Pandai Mas Idayu didik anak perempuan, Nur Dayini Ashiqah. Menginjak usia 25 tahun, Dayini atau mesra disapa Danny seorang yang ceria, ramah dan sopan-santun. Dia juga baharu saja selesai membintangi drama 15 episod Malam Zulaikha. Walau masih ‘hijau’ dalam dunia lakonan namun ramai yang memuji bakat lakonan dan potensi dirinya.

Dalam temu bual bersama Nona, Danny terbuka berkongsi sisi peribadi dengan harapan ia mampu dijadikan inspirasi. Tak dinafikan, walau berstatus anak selebriti tapi dia ‘humble’ dan senang bekerjasama. Malah, bijak membawa diri dan menjaga nama keluarga.

IKLAN

Bercerita mengenai kerjaya ujar gadis cantik ini, “Saya baru habis drama Malam Zulaikha dan itu pertama kali saya berlakon. Saya cuba dan cabar diri berdepan kamera walaupun sebenarnya saya ni sangatlah pemalu. Tapi production beberapa kali hubungi nak saya dalam lakonan itu dan inilah pertama kali saya cuba bidang lakonan.”

‘Mini Mas Idayu’, Dayini Pelakon Baru Cantik & Dedah Sisi Sebenar ‘Mummy’ Demi Inspirasi!
Kredit Instagram @d4nny.shah

Dia bertuah kerana minatnya mendapat sokongan ibu bapa. Mengulas kehidupan sebagai anak selebriti, Danny mengaku tidak terlepas menjadi perhatian peminat ibu bapa tersayang.

“Jadi anak selebriti ni tak susah dan senang sebab ibu bapa saya jenis ok je. Mereka support apa-apa yang saya buat. Cuma adalah sedikit nasihat.

Bab yang tak senang tu bila apa yang kita buat, kalau tak kena gaya boleh jadi viral, dikecam atau boleh burukkan nama ibu bapa termasuk nama saya sendiri.

Apa-apa yang kita buat orang akan pandang. Jadi saya kena jaga betul-betul. Ke mana saya pergi, apa saya buat, itu yang saya sedikit risau. Saya kena jaga nama baik keluarga.

Melainkan kalau benda tu terlalu melampau yang membabitkan ibu bapa, saya akan take action.”

‘Mini Mas Idayu’, Dayini Pelakon Baru Cantik & Dedah Sisi Sebenar ‘Mummy’ Demi Inspirasi!
Kredit Instagram @d4nny.shah
‘Mini Mas Idayu’, Dayini Pelakon Baru Cantik & Dedah Sisi Sebenar ‘Mummy’ Demi Inspirasi!
Kredit Instagram @d4nny.shah
‘Mini Mas Idayu’, Dayini Pelakon Baru Cantik & Dedah Sisi Sebenar ‘Mummy’ Demi Inspirasi!
Kredit Instagram @d4nny.shah
‘Mini Mas Idayu’, Dayini Pelakon Baru Cantik & Dedah Sisi Sebenar ‘Mummy’ Demi Inspirasi!
Kredit Instagram @d4nny.shah

Menjawab tanggapan negatif segelintir pihak mengenai ibu tersayang yang merupakan penyanyi dangdut popular dan dikenali sebagai Mummy, dia tampil mendedahkan sisi sebenar Mas Idayu.

Meskipun luaran, selebriti berkenaan sering dilabel garang hakikatnya pelantun lagu Senggol-Senggolan, Cubit-Cubitan tersebut manja orangnya.

“Mummy ni jenis yang sporting. Dia layan je semua orang tak kisah dari umur kecil sampai besar, dia sporting dan manja. Walau dia nampak macam tu (garang), orang tak suka sebab perwatakan dia atau cara dia cakap bila bekerja.

IKLAN

Tapi itu memang dia. Dekat rumah atau dekat luar waktu kerja memang serius tapi apa yang saya suka pasal dia ialah dia ikhlas. Anak dia atau bukan, kalau dia nak yang terbaik untuk orang tu dia akan buat terbaik seikhlasnya.

Itu yang orang tak tahu. Orang cuma tengok dan cakap tak suka dengan perwatakan luaran dia tapi bukan saya nak back up sebab dia mak ke apa. Tapi itulah sikap dia.

Kalau orang tegur, dia friendly je. Takkanlah orang tegur, dia tiba-tiba nak marah benda yang tak ada apa-apa kan.”

‘Mini Mas Idayu’, Dayini Pelakon Baru Cantik & Dedah Sisi Sebenar ‘Mummy’ Demi Inspirasi!
Kredit Instagram @d4nny.shah
‘Mini Mas Idayu’, Dayini Pelakon Baru Cantik & Dedah Sisi Sebenar ‘Mummy’ Demi Inspirasi!
Kredit Instagram @d4nny.shah
‘Mini Mas Idayu’, Dayini Pelakon Baru Cantik & Dedah Sisi Sebenar ‘Mummy’ Demi Inspirasi!
Kredit Instagram @d4nny.shah
‘Mini Mas Idayu’, Dayini Pelakon Baru Cantik & Dedah Sisi Sebenar ‘Mummy’ Demi Inspirasi!
Kredit Instagram @d4nny.shah
‘Mini Mas Idayu’, Dayini Pelakon Baru Cantik & Dedah Sisi Sebenar ‘Mummy’ Demi Inspirasi!
Kredit Instagram @d4nny.shah
‘Mini Mas Idayu’, Dayini Pelakon Baru Cantik & Dedah Sisi Sebenar ‘Mummy’ Demi Inspirasi!
Kredit Instagram @d4nny.shah

Tambah graduan Infrastructure University ini lagi, “Saya banyak dengan mummy dari kecil sampai besar. Bukan pemberian dia berupa benda atau barangan yang saya inginkan tapi apa yang saya perlu dia beri pada saya ialah kasih sayang.

IKLAN

Dari kecil sampai besar dia jaga keperluan saya dan cuba adakan. Dia juga suka memasak untuk saya. Itulah pemberian yang paling saya hargai. Dia sentiasa spend time dan ada bersama saya. Kami berpisah sekejap pun tak pernah.

Mummy ialah idola saya sebab dia jenis hardworking person. At the same time, dia sangat mementingkan keluarga dan saya paling respect ialah sikapnya yang sangat kuat walaupun orang kecam, cakap buruk pasal dia. Dia hadapi apa jua situasi dengan tenang.

‘Mini Mas Idayu’, Dayini Pelakon Baru Cantik & Dedah Sisi Sebenar ‘Mummy’ Demi Inspirasi!
Kredit Instagram @d4nny.shah
‘Mini Mas Idayu’, Dayini Pelakon Baru Cantik & Dedah Sisi Sebenar ‘Mummy’ Demi Inspirasi!
Kredit Instagram @d4nny.shah
‘Mini Mas Idayu’, Dayini Pelakon Baru Cantik & Dedah Sisi Sebenar ‘Mummy’ Demi Inspirasi!
Kredit Instagram @d4nny.shah

Kalau orang maki ke apa, dia tak layan komen atau kecaman orang. Sampai ada orang tu sendiri yang mungkin DM (direct message) Mummy minta maaf. Saya rasa saya sendiri pun belum mampu jadi kuat macam mana dia hadapi situasi sepanjang jadi anak seni.

Mummy juga pesan dan saya pegang nasihat tu sampai sekarang, “Apa-apa pun jadi, family tetap dengan kita. Kita kena utamakan keluarga dulu. Jaga diri ke mana je pergi sebab kita bawa nama family.” Jadi itu yang saya pegang sampai sekarang,” telusnya.

Nur Dayini Ashiqah merupakan anak perkongsian hidup Mas Idayu bersama Aman Graseka. Mereka berkahwin pada 1997 namun berpisah pada tahun 2006.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/anak-arwah-mr-os-selamat-bertunang-dr-syafiqa-bakal-isteri-jurutera-kahwin-hujung-tahun/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI