Diam tak diam, sudah 14 tahun usia perkahwinan Ayu Abas dan Tomok! Masih segar lagi momen resepsi indah pasangan romantis ini saat bergelar pengantin baharu. Seri dan pesona Ayu waktu itu sangat terserlah dan kecantikan wajahnya menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat Tomok.
Tanggal 1 Julai lalu, kedua-dua mereka meraikan ulang tahun perkahwinan ke-14. Ayu atau nama penuhnya Siti Rahayu Abas sah bergelar isteri Shah Indrawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Tomok pada 1 Julai 2011.
Ternyata 14 tahun melayari alam rumah tangga bukan satu tempoh singkat dan mudah. Pastinya bermacam-macam suka dan duka, jatuh dan bangun dihadapi bersama demi menjayakan ikatan suci sebuah perkahwinan. Sekaligus menjadikan Ayu Abas dan Tomok lebih matang menjalani kehidupan sebagai suami isteri dan ibu ayah.
Bersempena ulang tahun perkahwinan, Ayu yang merupakan bekas pramugari ini meluahkan rasa bahagia bergelar suri hati pelantun lagu Memori Mungkin Berulang berkenaan.
Ads
Titipnya, “Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-14. Semoga kita terus bersama hingga akhir usia menuju ke syurga.”
Menerusi perkongsian terkini di media sosial, ibu tiga cahaya mata tersebut turut memuat naik foto terbaharunya di samping Tomok yang memaparkan mereka mengenakan baju rona senada merah jambu dan berseluar jeans biru. Sweet!
Dalam pada itu, Tomok turut tidak ketinggalan menitipkan ucapan istimewa buat wanita kesayangan.
Ads
“Semoga Allah permudah urusan kita dunia akhirat. Selamat ulang tahun yang ke-14 untuk kita berdua. Sayang sampai syurga.”
Keluarga Ayu Abas & Tomok
Hasil perkongsian hidup, Ayu Abas dan Tomok dikurniakan tiga orang anak iaitu Arrianshah Akid, Andrashah Iman dan Siti Khadijah.
Tomok genap berusia 41 tahun pada 17 Mei lalu. Sementara Ayu pula meniti usia 46 tahun.
Pada 23 November 2023 Tomok berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian, Universiti Utara Malaysia (UUM).
Sebelum ini, Ayu Abas pernah menjalankan bisnes tudung jenama Arriandra namun perniagaan yang sudah diusahakan selama lima tahun berkenaan terpaksa dihentikan pada tahun 2020.
Dia yang turut mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dan pernah berkhidmat sebagai Jurutera Sistem Komputer bagaimanapun memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa demi membesarkan anak-anak dan mengurus keluarga.
Kesungguhan Ayu mendidik ketiga-tiga anak sentiasa menjadi perhatian dan inspirasi kaum ibu. Semoga rumah tangga pasangan ini kekal bahagia sampai syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Model dan pelakon jelita Indonesia, Asmirandah Zantman sememangnya amat popular sebagai pelakon sinetron Indonesia sekitar tahun 2000. Wajahnya sering menghiasi slot sinetron di Indonesia dan mula mendapat tempat di hati para peminat sinetron di Malaysia. Antara sinetron lakonannya yang mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia termasuklah Wulan, Nikita dan Hingga Akhir Waktu.
Namun begitu, kisah peribadinya menjadi perhatian sekaligus mencipta kontroversi apabila Asmirandah atau mesra disapa Andah berkahwin dengan pasangannya yang beragama Kristian, aktor Jonas Rivanno pada 17 Oktober 2013.
Beberapa minggu selepas Jonas memeluk Islam untuk berkahwin dengan Andah, lelaki itu telah bertindak kembali kepada agama asalnya. Andah sanggup mengikut suaminya menganut agama Kristian kemudian berkahwin mengikut kepercayaan Kristian di Singapura pada bulan Disember tahun yang sama.
Meskipun berdepan dengan pelbagai cemuhan dan kritikan, Andah tetap meneruskan kehidupannya sebagai isteri dan kini memasuki usia 9 tahun perkahwinannya dengan Jonas. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Chloe Emanuelle Van Wattimena.
Pada usia 33 tahun, Asmirandah lebih selesa menjalani rutin kehidupan seharian bersama puteri tunggalnya, Chloe tanpa bantuan pengasuh atau pembantu untuk melakukan tugas-tugas di rumah. Meskipun lebih banyak menghabiskan masa di rumah, selebriti ini tidak pernah melupakan rutin penjagaan wajah agar tampil berseri dan awet muda.
Memiliki rambut yang sihat dan berkilat antara impian setiap wanita. Malah wanita mudah terpana dengan model atau ikon selebriti yang memiliki rambut sihat dan berkilat kerana ia turut memberi definisi cantik. Rambut yang suram dan tidak bermaya dikatakan mempengaruhi keterampilan individu dengan cara negatif selain ‘menggugat’ aspek keyakinan diri. Keadaan itu adalah keterangan jelas mengenai rasional di sebalik pelambangan rambut adalah mahkota.
Asmirandah bertuah kerana memiliki rambut panjang yang sihat. Malah dia turut berkongsi tips merawat rambut panjang yang diamalkan agar ia dapat memberi manfaat untuk para wanita.
Menurut Asmirandah, dia memilih untuk menggunakan syampu dan perapi yang bersesuaian dengan jenis rambutnya di samping mengambil perhatian terhadap suhu air yang digunakan ketika membasuh rambutnya.
“Saya pastikan air yang digunakan ketika membasuh rambut tidak terlalu sejuk atau panas ketika proses mencuci rambut. Elakkan menggaru kulit kepala atau menggosoknya dengan menggunakan kuku kerana ia boleh menyebabkan masalah iritasi terhadap kulit kepala,” ujar Asmirandah berkongsi dengan para pengikut di laman Instagram miliknya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai seorang wanita, kecantikan merupakan elemen utama yang perlu dititik beratkan. Kecantikan seorang wanita bukan hanya untuk ditunjuk kepada lelaki tetapi lebih kepada meningkatkan keyakinan diri dalam pergaulan, pejabat, bertemu klien malah menjadi rujukan utama anak-anak.
Perkongsian Cef Sue M. Arukin melalui laman Facebook adalah suatu yang menarik untuk dikongsi semua terutama buat wanita yang mementingkan kecantikan dalaman dan luaran.
Resipi untuk kesegaran tubuh yang boleh diamalkan oleh ibu berpantang ini juga sesuai dilakukan oleh sesiapa sahaja tak kira lelaki atau wanita. Khasiat yang terkandung dalam ramuan ini adalah badan akan rasa segar dan wangi lepas mandi atau rendaman.
Kalau rajin buat seminggu sekali. Lebih bagus lagi kalau tanam sendiri pokok-pokok yang digunakan kerana tanpa penggunaan bahan kimia. Umpama menikmati home spa di rumah sendiri.
Air Mandian Daun
Bahan-bahan:
10-15 helai daun pandan (siat & simpul)
Segenggam daun serai wangi (ikat)
20 helai daun limau purut (siat)
5 biji limau purut (ambil kulitnya sahaja)
10 helai daun lengkuas (siat)
10 helai daun halia bara (siat)
10 helai daun jambu batu
10 helai daun halia bentong atau halia biasa (siat)
Air seperiuk besar (lebih kurang 6 liter)
Cara membuat:
(1) Cuci bersih semua bahan.
(2) Rebus semua bahan bersama air selama 1-2 jam hingga aroma wangi benar-benar keluar. Boleh tambah air jika berkurangan.
(3) Tapis dan tuang dalam bath tub yang berisi air (kalau tak ada bath tub tuang dalam besen biasa dan mandi gunakan gayung).
(4) Tambah bunga-bunga segar seperti ros, kekwa, melati dan lain-lain.
(5) Rendamkan badan selama mana yang suka dan bilas. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas beberapa tahun menyepi dari arena seni, kemunculan Linda Nanuwil dalam program hiburan Gegarvaganza 2020 seakan mengubat kerinduan peminat. Bukan hanya tertarik dengan wajah cantik penyanyi kelahiran Sabah ini malah Linda juga punya pakej lengkap dengan ketinggian ideal dan bentuk tubuh ramping.
Kejelitaan yang ada pada pemilik nama Norlinda Nanuwil ini turut dikatakan mirip selebriti dan aktres cantik, Nur Fazura Sharifuddin. Bahkan setiap kali penampilan Linda muncul di kaca TV peminat menyamakan wajah mereka berdua.
Pada Disember 2020, Linda dipilih sebagai Artis Tercantik 2020 berdasarkan undian pembaca Gempak yang mengenepikan pesaing terdekatnya, Siti Saleha dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Kredit Instagram @lindananuwilKredit Instagram @lindananuwilKredit Instagram @lindananuwilKredit Instagram @lindananuwil
Berterima kasih dengan peminat yang bertungkus-lumus mengundi dirinya, Linda bagaimana pun mengakui kecantikan itu sesuatu yang subjektif.
“Walaupun bagi Linda kecantikan seseorang bukan hanya pada rupa paras, tapi juga lahir dalam diri kita iaitu ketulusan, kebaikan, adab dan keikhlasan.
Dalamannya cantik, maka terpancarlah ‘nur’ pada wajahnya. Linda anggap ini hadiah dari anda semua sebagai penutup tirai tahun 2020. Maafkan andai kata Linda ada terkasar bahasa atau secara tidak sengaja mengguris hati kalian.”
Kredit Instagram @lindananuwilKredit Instagram @lindananuwilKredit Instagram @lindananuwil
Tanggal 21 Mac lalu merupakan ulang tahun kelahiran Linda yang ke-38. Nama Linda mula meniti di bibir peminat muzik apabila bakat nyanyiannya disedari menerusi program realiti Akademi Fantasia Musim Kedua. Buktinya, Linda merangkul gelaran Naib Juara dan lagu-lagu dendangannya menjadi kegemaran peminat ketika itu
Linda sebelum ini melancarkan single berjudul ‘Ikhlaskan Hatimu’ dan terlibat dalam penggambaran telemovie Misteri Jam Vintage. Yang pasti, kemunculan wanita cantik ini kembali dalam industri nyata mengubat kerinduan peminat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah transformasi luar biasa Aysha Alam daripada hampir 200kg kepada ikon wanita moden yang berjaya mengubah hidup dan kerjayanya. Inspirasi untuk semua wanita.