Manis Berjubah & Bertudung Labuh, Penampilan NORA DANISH Di Majlis Ilmu Raih Pujian Ramai

Penampilan sopan pelakon jelita Nora Danish ketika menghadiri majlis ilmu baru-baru ini meraih tumpuan ramai sekaligus menyentuh hati wargamaya di media sosial.

Kredit Foto: Instagram Nora Danish.

Isteri kepada Nedim Nazri ini kelihatan cukup manis menyarungkan jubah dan tudung labuh rona gelap pemberian rakan artis, Betty Rahmad yang juga selaku tuan rumah kepada majlis ilmu tersebut.

Kredit Foto: Instagram Nora Danish.

Betty merupakan adik kepada pengarah terkenal, Erma Fatima dan Datin Seri Umie Aida.

Bertuahnya Nora, bukan saja dijemput ke majlis yang penuh berkah bahkan turut dihadiahkan jubah.

Kredit Foto: Instagram Nora Danish.

Menerusi satu hantaran video pendek, pelakon filem Polis Evo 3 ini menitipkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana diberikan peluang menghadiri majlis ilmu itu.

Nora atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Hanif turut berterima kasih kepada Betty Rahmad kerana sudi menjemput dirinya menjadi salah seorang tetamu di majlis tersebut.

Bukan itu saja, Nora turut meluahkan rasa terharu kepada Betty atas usahanya menyediakan juadah yang dimasak sendiri serta menghadiahkan jubah kepadanya.

Nora turut memohon kepada ustazah yang telah menyampaikan ilmu pada majlis tersebut agar terus mendoakan yang terbaik buat dirinya. Tak ketinggalan,

Nora turut berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang sentiasa menerima dirinya untuk sama-sama menimba ilmu akhirat.

Kredit Foto: Instagram Nora Danish.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji malah tersentuh hati melihat penampilan sopan ibu kepada dua cahaya mata ini.

Selain menitipkan doa, mereka juga menyifatkan Nora sangat bertuah kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang tidak jemu mengajaknya ke arah kebaikan.

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Nora Danish, terus istiqomah dalam melakukan kebaikan.

IKLAN
Share