Tumpang bahagia tengok kehidupan Raja Farah sekarang. Tak dinafikan, lama tak nampak kelibat aktres ini di kaca televisyen mahupun majlis-majlis hiburan. Sejak mendirikan rumah tangga, dia yang pernah popular dalam filem Haq ini seakan sepi daripada karier seni dan lakonan.

IKLAN

Lebih-lebih lagi apabila sudah bertukar status dan galas tugas ibu, tumpuan Raja Farah pastinya kepada anak-anak tersayang dan suami tercinta.

Nama Raja Farah bukan lagi asing dalam industri seni sekitar awal tahun 2000. Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni, dia sudah membintangi banyak drama dan filem.

Ini termasuklah drama Durrani, Manjalara, Gadis Dari Bintang serta filem Apa Kata Hati, Anak Halal dan Salon.

Manis Berhijab & Lakonan Masih Diingati Ramai, Raja Farah Kini Ibu 3 Anak!
Kredit Instagram @rajafarahraziz
Manis Berhijab & Lakonan Masih Diingati Ramai, Raja Farah Kini Ibu 3 Anak!
Kredit Instagram @rajafarahraziz

Antara rakan artis seperjuangan dan melonjak populariti pada era itu ialah Diana Amir dan Yana Samsudin. Seiring meningkat usia, kesemua selebriti wanita ini berubah selepas mendirikan rumah tangga dan menjadi insan lebih baik serta menikmati bahagia di samping keluarga masing-masing.

Raja Farah atau nama penuhnya Raja Farah Raja Aziz dilahirkan pada 5 Julai 1988 dan kini berusia 35 tahun.

Dia mendirikan rumah tangga bersama Iskandar Ismail pada 6 September 2015 dan kehidupan pasangan ini lebih bermakna dengan kehadiran tiga cahaya mata iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.

Menjengah Instagram Raja Farah, posting yang dikemaskini di media sosial miliknya ialah pada April lalu ketika Hari Raya Aidilfitri.

IKLAN

Menerusi perkongsian itu kelihatan dia ceria bersama suami tercinta dan anak-anak yang tampil sedondon dalam persalinan tradisi rona ungu.

IKLAN
Manis Berhijab & Lakonan Masih Diingati Ramai, Raja Farah Kini Ibu 3 Anak!
Kredit Instagram @rajafarahraziz
Manis Berhijab & Lakonan Masih Diingati Ramai, Raja Farah Kini Ibu 3 Anak!
Kredit Instagram @rajafarahraziz
Manis Berhijab & Lakonan Masih Diingati Ramai, Raja Farah Kini Ibu 3 Anak!
Kredit Instagram @rajafarahraziz

Tiga anak Raja Farah dan Iskandar Ismail ialah Imran, Ilham yang berusia empat tahun dan anak bongsu juga puteri kesayangan, Intan yang genap berusia setahun pada 17 Jun lepas.

Raja Farah mula dikenali sebagai model iklan komersial TV menerusi iklan Beras Floral. Selain berlakon, dia juga berbakat sebagai pengacara TV dan pernah mengendalikan program Voice Out dan Suara Emas Bintang RTM 2007.

Moga segala urusan Raja Farah dan rumah tangga bersama suami kekal bahagia hingga ke syurga.

Artikel lain https://www.nona.my/mini-mas-idayu-dayini-pelakon-baru-cantik-dedah-sisi-sebenar-mummy-demi-inspirasi/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI