Kagum betul dengan isteri Akim Ahmad, Stacy! Mana tidaknya, sejak berkahwin bukan saja rajin masuk dapur malah bijak urus keluarga. Sepanjang lapan tahun melayari rumah tangga dengan suami tercinta nampak perubahan penyanyi kelahiran Sabah ini yang lebih kepada keibuan.
Tak dinafikan, sejak bergelar isteri dan ibu, makin terserlah skill memasak Stacy. Macam-macam juadah yang disediakan pelantun lagu Pelangi Senja ini untuk keluarga tersayang. Untung Akim!
Baru-baru ini nama Stacy kembali menjadi bualan selepas dia memenangi The Masked Singer Malaysia. Stacy yang menyanyi di sebalik kostum Bunga Matahari mendapat perhatian juri dan penonton dengan kelunakan suaranya.
Ibu kepada dua anak ini bersama sembilan peserta lain terdiri daripada penyanyi, pelawak dan pelakon terlibat dalam pertandingan itu. Antara yang turut terpilih menjadi finalis ialah Nabila Razali, Adinda, Naime dan Daniel Zaini.
Ads
Juara Akademi Fantasia musim keenam ini tidak sekadar ligat di pentas nyanyian. Bahkan dia juga sering berkongsi aktiviti khususnya video memasak bersama peminat.
Sekitar tahun 2020, anak seni ini menerusi bisnes Food by Mitet turut berniaga sajian Mi Ngiu Chap. Seterusnya mengeluarkan produk sambal sendiri iaitu Lado by Stacy.
Walau rutin harian tertumpu dengan urusan keluarga namun kerjaya seni tetap tak dilupakan. Stacy dan Akim muncul bergandingan dalam video muzik mereka Ritma dan Rima pada Januari lalu.
Stacy atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Anam dan Akim mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016.
Isteri Akim ini turut mempunyai seorang anak angkat bernama Bella Deluna Valentina dan seorang anak perempuan iaitu Eshaal serta anak lelaki Isa hasil perkongsian hidup bersama Akim.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perjalanan hidup selebriti ini begitu istimewa. Dia pernah mengutip banyak pengalaman rumah tangga dan melalui evolusi hijrah yang luar biasa. Tapi bagi yang mengenali Natasha Liana Hudson, ibu kepada tiga zuriat itu jujur amat cantik orangnya.
Tinggi lampai dengan seraut wajah kacukan Melayu-Australia, tahap kecantikan Natasha Hudson realitinya setaraf supermodel. Tidak hairanlah wanita berusia 39 tahun itu pernah bergelar model, pelakon dan pengacara yang diminati ramai.
“Walau bagaimanapun sebagai wanita, masalah hormon yang kerap turun naik boleh menjejaskan kecantikan. Saya rasa mungkin disebabkan tekanan, kepenatan dan faktor usia yang kian meningkat, menjadi punca rambut saya keguguran teruk tahun lepas.
Jadi saya buat rawatan PRP untuk melebatkan rambut dan alhamdulilah berkesan. Saya juga rajin amalkan suplemen seperti zink dan biotin untuk menguatkan semula rambut serta kuku. Kulit saya juga semakin sihat,” ujar Natasha yang gemarkan perawatan alternatif.
Semak lebih banyak perkongsian kecantikan Natasha dalam video Bual Cantik di bawah.
PERKEMBANGAN TERKINI
Sejak kebelakangan ini, Natasha Hudson dilihat kembali aktif setelah beberapa tahun menyepi. Akaun Instagramnya juga mula dikemas kini dengan pelbagai content gaya hidup, fesyen dan kecantikan yang bersebati dengan jiwa.
Selain dilantik sebagai duta Crystal C White milik Datin Reena Zach, dia juga banyak membuat review produk skincare dan hijab di media sosial. “To be honest, sebenarnya terlampau banyak yang nak dikongsi.
Saya masih menjalankan bisnes kecil-kecilan berkaitan holistik, seperti essential oils. Pada masa yang sama, kira-kira dua tahun lepas, saya menceburi bidang sukan pula iaitu sukan memanah berkuda.
Saya juga masih dalam fasa belajar tentang equine, tapi secara praktikalnya saya mengajar sebagai coach menunggang kuda di kalangan kanak-kanak dan wanita. Manakala memanah pula adalah sesuatu yang pernah saya lakukan dengan anak-anak dulu.
Semua ini ibarat satu terapi yang menenangkan. Ia banyak membantu memulihkan jiwa saya sebab dua tahun kebelakangan ini, saya menghadapi ujian besar dalam kehidupan,” akhiri Tasha sebak.
Foto: IG @natashahudsonofficial
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak seperti Che Ta, ibu kepada tujuh orang anak ini sebenarnya seorang yang tak banyak cakap. Tapi jiwanya sarat dengan naluri keibuan dan mudah tersenyum dengan sesiapa saja. Meskipun jelas kelihatan garis usia di raut wajah Zabedah Saad, namun jika diamati fizikal ibu kepada selebriti popular Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah ini… memang cantik orangnya. Tak hairanlah, kelima-lima anak perempuan beliau sering mendapat perhatian ramai. Mewarisi kecantikan ibunda tersayang rupa-rupanya!
Saat diaju petua cantik dan sihat yang diamalkan selama ini, ibu berjiwa penyayang ini membongkar rahsia. Mengaku tidak mengambil sebarang ubat-ubatan, ini sebenarnya yang dipraktikkan. “Tak ada rahsia dan makan apa-apa pun. Tak ambil jamu dan tak ambil juga ubat. Cuma masa dalam pantang lepas bersalin tu je jaga makan. Dulu, waktu berpantang memang tak sentuh ‘makanan-makanan sejuk’ sampai tiga hingga enam bulan.
Sayur pun tak makan termasuk laksa. Rasanya, lebih daripada setahun kot baru makan. Lagi satu, saya amalkan bertungku 4 kali sehari. Makan pula hanya dua kali. Waktu pagi tu minum kopi O yang ada sedikit gula dengan biskut kering. Tengah hari baru makan nasi. Itu pun dengan lauk ikan masin bakar dan lada. Ikutkan petua orang dulu-dulu, makanan berkuah seperti gulai pun mereka tak bagi ibu lepas bersalin makan. Sudahnya, memang ikut saja apa yang mak ajar.
Bukan kena jaga makan je, masa berpantang dulu pun tak digalak minum air. Sampai kadang-kadang tu terlupa nak minum. Tahu-tahu saja dah sedu,” terang Puan Zabedah. Sambil tersenyum beliau berkata amalan sama masih diterapkan kepada kesemua anak perempuannya terutama sekali selepas mereka bersalin.
“Che Ta masa saya sedang berpantang, dia akan tunggu je kalau nasi saya tak habis makan. Dia memang suka lauk orang berpantang ni. Dari dulu lagi pun dalam adik-beradik, Che Ta ni lain sedikit. Saya tak bagi sangat anak-anak pegang adik mereka yang baru lahir. Tapi Che Ta, dia beria tolong basuhkan adiknya bila buang air besar atau mandikan mereka. Sebab dia suka pegang baby.”
Pernah lalui hidup susah ketika membesarkan ketujuh-tujuh orang anak memaksa beliau membuat bermacam-macam pekerjaan demi menyara keluarga. Salah satu cara mendapatkan wang adalah dengan mengambil tempahan baju. “Dulu ada juga ambil tempahan baju daripada jiran-jiran. Dalam sehari tu, dapatlah siapkan tiga pasang. Ada yang hantar minta buat baju kurung, mini kurung, kebaya dan sebagainya. Bab sediakan baju raya anak-anak, ada antara mereka yang tak kisah ada juga yang minta pattern tertentu.
Biasanya, Che Ta yang paling suka berfesyen. Kalau orang lain suka satu keluarga pakai warna sedondon tapi kami hanya tetapkan bunga saja perlu sama tapi warna baju boleh lain-lain. Anak-anak tak berapa pandai jahit baju tapi kreatif cantikkan baju dengan jahitan labuci.”
Sebelum menutup bicara, beliau yang selesa berbual dalam loghat Kedah ini berkongsi resipi sihat. “Kalau nak buang angin dalam badan, boleh cuba resipi telur ni. Ambil telur ayam sebaiknya ayam kampung dan campurkan bersama lada hitam, halia dan bawang putih.
Pastikan bahan-bahan kering ni ditumbuk sampai lumat sebelum dimasukkan dalam telur. Bubuh garam sedikit dan kacau rata. Goreng tanpa menggunakan minyak dan makan dengan nasi. Ini adalah petua turun-temurun dan anak-anak saya pun masih makan hidangan ni sampai sekarang.”
Pada pertengahan Julai lepas, ibu Che Ta ini baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-67. Seperti kebiasaan, hari bersejarah tersebut diraikan penuh meriah bersama anak-anak, menantu dan cucu tersayang. Moga Puan Zabedah Saad terus diberi kesihatan yang baik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampaknya penyanyi popular dari Indonesia, Bunga Citra Lestari sememangnya sudah tidak sabar untuk menghiburkan para peminatnya pada konsert Blossom-Bunga Citra Lestari yang bakal diadakan pada jumaat ini.
Malah, penyanyi yang popular dengan lagu Wanita Terbahagia ini dikhabarkan sudah berada di negara keduanya ini hari ini!
BCL bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 27 Januari 2023 bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Konsert Blossom-Bunga Citra Lestari merupakan konsert sulung Bunga selepas pandemik COVID-19 melanda dunia.
Bunga ternyata teruja untuk menghiburkan para peminat di Malaysia dan menganggap konsert ini sebagai hadiah dan apresiasi buat semua yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk dirinya sekeluarga terutamanya selepas suami tercinta, Ashraf Daniel Mohamad Sinclair kembali ke Rahmatullah pada Februari 2020.
Untuk memberikan kelainan buat para peminat di Malaysia, Bunga turut melakukan beberapa persiapan selain latihan vokal iaitu dengan menampilkan penampilan baharu melalui penataan gaya rambutnya.
Buat semua penggemar BCL, jangan lupa saksikan Konsert Blossom-Bunga Citra Lestari pada 27 Januari 2023 akan datang. Tiket masih boleh didapati di www.ticket2u.com.my walaupun ia agak terhad.
Mencecah usia 39 tahun, ternyata BCL amat mementingkan penjagaan kesihatan secara fizikal dan menjadikan aktiviti senaman sebagai rutin hariannya. Melalui perkongsian di Instagram, BCL sering memuat naik aktiviti riadah yang menjadi pilihannya antaranya termasuklah pilates. BCL turut mempunyai gym persendirian di rumah yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk bersenam.
Untuk rekod, BCL mendirikan rumah tangga bersama Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohamed Sinclair pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair, 11.
Namun bahtera rumah tangga mereka dikejutkan dengan pemergian Ashraf secara mengejut pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung sekitar pukul 4 pagi di rumahnya di Pejaten Barat, Jakarta Selatan, Indonesia.
Sejak kematian suami, BCL kerap digosipkan menjalin hubungan istimewa dengan beberapa selebriti lelaki antaranya termasuklah Ariel, Afgan dan Reza Rahadian.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!