Pada usia 52 tahun, diva pop antarabangsa Mariah Carey masih kelihatan cergas dan awet muda. Malah, masih bertenaga saat membuat persembahan di konsert yang pastinya memerlukan stamina yang tinggi.
Rupa-rupanya penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘We Belong Together’ ini banyak mengamalkan perkara yang baik untuk kesihatan sekaligus menyerlahkan pesona awet muda.
Agaknya apa yang diamalkan Mariah Carey ya? Majalah NONA kongsikan ‘petua’ yang diamalkan oleh ibu kepada sepasang anak kembar ini. Anak-anaknya pun sudah berusia 11 tahun.
Ads
DIET PROTEIN Memetik laporan Hollywood Life, penyanyi kelahiran New York ini sering mengamalkan diet protein untuk mengekalkan bentuk badannya.
Mariah Carey hanya mengambil makanan berprotein tinggi seperti salmon dan sayur-sayuran dalam diet hariannya termasuklah mengurangkan jumlah karbohidrat.
TAK AMBIL MAKANAN MANIS Selain itu, Mariah Carey juga tidak mengambil makanan manis seperti coklat atau kek. Dia juga tidak mengambil roti yang banyak tepung kerana tidak bagus untuk kesihatan.
Apabila lapar atau terasa mahu makan snek, Mariah Carey selalunya akan makan buah-buahan contohnya mangga atau beri biru dalam kuantiti kecil.
MAKAN DALAM KUANTITI SEDIKIT Menurut Mariah Carey, walau sentiasa patuh dengan disiplin dietnya dia sendiri makan lebih daripada tiga kali sehari namun dalam kuantiti yang sedikit.
Ads
Dalam satu sesi temu bual bersama US Weekly, Mariah Carey mendedahkan dia mengupah pakar pemakanan bagi memantau bahagian pemakanannya selepas melahirkan anak kembar. Makanan juga dibahagikan kepada beberapa bahagian dan memastikan jumlah keseluruhan tidak melebihi 1,500 kalori.
PAKAI SOLEKAN NIPIS Rahsia awet muda Mariah Carey seterusnya ialah sering mengenakan solekan nipis kerana tidak mahu mengganggu kecantikan kulitnya yang semula jadi. Katanya, kalau jarang pakai solekan tak perlulah mengenakan solekan terlalu tebal.
Ads
“Saya mengenakan solekan yang minima supaya tidak perlu terlalu kerap wapkan muka,” ungkap Mariah Carey seperti yang dipetik dari People.
BERHENTI MEROKOK Mariah Carey mengakui pernah menjadi perokok walaupun tidak aktif. Disebabkan itu, dia mampu menyanyi dalam nada rendah. Namun, lama kelamaan ia mengakibatkan kerongkongnya mengalami keradangan serta bengkak.
“Suatu hari saya telah berjanji kepada diri sendiri untuk berhenti merokok jika berjaya mengembalikan semula suara saya. Akhirnya, saya berjaya menyanyi dengan nada suara yang lebih tinggi selepas berhenti merokok.”
Selain dapat memulihkan kembali suara yang hampir hilang, berhenti merokok juga memberi manfaat kepada kulitnya. Ia membantu mencegah tanda-tanda penuaan awal seterusnya menjadikan kulit Mariah Carey tampak awet muda.
Kredit Foto: Instagram Mariah Carey
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menyebutnya mungkin indah, tapi rupa Milia yang tumbuh di permukaan kulit wajah mungkin boleh membuat mana-mana wanita hilang keyakinan diri.
Sekilas, rupa Milia atau bintil-bintil kolesterol yang berwarna putih ini kelihatan sama seperti whiteheads namun ia sebenarnya sejenis keratin berisi minyak yang sebati dengan kulit. Kehadirannya kerap ditemui di sekitar mata sehingga menjejaskan penampilan wajah yang licin sempurna.
Tatkala mata bertentang mata, usah biarkan pandangan si dia diganggu sang Milia. Kehadiran ‘si kecil’ ini menunjukkan anda telah menggunakan produk yang salah seperti krim pelembap mata yang tinggi kandungan minyak.
Walaupun kulit nipis tersebut memerlukan lembapan yang seimbang, namun jangan tergesa-gesa mencalit sembarangan krim kerana dikhuatiri menjemput Milia pada saat anda berusaha mengusir kedutan.
Milia terjadi akibat sel kulit mati yang terperangkap di bawah liang pori-pori yang tersumbat dengan minyak. Lazimnya, kerosakan UV menjadi punca utama yang mendorong pertumbuhan Milia kerana kulit menebal melebihi lapisan yang sepatutnya.
Rawatan
Berhenti daripada menggunakan losen atau pencuci solekan anda yang biasa. Ini bagi mengelak Milia daripada tersebar ke bahagian kulit yang lain.
Jangan gunakan sebarang produk pengelupasan yang didapati mencetuskan masalah Milia.
Dapatkan perhatian doktor jika Milia bertambah banyak dan serius. Anda mungkin akan diberi krim retinoid atau Milia tersebut dicungkil menggunakan sejenis alat yang dikenali sebagai comedone extractor.
Pakar kulit juga mungkin mencadangkan rawatan pengelupasan asid buah atau prosedur sampingan lain seperti microdermasion.
Selain itu, implikasi Milia juga timbul akibat penggunaan ubat steroid topikal atau rawatan spa seperti prosedur skin resurfacing atau dermabrasion. Prosedur-prosedur ini merupakan kesan sampingan terhadap proses pengelupasan, ditambah penggunaan produk penjagaan wajah tertentu yang menambah penghasilan minyak dan menjejaskan pori-pori kulit anda. Contohnya produk krim wajah yang bersifat komedogenik atau menyumbat pori-pori. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penampilan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin di Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-99 menarik perhatian ramai. Anggun berhijab dan mengenakan persalinan kurung biru, Baginda berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen UiTM itu pada 2 September lepas yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.
Menerusi perkongsian di media sosial rasmi Selangor Royal Office, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang juga Pro-Canselor UiTM menyampaikan anugerah kepada 107 penerima ijazah Doktor Falsafah, Sarjana Kepakaran Klinikal dan 15 graduan terbaik.
Dalam titah ucapan, Baginda mahu agar isu diskriminasi gaji khususnya bagi graduan yang baharu menamatkan pengajian perlu dikaji semula dengan penetapan bayaran minimum mengikut keperluan, ekonomi dan inflasi semasa.
Titah Baginda lagi, peluang pekerjaan yang ditawarkan pada masa ini tidak setaraf dengan kelayakan graduan dengan isu gaji tidak selaras serta tidak setimpal terhadap permintaan dan penawaran kerja sering dipersoal.
Dalam memartabatkan Bumiputera melalui institusi pengajian tinggi serta memenuhi keperluan industri, Baginda menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi dan universiti untuk bekerja lebih keras bagi memastikan graduan lebih relevan dengan pasaran kerja.
Tengku Permaisuri Selangor turut berkenan berangkat ke Sidang 2 Istiadat Konvokesyen UiTM pada 3 September dan menyampaikan ijazah kepada 997 graduan dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan.
Setiap manusia mempunyai kecantikan pada ciri-ciri muka mereka yang tersendiri. Ada yang terlihat manis apabila tersenyum dan ada juga yang ‘masam’ muka pun comel sahaja bila dilihat.
Tapi kecantikan yang dimiliki pasti akan ada iras sedikit bersama orang yang mungkin di sekeliling mahupun jauh. Baru-baru ini pula, penyanyi Iman Troye dikatakan iras-iras dengan Datuk Seri Vida.
Mungkin Pelanduk Dua Serupa, Sekadar Iras Sahaja..
Masih baru dalam industri muzik tanah air, penyanyi Iman Troye atau nama sebenarnya, Siti Nur Alyssa Sahabuddin dikatakan mempunyai iras-iras wajahnya bersama usahawan terkenal, Daruk Seri Vida.
Gambar yang dimuatnaik oleh penyanyi itu mendapat perhatian ramai oleh warganet apabila ada yang menyamakannya bersama Datuk Seri Vida. Kata mereka lagi ada mempunyai ciri-ciri yang membuatkan kedua selebriti itu sama!
“Happy new year sayang! dah lama iman tak pakai bawal, cantik tak? anyways, holiday elok elok tau semua, nanti apa apa update iman kat dms okay!” tulisnya di ruangan kapsyen.
“Seiras Datuk Seri Vida…congrats,
“Sekali tengok macam Dato muda versi muda,
“Tahniah Iman, bukan senang nak cari muka yang sama macam Datuk Seri Vida ini. Rare.” itulah antara komen yang diberikan oleh warganet.
Gaya Iman Tetap Manis Dan Menawan
Iman Troye juga tetap manis dan kelihatan sangat anggun mengenakan tudung bawal dan baju berwarna lembut di Pantai Klebang, Melaka. Ramai yang turut memujinya kerana kelihatan ‘simple’ namun comel sekali!
“Allahu cantiknya, bila lah aku nak cantik macam iman ni…
“Happy new year pretty Iman, hope you can achieve a lot and gain happiness as well with good memories for you!” pujian yang diberikan kepada Iman Troye.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari majalah Hijabista
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!