Baca sesudah wuduk dan selepas mandi. Tiupkan pada kedua tapak tangan dan raupkan ke wajah. Jika ikhlas dilakukan selalu dapat menambah kecantikan wajah dari hari ke hari.
Selepas solat wajib, baca kedua-dua ayat ini 3 kali. Tiupkan pada tapak tangan dan raupkan ke muka. Lama-kelamaan orang yang memandang akan melihat kelainan pada wajah anda. Lebih mempesona. Norzalina Mohd Alias
Makin cantik Zara Zya! Tak dinafikan sejak drama popular Risik Pada Hati disiarkan, nama aktres ini semakin dikenali dan melonjak naik. Bukan saja dikagumi kerana bakat, tetapi kecantikan Zara juga menjadi bualan peminat.
Walau kerap mengenakan solekan tebal setiap kali menjalani penggambaran namun aktres berbakat besar ini cukup prihatin menjaga kesihatan kulit. Bersandarkan status selebriti, Zara perlu sentiasa tampil kemas dan menarik di hadapan khalayak. Apatah lagi, sejak berhijab penampilannya menarik tumpuan ramai.
Ditemui dalam sesi fotografi bersama Nona tidak lama dulu, Zara tanpa berselindung mendedahkan rejim kecantikan diri. Apa yang mengejutkan adalah petua cantik anak seni ini rupa-rupanya ringkas, selamat dan murah.
Maklumlah, bila sebut sahaja artis mesti ramai yang beranggapan golongan ini hanya menggunakan produk berjenama dan mahal.
Bercerita tentang produk penjagaan wajah yang mahal, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin mengakui pernah menggunakan set penjagaan wajah bernilai ribuan ringgit namun kesannya tidak seperti yang diharapkan.
“Ya, saya pernah habis sampai lebih seribu ringgit beli set produk jenama antarabangsa tapi sayangnya tak berkesan dengan keadaan kulit saya. Sudahnya, terpaksa berhenti guna set ini.
Mujur mama saya rajin kongsi petua tradisi. Jadi saya amalkan apa yang mama ajar. Tak perlu susah-susah pun sebab guna barang seperti buah-buahan dan beras saja. Salah satu petua mama ialah kisar buah tomato dan letak yogurt asli.
Bila muka nampak kusam dan badan penat sangat, sapu kisaran tomato dan yogurt ini dekat muka untuk dijadikan sebagai mask.
Petua ini bagus untuk jeragat sebab mama memang ada masalah jeragat yang banyak. Macam-macam rawatan mama buat termasuk laser tapi tetap tak hilang. Alhamdulillah lepas dia amalkan petua buah tomato dan yogurt ini, jeragat mama berkurangan.
Satu lagi tip cantik yang selalu saya buat ialah menggunakan beras pulut. Caranya, beras pulut disangai dan dikisar sampai halus. Boleh digunakan sebagai skrub badan. Memang inilah yang saya buat dari dulu lagi.
Hendak lagi berkesan, beras pulut tadi dicampur dengan madu atau minyak zaitun,” ujar pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian di Anugerah Skrin 2019 ini.
Patutlah kulit muka Zara cantik berseri saja. Ini rupanya rahsia cantik dia. Kena cuba ni!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa tidak kenal dengan pelantun suara lagu ‘Pencuri Hati’, Nur Suhada Jebat atau lebih mesra disapa sebagai Ayda Jebat. Terbaharu dia mendedahkan bahawa rezekinya semakin mencurah-curah.
Meskipun kini dia sudah berkeluarga, mempunyai seorang cahaya mata dan bakal menantikan ketibaan cahaya mata kedua hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Nabil Mahir.
Buktinya , dia masih lagi mendapat kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai duta bagi produk minuman berasaskan kolagen Aura White Global Sdn Bhd.
Menurut pengasas Aurawhite, Datin Furyna Azmeer, ketika disoal bagaimana hubungan kerjasama antara Aurawhite dan Ayda Jebat dapat terjalin dalam jangka masa yang lama, jelas Furyna, Ayda Jebat merupakan selebriti yang mudah memberikan kerjasama.
“Kami memilih untuk mengekalkan Ayda Jebat sebagai duta Aurawhite sejak 2014, bermakna sudah sembilan tahun Ayda bersama Aurawhite.
“Sangat senang berurusan dengan Ayda, malah sifatnya yang mengutamakan keluarga membuatkan saya cukup tersentuh dan masih mahu dia menjadi sebahagian daripada Aurawhite,” jelasnya lagi.
Manakala Ayda Jebat pula berterima kasih terhadap jenama tersebut kerana masih mengekalkan dirinya sebagai duta.
“Alhamdulillah, saya jatuh cinta dengan produk ini. Aurawhite bukanlah satu-satunya jenama yang saya pegang dalam tempoh yang lama.
“Kadang-kadang terfikir juga, bilakah kontrak akan berakhir kerana kadang-kadang terfikir pihak penaja tak mahu ke tukar dengan orang lain.
“Saya anggap ia sebagai rezeki. Alhamdulillah dari zaman bujang sampai dah nak masuk anak kedua,” ujar ibu kepada Ana Nayla ini.
Terdahulu, Aura White yang terkenal dengan tagline Shake Shake Uolls melancarkan produk minuman kolagen dengan inovasi formulasi terkini iaitu Aurawhite Dazzle Glopeptide yang bahan aktifnya lebih tinggi dan premium.
Kolagen peptida adalah kolagen yang dihidrolisis dimana ia lebih halus dari kolagen biasa dan memberikan penyerapan lebih cepat untuk tubuh badan.
Ia dapat membantu untuk memberikan pencerahan kulit lebih cepat, melembapkan kulit, memudarkan parut, mengurangkan jerawat dan jeragat, mengatasi masalah penuaan, menganjalkan kulit dan juga sangat baik untuk kuku, rambut dan juga tumit kaki.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Awal pagi itu seperti yang direncana, kelibat personaliti popular pada era 90an ini sudah kelihatan di perkarangan Kompleks Karangkraf. Bertemankan tas tangan mewah Louis Vuitton di genggaman bersama padanan celana denim dan blaus bercorak polka dot biru muda serta selendang Arzu berona senada, Mas Anizan hadir dalam gaya yang cukup versatil.
Dari kejauhan terlihat susuk tubuh bekas penyanyi dan aktres ini persis seperti gadis perawan. Senyuman manis yang terukir tatkala menyambut salam penulis menampakkan sisi mesra pemilik nama sebenar Mas Anizan Mohd Shahid.
Sungguhpun sudah mencecah usia 40an kecantikan Mas Anizan masih terserlah. Kejelitaan dan kemulusan kulit beliau bukan hanya mencuri perhatian penulis malah turut diakui jurusolek, Tiar Zainal yang menata rias wajah Mas sepanjang sesi fotografi untuk penghias muka depan Nona November 2015 itu berlangsung.
“Alhamdulillah, syukur di atas kurniaan dan pinjaman yang telah diberikan. Semua wanita di luar sana pasti turut sama sukakan kepada kecantikan. Begitu juga saya. Tetapi tidaklah terlalu cerewet.
Untuk menjaga kecantikan wajah, saya hanya mengamalkan pemakaian produk kulit yang asas seperti cleanser, toner, serum, moisturizer dan eye cream. Selain itu, tidur yang cukup juga adalah amat penting.
Kecantikan tidak hanya tertumpu kepada penjagaan wajah sebaiknya penjagaan badan juga harus dijadikan keutamaan. Selepas melahirkan Ariana, saya sudah jarang mengunjungi spa kecantikan. Sebaliknya lebih selesa untuk memanjakan diri ala spa di rumah. Aktiviti bersenam pula lebih banyak dilakukan di gym rumah apabila ada masa terluang.”
Dirisik apakah petua tradisi yang diamalkan sehingga ke hari ini, selebriti bermata bundar ini lantas membuka bicara. “Dari segi amalan tradisional, saya mengamalkan minuman jus pegaga yang dibuat sendiri di rumah.
Hanya cuci bersih daun tersebut dan kisarkan menjadi minuman. Tidak perlu tambah gula. Inilah minuman yang saya amalkan dari dahulu lagi selain turut mengambil multi vitamin sebagai suplemen tambahan.”
Mungkin ramai yang tidak mengetahui, kehebatan Mas Anizan tidak hanya ketika berada di pentas lakonan. Sebaliknya beliau juga cukup berbakat dalam urusan memasak. Sungguhpun mempunyai pembantu rumah, namun seboleh-bolehnya Mas akan menyediakan hidangan untuk keluarga sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bahkan, memasak juga merupakan antara hobi yang akan dilakukan Mas sekiranya punya masa terluang.
“Sejak berkahwin, saya memang gemar memasak dan suka mencuba pelbagai jenis masakan yang berbeza setiap hari. Kalau ada masa senggang, saya akan baking bersama anak-anak. Masa itu, gamatlah satu dapur. Pernah satu ketika, sajian yang dibuat tidak seperti yang diinginkan. Mungkin kerana kami leka berbual hingga terlupa tentang masakan tersebut.
Selalunya, setiap minggu menjadi rutin kami anak-beranak untuk keluar bersama. Tidak kiralah sama ada pergi menonton wayang atau beriadah asalkan aktiviti kekeluargaan itu ada. Paling tidak pun, saya akan luangkan masa bersama adik-beradik dan kenalan rapat serta anak-anak,” cerita Mas yang mahir menyediakan masakan asam pedas dan bubur lambuk kesukaan suami tercinta.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!