekan tidak akan lengkap tanpa palitan lipstik yang menghias sang bibir. Variasi lipstik perlu diteliti agar bibir tidak mengering sehingga mengelupas. Nita Cosmetics telah memperkenalkan rangkaian lipstik terbaharu dengan mengambil inspirasi suasana dan nilai estetika kedai kopitiam. Koleksi warung ini menawarkan 5 warna gincu yang menarik dan boleh dipakai oleh setiap wanita tanpa mengira usia. Hadir dengan nama-nama yang unik seperti Ais Kepal, Miloh, Teh Tarik, Bandung dan Kopi Susu melengkapkan gaya solekan yang lebih berwarna dan menarik.
JUS GOYANG RAPAT BY RCW
Bukan mudah menjadi seorang wanita yang perlu melakukan tugas multi fungsi sebagai seorang ibu, isteri dan wanita berkerjaya. Tubuh lesu dan kurang bertenaga akibat melunaskan tanggungjawab sebagai seorang wanita kadang-kadang boleh menggugat keharmonian rumah tangga. Rawat tubuh sebelum terlambat dengan Jus Goyang Rapat By RCW yang diasaskan oleh Selebriti Rozita Che Wan. Jus yang dihasilkan daripada ekstrak herba terpilih seperti Ginseng, Kacip Fatimah, Pueraria Mirifica, Kurma, Buah Roselle, Kunyit, Daun Pegaga dan Buah Manjakani ini terbukti berkesan untuk menghilangkan lesu dan sakit badan.
YOUNG BEBE
Kunci kepada solekan sempurna terletak kepada pemilihan bedak asas. Namun, masih ramai wanita yang masih keliru memilih bedak asas sehingga terlihat tompokan bedak asas yang tidak sempurna di atas kulit wajah. Produk kosmetik Young Bebe telah memperkenalkan bedak asas yang wajib dimiliki oleh setiap wanita. Melalui teknologi kecantikan, bedak asas ini mampu merangsang produksi kolagen sehingga 150 peratus yang menjadikan kulit lebih halus dan kelihatan lebih muda daripada usia sebenar. Sapuan yang lembut melalui tekstur bedak asas yang mengandungi bahan-bahan istimewa serta menjadikan kulit lebih sekata dan cantik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Makin menginjak usia makin cantik berseri-seri Watie Sadali. Sejak berakhirnya konsert Elite pada 20 September lalu, nama Watie kembali menjadi perhatian dan bualan peminat. Ini selepas aksi lincah dan penampilan menawannya di pentas mencuri tumpuan khalayak.
Meskipun sudah meniti usia 49 tahun namun pesona salah seorang penyanyi kumpulan wanita popular Elite ini tetap menyerlah.
Mengikuti perkembangan Watie di media sosial, figura ini cukup aktif orangnya. Selain menyanyi dan berlakon dia juga dikenali sebagai guru zumba.
Tidak hairanlah, pada usia menghampiri 50 tahun Watie Sadali mampu mengekalkan susuk tubuh langsing dan bertenaga!
Disember nanti, usia perkahwinan Watie dan Joey atau nama penuhnya Zulkifli Daud mencecah usia 14 tahun. Pasangan selebriti sama cantik sama padan ini dilapor mendirikan rumah tangga pada 22 Disember 2011.
Bersandarkan populariti yang diraih, Watie dan Joey turut menerima tawaran selaku pengacara. Mereka juga sudah beberapa kali mengendalikan majlis bersama-sama. Murah rezeki!
Sebelum bernikah dengan pelawak terkenal berkenaan, Watie pernah berkahwin namun akhirnya bercerai. Hasil perkahwinan tersebut, dia dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Ahmad Afif Danial.
Anak Teruna Watie Sadali Dah 21 Tahun
Mei lepas, anak teruna kesayangan menyambut ulang tahun kelahiran ke-22. Bersempena hari lahir Afif, Watie tidak ketinggalan menitipkan doa yang baik-baik buat anak tunggal tersayang.
“Cepat betul masa berlalu mummy tak sangka. Anak adalah harta yang paling berharga dalam dunia ni sentiasa beri mummy dan babah kekuatan dan semangat untuk menempuh hari-hari. Kasih sayang mummy dan babah tak pernah habis.
Mummy doakan anak jadi anak yang soleh, sihat tubuh badan dan berjaya dalam hidup, sentiasa menghormati orang lain.
Ingat Allah ingat mummy dan babah. InshaAllah anak akan berjaya dunia dan akhirat.”
Semoga rumah tangga Watie Sadali dan Joey bahagia sampai ke syurga di samping anak tersayang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sinetron negara jiran berjudul ‘Mutiara Hati’ pernah menjadi fenomena di Malaysia sekitar tahun 2005, watak bu Arini yang dilakonkan oleh aktres jelita tanah seberang Inneke Koesherawati memberikan kesan mendalam kepada rakyat di negara ini.
Inneke Koesherawati antara penyeri dalam drama berepisod tersebut. Watak dan jalan ceritanya cukup memberi kesan serta pengajaran.
Siapa sangka Inneke yang terkenal sebagai pelakon filem panas Indonesia sekitar tahun 1990-an, akhirnya mendapat hidayah dan memutuskan untuk berhijab pada tahun 2001 dan kekal istiqamah sehingga kini.
Pada tahun 2013, Inneke menyatakan hasrat mengundurkan diri industri seni kerana ingin fokus menguruskan suami, anak-anak dan keluarganya. Bagaimanapun, Inneke masih mempertimbangkan tawaran sebagai pengacara dan juga model busana muslimah.
Biarpun kini jarang muncul di televisyen namun Inneke Koesherawati masih aktif dalam dunia peragaan dan iklan.
Aura kecantikan wanita tinggi lampai ini masih terserlah biarpun usianya kini sudah mencecah 48 tahun.
AWET MUDA
Pada usia 48 tahun, Inneke Koesherawati kelihatan awet muda. Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata ini masih bergiat aktif sebagai model dalam pertunjukan fesyen muslimah di negaranya.
Selain itu, Inneke Koesherawati tetap aktif berkumpul dengan rakan-rakan selebriti meski wajahnya sudah jarang menghiasi layar televisyen.
FASHIONISTA!
Jika berada di luar negara, Inneke Koesherawati kelihatan bergaya dengan tudung labuh yang digabungkan dengan outer wear dan seluar hitam longgar.
MANIS BERHIJAB Biarpun sering bertudung labuh yang digabungkan bersama jubah berwarna krim, Inneke Koesherawati tetap kelihatan menawan.
Setiap kali memuat naik hantaran di Instagram, Inneke Koesherawati sering menutup ruangan komen.
Untuk rekod, pada tahun 2004 Inneke Koesherawati mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan berstatus duda bernama Fahmi Darmawansyah.
Mereka melangsungkan pernikahan di Menara Saidah yang merupakan aset keluarga Fahmi Darmawansyah. Ternyata, suami Inneke Koesherawati berasal dari keluarga yang berada dan terkenal.
Sekadar info artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Beruntungnya usahawan kosmetik Cubre Mi, Afzalizah Nizam Azizan dapat mengerjakan umrah kali ini meskipun dalam keadaan sedang berbadan dua! Bukan semua orang dikurniakan rezeki untuk jadi tetamu Allah. Apatah lagi ketika sarat hamil. Tapi atas izin-Nya, Afzalizah atau mesra disapa Liza memanjat kesyukuran kerana hasrat untuk ke sana ...