Nama Elyana dikenali dalam kalangan peminat muzik tanah air sekitar awal tahun 2000. Industri hiburan pada era itu cukup meriah dengan kehadiran ramai bakat muda baharu antaranya Siti Nordiana, Syura, Tomok New Boyz, Naqiu Boboy dan Lan Kristal. Setiap penyanyi ini memiliki identiti tersendiri dan mencipta fenomena.
Figura cantik ini memulakan karier dalam bidang hiburan ketika berusia 14 tahun. Walau sudah lebih dua dekad bergelar anak seni, bait-bait lagu dendangan sulungnya iaitu Niat masih ‘melekat’ di ingatan peminat.
Bahkan gaya penyampaian unik selebriti ini yang selesa ‘berkaki ayam’ ketika membuat persembahan di atas pentas berjaya cetus kelainan.
Namun sejak mendirikan rumah tangga dan menghidap kanser, Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal akur memperlahan kerjaya seni.
Terbaharu, ibu dua anak ini menerusi perkongsian di media sosial memuat naik momen sambutan ulang tahun kelahiran di samping suami dan anak-anak tersayang di sebuah resort ternama di Sepang pada awal Julai lalu.
Ads
Kongsinya, “5 July. Alhamdulillah 38 years old.”
Lebih istimewa, dia turut diraikan pekerja resort berkenaan yang memberi kejutan hari lahir. Untung Elyana!
Berdasarkan foto-foto yang dikongsikan jelas terpancar wajah bahagia pelakon drama bersiri Dunia Baru tersebut. Walau usia hampir mencecah 40 tahun namun Elyana tampil muda remaja dan ceria.
Ads
Malah, dia juga kian matang melayari kehidupan selepas dikhabarkan 11 tahun menghidap kanser limfoma sebelum disahkan bebas penyakit itu kira-kira empat tahun lepas.
Ia nyata menjadi titik hitam dalam hidup Elyana namun memberi semangat luar biasa untuknya menjadi versi yang lebih kuat.
Elyana mendirikan rumah tangga pada usia muda, 23 tahun. Pelantun lagu Kalis Rindu ini dikhabarkan selamat diijabkabul pada 19 November 2010 dengan jejaka pilihan iaitu Khairul Anuar Husin.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak diberi nama Cinta Sumayyah berusia 15 tahun dan mengambil seorang anak angkat perempuan iaitu Cahaya Ramadhani kini berumur enam tahun.
Elyana yang tidak lagi aktif dalam industri bagaimana pun berjinak-jinak dengan dunia bisnes. Dia mengusahakan perniagaan Old Skool Elyana yang menjual aneka biskut seperti semperit dan tart nanas.
Kata anak kepada pasangan Emrizal Samsuddin dan Shamsidar Alias ini, biskut yang dihasilkan adalah homemade resipi asli daripada nenek tersayang. Setakat ini, ia hanya dijual di pasaran Selangor dan Kuala Lumpur (KL).
Tiru gaya fesyen pelantun lagu Diriku Tapak Sulaiman yang selesa pakai baggy jeans. Beli di sini
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Age is just a number. Mungkin ada yang beranggapan apabila usia semakin meningkat, soal penampilan tidak diberi perhatian khusus. Tanggapan itu ternyata meleset kerana soal penampilan diri sememangnya menjadi elemen utama yang diberi perhatian oleh kebanyakan wanita. Tidak kira berapakah usia, soal penampilan menjadi penanda aras untuk menaikkan keyakinan diri di samping menjadi wanita lebih berketerampilan dan yakin berhadapan dengan pelbagai situasi.
Nama : Sue Lastri Maun Umur : 46 Tahun Pekerjaan : Suri Rumahtangga
Sejauh mana keprihatinan anda terhadap kecantikan? SUE LASTRI : Saya amat mengambil berat soal kecantikan tubuh badan dan wajah. Saya beri perhatian pada setiap inci tubuh badan. kalau terlebih lemak, terkering, terkusam saya akan cepat-cepat mengambil langkah membaikpulih keadaan itu. Begitu juga dengan kecantikan wajah, saya akan belek wajah saya setiap hari dan setiap malam untuk memastikan tiada jerawat atau black head baru yg tumbuh.
Kongsi rutin penjagaan wajah yang anda amalkan? SUE LASTRI : Saya amalkan penjagaan yang mudah sahaja tetapi tertib dan rapi. Mencuci, menyegar, melembap dan melindungi wajah dengan sunblock setiap hari. Sebulan atau 2 bulan sekali saya buat rawatan wajah.
Adakah anda seorang yang obses dengan kecantikan? SUE LASTRI : Tidak juga. Saya suka pada kecantikan tetapi tidak sampai tahap obses. Bagi saya kesedaran untuk menjaga penampilan yang kemas dan menarik itu sudah memadai.
Rahsia anda kekal cantik di usia 40an? SUE LASTRI : Saya bukanlah cantik sangat. Ramai lagi wanita seusia atau lebih berusia dari saya yang mempunyai tahap kecantikan yang hebat. Namun tidak saya sangkal masih terlalu ramai juga yang belum masuk 40an sudah tidak menjaga kecantikan diri. Saya tiada rahsia, semua saya kongsi di laman instagram saya. Saya melakukan aktiviti kecergasan dengan berjogging sejauh 6km setiap hari atau sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu. Saya akan memastikan diet yang seimbang, tidur yang cukup (setiap hari saya akan tidur pukul 10:00malam dan bangun pukul 6:00pagi), amalkan rutin penjagaan wajah dan sentiasa berfikiran positif.
Bagaimana rutin kecergasan dan gaya hidup mempengaruhi kecantikan anda? SUE LASTRI : Bagi saya kesihatan itu adalah kecantikan. Apabila kita selalu melakukan aktiviti kecergasan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat ia akan meningkatkan kualiti kehidupan kita. Pengaruh ini sangat besar kerana secara semulajadi kita akan kelihatan cantik, segar, bertenaga dan sistem kesihatan dalaman tubuh badan kita akan menambah keyakinan dan mungkin memancarkan kebahagiaan serta kecantikan di wajah.
PRIHATIN SOAL KECANTIKAN Nama: Azlina Abdul Aziz Umur: 44 (3 orang anak) Pekerjaan: Surirumah
Sejauh mana keprihatinan anda terhadap kecantikan? AZLINA: Bekerja di dalam bidang perhotelan bahagian jualan dan korporat selama 15 tahun sekaligus menyebabkan saya amat menitik beratkan penampilan kerana ia memerlukan saya keluar berjumpa dengan pelanggan korporat setiap hari. Tidak biasa keluar rumah jika tidak bersolek dan berkasut tumit tinggi, mungkin kerana sudah biasa. Walaupun saya telah meninggalkan bidang kerjaya ini beberapa bulan yang lalu, namun saya tetap pastikan penampilan perlu dititik beratkan.
Kongsi rutin penjagaan wajah yang anda amalkan. AZLINA: Walaupun saya tidak mempunyai masalah kulit wajah tetapi saya akan pastikan wajah perlu disapukan dengan pelembap untuk mengelak kulit menjadi kering. Selain itu juga saya gemar beriadah seperti berbasikal atau jogging di kawasan berdekatan rumah kerana saya percaya wajah berasa segar apabila kita mengeluarkan peluh.
Adakah anda seorang yang obses dengan kecantikan? AZLINA: Ya dan saya percaya umur bukan penghalang untuk seseorang kelihatan cantik dan bergaya. Keputusan drastik yang dibuat beberapa bulan lalu untuk meninggalkan kerjaya dan menjadi surirumah bukanlah alasan untuk kita tidak perlu menitikberat semua itu kerana ia mencerminkan keyakinan diri.
Rahsia anda kekal cantik di usia 40an AZLINA: Saya percaya bangun tidur di awal pagi adalah kunci untuk kita kekal segar dan cantik.
Bagaimana rutin kecergasan dan gaya hidup mempengaruhi kecantikan anda AZLINA: Kerjaya di bidang perhotelan bahagian Corporate Sales selama 15 tahun semestinya banyak mempengaruhi penampilan harian. Namun rutin kerja yang tidak teratur menyebabkan rutin harian sebelum ini juga tidak teratur seperti makan tidak mengikut masa. Oleh itu, sekarang saya akan pastikan pengambilan makanan harus mengikut waktu.
OBSES SENAMAN UNTUK KEKAL CERGAS Nama : Nik Faizah Nik Mahmood Umur : 46 Pekerjaan : Pengurus Transformasi
Sejauh mana keprihatinan anda terhadap kecantikan? NIK FAIZAH: Saya lebih kepada keprihatinan terhadap kesihatan kerana yakin bahawa kecantikan bermula dari tubuh badan yang sihat. Gaya hidup sihat dan pemakanan yang sederhana adalah di antara faktor utama bagi memastikan berat badan yang tidak berlebihan.
Kongsi rutin penjagaan wajah yang anda amalkan? NIK FAIZAH: Saya tidak mempunyai rutin yang tetap bagi penjagaan wajah disebabkan kesibukan kerja di pejabat dan juga di rumah tanpa pembantu dalam pengurusan suami dan anak-anak. Tambah lagi, sebagai seorang pelajar PhD separuh masa, agak sukar untuk meluangkan masa “me time” bagi tujuan ini. Walaubagaimana pun, pelembap muka adalah penting bagi mengekalkan kelembapan kulit pada setiap pagi dan malam.
Adakah anda seorang yang obsess dengan kecantikan? NIK FAIZAH: Kecantikan bagi saya memiliki kulit dan badan yang sihat. Lebih 20 tahun saya tidak membuat sebarang “facial”. Alhamdulillah, saya tidak banyak berbelanja bagi sesi “facial” yang biasanya mencecah ribuan ringgit. Terdapat banyak alternatif yang lain bagi mendapat kulit muka yang kelihatan segar. Solekan saya sangat minimal.
Rahsia anda kekal cantik di usia 40an? NIK FAIZAH:Utamakan kesihatan dan sentiasa aktif dalam aktiviti bersukan. Pemakanan yang sederhana di antara faktor utama, walaubagaimana pun saya juga gemar “fast food” dan makanan mamak yang agak sukar dielakkan. Buah-buahan juga penting di dalam diet seharian terutamanya bagi orang-orang yang kurang makan sayur seperti saya. Saya juga akan makan ulam-ulaman yang dipercayai mempunyai khasiat yang boleh mengekalkan kecantikan walaupun di usia 40an.
Bagaimana rutin kecergasan dan gaya hidup mempengaruhi kecantikan anda? NIK FAIZAH: Saya akan cuba meluangkan masa untuk berlatih berlari dengan rakan sepejabat setiap minggu di sekeliling blok pejabat atau di taman yang berdekat. Saya juga mula mengamalkan penggunaan tangga dan kurangkan penggunaan lif. Matlamat harian adalah untuk mencapai 10,000 langkah setiap hari. Walaubagaimanapun, ternyata agak sukar untuk mencapai matlamat ini setiap hari disebabkan kesibukan kerja dan mesyuarat yang berpanjangan. Di hari minggu, saya akan cuba “slow jog” sekurang-kurangnya 4 – 5km jika tiada acara larian pada minggu tersebut. Untuk latihan “half marathon” (21km) atau “full marathon” (42km), saya akan berlatih berlari sekurang-kurangnya 8 – 10km untuk membina stamina dan mengurangkan risiko “injury” di hari larian sebenar.
UTAMAKAN KESIHATAN Nama: Aliya Zulaikha Alias Umur: 46 tahun Pekerjaan: Executive Vice President, Enterprise Risk Management
Sejauh mana keperihatinan anda terhadap kecantikan? ALIYA: Sebagai seorang wanita, sudah tentu saya menitik beratkan soal penampilan diri. Saya sentiasa cuba untuk memastikan supaya tatarias wajah dan pakaian sentiasa kemas serta sesuai dengan tempat, keadaan dan majlis.
Kongsi rutin penjagaan wajah yang anda amalkan? ALIYA: Rutin penjagaan wajah saya sangat ringkas sebenarnya. Saya hanya menggunakan pencuci muka, scrub dan yang paling penting adalah krim pelembab. Dalam seminggu sekali atau dua kali saya akan memakai mask pada waktu malam selama 15-20 minit untuk mengekalkan kelembapan dan kesegaran kulit. Itu sahaja rutin saya. Saya tidak berkunjung ke pusat facial kerana bagi saya, rutin yang sedia ada adalah memadai untuk kulit wajah saya. Saya juga tidak menggunakan alat solek yang begitu tebal dalam kehidupan harian.
Adakah anda seorang yang obsess dengan kecantikan? ALIYA :Nak kata obsess tu tidak la, but I love beautiful things dan menghargai wanita yang menjaga kecantikan mereka dengan rapi. Jadi saya cuba untuk always look presentable.
Rahsia anda kekal cantik di usia 40an? ALIYA: Sentiasa aktifkan diri dengan pelbagai aktiviti sukan dan gembirakan diri bersama keluarga dan teman rapat.
Bagaimana rutin kecergasan dan gaya hidup mempengaruhi kecantikan anda? ALIYA: Saya amat menitikberatkan rutin kecergasan untuk memastikan saya sentiasa bertenaga. Saya ke gym setiap minggu untuk train bersama personal trainer yang melibatkan weight-training (angkat berat) untuk memastikan kecergasan tulang and juga aktiviti cardio (running) bersama suami di hujung minggu untuk mengekalkan kecergasan jantung. Selain dari itu, saya juga melakukan senaman yoga di rumah ataupun di studio. Saya mula melakukan senaman yoga sejak lebih kurang 13 tahun lalu dan saya amat berpuas hati dengan tahap kecergasan serta pengaliran darah yang lancar setelah melakukan yoga secara konsisten. Saya juga mengajar yoga secara sambilan setelah menerima sijil ‘Certified International Yoga Instructor’.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penjualan produk kosmetik palsu kini semakin menjadi-jadi. Tanpa segan silu, ramai peniaga yang menjualnya di pasaran terbuka serta secara online.
Dengan menabur janji 100% copy ori, murah dan macam-macam lagi, pelbagai taktik digunakan bagi melariskan barangan.
Apa yang tidak anda sedari, adalah risiko terhadap pemakaian kosmetik palsu contohnya yang berjenama Huda, Kylie, Benefit, MAC, Tarte serta sebagainya.
Dalam satu pembongkaran di sebuah kilang pembuatan produk kosmetik palsu, sejumlah merkuri, lead, arsenik, sianida, air kencing, malah najis tikus telah ditemui.
Paras toksin dalam sesetengah produk ini juga dikatakan boleh mencetuskan reaksi alahan seperti ruam, kesan terbakar serta masalah kesuburan (infertiliti).
Pengalaman ngeri yang terjadi kepada blogger kecantikan dan pencinta mekap ini selepas mendapat jangkitan mata akibat pemakaian produk penggaris mata palsu patut dijadikan iktibar buat semua wanita.
Memetik kata-kata Zaira Soriano dari Filipina, dia mula mengalami gatal-gatal dan bengkak yang teruk di garisan matanya kira-kira 3 jam selepas memakai fake eyeliner yang dibeli.
Peristiwa itu membuatkan dia serik untuk membeli produk palsu. Zaira juga giat menguar-uarkan kepada pengikut Facebooknya agar tidak terpengaruh untuk membeli produk kosmetik murah sepertinya.
Nona harapkan agar wanita-wanita yang gemar bermekap agar sentiasa memilih produk mekap yang tulen dan sah di kaunter kecantikan. Jangan mudah terpedaya dengan fake cosmetics kerana kita tidak mempunyai dua wajah untuk disalin-salin jika rosak!
Terserlah keanggunan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin tatkala mengenakan hijab baru-baru ini. Ramai yang terpegun dengan kecantikan Baginda ketika berangkat ke Majlis Hi-Tea Persatuan Badan Kebajikan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (BAKAJASA) pada 10 Jun lalu.
Baginda tampil dalam persalinan kurung rona kuning dan hijab warna senada serta rantai leher mutiara sebagai lengkap gaya.
Majlis berkenaan berlangsung di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam yang turut dihadiri Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis), Datin Seri Masdiana Muhamad.
Dalam majlis itu, Baginda berkenan menyampaikan sumbangan kebajikan kepada 20 ahli BAKAJASA yang ditimpa bencana alam, kematian ahli keluarga serta mendapat cahaya mata baharu.
Melihat aura Tengku Permaisuri Norashikin, Baginda menyambut Ulang Tahun Hari Kelahiran ke-52 pada 4 Jun lalu. Bersandarkan personaliti dan penampilan Baginda yang elegan, ramai tidak menyangka Tengku Permaisuri Selangor ini sudah pun mencecah usia 52 tahun.
Dari hari pertama melihat wajah Baginda, ramai yang mengakui tertawan dengan kecantikan dan kelembutan yang dimiliki Tengku Permaisuri Norashikin yang juga merupakan bekas penyampai berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan pernah memenangi Anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa.
Penampilan Tengku Permaisuri Selangor ketika berada di khalayak sering mencuri perhatian. Malah, ramai wanita menjadikan Tengku Permaisuri Norashikin sebagai sumber inspirasi bukan sahaja dari segi keperibadian Baginda bahkan gaya dan cita rasa fesyen.
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.