10 Jun lepas genap 39 tahun usia Sharifah Amani Syed Zainal Rashid. Pada usia menghampiri 40 tahun, aktres berbakat besar ini meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah SWT kepada dirinya. Mendirikan rumah tangga ketika berumur 36 tahun, dia bersyukur memiliki jodoh yang terbaik dan seorang suami yang bertanggungjawab.
Anak kepada Syed Zainal Rashid Syed Zainal Abidin dan Fatimah Abu Bakar ini sah menjadi isteri Ahmed Faris pada 10 September 2022. Berita pernikahan Sharifah Amani menjadi perhatian peminat kerana hubungan cintanya selama ini tidak pernah didedahkan kepada umum.
Sharifah Amani Syukur Usia 39 Ada Keluarga Bahagia
Kira-kira dua tahun melayari perkahwinan, doa dan impian untuk bergelar ibu akhirnya dimakbulkan. Sharifah Amani selamat melahirkan cahaya mata sulung yang juga anak lelaki diberi nama Ahmed Mohsein Ahmed Faris pada 26 Jun 2024.
Bersempena ulang tahun kelahiran ke-39, adik kepada penyampai radio Sharifah Aleya ini menzahirkan rasa terima kasih dan terharu atas kurniaan rezeki yang ‘membaluti’ kehidupannya hari ini.
“Spent my 39th birthday with the handsomest boys in the whole wide world. Thank you everyone for your lovely doas and wishes. Your girl still can’t believe she gets to live her answered prayers. MasyaAllah. Syukur alhamdulillah.”
Menerusi perkongsian di media sosial, kelihatan Sharifah Amani meraikan hari bahagia itu di samping anak dan suami tercinta dengan mengenakan persalinan sedondon warna hitam.
Tidak ketinggalan menitipkan ucapan hari lahir buat pelakon filem Sepet ini ialah suami tercinta, Ahmed Faris.
“To the woman who makes the best fish curry in the world, my safe place and my favourite chaos. Happy birthday. Thank you for being my storyteller, the one who sees
Ads
the world differently and helps me see it better too. Mohsein and I wish you all the beautiful things in the world. We love you.”
Bahagia sungguh tengok kehidupan Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-19 ini sejak berkahwin dan menggalas tugas seorang ibu.
Sharifah Amani merupakan anak kedua daripada empat beradik yang turut aktif dalam industry lakonan termasuk Sharifah Aleya, Sharifah Aleysha dan Sharifah Aryana.
Menelusuri kerjaya seni figura ini, dia membintangi banyak filem antaranya Sepet, Gubra, Gol dan Gincu dan Cinta.
Semoga kehidupan dan rumah tangga Sharifah Amani dan Ahmed Faris sentiasa dilindungi Allah SWT.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Majlis reunion sekolah bakal tiba tapi muncul pula jerawat di atas dahi. Jerawat ni macam tahu-tahu sahaja hari dan waktunya. Kalau dibiarkan pasti semakin besar dan menjadi tanduk kat atas dahi tu.
Kalau picit pula nanti meninggalkan parut, jadi apa nak buat ni? Nah, tak perlu bersolek tebal hanya semata-mata mahu menutup jerawat, cuba saja tip mudah ini.
(1) Pilih produk penjagaan kulit yang sesuai dengan kulit
Sebelum bersolek, wajah perlu dirawat dengan set penjagaan kulit yang sesuai dengan jenis kulit. Begitu juga dengan pemilihan kosmetik. Anda perlu berhati-hati kerana jika tersalah pilih, jerawat akan makin merebak.
Sebaiknya kenali terlebih dahulu jenis kulit terutamanya yang memiliki kulit wajah berminyak. Kulit berminyak lebih mudah memerangkap kotoran menyebabkan pori-pori kulit tersumbat lantas menjadi punca jerawat.
(2) Oles bedak asas
Kunci kepada solekan sempurna adalah bedak asas. Sapu bedak asas dengan tona warna yang seakan sama dengan kulit. Jika kulit jenis berminyak lebih elok menyapu bedak asas jenis cecair agar sapuan rata dan sempurna. Jika menggunakan berus atau span, pastikan item tersebut bersih dan bebas bakteria.
(3) Kuasa penyamar noda
Jika kulit sedang bermasalah dengan jerawat, concealer atau penyamar noda adalah rakan karib anda. Selepas bedak asas, sapu penyamar noda terutama di daerah yang diingini itu.
Tapi, kadang-kadang penyamar noda ini boleh menyebabkan solekan nampak bercapuk. Oleh itu, jika anda memiliki wajah kering pilih penyamar noda daripada jenis cecair, manakala jenis berasaskan bahan mineral untuk kulit wajah berminyak.
(4) Litupi wajah dengan bedak
Bedak asas dan penyamar noda tidak akan terserlah tanpa menyapu bedak di atasnya. Ketika jerawat sedang bermaharajalela, seelok-eloknya pakai bedak debu agar boleh membantu menyerap minyak di wajah. Jika berdegil mahu menggunakan bedak padat, hasilnya kulit semakin berminyak dan jerawat pasti kelihatan semakin parah.
(5) Elak pemerah pipi
Pemerah pipi berfungsi untuk menonjolkan tulang pipi. Ketika jerawat sedang membiak di atas kulit, pemerah pipi langsung tidak membantu memberikan solekan yang sempurna. Lebih parah lagi jika anda memakai bronzer untuk melengkapkan solekan. Bahannya memiliki partikel cahaya yang boleh menyumbat liang pori-pori wajah.
(6) Solekan sempurna dengan spray mist
Bagi mengekalkan solekan agar tahan lama dan jerawat terpelihara, sembur dengan spray mist selepas selesai bersolek. Semburan ini bukan sahaja membuatkan solekan tahan lebih lama malah dapat menyegarkan kulit wajah dan jerawat yang disembunyikan itu tadi. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau dilanda stres aje, pasti terbayang menghirup kopi yang panas dengan aroma yang menyengat hidung. Mesti ramai yang macam ni dan anda boleh dikategorikan sebagai coffee lover. Kalau nak tahu kopi bukan sahaja boleh mengurangkan stres tapi terbaik untuk kecantikan.
Biji kopi bukan sahaja boleh dijadikan minuman tetapi sangat berguna untuk menjaga kecantikan kulit. Kaya dengan sumber antioksida, kopi boleh membantu untuk proses eksfoliasi kulit secara semula jadi. Jika diamalkan dengan konsisten kopi juga dapat membantu menyingkirkan sel kulit mati sehingga menjadikan kulit lebih berseri dan bermaya.
Topeng Wajah
Setiap pagi sebelum pergi kerja memakai topeng wajah pasti boleh mengembalikan keserian kulit dan kekal segar sepanjang hari. Kala mencampurkan kopi yang kaya dengan sumber antioksida ke dalam topeng wajah boleh membantu menyingkirkan segala toksin di bawah kulit wajah.
Resipi yang boleh dicuba untuk membuat topeng wajah berasaskan kopi adalah seperti; 2 sudu besar kopi yang dikisar, 2 sudu besar serbuk koko, 3 sudu besar susu segar dan 1 sudu besar madu. Campur semua bahan dan sapu ke seluruh wajah. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air yang bersih.
Skrub Wajah
Setiap wanita perlu melakukan eksfoliasi kulit dan proses eksfoliasi kulit yang terbaik adalah dengan menggunakan bahan-bahan yang natural. Skrub kopi boleh membantu menyingkirkan segala sel kulit mati untuk membenarkan pertumbuhan semula jadi sel kulit baharu. Pertumbuhan sel kulit baharu ini memberi efek kulit segar dan bermaya.
Resipi yang boleh dicuba untuk membuat skrub wajah berasaskan kopi adalah seperti; 3 sudu besar kopi yang dikisar, 1 sudu besar minyak zaitun dan 1 sudu besar gula perang. Campur semua bahan kering kemudian masukkan minyak zaitun mengikut kepekatan yang diingini. Masukkan gula perang dan urut lembut bahan yang telah dicampurkan tadi ke atas kulit wajah dengan pergerakan membulat. Akhir sekali bersihkan dengan air suam dan lap dengan tuala bersih.
Singkir Selulit
Apabila tubuh mengalami perubahan berat badan yang mendadak terutama selepas bersalin, secara tidak langsung kulit akan menjadi selulit. Selulit ini sukar untuk disingkirkan hanya dengan memakai losen atau krim pelembap. Namun, kopi boleh membantu untuk menghapuskan selulit yang memalukan itu. Khasiat yang terdapat dalam kopi dapat membantu menyingkirkan selulit dengan bantuan manfaat minyak kelapa dalam ramuan skrub tersebut.
Sumber bahan ini dapat menjadikan kulit lebih lembut, licin dan bebas selulit. Hanya dengan menggunakan 1 cawan biji kopi yang telah dikisar, ½ cawan gula kasar atau gula perang dan 1 cawan minyak kelapa. Campurkan ke semua bahan tersebut sehingga sebati. Selepas mandi atau membersihkan tubuh, sapu bahan skrub tadi dan urut lembut ke bahagian tubuh yang diingini. Pastikan bahagian tubuh tersebut basah dan bukan kering. Urut selama 60 saat setiap bahagian yang diingini. Kemudian bersihkan dengan air suam dan lap dengan tuala yang bersih. Ketika mempraktikkan skrub sebegini adalah disarankan untuk menutup lubang laluan air di dalam bilik air lebih-lebih lagi jika anda menggunakan tub mandi. Sebaik-baiknya sediakan plastik dan letakkan di atas lantai ketika anda mulakan proses menyapu skrub di bahagian tubuh. Langkah ini dapat membantu anda membersihkan lantai bilik mandi dengan mudah dan boleh mengelakkan daripada laluan air tersumbat.
Skrub Tubuh
Hanya dengan menggabungkan empat bahan semula jadi ini anda dapat melakukan transformasi pada kulit tubuh yang lebih sihat dan bermaya walaupun baharu pertama kali menggunakannya. Kandungan kafein yang terdapat dalam kopi dapat membantu menyingkirkan lebihan minyak yang tidak diingini pada kulit tubuh dan meninggalkan kulit yang lebih sempurna. Tekstur kasar yang terdapat pada kopi pula berupaya menyingkirkan sel-sel kulit mati yang berada di atas kulit lantas membenarkan pertumbuhan sel kulit baharu yang lebih segar.
Tidak perlu bersusah payah untuk menghasilkannya, cukup dengan mencampurkan ½ cawan kopi yang telah dikisar, ½ cawan gula melaka, ½ cawan minyak kelapa dan 1 sudu teh kulit kayu manis. Campurkan kesemua bahan di dalam bekas yang bersih dan gaul dengan sempurna. Sapu adunan eksfoliasi ini ke seluruh bahagian tubuh dan urut lembut dengan pergerakan yang membulat. Anda akan dapat membezakan kelembutan kulit wajah sebaik sahaja selepas dibersihkan dengan air yang suam dan dilapkan dengan tuala bersih. Simpan adunan ini ke dalam bekas kedap udara jika membuat dalam kuantiti yang banyak.
Tangan & Kaki
Kopi yang dikisar seperti yang diketahui mempunyai permukaan yang kasar dan boleh melelaskan kulit jika digunakan keterlaluan. Oleh itu, adunan yang dilakukan sendiri ini hanya boleh diaplikasikan ke atas bahagian tangan dan kaki sahaja. Ramuan ini boleh membantu menyingkirkan semua sel kulit mati di atas kulit dan menjadikan bahagian tangan dan kaki lebih lembut dan terpelihara.
Campurkan ½ cawan gula pasir, ½ cawan kopi yang dikisar, 1 sudu teh ekstrak kopi, 1 sudu teh ekstrak kacang hazel, ½ cawan minyak kacang badam dan 1 sudu teh ekstrak coklat. Di dalam bekas yang sederhana besar, masukkan gula dan kopi yang telah dikisar. Gaul dengan sempurna. Masukkan ekstrak kopi, kacang hazel ke dalam bekas dan gaul sebati. Perlahan-lahan masukkan minyak kacang badam ke dalam bekas dan kacau dengan konsisten. Campurkan minyak kacang badan mengikut kepekatan yang diingini. Sendukkan 1 sudu teh adunan skrub tadi dan sapukan ke bahagian tangan dan kaki. Urut lembut dengan pergerakan membulat sehingga anda tahu bila untuk berhenti. Kemudian bilas dengan air suam dan lap dengan tuala bersih agar minyak semula jadi tubuh akan terus kekal untuk menghasilkan kulit anjal secara semula jadi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi, penulis lagu, penerbit dan pelakon tersohor antarabangsa Madonna baru-baru ini meraikan ulang tahun kelahirannnya yang ke-67 tahun dalam suasana yang cukup istimewa dan privasi.
Pada hari istimewanya itu, Ratu Pop dengan nama sebenarnya Madonna Louise Ciccone ini menghadiri sebuah perlumbaan kuda tradisional di Itali.
Acara perlumbaan yang dikenali sebagai Palio di Siena itu merupakan sebuah pertandingan ikonik dan bersejarah yang diadakan dua kali setahun di bandar Tuscan.
Madonna ditemani anak-anaknya iaitu Rocco, Lourdes León, serta pasangan kembar Stella dan Estere.
Mereka menyaksikan acara itu dari sebuah balkoni kediaman bangsawan tertua di Siena yang menghadap kota Piazza del Campo.
Memetik perkongsian di hola.com, selesai acara perlumbaan kuda itu Madonna menuju ke pesta ulang tahun private di Grand Hotel Continental di Siena.
Ia dihadiri oleh 30 tetamu jemputan istimewa. Bintang ‘Material Girl’ ini sekali lagi memilih Itali sebagai tempat meraikan ulang tahun kelahirannya.
Selain anak-anak, Madonna turut datang bersama kekasihnya yang merupakan seorang pemain sepak bola dari Jamaika, Akeem Morris yang 37 tahun lebih muda darinya.
“Impian saya selama bertahun-tahun ialah untuk menyaksikan perlumbaan kuda Palio di Siena yang berlangsung tepat pada hari ulang tahun kelahiran saya iaitu 16 Ogos.”
Madonna turut menerima kejutan berupa kek Labubu berwarna merah jambu bersaiz besar dengan tulisan ‘Happy Birthday Madudu.’ Manisan itu dibawa masuk ke dalam majlis dengan menggunakan troli.
Madonna yang ketika itu mengenakan bustier satin putih, meniup lilin sebelum sambutan ulang tahunnya yang ke-67 kembali diteruskan.
Kek tersebut menjadi tumpuan dalam majlis ulang tahunnya yang berlangsung di vila Tuscan abad ke-16 milik Sting dan Trudie Styler.
Madonna menyewa kediaman mewah itu untuk dua malam, serta mengadakan jamuan makan malam istimewa bersama rakan-rakan serta keluarga.
‘Semua orang hadir untuk menyokong Madonna dan dia benar-benar menikmati perjalanan yang luar biasa. Dia gembira meraikan ulang tahunnya di Itali, dan kali ini merupakan antara yang terbaik,” kongsi seorang rakannya.
Madonna yang digelar sebagai ‘Ratu Pop’ ini turut dikenali kerana inovasi serta kelebihannnya dalam penerbitan muzik, penulisan lagu, dan persembahan visual.
Madonna merupakan salah seorang artis paling berpengaruh dalam sejarah muzik popular dunia, dan telah menghasilkan lebih daripada 300 juta rakaman lagu di seluruh dunia sekaligus menjadikannya antara artis dengan jualan terlaris sepanjang masa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!