Kehidupan dan aktiviti harian bersama keluarga, Duriankimchi yang sering dikongsikan membuat keluarga ini sentiasa menjadi perhatian peminat. Dengan keayuan dan sikapnya yang lemah lembut, Maryam yang juga isteri kepada Ryzal Ibrahim ini sering kali dikatakan contoh seroang muallaf yang baik.
Maryam sentiasa berpakaian selesa dan mudah untuk menjalankan aktiviti harian bersama keluarga mahupun sewaktu bekerja. Walaupun memiliki jadual yang sangat sibuk, Maryam tidak lupa juga berdoa kepada Allah SWT untuk membantu perjalanan hidupnya sebagai muallaf yang menetap di Malaysia. Cabaran yang dilalui oleh Maryam pastinya tidak mudah.
Selebriti ini sendiri masih belajar mengenai dunia Islam ini. Jika ada sesetengah pihak itu datang danmenghukum di laman media sosial, perasaan kecewa dan pelik itu timbul.
“Apa salah saya sebagai seoarang muallaf yang masih belajar tentang Islam ini sering dihukum? Bukankah ramai lagi orang Islam di luar sana yang masih belum menutup aurat?” Maryam beberapa kali melahirkan rasa terkilan akibat komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya. Dalam masa yang sama, masih ramai yang memahami dan menyokong perjalanan baharu dalam hidup Maryam, bahkan ramai yang mengagumi kesungguhan Maryam dalam mencuba sesuatu yang baru dan lebih baik dari sebelumnya.
Atas keselesaan dan minat yang tinggi dalam pakaian berbentuk khimar, hari ini Maryam telah melancarkan satu produk berasaskan khimar dengan jenama Maryamnarae. Hal ini telah menunjukkan orak langkah Maryam yang cepat dan ini telah menginspirasikan wanita di Malaysia dan Korea.
Maryam ingin melihat lebih ramai wanita di negara ini memakai khimar dan berkongsi perasaan selesa serta dilindungi dalam pakaian tersebut. Bukan itu sahaja, Maryam ingin menginspirasikan masyarakat Korea berkenaan khimar ini tidak pelik dan boleh dipakai di mana-mana sahaja.
Dengan itu, Maryam berharap dengan usahanya berkongsi pakaian khimar ini kepada wanita-wanita seluruh dunia, Allah SWT akan memberkati dan mempermudahkan segala urusannya agar dapat menybarkan kebaikan kepada semua orang. Dalam masa yang sama, Maryam berharap Maryamnarae juga menjadi penyebab rezeki beliau menziarahi tanah suci Mekah bersama-sama keluarga suatu hari nanti.