
Apabila berbicara mengenai pasangan Hollywood yang romantis, pastinya dua figura ini tersenarai dalam senarai tersebut. Bintang bola sepak, David Beckham, 47, serta ikon fesyen, Victoria Beckham, 48, merupakan antara pasangan romantis di Hollywood yang sering menjadi tumpuan media.
Pasangan sejoli ini mendirikan rumah tangga pada 4 Julai 1999 dan dikurniakan empat cahaya mata, Brooklyn, Romeo, Cruz dan Harper Seven.
Kehidupan mereka ibaratkan impian semua. Bukan sahaja memiliki kehidupan yang bahagia, malah kedua-dua pasangan ini tidak pernah hilang popularitinya biarpun sudah memiliki anak.
Victoria yang kini sibuk dengan jenama fesyennya kelihatan semakin cantik dan seksi biarpun meningkat usia. Begitu juga dengan David yang sentiasa menjadi duta kempen jenama-jenama sukan popular, kelihatan kacak dan kemas walaupun sudah bergelar bapa. Memiliki sebuah keluarga yang bahagia, ada sahaja momen lucu bersama anak-anaknya yang dikongsikan oleh David di laman sosial.
Baru-baru ini, Victoria mendedahkan anak perempuannya, Harper Seven Beckham malu mempunyai ibu bapa yang terkenal. Berbeza dari anak-anak kecil yang lain, Harper merasakan ibu bapanya menganggu waktu pembelajarannya di sekolah.
Malah, tambah salah seorang penyanyi kumpulan Spice Girls itu, anak bongsunya itu berasa malu apabila suaminya, David Berckham menghantarnya ke sekolah dan meminta untuk menaiki bas seperti mana rakan-rakannya yang lain.
Lebih melucukan apabila Harper meminta ayahnya memberhentikan kereta jauh daripada pintu pagar sekolah kerana tidak mahu orang lain melihat dia turun daripada kereta mewah, Rolls Royce.
Menerusi perkongsiannya dalam episod terbaharu podcast Armchair Expert baru-baru, dia hanya mengetahui tentang hal ini apabila David memberitahunya ketika berbual-bual mengenai anak kesayangannya itu.
Sumber gambar: Instagram David Beckham
4 Kali Bersalin Czer, Dato’ Jamal Kagum Semangat Isteri Urus Anak-Anak Masa Hamil!

Semangat seorang isteri bergelar ibu memang luar biasa. Sampaikan Dato’ Jamal Abdillah pun kagum dan terharu dengan pengorbanan isteri tercinta yang sanggup bertarung nyawa demi zuriat!
Apatah lagi, ia merupakan kali keempat isterinya iaitu Datin Zaiizzati Khiruddin selamat melahirkan anak secara pembedahan atau cesarean (czer).
Ramadan lepas, ibu muda tersebut bersalin anak keempat yang merupakan bayi perempuan diberi nama Rahil Laura Salsabila Yamani.
Berkongsi video mengenai pengalaman hamilnya bersempena Hari Ibu baru-baru ini, Datin Zai turut berterima kasih kepada para doktor di Columbia Asia Hospital yang banyak membantunya.
Tampil mengenakan baju maroon sedondon dengan Dato’ Jamal, wanita cekal yang duduk di sisi suami kelihatan sebak dan mengesat air mata saat penyanyi lagenda berkenaan mendendangkan lagu Kasih Ibu.


“Tak dirancang pun, semua tak dirancang. Terlanggar,” ceritanya sambil ketawa apabila diaju mengenai kehamilan keempat.
Sementara itu, mengulas lanjut Dato’ Jamal mendedahkan, “Benda yang kadang-kadang pening juga untuk saya ialah appointment doktor. So kadang-kadang, delay la dua atau tiga hari lagi kan. Tapi dia (isteri) jaga sangat.
Appointment dengan doktor memang dia jaga. Benda tu boleh delay dan kita boleh call (hospital).
Mungkin hari ni kita busy, esok boleh kan. Dia nak hari tu juga. Serba-salah sedikitlah.”
Tambah Datin Zai, “Sebenarnya dari baby first sampai yang ni (anak keempat) semuanya czer. Perasaan tak tahu nak cakaplah, semua ada. Takut tu ada, risau pun ada. Tapi tak pernahlah doktor bebel pun.
Kalau boleh nak lah bagi dia tahu kita punya perasaan masuk (labour room).”
Ucapan romantis isteri buat Dato’ Jamal https://www.nona.my/bergaya-segak-sukses-usia-64-isteri-cantik-dato-jamal-abdillah-titip-ucapan-romantis-sempena-birthday/



Terharu dengan semangat isteri, celah Dato’ Jamal, “Saya hari-hari dengan dia kan saya tengok perut dia berat, dia bawa sendiri baby, dia angkut anak ke sana sini.
Dia ni kuat betullah. Kalau saya, memang saya surrender.”
Tanggal 7 Mei, genap 64 tahun usia penyanyi kelahiran Perak ini. Dia merupakan bapa kepada enam cahaya mata dan baru saja menyambut kelahiran bayi bongsu pada April lepas.
Dato’ Jamal mendirikan rumah tangga dengan Datin Zai Izzati pada 1 April 2017 yang juga perkahwinan keempatnya.


Pasangan ini dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, El Isaac Yamani, Iskandar Rayyan Yamani, dan Rahil Laura Salsabila Yamani.
Melalui perkahwinan terdahulu, Jamal dikurniakan dua anak lelaki iaitu penyanyi, Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani.
“Gara-Gara Terlalu Sibuk, Saya Abaikan Masa Dengan Anak! Tiba-Tiba…” Ibu Ibu Berkerjaya MESTI BACA Kisah Magik Ini

Pernah tak, bila anda tiada masa untuk spend time dengan anak sebab terlalu sibuk, tiba-tiba terasa seperti ini, ‘Ya Allah, banyaknya kerja! Bukan taknak beri masa pada anak, tapi tak sempat!’
Selalu, kan?
Setiap wanita dianugerahkan satu superpower yang datangnya entah dari mana. Selepas seharian di pejabat, pulang saja ke rumah terus berkejar membereskan kerja rumah pula. Tak sempat berehat pun!
Penat itulah yang sebenarnya menjadikan wanita seorang yang garang. Memahami dilema wanita berkerjaya yang terpaksa menguruskan rumah tangga seperti ini, Nona berkongsi keajaiban Love Parenting seperti yang dialami oleh Dr. Siti Ujila Masuri, seorang Pensyarah di Fakulti Kejuruteraan UPM dan Pengasas Teknik ADHA (Allah Dalam Hati Anakku).
Semoga sharing ini bermanfaat dan dapat memupuk sifat ibu yang penyayang serta pemaaf terhadap anak-anaknya. Norzalina Mohd Alias
====================================
Bukan kita sengaja tak mahu spend time dengan anak-anak. Tapi memang baju berbakul-bakul nak kena lipat dan gosok dari minggu lepas lagi. Pinggan mangkuk pun tersusun bertingkat-tingkat, bukan dalam almari tapi kat dalam sinki.
Bila kita lihat anak jadi leka tengok tv sampai berjam-jam, yang kecil makan sorang-sorang sampai comot pipi hidung, hati mak mana yang tak terusik.
‘Alahai kasihannya anak aku… Sorry sayang Mama, tak sempat Mama nak spend time dengan korang. Kerja Mama menimbun’
Betul. Lagi-lagi ibu berkerjaya yang tiada pembantu rumah. Balik rumah dengan bateri tenaga dah blinking tapi perlu pula sambung tugasan di rumah.
Sudahnya jangan kata nak spend time dengan anak, nak cakap elok-elok pun satu cabaran. Silap haribulan, anak salah sikit pun Mama dah terus melenting.
Itulah yang terjadi pada saya baru-baru ini, kira-kira sebulan lebih yang lalu. Saya nak kongsikan kisah ini sebab ada pengajaran berharga yang tak mampu dibayar wang ringgit.
Hari itu weekend. Sabtu ke Ahad, saya tak berapa ingat. Yang saya ingat, hari itu saya memang sibuk dengan kerja-kerja di rumah. Sebab sudah hampir seminggu berada di Terengganu sebelumnya.
Jadi bila balik, baju punyalah banyak nak dibasuh, sidai, lipat, gosok. Bertrip-trip. Dah macam kedai dobi rasanya.
Anak-anak memang ‘acara bebas’ habis hari itu. Tak sempat Mama nak spend time dengan mereka. Dalam hati tu cuma nak satu je… nak kerja-kerja kat rumah settle, itu yang penting masa tu.
Then petang itu ada satu waktu…. Dua orang anak saya, Yaya dan Aqif masa tu tengah tengok tv. Saya pula sedang menggosok baju sejak entah jam berapa sebelumnya.
Saya tengok Yaya. ‘Hmm… Dari tadi dia tengok tv.’
Bila saya tengok jam, ‘Dah pukul 6 lebih.’
Saya terus cakap sambil tangan terus menggosok dengan kaki yang dah lenguh berdiri, “Kakak, dah solat Asar?”
Saya tanya elok-elok je pun. Yaya jawab, “Belum.” Perlahan saja.
“Dah, pergi solat,” arah saya.
Alhamdulillah, bila saya cakap macam tu Yaya terus bangun menuju ke biliknya. Pintu bilik ditutup. Lama, dia tak keluar-keluar.
‘Eh, okay ke tak Yaya ni?’
Entah kenapa hati saya rasa tak sedap. Sebab Yaya jarang nak tutup pintu biliknya. Entah kenapa waktu itu memang saya terdetik nak jenguk dia.
So saya matikan suis iron. Ketuk pintu bilik dia dan saya masuk. Rupanya Yaya sedang duduk di tepi katil. Dia tak buat apa-apa, just duduk situ. Diam. Mukanya sugul.
‘Eh, laa… buat apa ni? Nape tak solat lagi?’
Spontan soalan ni singgah di fikiran saya. Darah dah mula rasa nak mendidih. Hati panas. Orang suruh solat, dia tercegat duduk kat sini kenapa?
“Kenapa ni Yaya?” Saya tanya dia. Nada dah mula nak pitching. Muka dah mula nak transform jadi singa. Yaya pula dah ready nak ‘masuk gear’ menangis.
Dalam hati Mama dah mula membebel, ‘Kita punyalah banyak kerja, penat berdiri menggosok dari tadi. Time ni la dia nak buat perangai pulak. Kita tak marah tak apa, dia pula yang nak merajuk’, bebel saya sorang-sorang dalam hati. Sebenarnya dah OTW dari hati nak ke mulut. Tunggu masa je.
Tapi Tuan-Puan, satu magik berlaku waktu itu. Magik daripada Allah.
Sebab waktu itu, waktu yang saya rasa hati ni dah macam gunung berapi yang ready nak meletup… tiba-tiba hati saya terjentik, ‘Eh! Ya Allah. Apa aku buat ni? Love parenting, Mama!’
Secara tak semena-mena, terus darah yang macam nak mendidih tadi bertukar jadi setenang-tenang air di kali. Terus saya duduk di sebelah dia dan saya rapatkan duduk saya itu.
“Nape ni sayang?” Saya tanya soalan yang sama, cuma kali ini suara saya sudah tidak tinggi bahkan penuh dengan rasa simpati. Rasa ingin mengerti. Saya tak tahu macamana tiba-tiba nada saya, hati saya, emosi saya, bertukar completely opposite.
Subhanallah. Satu rasa yang sukar diungkap. Waktu itu Yaya sudah mula menangis. ‘Allah, kesiannya anak aku.’
Sebab Yaya diam bila saya tanya dan hanya menangis, saya tanya lagi, “Nape ni sayang? Cakap dengan Mama.”
Saya peluk Yaya. Dia menangis lagi. “Nape Yaya nangis? Cakapla dengan Mama.”
Tapi masih tiada jawapan. Akhirnya saya ambil langkah untuk cuba meneka, “Sebab Mama tak layan Yaya?”
Yaya angguk.”Mama asyik dengan baju je”, tiba-tiba dalam esakannya, dia berkata-kata. Esakan yang masih tidak mahu reda.
Ya Allah! Sedihnya saya rasa. Saya langsung tak sangka yang anak saya boleh sesedih ini bila saya sibuk menguruskan rumah terutamanya baju-baju itu. Saya terus memeluknya lebih erat.
“Sorry kakak. Mama sorry ek.”
Saya leraikan peluk dan pandang mukanya, cuba untuk memberi kefahaman.
“Bukan Mama tak nak layan Yaya tapi sekarangkan Nenek (Bibik) dah takde. So Mama kena lipat baju, gosok baju, kemas rumah. Itu yang Mama tak sempat nak main dengan Yaya,” kata saya, cuba untuk beri penjelasan. Alhamdulillah, tangisan Yaya mula berkurang.
Saya tambah lagi.
“Okay macam ni, kejap lagi nanti, kerja Mama dah siap, kita main dinasour okay?” Pujuk saya dengan nada memberi janji dan harapan.
Sebab saya tau, anak saya ni memang suka saya ‘main dinasour’ dengannya adik-beradik. Saya lihat ada senyuman yang terukir di wajahnya yang basah itu. Saya terus peluk Yaya kembali. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Kau pujuk hati anakku ini.
Terima kasih, Tuhanku. Kau beri aku magik ini. Dari terus mahu marah, membebel dan menghukum, Kau cepat-cepat jentik aku, beri aku ilham untuk cuba memahami dan mengerti sekeping hati nurani pada tubuh kecil di hadapan ku ini.
Betul Tuan-Puan, memang saya anggap apa yang berlaku ini bagaikan satu magik. Sebab kalau ikut emosi saya yang dah mula nak marah waktu itu, yang kaki dah memang penat berjam-jam berdiri menggosok baju, dan kerja pula masih banyak… jawabnya memang kena bebellah Yaya. Tak pun kena marah sebab mengada-ngada sangat.
Tapi subhanallah, alhamdulillah dengan magik daripada Allah, Yaya tersenyum dan kami berpelukan.
Yang ini pula paling best. Sebab rupanya magik itu tidak terhenti di situ.
Malam itu selepas solat Maghrib, Yaya ke dapur dan saya yang berada tidak jauh darinya, dengar dia cakap sesuatu,”Nak tolong Mama basuh pingganlah. Nanti kalau kerja Mama cepat siap, bolehlah Mama main dinasour dengan Yaya,” suaranya girang. Wajahnya ceria. Lengan bajunya mula disinsing dan tangannya mula mencapai pinggan-pinggan kotor di sinki itu.
Saya yang dengar… Ya Allah, touchingnya. Saya touching bukan semata-mata sebab Yaya nak tolong saya buat kerja rumah. Tapi bila saya tahu, betapa besarnya keinginan dia untuk ‘main dinasour’ dengan saya.
Ia satu ‘fun time’ activity yang saya suka buat dengan anak-anak untuk bonding dengan mereka. Memang best sebab Mama akan bertukar jadi dinasour yang lapar, yang akan mengejar anak-anak untuk makan dan anak-anak pula akan lari lintang-pukang satu rumah sambil tergelak sakan sampai sakit perut dibuatnya sebab gelak sambil berlari.
Ia cara paling best untuk bonding dengan anak dan antara yang saya kongsikan dalam buku Love Parenting.So malam itu, alhamdulillah kerja saya semua selesai dan memang kami main ‘dinasour’. Punyalah gembira dua beradik ni dan Mama pula dapat hilangkan penat selepas seharian berpenat!
Apa yang berlaku ini beri saya banyak pengajaran:
- Being a mom, yang kena pula uruskan macam-macam kerja, it is normal bila kita penat dan emosi buat kita cepat nak marah. Mama kena tau, that it is completely normal sebab kita hanyalah manusia biasa. Cumanya, kita tak nak berbawa-bawa emosi itu hingga menambah luka di hati anak.
- Anak merajuk, anak sedih, anak mengamuk, itu juga normal kerana mereka juga hanyalah manusia biasa yang ada perasaan. Tugas kita selain mendidik dan menasihati mereka, adalah untuk cuba juga mendengar, mengerti, memahami apa yang mereka rasai kerana mereka juga ada hati.
- Yang bestnya ialah, bila kita biasa buat ‘love parenting’ di waktu-waktu lain, waktu anak okay, waktu emosi kita baik, insyaAllah kesedaran untuk buat ‘love parenting’ semasa anak buat perangai akan datang dengan mudah. Kita akan cepat tune balik cara kita bertanya, cara kita bercakap, bahasa badan dan mimik muka supaya kita dapat buat apa yang disebutkan pada No. 1 dan 2 di atas.
- Bila kita bonding dengan anak, ada aktiviti yang istimewa kita buat dengan anak yang anak enjoy sangat dan akan rindukannya bila kita sibuk, aktiviti ini akan jadi satu penyebab, motivasi kat anak untuk bantu kita. Mudahkan kerja kita. Dengar cakap kita. Because all they want is us spending time with them. Given proper encouragement, they would love to help out knowing eventually they themselves get the benefit out of it.
- Hidup ini mudah, masalah dan konflik mudah selesai bila ia diuruskan dengan cara yang betul. Cara kasih sayang. At the end of the conflict, kedua-dua pihak saling memeluk, saling merasa aman, yang menangis sudah mampu tersenyum, yang nak marah sudah reda emosinya, kerja semakin mudah dilakukan hingga siap, dan akhirnya masing-masing merasa bahagia having each other.
Isn’t life beautiful?
Kredit: Facebook Dr. Siti Ujila Masuri
Trend Sambut Puasa Di Mekah, Kena ‘Alert’ Sambut Aidilfitri Ikut Malaysia Atau Arab Saudi

Sejak Arab Saudi membuka sempadan dan membenarkan aktiviti umrah, ramai yang mengambil kesempatan untuk mengunjunginya dan dah jadi trend sambut puasa di Mekah.
Seronok melihat kawan-kawan yang ‘dijemput’ melakukan ibadah umrah dalam bulan puasa dan seakan menjadi trend sambut puasa sambil melakukan ibadah umrah.
Sebagaimana yang kita ketahui Arab Saudi mula berpuasa pada hari Sabtu, 2 April 2022. Manakala kita di Malaysia mula berpuasa pada hari Ahad 3 April 2022 dan dijangkakan menyambut hari raya pada 3 Mei 2022.
Ini bermakna jika jemaah yang menyambut Ramadan di Tanah Suci mereka akan berpuasa selama 31 hari sekembalinya jemaah umrah ke tanah air. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberi penjelasan tentang trend sambut puasa di Mekah ini;

Bilangan Hari di dalam Bulan Hijriah
Sebagaimana disebutkan dalam hadith Ibnu ‘Umar R.Anhuma, katanya: Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya bulan (hijriyah) antara 29 hari (atau 30 hari). Janganlah kamu berpuasa sehingga kamu melihat hilal (anak bulan). Dan janganlah kamu berhari raya sehingga kamu melihat hilal. Jika hilal tidak kelihatan, maka genapkanlah bulan Sya’ban menjadi 30 hari.”
Begitu juga dengan hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Umar R.Anhuma, daripada Nabi SAW, bahawa Baginda bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya kami adalah umat yang ummi, kami tidak menulis dan kami juga tidak mengira. Satu bulan itu, begini dan begini.” Maksudnya, kadang-kadang (jumlah harinya) dua puluh sembilan hari dan kadang-kadang tiga puluh hari.”

Berpuasa 31 Hari Disebabkan Oleh Permusafiran
Pada asasnya, berpuasa pada bulan Ramadan dan juga berhari raya pada bulan Syawal ditentukan berdasarkan kelihatannya anak bulan. Asas kepada perkara ini adalah berdasarkan sabda Nabi SAW :
Maksudnya: “Berpuasalah jika kamu melihatnya (anak bulan), dan berbukalah (berhari raya) jika kamu melihatnya (anak bulan)”
Maksudnya: “Jika kamu melihat anak bulan, maka berpuasalah, dan berbukalah (berhari raya) jika kamu melihatnya.”

Syeikh Muhammad al-Zuhaili menyatakan: Di dalam mazhab al-Syafi’ie, penentuan masuknya bulan Ramadan atau bulan Syawal adalah berdasarkan anak bulan yang kelihatan di negara yang mempunyai matla’ yang sama.
Matla’ bermaksud kawasan yang berada pada jangka masa waktu terbit dan terbenam matahari serta bulan yang hampir sama, atau lebih mudah difahami, ia bermaksud negara yang berkongsi waktu siang dan malam mereka.
Al-Khatib al-Syarbini menyatakan: “Dan apabila dilihat anak bulan di sesuatu negara, maka hukumnya adalah sama seperti negara yang berhampiran dengannya, sebagaimana kota Baghdad dengan kota Kufah kerana kedua-duanya seolah-olah seperti satu negeri, bukannya (hukum yang berbeza) bagi negeri yang jauh seperti Hijaz dan ‘Iraq pada pendapat yang lebih tepat”.

Berkenaan dengan seseorang yang memulakan puasa di negara lain seperti di Arab Saudi atau yang sekitarnya yang memulakan puasa awal sehari disebabkan oleh kelihatannya anak bulan di negara mereka, kemudian dia bermusafir ke negara lain yang memulakan puasa lewat sehari dan melengkapkan 30 hari Ramadan, maka hal ini akan menyebabkan dia berpuasa selama 31 hari. Justeru, al-Khatib al-Syiribini telah menjawab berkenaan isu ini, katanya:
“Apabila tidak kelihatan anak bulan di satu negeri yang jauh, lalu dia bermusafir ke negeri yang belum kelihatan anak bulan Syawal dari negeri yang kelihatan anak bulan bagi sesiapa yang berpuasa di situ, maka pendapat yang paling sahih ialah dia wajib menyertai mereka, walaupun dia telah mencukupkan tiga puluh hari berpuasa.
Hal ini kerana dengan perpindahannya ke negeri mereka (negeri yang belum kelihatan anak bulan Syawal), maka dia telah menjadi salah seorang daripada mereka, maka terpakai kepadanya hukum sepertimana hukum ke atas penduduk negeri tersebut”.

Pengarang Kitab al-Fiqh al-Manhaji juga menyatakan: Berdasarkan hadis tersebut, para ulama menetapkan sesiapa di kalangan penduduk negeri yang telah kelihatan anak bulan, pergi ke negeri yang jauh, di mana penduduknya belum wajib berpuasa, maka dia hendaklah bersama-sama mengakhiri puasanya, sekalipun telah cukup 30 hari.
Ini kerana dengan berada di negeri tersebut, dia dikira sebahagian daripada penduduknya dan tertakluk kepada peraturan mereka.
Pandangan ini adalah bersandarkan kepada hadis sahih yang telah diriwayatkan daripada Kuraib, katanya:
Maksudnya: “Aku melihat anak bulan di Syam pada malam Jumaat, kemudian aku pulang ke Madinah, lalu ibn ‘Abbas bertanya kepadaku: ‘Bilakah kamu melihat anak bulan?’ Aku menjawab: ‘Kami melihat pada malam Jumaat’, ibn ‘Abbas bertanya lagi: ‘Adakah engkau sendiri melihat anak bulan itu?’, Aku menjawab: ‘Ya, orang lain pun melihatnya dan mereka juga berpuasa, Mu’awiyah turut berpuasa.’
Ibn ‘Abbas berkata, ‘Kami di sini melihat anak bulan pada malam Sabtu, oleh itu kami terus berpuasa sehingga kami sempurnakan 30 hari Ramadan, Aku bertanya, ‘Tidakkah memadai bagi kamu dengan anak bulan yang dilihat oleh Mu’awiyah dan puasanya?’ Ibn ‘Abbas menjawab, ‘Tidak! Beginilah caranya Rasulullah SAW menyuruh kami berbuat demikian.”
Syeikh Abdul Aziz bin Baz pernah ditanya berkenaan hal ini, maka jawab beliau: Hendaknya dia memulakan berpuasa dengan negeri yang dia berada dan berhari raya dengan negeri yang didatangi walaupun dia akan berpuasa lebih daripada 30 hari. Hukum dia berhari raya adalah bersama dengan negeri yang dia berada. Hal ini kerana Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Puasa adalah bersama dengan manusia di tempat kalian berpuasa. Berhari raya bersama dengan manusia di tempat kamu berhari raya. Berhari Raya Eid al-Adha juga bersama dengan manusia berhari raya.”
Maka bagi orang tersebut hendaklah ia berpuasa dan berhari raya dengan orang yang ada di negerinya.
Kesimpulan
Matla’ negara Malaysia adalah berbeza dengan matla’ Arab Saudi kerana kedudukan kedua-dua negara ini adalah berbeza. Jarak antara Malaysia dan Arab Saudi adalah dianggarkan dalam 7000 kilometer dan jarak masa antara kedua negara ini adalah lebih kurang 5 jam.
Kedudukan Arab Saudi yang berada pada kedudukan yang lebih barat berbanding negara kita menyebabkan peluang untuk anak bulan kelihatan di negara berkenaan adalah lebih tinggi berbanding di negara kita.
Justeru, ketika anak bulan dicerap pada waktu matahari terbenam di Arab Saudi, kedudukan anak bulan tersebut adalah lebih tinggi berbanding di Malaysia.
Oleh itu, kemungkinan peluang untuk anak bulan dapat dilihat adalah lebih tinggi di Arab Saudi berbanding di negara kita. Hal ini menyebabkan berlakunya perbezaan pada hari bermulanya Ramadan, Syawal dan bulan-bulan yang lain.
Justeru, dalam isu ini, kami melihat bahawa walaupun berlaku perbezaan permulaan hari puasa, dan dia bermusafir ke negeri lain yang lewat sehari daripadanya sehingga menyebabkan dia berpuasa 31 hari, maka dia wajib mengikut hukum di tempat dia berada pada ketika itu walaupun dia berpuasa selama 31 hari sebagaimana hujah-hujah yang kami kemukakan di atas.
Akhirnya, semoga dengan sedikit penjelasan yang diberikan ini mampu memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik. Amin.
Beginilah jawapan tentang persoalan trend sambut puasa di Mekah.
Sumber: https://maktabahalbakri.com/877-berpuasa-31-hari/
Baca juga; Ustaz Don Kongsi 7 Amalan Sunnah, Rugi Kalau Tak Amalkan