Comelnya Ahmed Mohsein! 26 Jun lalu genap setahun usia cahaya mata kesayangan Sharifah Amani Syed Zainal Rashid dan Ahmed Faris. Cepat betul masa berlalu, macam baru saja dengar pelakon filem Sepet tersebut melahirkan anak sulung.
Sekarang, Ahmed Mohsein makin membesar sihat dan gelagat comel anak kecil ini cukup membahagiakan kedua-dua ibu bapa.
Sambutan Hari Lahir Ahmed Mohsein Meriah
Bersempena ulang tahun kelahiran Ahmed Mohsein yang pertama, aktres cantik ini dan suami tercinta berpeluang mengadakan majlis sambutan hari lahir buat permata hati kesayangan.
Menerusi perkongsian di media sosial, Sharifah Amani memuat naik momen bahagia itu yang menyaksikan keluarga kecil mereka sedondon mengenakan pakaian rona hijau. Daripada foto yang dikongsikan jelas terserlah kebahagiaan mereka sekeluarga.
Sebagai ibu, Sharifah Amani meluahkan rasa syukur atas kurniaan Allah dengan anugerah terindah ini. Selain terhibur dengan telatah dan ragam Ahmed Mohsein saban hari.
“A whole year with you. Happiest 1st Birthday best friend Mum & Bapak. We are grateful for every smile, every breath, every moment we have with our son Ahmed Mohsein. The grandson to our parents, the nephew to our brothers and sisters, the cousin to our nephews and nieces, the apple of our eye.
With deep gratitude. As a sign of our love and affection for him, we ask of You Allah, to bless him with a life filled with Your mercy, strong faith, a mind that’s thoughtful, good health, and endless sustenance that is pure and full of Your blessings.
Ads
Bless the life of our Mohsein. Make him happy, and may his well-being radiate to bring peace and joy to his family and his faith.
And to Mohsein – Barakallah Fii Umrik, Semoga Allah memberkati usiamu. Aamin, Ya Rabbal-Alamin.”
Ibu Bapa Ahmed Mohsein
Ads
Pastinya Jun menjadi bulan bahagia bagi keluarga ini kerana Sharifah Amani turut meraikan ulang tahun kelahiran ke-39 pada 10 Jun lepas.
Bersempena hari lahirnya, adik kepada penyampai radio Sharifah Aleya ini menzahirkan rasa terharu dikurniakan suami penyayang dan cahaya mata yang membesar sempurna.
Lazada Malaysia hari ini melancarkan acara membeli belah terbesar bagi tahun ini – Online Revolution 2017. Acara ekstravaganza membeli belah dalam talian selama sebulan yang memasuki tahun keenam ini akan bermula pada 11 November 2017 sehingga 14 Diember 2017 dengan menampilkan 60 juta produk dengan penjimatan sehingga 90 peratus.
Bertemakan “Shop the Universe”, Lazada Malaysia pada tahun 2017 telah memperkenalkan seksyen baharu di laman web Lazada bagi memberikan lebih banyak pilihan pada harga yang menarik kepada para pembeli di Malaysia. Seksyen baharu termasuklah barangan digital yang merangkumi e-baucar Lazada, Kad hadiah Petronas dan pakej pelancongan, “Kedai Rasmi” dengan lebih 1,000 jenama seperti Estee Lauder, Clarks, Senheng dan L’Oréal, dan akhir sekali “Koleksi Taobao” yang termasuk produk dan barangan istimewa daripada penjual Taobao China yang teratas.
Selain itu, para pembeli juga boleh menikmati jualan kilat jenama yang menarik yang menawarkan barangan pada harga serendah RM1 manakala jenama seperti Nivea, Durex, Maybelline, Mattel dan Laneige pula menyediakan “Kotak Misteri” kepada para pelanggan Lazada untuk potongan harga yang lebih rendah lagi.
Hans-Peter Ressel
Hans-Peter Ressel, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia berkata, “Semakin ramai yang mempercayai pembelian melalui dalam talian. Ini menunjukkan bahawa penerimaan eDagang semakin berkembang dan persekitaran dalam talian semakin berkembang dalam pasaran Malaysia. Satu pertiga daripada rakyat Malaysia sudah pun memuat turun aplikasi Lazada dan kami menjangkakan 1 daripada 5 warga Malaysia akan mengunjungi platform kami pada 11.11. Ini merupakan bukti kukuh tentang kepakaran kami dalam menjangka apa yang akan menjadi permintaan pelanggan – pilihan yang lebih banyak pada bila-bila masa.”
Hans-Peter seterusnya menjelaskan bahawa kempen Online Revolution pada kali ini mencerminkan komitmen syarikat untuk terus menyediakan pengalaman membeli belah yang lancar untuk para pelanggan. Online Revolution akan disertai oleh pelbagai rakan pemasaran termasuk Digi dan CIMB, dan menyediakan hadiah-hadiah bernilai lebih RM 60 juta, termasuk pakej percutian Club Med, Go Pro, iPhone X, Perodua Bezza, peluang untuk merasai Zero-G dan banyak lagi!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rambut beruban sinonim dengan golongan berusia. Rambut akan mula memutih pada usia 30 tahun ke atas. Namun, kini dilema tersebut turut dialami oleh golongan muda yang rata-rata mempunyai uban seawal usia 20 tahun. Apa jua masalah contohnya berkelemumur atau beruban boleh menjejaskan penampilan sekaligus mengurangkan keyakinan diri. Maka, uban bukan lagi menjadi petanda kepada penuaan kerana sesiapa pun boleh mengalaminya atas faktor-faktor tertentu.
Amalkan 4 cara mudah ini bagi mencegah rambut beruban khususnya di usia muda.
MAKANAN BERZAT UNTUK RAMBUT
Kekurangan zat menjadi salah satu punca rambut beruban awal. Amalkan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin B12, vitamin B9 dan zink. Sumbernya seperti telur, ikan, bayam, asparagus, sawi, tiram, kerang, badam dan daging.
KAWAL STRES
Selain mempengaruhi kesihatan badan, stres juga boleh menyebabkan rambut gugur dan beruban. Maka, kawal stres anda agar dapat mengurangkan risiko rambut cepat beruban. Luangkan masa dengan bercuti, beriadah, melakukan perkara yang disukai dan konsultasi dengan pakar psikologi bagi mendapatkan cara terbaik bagi mengetahui punca stres.
BERHENTI MEROKOK
Kajian menunjukkan merokok menjadi salah satu punca cepatnya proses penuaan berlaku. Tabiat merokok dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan pigmen pada rambut semakin menghilang. Bagi yang merokok berusahalah untuk berhenti mulai sekarang.
PERIKSA KESIHATAN SECARA RUTIN
Genetik turut menjadi faktor kepada masalah rambut beruban di usia muda. Justeru, pentingnya anda melakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin untuk mengenal pasti penyakit dengan lebih awal agar rawatan yang sesuai boleh dilakukan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Untung Sasha Saidin dikurniakan anak prihatin macam Adam Arya. Walaupun baru nak menginjak usia 9 tahun beberapa hari saja lagi, tapi kelakuan kanak-kanak comel ini sangat mengharukan. Dah macam orang dewasa! Mungkin sebab terlalu risau dengan kesihatan ibu tersayang kebelakangan ini. Sampai dia sanggup jadi ‘doktor peribadi’ Sasha terutamanya dalam bab berkaitan pemakanan.
Menerusi posting yang dikongsikan Sasha, Adam menyenaraikan menu diet sihat khusus buat dirinya. Lengkap dengan minuman dan hidangan pencuci mulut atau snek lagi. Macam admitted di hospital pula, kan? Jelas Sasha, semua ini disebabkan insiden yang dialaminya tidak lama dulu.
“Beberapa hari lepas saya pengsan. Tapi nasib baik waktu tu ada di rumah. Perkara terakhir yang saya ingat masa tu bila saya beritahu my mum tentang kek hari jadi Adam Arya. Sedar-sedar je saya dah ada atas lantai. Dengan kepala yang masih sakit.. saya tanya my mum apa yang berlaku.
Kali terakhir saya pengsan kira-kira empat tahun lepas dan beberapa kali ketika masih bersama ELITE. Sebenarnya saya menghidap anemia yang juga penyakit keturunan keluarga sebelah my mum. Sebab itu saya mudah mengalami pening kepala dan kebiasaannya saya akan bawa makanan yang manis untuk kawal daripada pengsan. Tapi kejadian yang berlaku kali ini disebabkan sikap sambil lewa saya walaupun dah nampak simptom ‘amaran’ terutamanya bila banyak sangat benda nak fikir.
Alhamdulillah, saya dah beransur baik cuma terpaksa membatalkan beberapa undangan pertunjukan fesyen di luar negara atas nasihat doktor. Apa-apa pun jangan risau sebab Adam Arya sentiasa ada di sisi dan rajin menyediakan menu diet harian saya seperti yang dikongsikan ini.”
Buat Sasha, jaga diri baik-baik dan amalkan pemakanan sihat lebih-lebih lagi yang mampu menaikkan hemoglobin dengan mengambil makanan yang mengandungi zat besi seperti bayam, kerang, hati ayam, daging merah dan kekacang. Elakkan juga daripada terlalu kuat bekerja dan memikirkan hal-hal yang dirasakan tidak perlu.
Sumber: Instagram Sasha Saidin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pendapatan yang diraih pemain bola sepak ternama, Achraf Hakimi ini bukan calang-calang. Memetik laporan Capology, dia disenaraikan antara pemain bola sepak di Paris yang menerima bayaran paling mahal iaitu £247,053 atau lebih RM1.4 juta seminggu! ...