Gaya Hidup

Malu Memiliki Ibu Bapa Terkenal, VICTORIA BECKHAM Kongsi Perangai Pelik Anak Bongsunya

Apabila berbicara mengenai pasangan Hollywood yang romantis, pastinya dua figura ini tersenarai dalam senarai tersebut. Bintang bola sepak, David Beckham, 47, serta ikon fesyen, Victoria Beckham, 48, merupakan antara pasangan romantis di Hollywood yang sering menjadi tumpuan media.

Pasangan sejoli ini mendirikan rumah tangga pada 4 Julai 1999 dan dikurniakan empat cahaya mata, Brooklyn, Romeo, Cruz dan Harper Seven. 

Kehidupan mereka ibaratkan impian semua. Bukan sahaja memiliki kehidupan yang bahagia, malah kedua-dua pasangan ini tidak pernah hilang popularitinya biarpun sudah memiliki anak. 

Victoria yang kini sibuk dengan jenama fesyennya kelihatan semakin cantik dan seksi biarpun meningkat usia. Begitu juga dengan David yang sentiasa menjadi duta kempen jenama-jenama sukan popular, kelihatan kacak dan kemas walaupun sudah bergelar bapa. Memiliki sebuah keluarga yang bahagia, ada sahaja momen lucu bersama anak-anaknya yang dikongsikan oleh David di laman sosial.

Baru-baru ini, Victoria mendedahkan anak perempuannya, Harper Seven Beckham malu mempunyai ibu bapa yang terkenal. Berbeza dari anak-anak kecil yang lain, Harper merasakan ibu bapanya menganggu waktu pembelajarannya di sekolah.

Malah, tambah salah seorang penyanyi kumpulan Spice Girls itu, anak bongsunya itu berasa malu apabila suaminya, David Berckham menghantarnya ke sekolah dan meminta untuk menaiki bas seperti mana rakan-rakannya yang lain.

Lebih melucukan apabila Harper meminta ayahnya memberhentikan kereta jauh daripada pintu pagar sekolah kerana tidak mahu orang lain melihat dia turun daripada kereta mewah, Rolls Royce.

Menerusi perkongsiannya dalam episod terbaharu podcast Armchair Expert baru-baru, dia hanya mengetahui tentang hal ini apabila David memberitahunya ketika berbual-bual mengenai anak kesayangannya itu.

Sumber gambar: Instagram David Beckham

IKLAN
Share